Anda di halaman 1dari 2

KERTAS KERJA

KECERIAAN DEWAN MAKAN


.

RASIONAL

Persekitaran Dewan Makan yang ceria dan bersih akan memberi keselesaan
serta mengambarkan kerjasama yang tinggi dalam kalangan warga penguhuni
asrama dan warden asrama. Selain itu, keceriaan dalam dewan makan penting bagi
mewujudkan suasana kelas yang kondusif, mempunyai iklim asrama yang ceria,
tenang, selesa dan menarik minat penghuni asrama untuk terus hadir kesekolah
dan amnya motivasi murid asrama. Berdasarkan kajian dari pakar motivasi, suasana
dewan makan yang bersih dan ceria juga dikatakan boleh memberikan suntikan
motivasi kepada murid. Mereka akan belajar dalam keadaan yang selesa, tenang
dan tenteram ketika turun ke bilik darjah kelak. Murid akan fokus kepada pelajaran
yang diajarkan kerana mereka diberikan ilmu dalam keadaan bersih dan tenang.

Matlamat

Mewujudkan Dewan Makan Lima Bintang yang mempunyai persekitaran yang


bersih, ceria, cantik, dan mempunyai minat untuk hadir ke sekolah dan belajar.

Objektif

1. Mewujudkan suasana Dewan Makan yang lebih ceria dan harmonis.


2. Meningkatkan kesedaran dalam kalangan murid asrama tentang pentingnya
menjaga keceriaan dan kebersihan kelas.

3. Memupuk dan menyuburkan sikap bertanggung jawab terhadap dewan makan


dalam kalangan murid asrama.

4. Mewujudkan kerja sama di antara murid, guru dan penyelia asrama.

5. Mewujudkan suasana kelas yang selesa dan mendorongkan pembelajaran murid.

SASARAN

Ianya melibatkan semua murid asrama dari tingkatan satu hingga empat.

MODUS OPERANDI

1. Setiap meja akan dipasang dengan skrting dengan menggunakan kain


berkualiti berdasarkan tema warna sekolah.
2. Setiap meja akan diamanahkan untuk dijaga oleh sebuah bilik yang
mengadungi sekurang-kurang 16 murid asrama.
3. Murid asrama akan memasang skirting meja dengan pemantauan warden
asrama.

ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Kuantiti Jumlah (RM)


1. Kain oren (jenis satin) 1 roll 520.00

KESIMPULAN

Program keceriaan Dewan Makan diharapkan dapat mewujudkan suasana


yang bersih, ceria dan cantik dengan harapkan mampu menjadi motivasi kepada
murid untuk seronok hadir ke sekolah dan sekaligus dapat mengatasi masalah
didiplin sekolah.

Disediakan oleh; Disemak oleh;

Anda mungkin juga menyukai