Anda di halaman 1dari 11

SKRIP PENGACARAAN

HARI APRESIASI KECEMERLANGAN


SK MERU RAYA
2022/2023

QUE PERKARA CATATAN

Hadirin yang dimuliakan,

Majlis akan bermula sebentar lagi, untuk itu tuan-tuan dan


puan-puan serta hadirin sekalian, diminta mengambil tempat di
dalam dewan.

Bagi melancarkan perjalanan majlis tuan-tuan dan puan-puan


diingatkan supaya mematikan telefon bimbit atau
menetapkannya kepada mod senyap.

Terima kasih.

PENGUMUMAN KETIBAAN

Mengumumkan ketibaan,

Yang Berhormat
Encik Khairuddin Abu Hanipah,
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan…..

Dengan diiringi barisan Pentadbir dan tetamu jemputan

 NYANYIAN LAGU NEGARAKU


Tetamu jemputan dan para hadirin dipersilakan duduk.

KATA SALUTASI

Salam sejahtera kami ucapkan,


Para hadirin semua jemputan;
Selawat dan salam kami junjungkan,
Ke hadrat Nabi Rasul pilihan.

Melati kuntum tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon cemara;
Assalamualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara
Yang Berusaha
Puan Farasmini binti Omar
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Meru Raya

Yang Berbahagia
Datin Norzaini binti Hassim
Penolong Kanan Pentadbiran

Encik Muazam Shah bin Ahamad Termizi


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Puan Faizah binti Abd Rahman


Penolong Kanan Kokurikulum

Puan Norita binti Hassan


Penolong Kanan Pendidikan Khas

Yang Berhormat
Encik Khairuddin Abu Hanipah,
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan

Yang Berusaha
Encik Mohd Hamzah bin Hashim
Yang Dipertua PIBG

Para guru, ibu bapa, seterusnya hadirin dan hadirat yang


dimuliakan.

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam


sejahtera dan salam Karisma Gah Terbilang.

UCAPAN ALU-ALUAN DAN SELAMAT DATANG

Hadirin yang dihormati,

Allah jua yang dipuji, dengan lidah dan hati, kerana dengan
limpah dan izin-Nya, membolehkan kita berkumpul pada pagi
yang berbahagia ini.

Dalam suasana ceria penuh harmoni, dari Dewan Uwais Al-


Qarni majlis berbesar hati mengucapkan ribuan terima kasih
kepada tetamu-tetamu kehormat, tuan-tuan dan puan-puan ke
majlis penuh bersejarah pada hari ini.

Majlis Mengucapkan Selamat Datang Serta Mengalu-Alukan


Kehadiran Para Hadirin Sekalian Ke Hari Apresiasi
Kecemerlangan sesi 2022.
Hadirin budiman,
Untuk makluman, majlis yang berprestij ini diadakan, bukan
sahaja meraikan murid-murid yang bakal menamatkan
persekolahan, malah mengiktiraf murid-murid yang telah
menunjukkan kecemerlangan dalam bidang Akademik, dan
Kokurikulum, begitu juga tidak dilupakan jasa dan pengorbanan
para guru yang bertungkus lumus menyebarkan ilmu
pendidikan kepada anak bangsa.

BACAAN DOA

Kalau pergi Tanjung Keramat,


Anak manis jangan diangkat,
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Sebagai pembuka tirai atur cara, majlis menjemput Al-Fadhil


Ustaz Mohd Syafiq bin Murat untuk memimpin bacaan doa
sebagai permintaan hajat dan restu agar majlis kita diberkati
hendaknya. Dipersilakan.

                              (Bacaan doa)

Semoga doa pimpinan Ustaz tadi diberkati Allah hendaknya.


Majlis mengucapkan terima kasih.

UCAPAN GURU BESAR

Hadirin yang dirahmati, 

Tinggi burung terbang di angkasa,


Bunga mekar dipetik peraih,
Majlis bermula restu diminta,
Ucapan aluan mengambil alih.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Puan


Farasmini binti Omar, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Meru
Raya untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Majlis mempersilakan.

                               (Ucapan Guru Besar)


Majlis mengucapkan terima kasih atas rangkaian ucapan alu-
aluan yang penuh bermakna sebentar tadi.

UCAPAN PERASMIAN

Hadirin, para jemputan yang dikasihi,


Kejayaan bukanlah milik mutlak seseorang tetapi adalah
himpunan doa, harapan dan sumbangan insan-insan yang
berdiri teguh, berjalan seiringan untuk membantu dalam
mencapai kecemerlangan. Ibu bapa, guru-guru dan rakan
taulan jangan dilupakan saat diri berada di puncak gemilang.

