Anda di halaman 1dari 8

TEKS PENGACARAAN

MAJLIS APRESIASI 2023/2024

SK GUNUNG PANJANG

PENGUMUMAN KETIBAAN

Mengumumkan ketibaan,

Yang Berbahagia Puan Shofrina binti Ahmad Anuar diiringi oleh Puan
Aslina Awatif binti Ayob, Guru Besar SK Gunung Panjang.

NYANYIAN LAGU

Hadirin dalam dewan dipersilakan untuk berdiri bagi menyanyikan


lagu kebangsaan kita Lagu Negaraku.

(NYANYIAN LAGU NEGARAKU)

Tetamu jemputan dan para hadirin dipersilakan mengambil tempat

KATA SALUTASI

Salam sejahtera kami ucapkan,


Para hadirin semua jemputan;
Selawat dan salam kami junjungkan,
Ke hadrat Nabi Rasul pilihan.

Ke pekan kuala membeli bingka,


Sayang pesanan terlupa sudah,
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah

1
Bismillahirahmanirahim

Yang dihormati Puan Shofrina binti Ahmad Anuar,

Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Gunung Panjang

Yang Berusaha Puan Aslina Awatif binti Ayob,

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gunung Panjang

Puan Rohani binti Hussein,

Guru Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Gunung


Panjang

Encik Abdul Rahim bin Mohd Daud,

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Gunung


Panjang

Encik Mohammad Fadly bin Mohamad Alias,

Guru Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Gunung


Panjang

Ahli Jawatankuasa PIBG Sekolah Kebangsaan Gunung Panjang

Ahli Jawatankuasa Pelaksana Majlis Apresiasi 2023/2024 Sekolah


Kebangsaan Gunung Panjang Bagi Sesi Akademik

Para guru, ibu bapa, seterusnya hadirin dan hadirat yang dimuliakan.

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera


dan Malaysia Madani.

BACAAN DOA

Kalau pergi Tanjung Keramat,


Anak manis jangan diangkat,
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Sebagai pembuka tirai atur cara, majlis menjemput dan

2
mempersilakan saudara ___________________________________
memimpin bacaan doa sebagai permintaan hajat dan restu agar
majlis kita diberkati hendaknya. Dipersilakan.

(Bacaan doa)

Semoga doa pimpinan ______________________ tadi diberkati Allah


hendaknya.

Majlis mengucapkan terima kasih.

UCAPAN ALU-ALUAN DAN SELAMAT DATANG

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Allah jua yang dipuji, dengan lidah dan hati, kerana dengan limpah
dan izin-Nya, membolehkan kita berkumpul pada pagi yang
berbahagia ini.

Dalam suasana ceria penuh harmoni, dari Dewan Seri Gemilang


Sekolah Kebangsaan Gunung Panjang, majlis berbesar hati
mengucapkan ribuan terima kasih kepada tetamu-tetamu kehormat,
tuan-tuan dan puan-puan ke majlis penuh bersejarah pada hari ini.

UCAPAN GURU BESAR

Hadirin yang dirahmati,

Sesungguhnya, kejayaan dan kecemerlangan seseorang individu


tidak diukur dengan hanya pencapaian luaran semata-mata tetapi
adalah sejauhmana kejayaan itu mampu memberikan sumbangan
kembali kepada orang di sekelilingnya.

Tinggi burung terbang di angkasa,


Bunga mekar dipetik peraih,
3
Majlis bermula restu diminta,
Ucapan aluan mengambil alih.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Puan Aslina Awatif


binti Ayob, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gunung Panjang untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis mempersilakan.

(Ucapan Guru Besar)

Majlis mengucapkan terima kasih atas rangkaian ucapan alu-aluan


yang penuh bermakna sebentar tadi.

UCAPAN PERASMIAN

Hadirin, para jemputan yang dikasihi,

Kejayaan bukanlah milik mutlak seseorang tetapi adalah himpunan


doa, harapan dan sumbangan insan-insan yang berdiri teguh,
berjalan seiringan untuk membantu dalam mencapai kecemerlangan.
Ibu bapa, guru-guru dan rakan taulan jangan dilupakan saat diri
berada di puncak gemilang.

Daun semulur di pekan sari,


Batang jerami rebah ke bumi,
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Kini, majlis menjemput dengan penuh takzimnya,

Yang Berbahagia Puan Shofrina binti Ahmad Anuar, Yang Dipertua


PIBG Sekolah Kebangsaan Gunung Panjang untuk menyampaikan
ucapan seterusnya merasmikan Majlis Apresiasi Bagi Sesi Akademik

4
2023/2024 Sekolah Kebangsaan Gunung Panjang. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.

(Ucapan Perasmian)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi


penghargaan atas janaan ucapan perasmian sebentar tadi.

