Anda di halaman 1dari 4

Pembuka Bicara

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬


‫الحمد هلل رب العالمين والصلوة السالم على اشرف األنبياء والمرسلين‬
‫وعلى أله وصحبه أجمعين‬.
‫ لي امري‬#‫رب اشرح لي صدري ويسر‬
#‫وحلل عقدة من لسلني يفقح قولي‬

Assalamualaikum...WBT

Majlis mengucapkan selamat datang ke majlis sambutan maulidur rasul wilayah Trolak,
tahun 1443 Hijriyah, bersamaan 2021 masihi.

Sebelum memulakan majlis,marilah sama sama kita hayati bacaan sajak yang bertajuk
Assalamualaika Ya Rasulallah.

**********************Bacaan Sajak************************

Selepas bacaan sajak,pengacara majlis mengalunkan selawat.

Protokol majlis

Dimulakan lafaz dengan nama Allah Tuhan Ilahi


dimohonkan limpahan berkat akan segala nikmat yang diberi,
Diucapkan puji-pujian ,kepada Allah Rabbul ‘Izzati
Diiringkan sanjungan dengan kesyukuran yang amat tinggi.

Yang dihormati Pengarah wilayah Felda Trolak, En. Hasrul Nizam bin Hassan.

Yang dikasihi Ketua Peneroka Wilayah Felda Trolak merangkap Ketua Peneroka Kebangsaan,
En. Sulong Jamil bin Mohamed Shariff.

Yang dikasihi Pengerusi GPW Wilayah Felda Trolak, Puan Hajah Rusiah binti Imbran.

Yang dimuliakan penceramah jemputan kita, Pensyarah Universiti Sultan Azlan Shah(USAS),
AlFadhil Ustaz Muhammad Saiful Ammar bin Ismail.

Pegawai pegawai kanan wilayah,Pengurus pengurus rancangan,ketua peneroka


rancangan,pengerusi GPW rancangan,ahli jawatan kuasa masjid dan seterusnya hadirin hadirat
yang dimuliakan Allah.
Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi, Tuhan yang Maha
Agung kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan waktu dan kesempatan,
dianugerahkan kesihatan dan kewarasan akal, didorong dan digerakkan minda dan deria rasa,
untuk kita sama-sama berkumpul di Masjid Assalamuddin Felda Besout 4 bagi meraikan Sambutan
Maulidur Rasul peringkat wilayah Trolak tahun 2020 bersamaan dengan 1443 hijrah.

Untuk pengetahuan hadirin-hadirat sekelian, Sambutan Maulidur Rasul ini bertujuan


menyuburkan rasa cinta dan kasih kita kepada Junjungan Rasulullah S.a.w dan menzahirkan syiar
Islam, di samping menguatkan semangat perpaduan dan silaturrahim, selaras dengan tema
sambutan Maulidur Rasul tahun ini iaitu; Manhaj Rabbani, Ummah berkualiti”.

Bacaan doa

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

Bagi memulakan dan memuliakan majlis marilah kita bersama-sama menadah tangan bermunajat,
memohon keberkatan agar segala urusan mendapat rahmat. Jesteru, majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan Ustaz Muhammad Aminuddin bin Shahimi untuk memimpin bacaan
doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

************************************BacaanDoa*************************************
***********

Amin Ya rabbal alamin...


Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Aminuddin bin Shahimi di atas bacaan doa itu
tadi.

Ucapan Pengarah Wilayah

Bagi meneruskan lagi majlis pada malam ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan En.
Hasrul Nizam bin Hassan, Pengarah Wilayah Felda Trolak untuk menyampaikan ucapan.
 
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

**************************Ucapan Pengarah Wilayah******************************

Majlis mengucapkan terima kasih kepada En. Hasrul Nizam bin Hassan di atas ucapan beliau
sebentar tadi.
Ceramah Maulidur Rasul

Seterusnya pengisian Majlis ini diteruskan dengan ceramah Maulidur Rasul oleh
penceramah jemputan pada malam ini, yg dimuliakan Alfadhil Ustaz Muhammad Saiful Ammar
bin Ismail dengan tajuk ceramahnya :
“Mengejar keberkatan dalam menjalani kehidupan”

Majlis mempersilakan alFadhil Ustaz untuk tampil bagi menyampaikan ceramah.

