Anda di halaman 1dari 18

2013

BUKU RANCANGAN PELAJARAN KELAS KEDAP SK BUKIT ROK

MOHD HAFIZ BIN SULAIMAN KEMAHIRAN MENGIRA 4/15/2013

RANCANGAN PELAJARAN KELAS DEWASA ORANG ASLI & PENAN (KEDAP) SK BUKIT ROK BERA PAHANG 2013 KEMAHIRAN MENGIRA

HARI TARIKH TEMA SUB TEMA H/Pemb.

: : : : :

Selasa 16 April 2013 Kekeluargaan Mengenal Diri Mengira; Membandingkan kuantiti besar dan kecil Menggunakan perkataan lebih, kurang, banyak, sedikit.

Fungsian; Menyatakan maklumat diri Menyatakan maklumat keluarga

BBM Aktiviti

: :

Slide Power point, kad gambar keluarga, kad gambar objek.

1. Guru memperkenalkan diri kepada murid-murid 2. Sesi berkenalan diantara guru dan murid. 3. Guru menggunakan power point untuk membandingkan objek banyak dan sedikit. a. Guna objek yang dekat dengan alam semulajadi orang asli seperti sumpit, binatang liar dan sebagainya. b. Murid menyatakan dan bandingkan objek menggunakan perkataan lebih, kurang, banyak, sedikit. 4. Sesi latihan murid 5. Sesi refleksi tentang apa yang dipelajari dan kepentingan dan perkaitan dengan alam orang asli.

RANCANGAN PELAJARAN KELAS DEWASA ORANG ASLI & PENAN (KEDAP) SK BUKIT ROK BERA PAHANG 2012 KEMAHIRAN MENGIRA

HARI TARIKH TEMA SUB TEMA H/Pemb.

: : : : :

Rabu 04 Julai 2012 Kekeluargaan Mengenal Diri Mengira; Menama dan menentukan nilai nombor bulat hingga 10 Menulis angka hingga 10

Fungsian; Menyatakan maklumat saudara terdekat Menyatakan peranan ibu bapa dalam keluarga

BBM Aktiviti

: :

Slide Power point, kad gambar keluarga, kad gambar objek dan lembaran kerja

1. Sesi didik hibur: Permainan kerusi beracun a. Murid dikehendaki berebut kerusi yang disediakan di mana setiap kerusi diletakkan nombor 1-10 b. Murid yang berjaya duduk setiap kali muzik dimatikan akan mengumpulkan sebanyak mana kad nombor dan dikira pemenang 2. Guru merefleksi pemikiran murid tentang kepentingan mengenal nombor. 3. Guru mengenalkan angka 1-10 dengan menggunakan dekak bagi menggambarkan nilai angka dengan bilangan objek. 4. Murid dipilih secara rawak untuk menerangkan tentang bilangan saudara terdekat. Contoh; a. Anda ada bera anak saudara lelaki? b. Anda ada bera sepupu lelaki? 5. Sesi latihan. 6. Sesi refleksi tentang peranan ibu bapa dalam membantu anak-anak terutama di dalam pendidikan.

RANCANGAN PELAJARAN KELAS DEWASA ORANG ASLI & PENAN (KEDAP) SK BUKIT ROK BERA PAHANG 2012 KEMAHIRAN MENGIRA

HARI TARIKH TEMA SUB TEMA H/Pemb.

: : : : :

Rabu 09 Julai 2012 Kekeluargaan Mengenal Diri Mengira; Menama dan menentukan nilai nombor bulat hingga 10 Menulis di dalam perkataan nombor 1 hingga 10

Fungsian; Menyatakan peranan ibu bapa dalam keluarga

BBM Aktiviti

: :

Slide Power point, kad perkataan mengikut suku kata dan lembaran kerja

1. Sesi didik hibur: Menyanyi lagu sepuluh budak hitam 2. Guru merefleksi pemikiran murid tentang kepentingan mengenal nombor seperti dapat tahu no kad pengenalan, no telefon dan nilai wang. 3. Guru mengulang kaji pelajaran angka 1-10 dengan menggunakan dekak bagi menggambarkan nilai angka dengan bilangan objek. 4. Guru menampal suku kata 1-10 di dalam perkataan dan membimbing murid mengejanya bersama-sama. 5. Sesi latihan. a. Murid membuat latihan mencari perkataan 1-10 di dalam word maize b. Murid menyambung nombor 1-10 untuk membentuk objek tertentu 6. Sesi refleksi tentang peranan ibu bapa dalam membantu anak-anak terutama di dalam pendidikan.

