Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGACARA MAJLIS PELANCARAN MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN STPM 2021

Sblm majlis bg tahu pelajar supaya diam dan bersedia

Bangun apabila VIP masuk

AGENDA PENERANGAN CATATAN


PERARAKAN Mengumumkan ketibaan Yang berusaha, Tn. Mokhtar Sani Bin Sulaiman,
MASUK DAN Yang Dipertua PIBG, Tuan Hj Norizan Bin mahat, Pn Hjh Hazalina bt Hazali
LAGU Guru Penolong Kanan Tingkatan Enam, bersama barisan pentadbir masuk
ke dalam dewan.

*** tetamu ambil tempat***

Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Bangsa Johor dan Negaraku.

Hadirin diminta bersedia

*** lagu***

Hadirin dipersilakan duduk

BACAAN DOA Hadirin yang dihormati,

Lebat kemiri pohonnya rendah,


Dahan terikat tali perkasa,
Sepuluh jari kami menadah
Mohon berkat yang maha Esa.

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, dijemput saudara


_________________________________________________________
untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

*** bacaan doa***

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Saudara


__________________________ atas bacaan doa itu tadi. Moga-moga kita
semua berada di bawah lembayung rahmat-Nya.

UCAPAN Bismillahirrahmanirrahim...
ALUAN Assalamualaikum W.B.T dan selamat sejahtera.
PENGERUSI
Yang Berusaha,
Tn Mokhtar Sani Bin Sulaiman, Pengetua SMK Tun Perak

Yang Dihormati,
Pn Halijah Binti Othman, Guru Penolong Kanan Tingkatan Enam

Yang Dihormati,
Tn Hj. Norizan Bin Mahat, Yang Dipertua PIBG SMK Tun Perak
Yang Dihormati,
Pn Hjh Hazalina Binti Hazali, Guru Penolong Kanan Tingkatan Enam

Yang Dihormati,
En Abd Syukor Bin Atan, Guru Penolong Kanan Kokurikulum Tingkatan
enam

Barisan Guru Unggul, dan pelajar yang berwawasan sekalian.

UCAPAN Ke Pekan Kuala membeli bingka


SELAMAT Sayang pesanan terlupa sudah
DATANG Majlis bermula tirai dibuka
Dengan alunan madah yang indah

Hari ini memugal jagung


Hari esok memetik peria
Hari ini kita berkampung
Meraikan majlis penuh ceria

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Yang Maha Agung, kerana dengan


restu dan EhsanNya jua, kita dapat berkumpul dalam Dewan Sri Perak ini
bagi menjayakan satu majlis, iaitu Majlis ANUGERAH KECEMERLANGAN
STPM Tahun 2021

Buat Pengetahuan semua, majlis yang diadakan ini bermatlamat meraikan


kecemerlangan pelajar yang telah mengharungi cabaran dengan tekun,
dan kuat berusaha selama 3 semester sebelum mendapat keputusan yang
cemerlang keseluruhan dalam peperiksaan STPM tahun 2021. Di samping
itu majlis ini juga diharap dapat memberi motivasi dan inspirasi kepada
semua pelajar tingkatan enam atas dan bawah untuk menuruti
kecemerlangan mereka dalam mengharungi setiap semester peperiksaan
STPM.

hadirin Yang Dihormati,

UCAPAN Cantik sungguh sinaran mentari,


PENGETUA Cerah selesa hingga ke senja,
SMK TUN Tidak seri majlis ini,
PERAK Tanpa ucapan Tuan Pengetua

Majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha Tn.


Mokhtar Sani Bin Sulaiman, pengetua SMK Tun Perak untuk
menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala mempersilakan.

***Ucapan***

Majlis merakam ribuan terima kasih kepada Tuan pengetua, atas ucapan
yang diberikan.
UCAPAN YDP Hadirin yang budiman,
PIBG
Dara rupawan tersenyum manis,
Petik kenanga kuntum delapan,
Hadirnya tuan penyeri majlis,
Molek kiranya susuli ucapan.

Majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan Yang Dihormati Tn Hj.


Norizan Bin Mahat untuk memberikan sepatah dua kata. Dipersilakan.

*** ucapan***

Terima kasih diucapkan kepada Tn Hj Norizan atas kesudian


menyampaikan ucapan sebentar tadi.

TAYANGAN Hadirin yang budiman,


VIDEO
Seterusnya marilah kita sama-sama saksikan tayangan video yang telah di
sediakan oleh _________________________________________________
Dipersilakan .

**tayangan video**

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada _______________________


Atas tayangan video itu tadi.

PENYAMPAIA Hadirin yang dihormati,


N ANUGERAH
STPM 2021 Sekarang, tibalah masa yang dinanti, penyampaian anugerah kepada
pelajar cemerlang STPM tahun 2021.

Bagi menyempurnakan upacara penyempaian anugerah ini, pihak majlis


menjemput dan mempersilakan Tn Pengetua Tn, Mokhtar Sani bin
Sulaiman untuk mengiringi, Yang dipertua PIBG SMK Tun Perak, Tn Hj.
Norizan Bin Mahat untuk menyampaikan anugerah kepada pelajar
cemerlang STPM 2021.

*pengetua mengambil tempat*

Penerima anugerah pertama ialah saudari Nurul Fatihah Binti Sudiroo.