**************************Penceramah mengambil tempat**************************

Sebelum itu,majlis ingin membacakan sedikit biodata penceramah kita pada hari ini,

Alfadhil Ustaz  merupakan pensyarah bahasa arab di Universiti Sultan Azlan Shah atau dikenali
sebagai USAS,beliau berkhimat di USAS dari 2013 sehingga kini.

AlFadhil Ustaz melanjutkan pengajian di peringkat sarjana muda bahasa arab di Universiti Al
Azhar,Kaherah pada tahun 2008 sehingga 2012,kemudiannya menyambung pengajian ijazah
sarjana bahasa arab dan seterusnya menyambung pengajian ijazah doktor falsafah bahasa arab
iaitu peringkat penulisan thesis di Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muazzam
Shah(Unishams).

Selain daripada tugasnya menjadi pensyarah di USAS,al fadhil Ustaz juga pernah menjadi
pengacara bahasa arab umum di peringkat antarabangsa bagi persidangan antarabangsa WCIT
pada tahun 2014. Dan beliau juga bergiat aktif didalam bidang penulisan lirik dan puisi.

Begitulah serba sedikit latar belakang Al Fadhil Ustaz Muhammad Saiful Ammar bin Ismail,bagi
meneruskan lagi agenda kita pada malam ini,marilah kita sama sama meminjamkan sebentar
mata,telinga dan hati kita agar ilmu yang bakal disampaikan dapat kita hayati dan seterusnya
memberi manfaat kepada kita semua. Majlis dengan penuh takzim mempersilakan Al Fadhil Ustaz
untuk menyampaikan ceramah beliau,dengan segala hormatnya mempersilakan.

**************************Ceramah ******************************

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Al Fadhil Ustaz Muhammad Saiful Ammar bin
Ismail atas ceramah yang disampaikan. Semoga apa yang telah disampaikan sebentar tadi dapat
menambahkan ilmu dan dapat dijadikan amalan dalam kehidupan seharian kita.
Pemberian Cenderahati

Hadirin Hadirat yang dikasihi sekalian,

Dikesempatan ini, pihak majlis berbesar hati untuk menyampaikan sedikit cenderahati sebagai
tanda penghargaan dan terima kasih kepada Tuan penceramah yang sudi hadir menjayakan majlis
sambutan maulidur rasul bagi peringkat Wilayah Trolak pada tahun ini.

Dengan ini,majlis mempersilakan Tuan Pengurus Rancangan Besout 4,En. Amiruddin b. Abu
Kassim untuk menjemput dan mengiringi Tuan Pengarah Wilayah Felda Trolak, En. Hasrul Nizam b.
Hassan bagi menyempurnakan penyampaian cenderahati. Majlis mempersilakan,.

****************Pengurus mengiringi Pengarah Wilayah ********************

Majlis dengan segala hormatnya menjemput Al Fadhil Ustaz Muhammad Saiful Ammar bin Ismail
untuk menerima cenderahati penghargaan.

Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang Dihormati Tuan Pengarah Wilayah yang telah sudi
menyampaikan cenderahati sebentar tadi.

Penutup

Hadirin Hadirat yang dirahmati Allah sekalian,

Saya mewakili Majlis, ingin mengucapkan rasa kesyukuran dan setinggi tinggi terima kasih kepada
semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan Majlis kita pada hari ini. Dikesempatan ini, saya
ingin memohon kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang mengacarakan majlis ini.

Untuk makluman semua,selepas menunaikan solat Isyak,majlis menyediakan sedikit jamuan


secara bungkusan buat tetamu yang hadir di luar perkarangan masjid. Dijemput untuk mengambil
jamuan yang disediakan. Diingatkan kepada semua hadirin supaya sentiasa menjaga SOP dan
penjarakan semasa mengambil makanan.

Marilah sama sama kita akhiri majlis pada malam ini dengan membaca tasbih kaffarah dan surah
al Asr.

Subhanakallahumma wa bihamdika Ash hadu an la ilaha illa anta astaghfiruka wa atubu ilaik

Anda mungkin juga menyukai