Kalau tuan pikat kenari,


Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.

Kini, majlis menjemput dengan penuh takzimnya, 


Yang Berhormat Encik Khairuddin Abu Hanipah,
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, untuk menyampaikan
ucapan seterusnya merasmikan Hari Apresiasi Kecemerlangan
Sekolah Kebangsaan Meru Raya sesi 2022. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.

  (Ucapan Perasmian)

Berilah Kami Haluan Kemudi


Pengubat Hati Menanti Harapan
Ucapan Diberi Penuh Beerti
Amanat Tuan Jadi Pegangan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi


penghargaan atas janaan ucapan perasmian sebentar tadi.

PERSEMBAHAN MURID TAHAP 1


Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Kita teruskan lagi acara kita pada pagi ini, marilah bersama-
sama kita menyaksikan persembahan daripada murid-murid
Tahap 1. Dipersilakan.
Terima kasih kepada murid-murid tahap 1 yang telah membuat
persembahan sebentar tadi. Kumpulan ini dibimbing oleh Pn.
Suhaila binti Zanudin

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH PPKI


PPKI Hadirin yang dimuliakan,

Sebagai pembuka acara penyampaian anugerah pada hari ini,


majlis dengan segala hormatnya menjemput dan
mempersilakan
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
_______________menyampaikan anugerah. Dipersilakan.

Anugerah Cemerlang Kepujian/ Peningkatan Akademik :


1.
2.
3.
4.

Hadiah murid PPKI ke Sekolah Menengah


1.
2.

Terima kasih diucapkan kepada ______________________


atas kesudian tuan menyampaikan hadiah.

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH PRASEKOLAH

Hadirin yang dimuliakan,

Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya menjemput dan


mempersilakan
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
_______________menyampaikan anugerah. Dipersilakan.

Anugerah Cemerlang Kepujian/ Peningkatan Akademik :


1.
2.
3.
4.

Terima kasih diucapkan kepada ______________________


atas kesudian tuan menyampaikan hadiah.

PERSEMBAHAN MURID TAHAP 2


Tepukan yang gemuruh untuk anak-anak kita yang telah
membuat persembahan sebentar tadi. Kumpulan ini dibawah
bimbingan Cik Nurul Farahhanis binti Mohd Zolkfly

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH TAHAP 1 (THN 1 & 2)

Hadirin yang dimuliakan,

Tanpa membuang masa, majlis dengan segala hormatnya


menjemput dan mempersilakan
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
_______________menyampaikan anugerah. Dipersilakan.

Anugerah Hadiah Matapelajaran Terbaik Tahun 1


1.
2.
3.
4.
5.

Anugerah Hadiah Matapelajaran Terbaik Tahun 2


1.
2.
3.
4.

Terima kasih diucapkan kepada ______________________


atas kesudian tuan menyampaikan hadiah.

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH TAHUN 3 & 4

Hadirin yang dimuliakan,

Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya menjemput dan


mempersilakan
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
_______________menyampaikan anugerah. Dipersilakan.

Anugerah Hadiah Matapelajaran Terbaik Tahun 3


1.
2.
3.
4.
5.

Anugerah Hadiah Matapelajaran Terbaik Tahun 4


1.
2.
3.
4.

Terima kasih diucapkan kepada ______________________


atas kesudian tuan menyampaikan hadiah.

PERSEMBAHAN MURID PRASEKOLAH


Majlis Anugerah Kecemerlangan diteruskan lagi dengan satu
persembahan khas yang akan dipersembahkan oleh  murid-
murid prasekolah. Dipersilakan.…
Tepukan yang gemuruh untuk anak-anak kita yang telah
membuat persembahan sebentar tadi.
Kumpulan ini dibimbing oleh Pn. Normawati binti Mat Isa

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH TAHUN 5 & 6

Hadirin yang dimuliakan,

Majlis diteruskan lagi,untuk itu dengan segala hormatnya


menjemput dan mempersilakan
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
_______________menyampaikan anugerah. Dipersilakan.

Anugerah Hadiah Matapelajaran Terbaik Tahun 5


1.
2.
3.
4.
5.

Anugerah Hadiah Matapelajaran Terbaik Tahun 6


1.
2.
3.
4.

HADIAH LONJAKAN SAUJANA


1.
2.
3.

Terima kasih diucapkan kepada ______________________


atas kesudian tuan menyampaikan hadiah.