RANCANGAN PELAJARAN KELAS DEWASA ORANG ASLI & PENAN (KEDAP) SK BUKIT ROK BERA PAHANG 2012 KEMAHIRAN MENGIRA HARI TARIKH TEMA SUB TEMA H/Pemb. : : : : : Khamis 12 Julai 2012 Kesihatan Kesihatan & Keluarga Mengira; Menulis ayat matematik bagi operasi tambah melibatkan dua nombor satu digit. Fungsian; Menyatakan kepentingan kesihatan diri dan keluarga

BBM Aktiviti

: :

Slide Power point, kad objek, kad simbol dan kotak beracun.

1. Sesi didik hibur: Permainan kotak beracun. a. Murid menggerakkan kotak sehingga muzik dihentikan dan mengambil kertas di dalam kotak dan menyebut nombor misteri. 2. Guru mengaktifkan pengalaman sedia ada murid tentang apa yang telah dipelajari sebelum ini. 3. Guru menggunakan power point untuk melakukan sedikit ulangkaji nombor 1-10. a. Murid membilang objek yang ditayangkan dan menyatakan nilai nombor tersebut. 4. Guru gunakan powerpoint untuk menerangkan konsep tambah; a. Guna dua objek apabila digabungkan (samada BERTAMBAH / BERKURANG) 5. Guru menunjukkan simbol + dan = 6. Guru membimbing murid tukarkan perwakilan gambar dalam bentuk ayat matematik 7. Sesi latihan. 8. Sesi refleksi tentang apa kepentingan menjaga kesihatan dengan memberus gigi 3 kali sehari, mandi 3 kali sehari dan mengetip kuku seminggu sekali.

RANCANGAN PELAJARAN KELAS DEWASA ORANG ASLI & PENAN (KEDAP) SK BUKIT ROK BERA PAHANG 2012 KEMAHIRAN MENGIRA

HARI TARIKH TEMA SUB TEMA H/Pemb.

: : : : :

Rabu 18 Julai 2012 Kesihatan Penyakit Mengira; Menulis ayat matematik bagi operasi tambah melibatkan dua nombor satu digit. Fungsian; Menyatakan cara pencegahan penyakit

BBM Aktiviti

: :

Slide Power point, kad objek, kad simbol.

1. House keeping; a. Pemberian baju T.Shirt KEDAP. 2. Sesi didik hibur: Tikus kesayangan saya a. Murid dikehendaki dan dibimbing cara melukis tikus. Tujuannya untuk melembutkan pergerakan tangan murid agar lebih cekap dan selesa. b. Hasil murid dipaparkan di papan putih. 3. Guru mengaktifkan pengalaman sedia ada murid tentang apa yang telah dipelajari sebelum ini. 4. Guru menggunakan power point menerangkan sedikit konsep tambah dan pengukuhan tentang apa yang dipelajari sebelum ini. 5. Guru membimbing murid tukarkan perwakilan gambar dalam bentuk ayat matematik. 6. Sesi latihan. 7. Sesi refleksi tentang apa kepentingan menjaga kesihatan dengan cara mencegah. Baju yang diterima hendaklah dibasuh selepas digunakan untuk mengelakkan kuman berjangkit.

RANCANGAN PELAJARAN KELAS DEWASA ORANG ASLI & PENAN (KEDAP) SK BUKIT ROK BERA PAHANG 2012 KEMAHIRAN MENGIRA

HARI TARIKH TEMA SUB TEMA H/Pemb.

: : : : :

Rabu 25 Julai 2012 Kesihatan Makanan Mengira; Melengkapkan ayat matematik bagi operasi tambah melibatkan dua nombor satu digit. Fungsian; Menyatakan makanan berkhasiat.

BBM Aktiviti

: :

Slide Power point, lembaran kerja, kertas barangan tersorok .

1. Sesi didik hibur: Mencari barangan tersorok a. Murid dikehendaki mencari barangan tersorok di dalam gambar dan mewarnakannya. b. Murid membilang hasil dapatan dan menulis nombor di dalam angka dan perkataan. 2. Guru mengaktifkan pengalaman sedia ada murid tentang apa yang telah dipelajari sebelum ini. 3. Guru membimbing murid melengkapkan ayat matematik yang dikosongkan. Contoh;

+
4. Sesi latihan.

