Anda di halaman 1dari 4

SKRIP MAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG 2011 Perkara Alu-aluan Skrip Bismillahirahmanirahim.. Alhamdulillahirabilalamin..

o Yang Berusaha, Pn Rakayah Bt Hj Madon, Pengetua Kanan SMK Tunku Abdul Rahman o Yang dihormati, Penolong Penolong Kanan, Ketua - Ketua Bidang, Guru - Guru Kanan, Guru Cemerlang, Guru - Guru o Para pelajar yang diraikan o Barisan pemimpin pelajar serta para pelajar yang dikasihi sekalian Sayang kumbang mencari makan, Terbang seiring di tepi kali, Selamat Datang kami ucapkan Moga diiringi restu Illahi. Melati kuntum terhias kemas, Tumbuh melata di tepi kali, Anugerah Cemerlang 2011 , Pelajar-pelajar bertuah kita hargai Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam satu Malaysia. Selamat datang ke Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang 2011 Doa Sirih berlipat sirih pinang Sirih dari Pulau Mutiara Pemanis kata selamat datang Awal Bismillah pembuka bicara Lebat kemiri pohonnya rendah, Dahan terikat tali perkasa, Sepuluh jari kami menadah,, Mohon berkat Yang Maha Esa . Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh: Ustaz Mahyuddin Majeri. Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan. Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Mahyuddin Majeri atas bacaan doa itu tadi

Ucapan aluan pengetua

Duduk sekawan gadis jelita, Buat Santapan untuk pahlawan, Tampillah puan kami meminta, Madah ucapan kata aluan Tanah terbiar tidak bertuan, Berpagar teguh tidak berpapan, Puan Pengetua menjadi tumpuan Persilakan puan memberi ucapan Hadirin yang dihormati sekalian, majilis kita dimulakan dengan menjemput dan mempersilakan Pn Rakayah Bt Hj Madon, Pengetua Kanan SMK Tunku Abdul Rahman, untuk naik ke atas pentas bagi menyampaikan ucapan alu-aluan.. majlis dengan segala hormatnya dipersilakan..... Ribuan terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Pn Pengetua,di atas ucapan beliau itu tadi...

Intro

Hadirin yang dihormati, Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha gigih dan berterusan. Usaha yang tidak mengenal erti jemu pasti membuahkan kejayaan dan kecemerlangan. Oleh itu, pelajar-pelajar yang berjaya seharusnya diberi penghargaan. Semoga ini akan menjadi pencetus obor pembakar semangat untuk terus berjaya dalam mengejar ilmu dan cita-cita. Nilam Bahasa Melayu Berkebaya batik berwarna merah, Diserikan dengan permata berlian, Tibalah masa penyampaian anugerah Penerima teruja menunggu giliran Mendahului senarai penerima anugerah kita pada pagi ini adalah Anugerah NILAM Kategori Bahasa Melayu. Untuk itu, majlis menjemput Cikgu Ng Jueh Hiang untuk tampil ke atas pentas bagi menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pelajar. Majlis mempersilakan.... Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Ng Jueh Hiang di atas kesudian beliau menyampaikan hadiah itu tadi.

Nilam Bahasa 2

Inggeris

Bagi Anugerah NILAM Kategori Bahasa Inggeris, majis menjemput Cikgu Kueh bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Dipersilakan... Terima Kasih kepada Cikgu Kueh diatas kesudian beliau itu tadi.

Anugerah Kebangsaan

Seterusnya, majlis kita diteruskan dengan penyampaian Anugerah Galakan KoKurikulum Peringkat Antarabangsa 2011. Untuk itu majlis menjemput Cikgu Yassin Abdul Kadir bagi menyampaikan hadiah. Dipersilakan... Terima kasih sekali lagi kepada Cikgu Yassin Abdul Kadir.

Anugerah Antarabangsa

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Anugerah Galakan KoKurikulum Peringkat Kebangsaan 2011. Majlis menjemput Cikgu Mohd Sharkawi ke atas pentas bagi menyampaikan hadiah kepada para pelajar. Majlis mempersilakan... Terima kasih Cikgu Mohd Sharkawi.

Terbaik Tingkatan 1 dan Seterusnya, penyampaian Anugerah Terbaik Mengikut Tingkatan. Bagi Tingkatan 2 Bagi Anugerah Terbaik Tingkatan 1 dan Dua majlis menjemput Cikgu Fathiah Saini untuk naik ke atas pentas bagi menyempurnakan penyampaian hadiah. Dipersilakan. Terima Kasih kepada Cikgu Fathiah Saini di atas kesudian beliau tadi. Terbaik Tingkatan 4 Bagi Kategori Tingkatan 4 pula, majlis menjemput Cikgu Muhibbah Beden untuk tampil menyampaikan hadiah kepada para pelajar. Majlis mempersilakan. Terima kasih Cikgu Muhibbah diatas penyampaian hadiah itu tadi. Terbaik Akademik Keseluruhan Acara kemuncak kita pada hari adalah Penyampaian Anugerah Terbaik Akademik Keseluruhan. Untuk itu, majlis dengan berbesar hati menjemput Pengetua Kanan SMK Tunku Abdul Rahman untuk naik ke atas pentas bagi menyempurnakan majlis. Majlis dengan penuh hormatnya mempersilakan. Terima kasih kepada Puan Pengetua diatas kesudian menyampaikan anugerah itu tadi.

Tamat

Dengan berakhirnya acara tadi, maka tibalah masanya untuk kami selaku pengendali majlis untuk mengundurkan diri. Pihak majlis juga menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata, terlampau cara sepanjang kami mengendalikan majlis ini. Majlis berakhir penuh syafaat Menjadi ingatan sepanjang zaman Amalan sepakat membawa berkat Hidup beramal bertunjang iman. Kalau ada jarum yang patah Banyak kain tidak berjahit Kalau ada silap dan salah Jangan jadikan kenangan pahit Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan kekurangan itu wujudnya daripada kelemahan kami sebagai makhluk Allah bernama insan. Sekian wabillahi taufik..................

Anda mungkin juga menyukai