PERSEMBAHAN MURID PPKI

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PENDIDIKAN ISLAM

Hadirin yang dimuliakan,

Acara penyampaian anugerah pada hari ini,diteruskan lagi,


majlis dengan segala hormatnya menjemput dan
mempersilakan
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
_______________menyampaikan sijil. Dipersilakan.

Anugerah Sijil Pendidikan Islam


1.
2.
3.
4.

Terima kasih diucapkan kepada ______________________


atas kesudian tuan menyampaikan hadiah.

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL KEPIMPINAN MURID

Hadirin yang dimuliakan,

Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya menjemput dan


mempersilakan
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
_______________menyampaikan anugerah. Dipersilakan.

Dijemput :
1. Pengawas Sekolah
2. Pengawas Pusat Sumber Sekolah
3. Pembimbing Rakan Sebaya
4. Pengawas SPBT
5. Ketua dan Penolong Ketua Kelas
HADIAH KELAS TERBERSIH TAHAP 1 & TAHAP 2
1.
2.

Terima kasih diucapkan kepada ______________________


atas kesudian tuan menyampaikan hadiah.

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH KHAS KATEGORI


GURU

Hadirin yang dimuliakan,

Sesungguhnya, kejayaan dan kecemerlangan seseorang


individu tidak diukur dengan hanya pencapaian luaran semata-
mata tetapi adalah sejauhmana kejayaan itu mampu
memberikan sumbangan kembali kepada orang di
sekelilingnya.

Acara penyampaian bagi anugerah Khas Kategori Guru, majlis


dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
_______________menyampaikan anugerah. Dipersilakan.

Anugerah Khas Guru :


1.
2.

Terima kasih diucapkan kepada ______________________


atas kesudian tuan menyampaikan hadiah.

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH KHAS KATEGORI


MURID

Hadirin yang dimuliakan,

Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha gigih


yang berterusan. Usaha yang tidak mengenal erti jemu pasti
membuahkan kejayaan dan kecemerlangan. Oleh itu, murid-
murid yang berjaya sepatutnya diberi penghargaan. Semoga ia
akan menjadi pencetus semangat untuk terus berjaya dalam
mengejar ilmu dan cita-cita.

Seterusnya, acara penyampaian anugerah Khas Kategori


Murid, majlis dengan segala hormatnya menjemput dan
mempersilakan
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
_______________menyampaikan anugerah. Dipersilakan.

1. Tokoh kokurikulum PPKI


2. Tokoh Akademik PPKI
3. Tokoh Murid PPKI
4. Tokoh Kokurikulum
5. Tokoh Akademik
6. Tokoh Murid

Terima kasih diucapkan kepada ______________________


atas kesudian tuan menyampaikan hadiah.

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH KHAS KATEGORI IBU


BAPA

Hadirin yang dimuliakan,

Tidak dilupa, jasa dan kerjasama dari ibu bapa,majlis dengan


segala hormatnya menjemput dan mempersilakan
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
_______________menyampaikan anugerah. Dipersilakan.

Anugerah Ibu Bapa


1.
2.
3.
4.

Terima kasih diucapkan kepada ______________________


atas kesudian tuan menyampaikan hadiah.

PENUTUP

Hadirin yang dihormati sekalian,


Majlis kita hampir sampai ke penghujungnya. Namun, sebelum
tirai majlis pada hari ini dilabuhkan, Sekali lagi majlis
merakamkan ucapan terima kasih atas kehadiran Yang
Berhormat Encik Khairuddin Abu Hanipah, Pengerusi
Jawatankuasa Pendidikan, ajk pibg, barisan pentadbir sekolah,
ahli jawatan kuasa kerja dan para hadirin sekalian di atas
segala sumbangan dan kerjasama yang diberikan secara
langsung mahupun tidak langsung bagi menjayakan majlis
yang penuh gemilang ini.

Delima selasih indah tersingkap


Hantaran bengkalis seri cahaya
Terima kasih tidak terungkap
Lantaran majlis lancar jaya.

Merdu bertingkah alunan suara


Kadang tak sedar tersilap kata
Andai terlanjur patah bicara
Serendah hati kemaafan dipinta..

Mewakili pihak jawatankuasa , majlis ingin merakamkan jutaan


terima kasih kepada semua atas kerjasama yang diberikan.

Segala kelemahan yang berlaku semasa majlis ini berlangsung


,kami memohon ampun dan maaf .

Sekian, Wabilahitaufikwahidayah..assalamualaikum w.b.t.

Anda mungkin juga menyukai