5. Sesi refleksi tentang apa yang dimaksudkan makanan berkasiat; a. Guru menayangkan gambar jenis makanan yang perlu dimakan dan perlu dikurangkan b. Penerangan kebaikan dan keburukan.

RANCANGAN PELAJARAN KELAS DEWASA ORANG ASLI & PENAN (KEDAP) SK BUKIT ROK BERA PAHANG 2012 KEMAHIRAN MENGIRA

HARI TARIKH TEMA SUB TEMA H/Pemb.

: : : : :

Khamis 30 Julai 2012 Kesihatan Penyakit Mengira; Melengkapkan ayat matematik mudah

Fungsian; Menyatakan cara pencegahan penyakit

BBM Aktiviti

: :

Slide Power point, lembaran kerja hasil tambah kon ice cream

1. Sesi didik hibur: Tayangan video National Geography; a. Sebelum menayangkan guru bertanya pada murid jika merek a tahu ular anaconda bertelur @ beranak? b. Guru memberikan jawapan dengan menayang video ringkas tentang ular anaconda. c. Sesi soal jawab mudah: 1-Berapa ekor anak aconda yang mati? 2-Berapa ekor yang hidup? 2. Guru mengaktifkan pengalaman sedia ada murid tentang apa yang telah dipelajari sebelum ini. 3. Guru menunjukkan apa yang perlu dibuat murid; a. Murid dikehendaki menggunting kon ice-cream yang mempunyai soalan tambah mudah. Cth: 1. 3+5= 2. 4+5= b. Murid dikehendaki memadankan dengan ice-cream yang mengandungi jawapan hasil tambah mudah. Cth: 8, 7, 6, 3 4. Sesi refleksi tentang apa kepentingan menjaga kesihatan dengan cara mencegah seperti cara membasuh tangan yang betul.

RANCANGAN PELAJARAN KELAS DEWASA ORANG ASLI & PENAN (KEDAP) SK BUKIT ROK BERA PAHANG 2012 KEMAHIRAN MENGIRA

HARI TARIKH TEMA SUB TEMA H/Pemb.

: : : : :

Khamis 2 Ogos 2012 Kesihatan Kesihatan & Keluarga Mengira; Menyatakan secara spontan fakta asas tambah yang melibatkan hasil tambah tidak lebih daripada 10 Fungsian; Menyatakan punca penyakit

BBM Aktiviti

: :

Dekak, lembaran kerja, komputer.

1. House keeping; a. Pemberian duit kehilangan pendapatan dan makanan kepada murid KEDAP 2. Sesi didik hibur: Memancing nombor a. Murid dikehendaki memancing 2 nombor di lantai menggunakan model pancing. b. Murid dikehendaki menyebutkan hasil tambah dua nombor yang dipancing. 3. Guru mengaktifkan pengalaman sedia ada murid tentang apa yang telah dipelajari sebelum ini. 4. Permainan kotak beracun; a. Murid dikehendaki menjawab soalan kotak beracun dnegan spontan bagi hasil tambah nombor. 5. Sesi refleksi tentang apakah punca penyakit seperti Denggi dan keracunan makanan. Perbincangan dua hala.

RANCANGAN PELAJARAN KELAS DEWASA ORANG ASLI & PENAN (KEDAP) SK BUKIT ROK BERA PAHANG 2012 KEMAHIRAN MENGIRA

HARI TARIKH TEMA SUB TEMA H/Pemb.

: : : : :

Khamis 9 Ogos 2012 Kekeluargaan Saya dan keluarga Mengira; Menamakan dan menentukan nilai nombor bulat hingga 20

Fungsian; Menyatakan maklumat keluarga

BBM Aktiviti

: :

Dekak, lembaran kerja, powerpoint slide komputer.

1. Sesi didik hibur: Bermain boling nombor 1-10 a. Murid-murid menyatakan nombor yang Berjaya dijatuhkan. 2. Guru mengaktifkan pengalaman sedia ada murid tentang apa yang telah dipelajari sebelum ini. 3. Guru menayangkan slide powerpoint tentang gambaran awal nilai 1 -20 a. Di dalam powerpoint diletakkan bilangan objek sehingga 20 b. Murid dilatih membilang menggunakan dekak dan membilang 120. 4. Sesi refleksi tentang kepentingan mengetahui maklumat keluarga berdasarkan yang memerlukan pengetahuan mengenai nombor seperti umur anak, tarikh lahir anak, no telefon saudara mara dan sebagainya.

