Anda di halaman 1dari 2

MODUL PELAKSANAAN KURSUS PEMBANGUNAN PROFESIONALISME (CPD) BAGI

KURSUS PENERAPAN ELEMEN KBAT DALAM PdP 2017

HARI PERTAMA
SLOT 1 : PENGENALAN KEPADA KBAT( 2 JAM)

Aktiviti 1 : Sesi Pengenalan (30 minit)


1. Peserta berkumpul di tengah dewan.
2. Peserta membentuk concentric circle
- Peserta membentuk dua kumpulan ikut jantina.
- Setiap kumpulan jantina membentuk dua kumpulan mengikut bilangan ganjil genap.
- Peserta bernombor ganjil berada dalam bulatan kecil dan peserta bernombor genap berada
dalam bulatan besar.
3. Peserta berkenalan sesama mereka dalam dua kumpulan itu.
- Nama, Tempat mengajar, Tempoh mengajar, Mata pelajaran yang diajar
4. Fasilitator akan membunyikan wisel dan peserta akan bergerak dalam bulatan mereka.

Aktiviti 2 : Apakah PPPM dan laporannya (40 minit)


1. Fasilitator menayangkan slaid 1 : Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) dan
laporan pencapaian Gelombang 1
2. Fasilitator menghuraikan dan membincangkan isi kandungan slaid secara dua hala (fasilitator
dengan peserta) untuk mendapatkan maklum balas peserta.

Aktiviti 3 : Definisi KBAT dan intipatinya (40 minit)


1. Fasilitator menayangkan slaid 2 : Definisi KBAT dan intipatinya
2. Fasilitator menghuraikan dan membincangkan isi kandungan slaid secara dua hala (fasilitator
dengan peserta) untuk mendapatkan maklum balas peserta.

Aktiviti 4 : Rumusan sesi (10 minit)


1. Fasilitator membimbing peserta untuk membuat rumusan kepada slot yang telah dijalankan.
2. Beberapa peserta menghasilkan rumusan yang memfokuskan kepada PPPM dan KBAT dalam
bentuk lisan dan bertulis (papan tulis)

SLOT 2 : TEKNIK PENYOALAN KBAT( 2 JAM)

Aktiviti 1 (40 minit)


1. Fasilitator memilih beberapa peserta untuk melakonkan aktiviti penyoalan dalam bilik darjah.
Tajuk : ???
2. Fasilitator berbincang dengan peserta tentang kekuatan teknik penyoalan yang telah dilakonkan
tadi dari sudut maklumat dan pengetahuan yang akan diperolehi oleh guru dan murid.
3. Peserta memberi pandangan tentang bagaimana meningkatkan kualiti penyoalan berdasarkan
lakonan tadi.
Aktiviti 2 ( 40 minit)
1. Fasilitator menayangkan Slaid: Tujuan penyoalan dan membincangkannya dengan peserta.
2. Fasilitator menayangakan Slaid : Teknik Penyoalan KBAT dan menghuraikan teknik 3P1B beserta
contohnya.
3. Setiap kumpulan peserta dikehendaki membina satu set penyoalan (sekurang-kurangnya 5
soalan) berdasarkan satu masalah/kemahiran/tajuk dalam PdP yang dipilih.
4. Setiap kumpulan peserta akan membentangkan set penyoalan mereka.
5. Fasilitator mengendalikan sesi sumbang saran dan mencatatkan peluang penambahbaikan yang
ada.
6. Fasilitator memilih beberapa peserta untuk membuat rumusan terhadap sesi ini.

Aktiviti 3 ( 40 minit)
1. Fasilitator menayangkan satu contoh muka surat dari buku teks yang digunakan dalam PdP di
sekolah.
2. Fasilitator menunjukcara bagaimana melakukan penyoalan menggunakan teknik 3P1B untuk
memulakan sesi PdP.
3. Setiap kumpulan peserta memilih satu kemahiran daripada buku teks untuk membuat
penyoalan menggunakan teknik 3P1B.
4. Setiap kumpulan membentangkan dapatan mereka.

Anda mungkin juga menyukai