Anda di halaman 1dari 8

Skrip MC

PERKAHWINAN
2

Skrip MC Perkahwinan

MENUNGGU KETIBAAN PARA JEMPUTAN

- MUZIK SLOW

1. Perarakan Pengantin Perempuan


Hadirin yang dihormati, diumumkan perarakan pengantin ke gerbang
pintu gerbang. Perakan pengantin dan keluarga diringi oleh paluan
kompang dari Kumpulan ............. (atau live) Hadirin yang dihormati,
kita menyambut ketibaan pengantin perempuan ke pintu gerbang (arc)
seterusnya akan dialunkan satu selawat pengantin sebelum ke
singgahsana persandingan dengan diiringi 7 flower girls ...

2. Bacaan Selawat Pengantin (Pengantin berdiri seketika di arch dan apabila


selawat dimainkan pengantin akan bergerak ke pelamin / meja makan
beradab jika tidak bersanding)
Terima kasih kepada ustaz ........................di atas alunan selawat
pengantin itu tadi. Diharapkan majlis perkahwinan akan diberkati dan
dirahmati Allah SWT.

3. Ketibaan Pengantin Perempuan di singgahsana (pelamin) pengantin / di


meja makan beradap (jika pengantin tidak bersanding)

Tanam serai berumpun-rumpun


Disiram air setiap hari
Lamah gemalai hayun tersusun
Maklumlah kan dipanggil raja sehari

4. Alu-aluan MC
Bismillah....
Bersyukur kita bersama-sama ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan
limpah dan kurniaNYA kita dapat hadir di majlis yang permai ini bagi
merasmikan majlis persandingan Cik/adinda .......................................
dengan tunangannya En. ................... (Nama pengantin lelaki).

Assalammualaikum dan salam sejahtera


Hadirin yang dihormati,
Saudara mara adik kakak kepada alhakirin, sahabat handai rakan taulan
dari jauh dan dekat, dan keluarga dari sebelah pengantin lelaki, majlis
mengalu-alukan kehadiran tuan/puan semua ke majlis persandingan
Cik/adinda ...................................... dengan tunangannya
En./adinda ................................... Yg telah selamat diijabkabulkan
hanya baru semalam / pagi tadi yang telah berlalu.

www.desaguru.com
3

Skrip MC Perkahwinan

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih


kepada hadirin sekalian.

Nasi putih nasi lemak,


Sajian makanan di waktu pagi,
Terima kasih banyak-banyak,
Sudi bertandang ke majlis ini.

Tali belati pengikat kereta,


Kereta diikat beroda besi,
Di hujung pena menari kata,
Merakam budi kenangan abadi.

Pergi pengkalan mengikat rakit,


Rakit diikat rapat-rapat,
Budi tuan bukan sedikit,
Akan dikenang sepanjang hayat.

Kalau tidak kerana bulan,


Tidak bintang terbit pagi,
Kalau tidak kerana tuan,
Tidak majlis sepermai ini.

Semoga Allah memberkati kehadiran kita semua pagi ini serta perjalanan
majlis berjalan lancar.

Dan dengan itu pula, kalau tidak terlalu berat yang kami mohon drpd
tuan/puan yang budiman, yakni kalaulah boleh mintalah boleh, kalau tak
boleh pun, minta dan mohon boleh, iaitu mengajak hadirin sekalian
bersama majlis dari awal hinggalah akhir. Sekali lagi sanjungan kasih kami
abadikan...Meskipun demikian,

Dari Melaka ke Negeri Pahang,


Singgah di Johor beli barangan,
Kami mengucapkan selamat datang,
Apa yang kurang dicaci jangan.

www.desaguru.com
4

Skrip MC Perkahwinan

5. Ketibaan Pengantin Lelaki


Tuan/puan yang dihormati sekalian, majlis menyambut ketibaan
pengantin lelaki dengan diiringi paluan kompang dari (Nama kumpln
kompang dan diketuai) dan pencak silat...

6. Doa
Hadirin yg dihormati, majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat
pengantin oleh ustaz / keluarga ................................

Tetak buluh panjang sepuluh,


Mari jolok sarang penyengat,
Rafak susun jari sepuluh
Minta doa biar selamat

Dengan demikian majlis menjemput dgn segala hormatnya mempersilakan


Alfadil Ustaz Haji......................................untuk memimpin bacaan doa
selamat.

7. Ucapan penghargaan dan terima kasih bg pihak pengantin kpd para


tetamu yg hadir.
Majlis menjemput.........

8. Biodata
Adinda (Nama pengantin perempuan) dan adinda (Nama pengantin
lelaki), kami semajlis ini mengucapkan selamat pengantin baru kepada
adinda berdua. Sahlah adinda berdua bergelar raja dan permaisuri sehari
hari ini. (Nama pengantin lelaki) menjadi suami, (Nama pengantin
perempuan) menjadi isteri...

Tinggi-tinggi si mata hari,


Anak kerbau mati tertambat,
Lama sudah bersama menanti,
Hari ini sahlah dapat.

Naik kereta lembu (NKL)


Pergi jalan-jalan
Kini sudah bersatu,
Kongsi makan satu pinggan

NKL
Keliling Padang Merdeka,
Kini sudah bersatu,
Susah senang sama-sama.
www.desaguru.com
5

Skrip MC Perkahwinan

BIODATA...ucapan teks...

Masa menuntut mulanya start,


Dtg sakit melarat-larat,
Sik dapt dicari ubat & madat,
Sakit gelorat tensionnya kuat.

Dah bertemu barulah melompat,


Sik juak payah ncarik ubat,
Tok/Yang nak diajat sahlah dapat,
Janganlah agik nak molah tabiat.

