Anda di halaman 1dari 6

SKRIP PENGACARA

MAJLIS PERKAHWINAN
PUTERI NURFAZIERRA MARTA & RUZ NUR HAKIMI ROSLI
12 DISEMBER 2021 ( AHAD )

N QUE SKRIP
O

1 Pengantin Subhanallah pagi dan petang


bersedia utk Ganjaran pohon di dalam syurga
berarak masuk Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara
Berdiri bersama
rombongan (belum Assalamualaikum wrb dan salam sejahtera
berjalan)
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah swt di atas limpah kurnia, taufik,
dan hidayah daripadaNya, dapat kita sama-sama berada dalam majlis
yang penuh barakah ini.

Sirih junjung berhias indah,


Sekacip pinang pembuka kata,
Bunga manggar kilau bercahaya,
Datang berkunjung ke majlis meriah,
Sejarah terukir nilai permata,
Lembaran sejarah kini bermula.

Membuka tirai majlis yang penuh dengan senyuman dan kemeriahan ini,
Sama-samalah kita raikan ketibaan kedua mempelai.

Inilah dia pasangan pengantin yang segak lagi bergaya, yang cantik lagi
menawan, pasangan raja sehari PUTERI NURFAZIERRA MARTA dan
RUZ NUR HAKIMI ROSLI

Dengan lafaz Bismillah, melangkahlah ke mahligai kasih wahai Raja dan


Permaisuri Sehari Dipersilakan.

2 Pengantin tiba di Panas dan kering siapakan tahu,


atas pentas. Hujan rintik di Pulau Pandan,
Berjalan seiring bersentuh bahu,
Samalah cantik, samalah padan.
Dengan langkah yang penuh tertib.
Dengan senyuman terukir manis.
Saling menjeling tanda bahagia…..itulah dia pasangan mempelai
PUTERI NURFAZIERRA MARTA dan RUZ NUR HAKIMI ROSLI.
Selamat Pengantin Baru.

3 Menyambut Yang berbahagia, tuan-tuan, puan-puan, hadirin yang dihormati


tetamu yg hadir. sekalian, bagi pihak tuan rumah bersama,
Puan Tapsah Binti Madusop serta
En Rosli Bin Hashim dan Puan Siti Binti Mohamed
kami sekeluarga, malah 2 keluarga, yang baru saja disatukan,
mengalu-alukan kehadiran para hadirin yang sudi sama-sama
menyerikan majlis perkahwinan Raja Sehari kita Hakimi & Puteri di
dewan yang permai lagi berkat ini.

3 Bacaan doa Burung nuri hinggap di balai,


Balai seri buatan pak tua,
Tempat berehat rakan dan taulan,
Duduk tersenyum kedua mempelai,
Menadah tangan memanjatkan doa,
Moga jodoh sentiasa berkekalan.

Semua yg hadir, termasuk kaum keluarga, rakan taulan dan sahabat


handai, ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada kedua-dua
Raja dan Permaisuri Sehari kita PUTERI NURFAZIERRA MARTA dan
RUZ NUR HAKIMI ROSLI

Semoga mereka berdua tabah menghadapi hari hari mendatang dan


dapat hidup penuh bahagia dan dilimpahi kasih & sayang yang
berkekalan.

Bagi menzahir hasrat di hati, marilah kita sama-sama mengaminkan doa


yang akan dipimpin oleh Saudara Ruz Nur Hafizi
Dengan segala hormatnya , dipersilakan.

(DOA TAMAT)

Majlis merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada


Saudara Ruz Nur Hafizi atas bacaan doa sebentar tadi.
4 Selingan sebelum Ruz Nur Hakimi nama di beri,
makan beradab Orangnya kacak lagi berbudi
Jodohnya dengan Puteri
Memang keduanya sama serasi.

Burung jelatik si burung undan


Bersarang rendah burung tempua
Sama cantik sama padan
Bagaikan pinang di belah dua

Untuk makluman para hadirin sekalian,pasangan ini telah di


ijabkabulkan pada hari Ahad (12/12/2021) yang bertempat di Q’Event
Space, Kota Warisan

5 Makan beradab Puan dibawa ke Gunung Ledang


Dibawa dengan penuh beradab
Lauk pauk telah terhidang
Kini masa makan beradab

Jambangan indah berbunga seroja


Diraut dibelai hiasan taman
Hidangan menyelera penuh semeja
Jemput mempelai santapan berteman

Dengan rasa hormatnya, majlis menjemput pasangan pengantin dan ahli


keluarga untuk bersama - sama ke meja yang disediakan bagi
menikmati hidangan.

