Anda di halaman 1dari 4

AGENDA PENERANGAN CATATAN

UCAPAN Bismillahirrahmanirrahim...
ALUAN Assalamualaikum W.B.T
PENGERUSI
Yang Berbahagia,
Ustaz Muhammad Shafie Bin Bachok, Penolong Pegawai Agama, Hal Ehwal
Agama Islam, Pejabat Agama Daerah Tangkak, selaku Penceramah kita pada
hari ini

Yang Berusaha,
Tuan Hj Razali Bin Sudin, Pengetua SMK Tun Perak

Yang Dihormati,
Tn Hj. Norizan Bin Mahat, Yang Dipertua PIBG SMK Tun Perak,

Yang Dihormati,
Cik Emilia Binti Mohd Diah, GPK Hal Ehwal Murid

Yang Dihormati,
En. Azmi Bin Diron, GPK Kokurikulum

Yang dihormati,
Pn Hjh Habidah Binti Ahmad, GPK Tingkatan 6

Yang Dihormati,
En Zainal Abidin Bin Ali, GPK Petang

Barisan Ketua Bidang, Barisan guru dan pelajar sekalian

UCAPAN
SELAMAT Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan rasa syukur ke hadrat
DATANG Tuhan yang Maha Agung kerana dengan limpah kurniaNya jua, maka kita
diberikan luangan waktu dan kesempatan, untuk kita sama-sama berkumpul
di dewan nan permai ini, bagi menjayakan majlis ilmu, meraikan Sambutan
Maulidur Rasul peringkat sekolah.

Buat pengetahuan hadirin sekalian, Sambutan Maulidur Rasul ini bertujuan


menyuburkan rasa cinta dan kasih kita kepada Junjungan Rasulullah S.a.w.
selain itu, matlamat sambutan Maulidul Rasul ini juga adalah untuk
menzahirkan syiar Islam, di samping menguatkan semangat perpaduan dan
silaturrahim sesama warga sekolah, selaras dengan tema sambutan Maulidur
Rasul iaitu NEGARA RAHMAH UMMAH SEJAHTERA.

BACAAN AL Hadirin yang di Rahmati Allah,


QURAN,
NASYID DAN Kita mulakan majlis pada hari ini dengan bacaan ayat-ayat suci Al Quran Al
SELAWAT Karim. Majlis dengan ini mempersilakan Saudara Muhsin bin Mustarin untuk
mengalunkan bacaan ayat-ayat suci Al Quran Al karim. Dipersilakan.

***bacaan Quran***
Terima kasih diucapkan kepada saudara Muhsin Bin Mustarin atas bacaan
ayat-ayat suci Al Quran Al karim sebentar tadi. Semoga kita semua dapat
menghayati maksud terseni Ilahi dan menjadikan amalan membaca Al-Quran
sebagai amalan harian kita.

Hadirin yang dihormati,

Majlis seterusnya menjemput pula kumpulan nasyid __________ untuk


membuat persembahan nasyid dan berselawat ke atas Nabi. Majlis dengan
sukacita mempersilakan.

***persembahan nasyid***

Majlis mengucapkan terima kasih kepada kumpulan nasyid ________ atas


persembahan dan alunan selawat ke atas junjungan besar sebentar tadi.
Semoga amalan berselawat ke atas nabi ini, sentiasa membasahi bibir kita
semua.

BACAAN DOA Hadirin yang dihormati Allah.

Kalau pergi Tanjung Keramat,


Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Untuk terus memberkati majlis kita pada pagi ini, dijemput saudara
______________________________________________ untuk memimpin
bacaan doa. Dipersilakan.

*** bacaan doa***

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Saudara


________________________ atas bacaan doa itu tadi.

UCAPAN YDP Hadirin yang disayangi Allah.


PIBG

Emas tempawan buatmu puteri


Busana indah buat rupawan
Sudilah tuan tampilkan diri
Bersama madah buat ucapan.

Majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan Yang dihormati Tn Hj


Norizan Bin Mahat tampil ke pentas memberikan sepatah dua kata.
Dipersilakan.
*** ucapan***

Terima kasih diucapkan kepada Tn Hj Norizan atas kesudian menyampaikan


ucapan sebentar tadi.

UCAPAN Sungguh permai dipagi hari,


PENGETUA Indah juga diwaktu senja,
Majlis kita takkan berseri,
Tanpa ucapan Tuan Pengetua

Majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha Tn. Hj.
Razali Bin Sudin, pengetua SMK Tun Perak untuk menyampaikan ucapan.
Majlis mempersilakan.

***Ucapan***

Majlis merakam ribuan terima kasih kepada Tuan pengetua, atas ucapan
yang diberikan.

CERAMAH Lahirnya Nabi membawa rahmah,


AkhlakInya terpuji ikutan semua,
Menjaga pekerti mengamalkan sunnah,
NEGARA RAHMAH UMMAH SEJAHTERA

Hadirin yang dirahmati Allah

Majlis sambutan maulidur rasul di bawah tema NEGARA RAHMAH UMMAH


SEJAHTERA diteruskan lagi dengan ceramah daripada tetamu jemputan kita.
Oleh itu, marilah kita sama-sama meminjamkan sebentar mata, telinga dan
hati kita agar ilmu yang bakal di sampaikan dapat kita hayati dan manfaatkan
bersama. Majlis dengan penuh takzim menjemput dan mempersilakan Ustaz
Muhammad Shafie Bin Bachok untuk menyampaikan ceramah beliau.
Dipersilakan.

***ceramah***

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Ustaz Muhammad Shafie


atas ceramah yang disampaikan. Semoga segala nasihat dan amalan sunnah
dapat kita hayati dan amalkan bersama.

ANUGERAH Hadirin yang diberkati Allah,


TOKOH DAN
PENCERAMA Meneruskan agenda kita pada hari ini ialah penyampaian Anugerah Tokoh
H Maulidul Rasul Peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Perak bagi
tahun 1441 Hijrah. Untuk melancarkan upacara ini, majlis menjemput dan
mempersilakan ____________________________ untuk mengiringi Tuan
Pengetua, Tn Hj Razali Bin Sudin bagi menyampaikan anugerah tersebut.
Dipersilakan.

*** baca senarai nama***

Seterusnya pihak majlis menjemput tuan penceramah kita Ustaz Muhammad


Shafie bin Bachok naik ke pentas untuk menerima cenderamata kenang-
kenangan daripada pihak sekolah. Dipersilakan.

*** penyampaian cenderamata***

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Tuan Pengetua atas kesudian
menyampaikan anugerah dan cenderamata itu tadi.

Penutup Hadirin yang dikasihi Allah,

Sesuatu yang mula pasti akan ada akhirnya, begitulah juga majlis kita pada
hari ini telah sampai ke penghujungnya. Sebelum melabuhkan tirai, pihak
majlis ingin memohon kemafaan kepada hadirin andai ada keterlanjuran
kata, sepanjang majlis ini berlangsung. Sesungguhnya segala yang baik
datang dari Allah Rabbul Jalil dan segala yang kurang adalah kelemahan kami.
Sebelum melabuhkan tirai, marilah kita bersama-sama membacakan tasbih
kafarah dan surah al-Asr. Kami tutup majlis pada hari ini dengan lafaz suci
Wabillahitaufiq wal hidayah Assalamualaikum WBT.

*** jemput VIP makan***

Dijemput tetamu undangan dan para pentadbir ke kantin untuk menjamu


selera.

Anda mungkin juga menyukai