RANCANGAN PELAJARAN KELAS DEWASA ORANG ASLI & PENAN (KEDAP) SK BUKIT ROK BERA PAHANG 2012 KEMAHIRAN MENGIRA

HARI TARIKH TEMA SUB TEMA H/Pemb.

: : : : :

Khamis 14 Ogos 2012 Kekeluargaan Saya dan keluarga Mengira; Menamakan dan menentukan nilai nombor bulat hingga 20 Menulis angka sehingga 20

Fungsian; Menyatakan maklumat saudara-saudara terdekat

BBM Aktiviti

: :

Gambar saudara-mara di dalam slide, Dekak, powerpoint, pembilang

1. Sesi didik hibur: Word Maize dan Nanyian hibur a. Murid mencari nombor dalam lingkungan 1-10 yang ditulis dalam bentuk perkataan di dalam puluhan huruf. b. Murid menyanyi lagu anak itik tok wi bersama-sama menggunakan video karaoke. 2. Guru mengaktifkan pengalaman sedia ada murid tentang apa yang telah dipelajari sebelum ini. 3. Guru menayangkan slide powerpoint ; a. Guru menayangkan slide yang menunjukkan bilangan anak saudara lelaki dan perempuan yang mewakili nilai sesuatu nombor dari 11-20. b. Murid dikehendaki membilang bersama-sama guru dan mengenali angka nombor 11-10. c. Guru memberikan tips bagaimana mengenalpasti nombor belas. 4. Sesi latihan secara individu 5. Sesi refleksi tentang kepentingan saudara mara di dalam kehidupan seharian.

RANCANGAN PELAJARAN KELAS DEWASA ORANG ASLI & PENAN (KEDAP) SK BUKIT ROK BERA PAHANG 2012 KEMAHIRAN MENGIRA HARI TARIKH TEMA SUB TEMA H/Pemb. : : : : : Isnin 27 Ogos 2012 Sivik dan Alam Sekitar Hubungan dengan keluarga Mengira; Menamakan dan menentukan nilai nombor bulat hingga 20 Menulis nombor di dalam perkataan

Fungsian; Menyatakan cara mengekalkan hubungan baik di dalam keluarga

BBM Aktiviti

: :

Dekak, lembaran kerja, powerpoint slide komputer.

1. Sesi didik hibur: Jigsaw Puzzle a. Murid dikehendaki melengkapkan gambar dengan menjawab soalan mudah hasil tambah dalam lingkungan 1-10 b. Gambar tersebut adalah gambar keluarga yang duduk bersama bergambar dalam suasana bahagia c. Guru merefleksi pemikiran murid tentang objektif fungsian iaitu cara kekalkan hubungan baik di dalam keluarga d. Guru dan murid menyanyi lagu secara berkaraoke lagu Satu nyanyian Aris Ariwatan. 2. Guru mengaktifkan pengalaman sedia ada murid tentang apa yang telah dipelajari sebelum ini. 3. Guru menayangkan slide powerpoint a. Guru menayangkan angka diikuti dengan nama angka di dalam perkataan yang ditulis dalam bentu suku kata berwarna b. Guru membimbing murid mengeja nombor di dalam perkataan bagi no 11-20. 4. Latihan individu dan sesi refleksi tentang keperluan ada hubungan yang baik dengan anak dan batasan di dalam memenuhi keperluan anak.

RANCANGAN PELAJARAN KELAS DEWASA ORANG ASLI & PENAN (KEDAP) SK BUKIT ROK BERA PAHANG 2012 KEMAHIRAN MENGIRA

HARI TARIKH TEMA SUB TEMA H/Pemb.

: : : : :

Khamis 30 Ogos 2012 Sivik & Alam Sekitar Huungan dengan masyarakat Mengira; Menamakan dan menentukan nilai nombor bulat hingga 20 Menulis nombor di dalam angka Menulis nombor di dalam perkataan

Fungsian; Menyatakan cara mengekalkan hubungan baik dengan masyarakat

BBM Aktiviti

: :

Dekak, lembaran kerja, powerpoint slide komputer.