Kalau tidak kerana bulan,


Tidak bintang terbit pagi,
Kalau tidak/sik kerana perempuan,
Masakan org laki nak berbini.

Dari Johor ke Kuala kedah,


Dagang merantau beratus batu,
Surat sudah, sms pun sudah,
Sudah kahwin masih begitu.

Seluar beludu baju planen,


Pakei raon pangkalan batu,
Tersenyum madu atas pelamin,
Mudahan kitak duak makmur selalu.

Pokok pulai tidak berduri,


Dibuat bumbung luas melebar,
Dua mempelai berseri-seri,
Dua jantung berdebar-debar.

9. Tepung tawar / Majlis bersalaman bagi yang tidak mahu menepung tawar
Hadirin yang dikasihi, acara seterusnya ialah menepung tawar pengantin..

Dengan Bismillah kami mulai,


Tepung tawar si tepung jati,
Dengan takdir Iiiahi Rabbi,
Mintak berkat nye duak laki bini.

Aduhai (nama pengantin lelaki) dan juga (Nama Pengantin Perempuan),


Janganlah risau jangan gundah,
Ambik senang ambik mudah
Pesan tok imam dalam khutbah nikah,
Sentiasa waras dalam susah

www.desaguru.com
6

Skrip MC Perkahwinan

Jgn seperti retak menunggu belah


Rahsia di rumah jgn di bawa ke tanah
Didengar org jadi fitnah
Byk sabar byk tabah

InsyaAllah rukun damai serumah-rumah.

Degn demikian majlis menjemput (senarai orang menepung tawar/ majlis


bersalaman).....
Keluarga Pengantin Lelaki:
1.
2.
3.
4.
Dan seterusnya (jika ada)

Keluarga Pengantin Perempuan:


1.
2.
3.
4.

Wahai pengantin cantik rupawan


Selesailah sudah upacara merenjis air mawar/tepung tawar tepung jati
(bersalaman jika tidak menepung tawar), Maka ditgn kalian semualah
nasib untung diri suami isteri

Sama beringat pesan & nasihat,


Pesan org tua membawa berkat.

Bagai ruas dgn buku


Bagai daging dgn kuku
Hidup di air satu perahu
Di darat satu kelambu/
Yalah jgn nak tentu

Sentiasalah bersatu padu


Rukun & damai selalu.

www.desaguru.com
7

Skrip MC Perkahwinan

10. Pesanan keluarga.....


Majlis menjemput........

11. Memotong kek


Hadirin yg dimuliakan, kita bertukar gelanggang sekarang ke acara
seterusnya iaitu upacara memotong kek selamat pengantin. Dipersilakan
kedua mempelai berangkat ke sudut kiri pentas utk upacara memotong
kek...

12. Nasi temuan


Selesai sudah upacara memotong kek, bertukar tikar kita ke adat
seterusnya...

Bukan duri sebarang duri,


Duri nibong terpacak tgn,
Bkn nasi sebarang nasi,
Nasi bergelar nasi temuan.

Upacara ini pd masa dahulu kala diadakan bg memecahkan kekeruan ant


pengantin lelaki & pengantin perempuan yg jarang2 dpt bersua muka &
juga bagi membiasakan diri dgn keluarga mertua. Mkn nasi temuan biasa
diadakan setlh adat persandingan di rumah pengantin perempuan.
Zamantlh berubah. Penyesuaian diadakan. Ianya diadakan secara
simbolik sahaja. Kalau di seberang sana di sesetengah tempat ialah nasi
adap- adapan yg akan disuap oleh ibu pengantin lelaki & perempuan.

Majlis mempersilakan kedua mempelai turun ke gelanggang khas yg tlh


disediakan..
Bersamalah kita melihat aksi sepasang merpati ini molah olah makan nasi
temuan...

Makan Nasi Temuan....

Tuan/puan dijemput bersama2 menjamu selera....

Menitis peluh merentas ladang,


Hati2 menjejak kaki,
Sebaik saja sajian dihidang,
Sudilah tuan/puan persilakan diri.

Molah titi kayu blian,


Blian dibeli dari ulu,
Minta sudilah tuan/puan sekalian,
Jgn segan jgn malu.

www.desaguru.com
8

Skrip MC Perkahwinan

13. Pengantin beredar ke gerbang pintu dewan.


Tuan/puan yg dimuliakan, pengantin akan beredar ke gerbang pintu
dewan menunggu utk bergambar dan bersalam-salaman kepd
tuan/puan sekalian menyatakan terima kasih mereka berdua.
Tuan/puan yang masih makan, teruskan makan..

14. Bersurai
Tuan/puan degn kesempatan ini sekali lagi kami mengucapkan terima
kasih yg tidak terhingga kepadd semua yg telah sudi menunaikan hajat
alhakirin memeriahkan suasana majlis persandingan anakanda mereka.
Hanya Allah S.W.T. sahajalah tpt mrk berserah membalas budi baik
tuan/puan. Semoga persuraian kita ini dipelihara oleh Allah S.W.T. dan
akan diberkati dgn pertemuan selanjutnya pada masa ketika yg
diizinkanNYA.

Memang pipit memakan padi,


Telah lagik diberik beras,
Bukan sedikit tuan/puan berbudi,
Budimu tuan/puan sukar dibalas

Sepasang pipit berdendang di dahan,


Pelandok mendengar sakit gigi,
Sekali lagi terima kasih adik kakak sekalian,
Budimu tuan/puan kenangan kami.

Wabillahi taufik.........& salam sejahtera.

www.desaguru.com

Anda mungkin juga menyukai