Saudari Nurul Fatihah lahir pada 21 Mei 2002. Anak kepada
pasangan Aniza bt Moilan dan Sudiroo bin Zainal Abidin ini telah
memperoleh keputusan cemerlang dalam sem 1, sem 2 dan sem 3.
atas tekad yang jitu telah membolehkannya mendapat keputusan
keseluruhan 1A, 1A-, 1B+ dan 1B dengan PNGK 3.50. Untuk
pengetahuan hadirin, saudari Nurul Fatihah juga telah mendapat
tawaran melanjutkan pelajaran Peringkat Sarjana Muda Pengajian
Bahasa Arab di Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu. majlis
mempersilakan Saudari Nurul Fatihah untuk menerima anugerah.
Tahniah diucapkan.

Pelajar cemerlang seterusnya, lahir pada 1 Ogos 2002. Anak kepada


pasangan Noor Azizah binti Omar dan Muhammad Firdaus bin
Abdullah ini mendapat pendidikan awal di SK Kompleks Johor
Bahru. Seterusnya telah menyambung persekolahan di SMK Sg
Abong dan menyambung pengajian tingkatan 6 di SMK Tun Perak.
Atas kesungguhan yang ditunjukkan, telah membolehkannya
mendapat keputusan cemerlang 1A,1A- dan 2B+ dengan PNGK
3.58. Pelajar cemerlang ini juga telah mendapat tawaran untuk
melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial
dengan kepujian (Sejarah) di Universiti Malaysia Sabah. Dipersilakan
Saudari Nur Hayati binti Muhammad Firdaus untuk menerima
anugerah. Tahniah diucapkan

Pelajar cemerlang seterusnya ialah Saudara Muhammad Syamil bin


Othman. Untuk pengetahuan hadirin, Saudara Syamil telah
mendapat keputusan yang cemerlang dengan mendapat keputusan
2A, 1B+ dan 1B dengan PNGK 3.58. Anak kepada pasangan
________________ dan _________________ ini mendapat
pendidikan awal di ___________________ dan meneruskan
perskeolahan di _______________. Saudara Muhammad Syamil
juga mendapat keputusan cemerlang semasa sem 1 dan sem 2.
kejayaan yang diperoleh ini, telah melayakkannya menyambung
pelajaran di Universiti Utara malaysia dalam Bidang Pengurusan Hal
Ehwal Antarabangsa. Dipersilakan saudara Muhammad Syamil
untuk menerima anugerah. Tahniah diucapkan .

Penerima anugerah seterusnya ialah saudari Ang Yi Wen. Saudari Yi


Wen lahir pada 10 November 2002. Anak kepada pasangan Ang
Kwang Hong dan Ng Siat Ki ini telah memperoleh keputusan
cemerlang dalam sem 1, sem 2 dan sem 3. Atas keinginan untuk
berjaya telah membolehkannya mendapat keputusan keseluruhan
2A dan 2A- dengan PNGK 3.84. Untuk pengetahuan hadirin, saudari
Yi Wen juga telah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran dalam
bidang Pengurusan Alam Sekitar di Universiti Putra Malaysia. Majlis
mempersilakan Saudari Yi Wen untuk menerima anugerah. Tahniah
diucapkan.
Pelajar cemerlang seterusnya, lahir pada 18 Ogos 2001. Anak
kepada pasangan ________________________ dan
______________ ini mendapat pendidikan awal di
_________________. Seterusnya telah menyambung persekolahan
di __________________ dan menyambung pengajian tingkatan 6 di
SMK Tun Perak. Atas kesungguhan yang ditunjukkan, telah
membolehkannya mendapat keputusan cemerlang 3A1A- dengan
PNGK 3.92. Pelajar cemerlang ini juga telah mendapat tawaran
untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda
Pengajian Alam Sekitar di Universiti Malaya. Dipersilakan Saudari
Sammy Teo Shu Fang tampil ke pentas untuk menerima anugerah.
Tahniah diucapkan

Pelajar cemerlang seterusnya ialah Saudari Nuramni Syazreen binti


Hassan. Untuk pengetahuan hadirin, Saudari Nuramni telah
mendapat keputusan yang cemerlang iaitu 3A dan 1A- dengan
PNGK 3.92. Anak kepada pasangan ________________ dan
_________________ ini mendapat pendidikan awal di
___________________ dan meneruskan perskeolahan di
_______________. Saudari Nuramni juga mendapat keputusan
cemerlang semasa sem 1 dan sem 2. kejayaan yang diperoleh ini,
telah melayakkannya menyambung pelajaran di Universiti
Kebangsaan Malaysia dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi
dengan Kepujian. Dipersilakan saudari Nuramni Syazreen untuk
menerima anugerah. Tahniah diucapkan

***baca senarai***

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada ________YDP___ atas


kesudian penyampaian anugerah sebentar tadi.

Penutup
Hadirin yang dikasihi,
Dengan berakhirnya penyampaian anugerah itu tadi, maka berakhirlah
majlis kita pada hari ini.

Sebelum melabuhkan tirai, pihak majlis ingin memohon kemafaan kepada


hadirin andai ada keterlanjuran kata dan terkasar bahasa. Sesungguhnya
segala yang baik datang dari Yang Pencipta dan segala yang kurang adalah
kelemahan kami.
Sebelum majlis dinoktahkan, marilah sama-sama kita nyanyikan lagu
sekolah dengan penuh semangat dan kami tutup dahulu majlis pada hari
ini dengan lafaz suci Wabillahitaufiq wal hidayah. Assalamualaikum WBT
dan selamat sejahtera. Hadirin diminta bersedia untuk menyanyikan lagu
sekolah.

Anda mungkin juga menyukai