1. Sesi didik hibur: a. Tayangan fun video. b. Nyanyian lagu 1 Malaysia, Lagu Kebangsaan dan lagu patriotic c. Murid mewarnakan poster hari Kebangsaan saiz A4. 2. Guru mengaktifkan pengalaman sedia ada murid tentang apa yang telah dipelajari sebelum ini. 3. Sesi Kraftangan menggunakan playdough; a. Murid dikehendaki menggunakan dough berwarna dan membentukkan nombor 1-20 mengikut kumpulan dan juga membina perkataan menggunakan dough tersebut. 4. Sesi refleksi tentang kepentingan hidup bermasyarakat dalam berbilang kaum, jaga kesensitifan kaum lain dan kepentingan saling hormat menghormati di antara satu sama lain.

RANCANGAN PELAJARAN KELAS DEWASA ORANG ASLI & PENAN (KEDAP) SK BUKIT ROK BERA PAHANG 2012 KEMAHIRAN MENGIRA

HARI TARIKH TEMA SUB TEMA H/Pemb.

: : : : :

Rabu 5 September 2012 Ekonomi Pekerjaan Saya Mengira; Menulis ayat matematik bagi operasi tambah melibatkan dua nombor satu digit sehingga 20 Fungsian; Menyedari kepentingan pekerjaan sebagai sumber pendapatan

BBM Aktiviti

: :

Powerpoint, laptop, LCD, Lembaran kerja

1. Sesi didik hibur: Snake and Ladder a. Murid bermain dalam kumpulan 4 orang permainan snake and ladder. b. Murid yang mendapat ladder akan berpeluang menambah gerakan pintas dan murid yang terkena snake, nombornya akan menyusut. Murid yang berjaya sampai ke nombor 20 dikira pemenang. 2. Guru mengaktifkan pengalaman sedia ada murid tentang apa yang telah dipelajari sebelum ini tentang symbol + dan = 3. Tayangan powerpoint a. Guru mengulangkaji pelajaran lepas tentang konsep tambah iaitu nombor yang ditambah akan menjadi lebih besar. Ulangan penekanan symbol + dan = b. Guru menayang objek dalam dua kumpulan berbeza bilangan dan dicampurkan. Murid dibimbing membina aya matematik daripadanya. 4. Sesi refleksi tentang kepentingan pekerjaan di dalam menyara hidup. Guru menekankan setiap pekerjaan ada sumbangan terhadap negara.

RANCANGAN PELAJARAN KELAS DEWASA ORANG ASLI & PENAN (KEDAP) SK BUKIT ROK BERA PAHANG 2012 KEMAHIRAN MENGIRA

HARI TARIKH TEMA SUB TEMA H/Pemb.

: : : : :

Selasa 11 September 2012 Ekonomi Menambah pendapatan Mengira; Melengkapkan ayat matematik bagi operasi tambah melibatkan dua nombor satu digit sehingga 20. Fungsian; Mempunyai pengetahuan menambah pendapatan.

BBM Aktiviti

: :

lembaran barang tersorok, Pembaris, lembaran kerja, powerpoint slide komputer.

1. Sesi didik hibur: Mari Berehat sebentar (mencari barang tersorok) a. Murid mencari barang tersorok dan menandakan di dalam kertas dan mewarnakannya. b. Murid mengira dan mengelaskan mengikut jenis barang. 2. Guru mengaktifkan pengalaman sedia ada murid tentang apa yang telah dipelajari sebelum ini. 3. Guru membimbing murid melengkapkan ayat matematik yang dikosongkan bagi objek sehingga 20 menggunakan slide. Contoh;

+
4. Sesi latihan.

5. Sesi refleksi tentang cara menambah pendapatan a. Guru menayangkan pelbagai jenis kerja sampingan yang boleh dilaksanakan seperti kraftangan berasaskan surat khabar, rotan, buluh dan sebagainya. b. Penerangan kebaikan dan keburukan.

