Anda di halaman 1dari 9

SEPTEMBER 2015 Kertas kerja Cadangan Pertandingan Kreatif Sains

KERTAS KERJA CADANGAN


PROGRAM

PERTANDINGAN
KREATIF SAINS
Tarikh:

20 OKTOBER 2015
Tempat:

DEWAN SRI 1 SEKOLAH SRI SEREMBAN


Anjuran:
MAKMAL SAINS SEKOLAH SRI SEREMBAN
Dengan kerjasama:
PANITIA SAINS SRI SEREMBAN

1. PENGENALAN

SEPTEMBER 2015 Kertas kerja Cadangan Pertandingan Kreatif Sains


Pembangunan modal insan adalah nadi dan jantung utama dalam kerangka
membangunkan sesebuah masyarakat yang maju dan proaktif yang diredhai
Allah SWT. Menurut perspektif Islam, modal insan ialah bagaimana seseorang
insan itu berpotensi melalui akal, hati dan jasmani yang menjadi sumber
kekuatan mengurus diri dan mengurus sistem.
Pembangunan dalam Islam adalah satu proses dinamik dan harmonis
dalam meningkatkan kesejahteraan masyarakat keseluruhan di dunia dan di
akhirat. Fokus utama pembangunan dalam Islam adalah pembangunan
insaniah manusia itu sendiri. Zaman keagungan pemerintahan Islam telah
memperlihatkan betapa relevannya pendidikan berteraskan ilmu wahyu dan
disokong dengan ilmu aqal.
Selaras dengan hasrat untuk membangunkan modal insan kelas
pertama, memiliki keseimbangan ilmu dunia dan akhirat didorong dengan
kesedaran masyarakat dalam memperkasakan sistem pendidikan, oleh yang
demikian ilmu aqal perlu difokuskan supaya bergerak seiring dengan ilmu
wahyu menerusi aktiviti sains yang bercorakan pemerhatian dan pemikiran
yang kritis.
Program ini dianjurkan bertujuan untuk memberikan inspirasi terhadap
pelajar agar berusaha mencapai kecemerlangan dan berani menerokai
bidang baru dalam sains dan teknologi. Program ini juga memberi
pendedahan kepada pelajar kepentingan menguasai subjek sains dan
teknologi serta memupuk minat melakukan eksperimen dalam mencapai
kejayaan.
Di samping mendokong Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk
menjadikan aktiviti kokurikulum sebagai pelengkap dalam kurikulum, aktiviti
ini juga dilihat dapat memberi pendedahan kepada para pelajar tentang ilmu
asas fizik gunaan. Pembelajaran secara interaktif ini juga secara umumnya
dapat mengalakkan para pelajar untuk menjalankan penyelidikan secara
saintifik. Diharap aktiviti ini juga dapat digunakan sebagai platfom kepada
guru untuk mencungkil bakat, daya kreativiti dan inovasi pelajar khususnya
dalam aspek sains.
2. OBJEKTIF

Membina modal insan pelajar yang cemerlang, seimbang dan gigih


berusaha dalam melakukan kajian susulan.
Memberikan pendedahan kepada pelajar aplikasi sains dan teknologi
dalam kehidupan seharian.

SEPTEMBER 2015 Kertas kerja Cadangan Pertandingan Kreatif Sains

Menghayati dan mengamalkan ilmu pengetahuan Sains dan Teknologi.


Mengeratkan kerjasama dan semangat sepasukan.
Memupuk semangat setiakawan dan keharmonian.

3. NAMA PROGRAM
PERTANDINGAN KREATIF SAINS
Rekacipta kereta bergerak dari kotak terpakai
4.TARIKH
20 OKTOBER 2015
5.PENYERTAAN DAN KUMPULAN SASARAN
Semua pelajar tahun 6 SRI Seremban dengan anggaran seramai 112 orang
(11 kumpulan)
6. TENTATIF PROGRAM
Lihat Lampiran 1
7.ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM
Lihat Lampiran 2
8.SUMBER TENAGA DAN PENYELIAAN
Lihat Lampiran 3
9.PERATURAN DAN KAEDAH PENILAIAN
Lihat Lampiran 4
10.PENUTUP
Kami bagi pihak perancang aktiviti ini berharap agar cadangan ini dapat
diterima baik pihak pengurusan sekolah dan mendapat sokongan serta
kerjasama yang tidak berbelah bahagi dalam membantu kami untuk
meningkatkan pengetahuan am sains dalam diri pelajar SRI Seremban.
Pendekatan praktikal merupakan pelengkap kepada pembelajaran dalam
kelas bagi memberi kefahaman yang lebih kepada pelajar, justeru aktiviti ini
dilihat dapat membantu pelajar untuk lebih memahami sains dengan cara
yang menyeronokkan. Sokongan dalam bentuk idea, tenaga dan kewangan
serta apa jua bentuk yang lain amatlah diharapkan bagi memastikan
program ini berjalan dengan lancar. Semoga usaha yang kecil ini berjaya
mencapai objektif yang disasarkan.
Disediakan oleh:

Disahkan oleh:

SEPTEMBER 2015 Kertas kerja Cadangan Pertandingan Kreatif Sains


..........................................
.....................................
.......
Amirul Hakim B. Ismail
Pn. Khairani Bt. Mukhtar
Penyelia Makmal Sains Sekolah SRI Seremban
Guru Besar, Sekolah
SRI Seremban

Lampiran 1
TENTATIF PROGRAM

Hari: Selasa
Tarikh: 20 Oktober 2015
Masa
8.00 -8.15 pagi
8.15 10.00 pagi
10.00 11.00 pagi
11.00 11.45 pagi
11.50 12.00
tengahari