PERSEMBAHAN 1

Sirih pinang sirih berlipat,


Diambil sehelai dibawa pergi,
Tampak joget indah dilihat,
Menjadi tatapan majlis berseri.

Hadirin yang dihormati,

Kita sama-sama saksikan persembahan Nyanyian daripada murid


Tahun 6. Dipersilakan.

(Nyanyian)

Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan tarian di bawah


pimpinan Puan Nur Annyss dan Puan Sharini sebentar tadi.

SIJIL APRESIASI 2023/2024

5
Berkebaya batik berwarna merah,
Diserikan dengan permata berlian,
Tibalah masa penyampaian anugerah,
Penerima teruja menunggu giliran.

Hadirin sekalian,

Kami amat memahami keterujaan tuan puan untuk merakamkan


memori anak-anak menerima sijil aperesiasi pada hari ini. Untuk
Makluman ibu bapa hadirin di dalam dewan, pihak sekolah telah
menyediakan sebuah kawasan khas bagi tujuan sesi bergambar
bersama penerima sijil apresiasi yang terletak di laman Ngah Ibrahim
iaitu bersebelahan dengan dewan sekolah. Ini bagi melancarkan sesi
penyampaian hadiah dan mengelakkan kesesakan yang menghalang
pemandangan di dalam dewan. Para Hadirin akan diberi peluang
untuk bergambar selepas tamat majlis nanti.

Hadirin yang dimuliakan,

Sebagai pembuka acara penyampaian anugerah pada hari ini, majlis


dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Yang
Berbahagia Puan Shofrina binti Ahmad Anuar diiringi Puan Rohani
Binti Hussein, Guru Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah
Kebangsaan Gunung Panjang bagi menyampaikan Sijil Apresiasi dan
Murid cemerlang. Dipersilakan.

SLOT 1 – HADIAH PRASEKOLAH

SLOT 2 – SIJIL APRESIASI TAHAP 1

SLOT 3 – SIJIL SIJIL APRESIASI TAHAP 2

Majlis dengan berbesar hati mempersilakan Puan Aslini Awatif binti


Ayob untuk menyampaikan cenderahati yang telah disediakan khusus
buat Pn Shofrina binti Ahmad Anuar. Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian Yang

6
Berbahagia Puan Shofrina binti Ahmad Anuar kerana menyampaikan
anugerah sebentar tadi.

SIJIL KECEMERLANGAN

Pergi belayar Bersama temenggung


Singgah berembang kenanga tepian
Hari anugerah hari teragung
Pelajar bestari mesti raikan

Pada hari yang penuh kebahagiaan ini, kita bakal menyaksikan


penyampaian Anugerah Khas kepada murid-murid yang telah
menunjukkan kecemerlangan dalam pelbagai bidang.

Bagi menyampaikan Sijil Apresiasi dan Murid Cemerlang serta


Anugerah Khas, majlis menjemput dan mempersilakan Yang
Berusaha Puan Aslina Awatif binti Ayob, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Gunung Panjang naik ke pentas bagi menyempurnakan
penyampaian anugerah.

SLOT 4 – ANUGERAH KHAS

Terima kasih diucapkan kepada Puan Aslina Awatif binti Ayob, Guru
Besar Sekolah Kebangsaan Gunung Panjang atas kesudian
menyampaikan anugerah pencapaian terbilang sebentar tadi.

FOTOGRAFI

Kembara laksamana ke tanjong lokan


Berehat sebentar di pohon tualang
Salam tahniah kami ucapkan
7
Kepada penerima anugerah cemerlang

Majlis diteruskan lagi dengan sesi fotografi penerima anugerah-


anugerah khas. Dipersilakan

……

Kembang mekar bunga kekwa


Redup berembang kenanga tepian
Ditengah jalan usah kecewa
Moga tercapai semua impian

Majlis seterusnya dengan besar hati menjemput murid-murid yang


bakal meninggalkan sekolah kebangsaan Gunung Panjang berakhir
esok hari iaitu murid tahun 6 untuk naik ke pentas bagi sesi fotografi
bersama penerima anugerah khas. Dipersilakan.

……

Tahniah diucapkan kepada semua penerima Anugerah Apresiasi


Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Gunung Panjang bagi sesi
Akademik 2023/24.

Bersurai

Dengan berakhirnya penyampaian Anugerah Khas sebentar tadi,


maka berakhirlah majlis penuh gilang gemilang kita pada hari ini.
Saya selaku pengacara memohon maaf kepada semua atas
kekhilafan daripada kami sepanjang mengacarakan dan
mengendalikan majlis kita pada hari ini.

Kita sudahi majlis kita dengan wabillahitaufiq walhidayah


wassalammualaikum warahmatullah hiwabarakatu.

Anda mungkin juga menyukai