RANCANGAN PELAJARAN KELAS DEWASA ORANG ASLI & PENAN (KEDAP) SK BUKIT ROK BERA PAHANG 2012 KEMAHIRAN MENGIRA HARI TARIKH TEMA SUB TEMA H/Pemb. : : : : : Khamis 13 September 2012 Ekonomi Menambah pendapatan Mengira; Melengkapkan ayat matematik mudah melibatkan hasil tambah sehingga 20 Fungsian; Mengetahui cara kaedah bagaimana menambah pendapatan

BBM Aktiviti

: :

Pembaris, lembaran kerja, powerpoint slide computer

1. Sesi didik hibur: a. Setiap kumpulan menari tarian sewang selama 10 minit sebagai satu cara senaman. b. Nyanyian 1 Malaysia dan lagu Kebangsaan sempena Hari Satu Malaysia yang jatuh pada 16 September 2012. c. Penerangan mengenai Sejarah Penubuhan Malaysia dan hak kaum peribumi. 2. Guru mengaktifkan pengalaman sedia ada murid tentang apa yang telah dipelajari sebelum ini. 3. Guru menayangkan slide computer dan membimbing murid mengira hasil tambah bagi ayat matematik mudah. Cotoh; 12 + 6 = ____ a. Guru membimbing murid mengira menggunakan nombor pada pembaris. Contoh; 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 4. Sesi refleksi tentang cara-cara menambah pendapatan seperti bercucuk tanam dan menjual pada peraih atau menjual di kedai sayur. Perbincangan pelbagai hala dan sumbangsaran.

RANCANGAN PELAJARAN KELAS DEWASA ORANG ASLI & PENAN (KEDAP) SK BUKIT ROK BERA PAHANG 2012 KEMAHIRAN MENGIRA HARI TARIKH TEMA SUB TEMA H/Pemb. : : : : : Rabu 19 September 2012 Ekonomi Pekerjaan Mengira; Menyatakan secara spontan fakta asas tambah yang melibatkan hasil tambah tidak lebih daripada 20 Fungsian; Menyedari kepentingan pekerjaan sebagai sumber pendapatan

BBM Aktiviti

: :

Dekak, lembaran kerja, powerpoint slide computer dan kertas origami

1. Sesi didik hibur: Origami a. Murid dibimbing membuat origami mengikut panduan yang diberikan b. Murid membuat origami itik, kapal terbang, sampan, bintang dan sebagainya. c. Guru merefleksi pemikiran murid tentang kepentingan inovasi di dalam pekerjaan dan kebolehan untuk mencuba sesuatu yang baru dalam menjana pendapatan. 2. Guru mengaktifkan pengalaman sedia ada murid tentang apa yang telah dipelajari sebelum ini. 3. Permainan kotak beracun; a. Murid dikehendaki menjawab soalan kotak beracun dnegan spontan bagi hasil tambah nombor sehingga 20. 4. Latihan 5. Sesi refleksi tentang pekerjaan walaupun hanya penoreh getah tetapi hasil getah adalah salah satu pendapatan utama Negara. Memberi peransang kepada murid bahawa mereka juga memberi sumbangan kepada ekonomi Negara.

RANCANGAN PELAJARAN KELAS DEWASA ORANG ASLI & PENAN (KEDAP) SK BUKIT ROK BERA PAHANG 2012 KEMAHIRAN MENGIRA HARI TARIKH TEMA SUB TEMA H/Pemb. : : : : : Khamis 27 September 2012 Sivik dan Alam Sekitar Hubungan dengan masyarakat Mengira; Melengkapkan ayat matematik mudah melibatkan hasil tambah sehingga 20 Fungsian; Menyatakan cara mengekalkan hubungan baik di dalam masyarakat

BBM Aktiviti

: :

Pembaris, muzik beracun, slide computer, lembaran kerja, dan keratan rentas rumah

1. Sesi didik hibur: Permainan muzik beracun. a. Murid menggerakkan objek sehingga muzik dihentikan dan menjawab soalan spontan guru tentang hasil tambah sehingga 20. 2. Guru mengaktifkan pengalaman sedia ada murid tentang apa yang telah dipelajari sebelum ini. 3. Guru gunakan powerpoint untuk menerangkan konsep tolak; a. Satu kumpulan objek apabila dibuang atau dipotong (samada BERTAMBAH / BERKURANG) 4. Guru menunjukkan simbol - dan = 5. Guru membimbing murid tukarkan perwakilan gambar dalam bentuk ayat matematik 6. Sesi latihan. 7. Sesi didik hibur 2: Tayangan video fun 8. Murid berkumpul di dalam kumpulan dan menggunting keratan rentas rumah dan memasang siapkan rumah tersebut. a. Sesi refleksi tentang apa yang dapat dipelajari apabila memasang rumah bersama. Murid diterangkan tentang kerjasama dalam masyarakat dan juga kesefahaman dapat menyelesaikan banyak perkara.

Anda mungkin juga menyukai