Majlis dengan ini juga mempersilakan semua hadirin untuk menemani


kedua mempelai yang diraikan untuk bersantapan menjamu selera .

Dipersilakan .

6 Pengenalan Sambil hadirin sekalian dan pasangan mempelai kita menikmati


Pengantin hidangan yang disediakan, molek rasanya untuk kita singkap bibit-bibit
perkenalan pasangan pengantin ini.

Raja sehari kita pada hari ini iaitu Ruz Nur Hakimi Rosli, berasal dari
Bukit Katil Melaka, merupakan anak ke 5 daripada 5 orang adik beradik.
Manakala ratu hati beliau, Puteri Nurfazierra Marta, berasal daripada
Sandakan Sabah merupakan anak ke 4 daripada 4 orang adik beradik.

Orang jauh dikenang-kenang


Hanya terkenang pada yang satu
Mula berkenalan kemudian bertunang
Akad dilaksana sama bersatu

Anak Cina mengail patin


Mengail patin di tepi titi
Senyum terukir pasangan pengantin
Tanda gembira penuh di hati

Menyingkap bibit-bibit perkenalan pasangan pengantin ini, mereka mula


berkenalan pada tahun 2017 ketika bertugas di KLIA2. Perkenalan yang
tidak disengajakan itu, akhirnya memutikkan rasa cinta dalam hati
kedua-dua pasangan ini.

Setelah mengenal hati budi masing-masing dan mendapat restu


keluarga, mereka akhirnya pada hari yang penuh bermakna ini, janji
sepakat yang telah dibuat telah ditunaikan di dalam Majlis yang penuh
berbahagia ini.

7 Upacara Hadirin yg dimuliakan, demi merakamkan satu memori indah dan


Memotong Kek kenangan manis majlis ini kepada kedua mempelai, majlis diteruskan
dengan upacara memotong kek.

Dipersilakan kedua mempelai berangkat ke sudut dewan (lokasi upacara


memotong kek) untuk upacara memotong kek

Dipersilakan kedua mempelai Hakimi & Puteri

8 Sesi Bergambar Demikianlah tadi berakhirnya acara memotong kek.

Hadirin yg dimuliakan, kita bertukar ke acara terakhir iaitu sesi


bergambar.

Dipersilakan kedua mempelai berangkat ke pelaminan semula bagi


meneruskan sesi bergambar bersama kaum keluarga, sanak saudara
tercinta serta sahabat handai.
[ SESI BERGAMBAR ]
KELUARGA PENGANTIN PEREMPUAN
KELUARGA PENGANTIN LELAKI
RAKAN RAKAN PENGANTIN

9 Penutup Sesungguhnya manusia itu sememangnya memerlukan kepada cinta.


Kerana cinta itu, menjadikan hidup manusia lebih bermakna, bahagia
dan sempurna apatah lagi melalui ikatan perkahwinan yang dituntut
agama.

Tiup serunai di atas kota


Uda memupuk bunga melati
Mula kenal kemudian bercinta
Cinta tersemai di dalam hati

Inilah yang dikatakan,

Umpama belayar telah sampai di pelabuhan


Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi

Sekali lagi tahniah kepada PUTERI NURFAZIERRA MARTA dan RUZ


NUR HAKIMI ROSLI.

Selamat Pengantin Baru.


Selamat Menempuh Kehidupan berumah tangga.
Semoga dikurniakan zuriat yang soleh & solehah.
Berkekalan hingga ke akhir hayat.

Majlis kita masih diteruskan dengan jamuan sehingga jam 11.30 Malam.

Kepada semua hadirin yang turut menyerikan majlis ini, ucapan


penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kami hulurkan.

Kepada ahli keluarga kedua-dua pihak yang telah bertungkus lumus


dengan persiapan bagi menjayakan majlis perkahwinan ini, terima kasih
diucapkan.

Tulus dan ikhlas bagi pihak Puan Tapsah Binti Madusop serta
En Rosli Bin Hashim dan Puan Siti Binti Mohamed

Ribuan ampun dan maaf seandainya majlis ini terselit sebarang


kekurangan dan kecacatan yang tidak disengajakan.

Yang baik datangnya dari Allah SWT dan yang buruk datangnya dari
kami sendiri.

Terima kasih di atas segala bantuan dan doa semua sehingga majlis ini
dapat disempurnakan.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa bali
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Sekian.

Salam kemaafan, salam kecerian, dan Selamat pengantin Baru.

Wabillahi taufiq wal hidayah, Wassalamualaikum wrt.

Anda mungkin juga menyukai