Aktiviti
Taklimat pertandingan
Lokasi: Dewan SRI 1
Pertandingan Kreatif Sains
Lokasi: Dewan SRI 1
Rehat
Penilaian pertandingan
Lokasi: Dewan SRI 1
Penyampaian hadiah

SEPTEMBER 2015 Kertas kerja Cadangan Pertandingan Kreatif Sains

Lampiran 2
ANGGARAN PERBELANJAAN
a) Pendapatan
Sumber
Makmal sains sekolah

Jumlah (RM)
500.00
500.00

JUMLAH
b) Perbelanjaan
Perkara
Alatan & bahan untuk rekacipta
Kotak
Lidi satay
Pita pelekat
Gam UHU
Plastisin
Jangka lukis
Hadiah
Johan
Naib Johan
Ketiga

Kuantiti

Anggaran
(RM)

15.00
3.00
10.00
15.00
10.00
22.00

5 kotak
11

JUMLAH

50.00
40.00
20.00
185.00

c) Lebihan
Perkara
Pendapatan
Perbelanjaan
JUMLAH

Jumlah (RM)
500.00
185.00
315.00

SEPTEMBER 2015 Kertas kerja Cadangan Pertandingan Kreatif Sains

Lampiran 3
JAWATANKUASA PERTANDINGAN
Pengerusi
Pn. Khairani Bt. Mukhtar
Guru Besar SRI Seremban
Naib Pengerusi
Pn. Suzana Bt. Yusuf
GPK Akademik
Penyelaras Program
En. Amirul Hakim B. Ismail
Pn. Akhairany Bt. Tahir
Setiausaha
Pn. Norafira Bt. Farizan
Bendahari
Pn. Fuziah Ayoh
Penyelaras Pertandingan
Pn. Nuzuliati
Hadiah
Pn Khazidah Abdullah
Pn. Fuziah Bt Ayoh
Hakim Pertandingan
Semua guru Sains
Persiapan Tempat
Pn. Norafira Farizan
Dokumentasi
Pn. Akhairany Tahir

SEPTEMBER 2015 Kertas kerja Cadangan Pertandingan Kreatif Sains

Lampiran 4
1.
2.
3.
4.
5.
6.

7.
8.

1.

2.
3.
4.
5.
6.

PERATURAN UMUM
Semua pelajar sekolah rendah tahun 6
Pertandingan adalah secara berpasukan. Setiap pasukan terdiri
daripada 11 orang peserta
Rekabentuk hendaklah berasaskan konsep sains dan mempunyai ciriciri sebuah kereta. Untuk saiz, kereta mestilah tidak melebihi 15cm x
30 cm. Berat kereta adalah bebas.
Konsep kelajuan akan diambil kira semasa penghakiman.
Bahan asas rekacipta yang seragam bagi penggunaan pertandingan
akan disediakan oleh pihak penganjur.
Rekabentuk asas kereta terbahagi kepada 2 komponen iaitu:
binaan badan
tayar (mengandungi sekurang-kurangnya 4 unit)
Hiasan bagi tujuan menambah kecantikan model kereta turut diambil
kira.
Pertandingan ini terbahagi kepada 2 peringkat iaitu:
Peringkat 1 - Pembinaan dan pembangunan model kereta
Peringkat 2 Pertandingan Kelajuan
KAEDAH PENGHAKIMAN
Pembinaan dan pembangunan kereta haruslah memenuhi kriteria
berikut:
Kemahiran Manipulatif
Kemahiran Proses Sains
Pertandingan Kelajuan - Trek bagi tujuan pertandingan kelajuan akan
disediakan oleh pihak penganjur.
Penilaian bedasarkan 2 aspek iaitu jarak yg dilalui kereta selepas trek
dan masa yang diambil untuk berhenti.
Aspek kedua hanya akan dinilai sekiranya terdapat dua atau lebih
kereta yang mempunyai jarak yang sama.
Trek perlumbaan adalah berukuran 2.5m panjang X 20cm lebar.
Sebanyak 1 lorong perlumbaan sahaja disediakan
Masa akan dicatatkan bagi setiap kumpulan.

KAEDAH PERTANDINGAN
1. Semua kumpulan yang berdaftar akan diberikan kod kereta K1,
K2,...K11.

SEPTEMBER 2015 Kertas kerja Cadangan Pertandingan Kreatif Sains


2. Setiap kereta akan diuji satu persatu melalui trek yang disediakan
penganjur. Turutan kumpulan yang akan diuji adalah rawak melalui
undian.
3. Setiap kumpulan perlu melepaskan kereta dari atas trek yang
disediakan
4. Setiap kumpulan diberi dua kali percubaan.
5. Hanya percubaan terbaik akan dinilai.
6. Keputusan panel penilai adalah muktamad

Lampiran 4
CONTOH BORANG PENILAIAN

KUMPULAN: ____________________________
PERSEMBAHAN

/ 15 MARKAH

KREATIVITI

/ 15 MARKAH

KEKEMASAN

/ 10 MARKAH

JARAK

/ 60 MARKAH

JUMLAH =

/ 100 MARKAH

JADUAL PEMARKAHAN JARAK KERETA

TEMPAT
PERTAMA
KEDUA
KETIGA

MARKAH
(60%)
60
55
50

SEPTEMBER 2015 Kertas kerja Cadangan Pertandingan Kreatif Sains

KEEMPAT
KELIMA
KEENAM
KETUJUH
KELAPAN
KESEMBILAN
KESEPULUH

40
30
20
10

Anda mungkin juga menyukai