Anda di halaman 1dari 10

Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat Yang Berbahagia Puan Ashah binti Samah, Pengarah Bahagian Sekolah Berasrama Penuh

dan Sekolah Kecemerlangan diiringi oleh dif-dif kehormat. Majlis dimulakan dengannyanyian lagu Negaraku dan lagu sekolah. Hadirin diminta berdiri. Melayang serindit di atas permatang Merbah berkicau di hujung muara Pemanis kata selamat datang, Awal Bismillah pembuka bicara. Yang Berbahagia Puan Ashah binti Samah Pengarah Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan Yang Berbahagia, Dato Mohd Nasir bin Ahmad Presiden Staroba Yang Berusaha Encik Ahmad Hamdan bin Abdul Hamid, Yang Dipertua PIBG, STAR Yang Berusaha Tuan Haji Abdul Hashim bin Abdul Karim, Pengetua Cemerlang STAR Dif-dif kehormat, AJK STAROBA, AJK PIBG, pegawai-pegawai kementerian, para ibu bapa, guru-guru seterusnya anak-anak pelajar yang dikasihi sekalian. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan lizin kasih-NYA, kita dapat berkumpul di dewan sekolah yang bersejarah ini bagi menjayakan Majlis Anugerah Cemerlang STAR kali ke 51 bagi tahun 2011. Majlis merakamkan setingggi-tinggi ucapan terima kasih kepada tetamu kehormat kita pada hari ini Yang Berbahagia Puan Ashah binti Samah, Pengarah Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan kerana sudi hadir dalam majlis Hari Anugerah Cemerlang STAR pada tahun ini. Selamat datang juga diucapkan kepada semua tetamu, ibu bapa serta hadirin-hadirat sekalian. Semoga dengan kehadiran semua, maka majlis ini lebih bermakna dan berseri. Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat, memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu, majlis mempersilakan Al Fadhil Ustaz Imran bin Jemain untuk meminpin bacaan doa. Majlis mengucapkan terima kasih kepada Al Fadil Ustaz Imran bin Jemain atas bacaan doa sebentar tadi. Pakaian dipakai cantik berseri, Majlis keraian kita semua, Majlis kita takkan berseri,

Tanpa persembahan multimedia

Hadirin yang dihormati, Marilah sama-sama kita saksikan persembahana multimedia. Untuk makluman semua, persembahan multimedia sebentar tadi, merupakan ilham kreatif pasukan Briged Bestari STAR dibawah bimbingan Encik Abdul Rahman bin Rashid. Tak molek, jika ada alu tida lesungnya Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara Tirai ucapan pada pagi ini, dimulakan dengan ucapan dan laporan Pengetua Cemerlang STAR. Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Tuan Haji Abdul Hashim bin Abdul Karim, untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan. Majlis merakamkan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Haji Abdul Hashim bin Abdul Karim, atas kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi. Hadirin dan hadirat yang dihormati, Kini tibalah kita kepada acara yang dinantikan iaitu ucapan daripada tetamu kehormat. Bertonggak adat, yang datang disambut, yang pergi diringi, maka majlis dengan penuh takzim mempersilakan Yang Berbahagia Puan Ashah binti Samah, Pengarah Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Hari Anugerah Cemerlang STAR kali ke-51 bagi tahun 2011. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Puan Ashah binti Samah, Pengarah Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan atas ucapan serta perasmian majlis Hari Anugerah Cemerlang sebentar tadi. Setrusnya majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan tetamu kehormat kita diiringi oleh tuan pengetua untuk memukul gong sebagai simbolik perasmian Hari Anugerah Cemerlang 2011. Dipersilakan. Kini, tibalah kita ke acara penyampaian anugerah kepada para pelajar dan guru-guru yang telahpun menyumbang kepada kecemerlangan bidang akademik Sekolah Tuanku Abdul Rahman. Bagi menyempurnakan upacara ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Encik Ahmad Hamdan bin Abdul Hamid, Yang Dipertua PIBG STAR diiringi oleh Penolong Kanan HEM untuk menyampaikan anugerah kepada pelajar-pelajar dan guru-guru Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang

Berusaha Encik Ahmad Hamdan bin Abdul Hamid atas kesudian menyampaikan anugerah sebentar tadi. Penyampaian anugerah diteruskan lagi dengan sesi yang ke dua. Untuk itu majlis memepersilakan Yang Berbahagia Dato Mohd Nassir bin Ahmad, Presiden STAROBA diiringi oleh Dr Mior Hamdan bin Haji Ghazali, Penolong Kanan STAR untuk menyempurnakan upacara penyampaian anugerah. Dipersilakan. Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato Mohd Nassir bin Ahmad atas kesudian menyempurnakan upacara oenyampaian anugerah sebentar tadi. Adat tuan adat berserah Mari datang membawa puan Adat bersirih adat sejarah Untuk tuan kami sembahkan Majlis penyampaian anugerah berhenti rehat seketika bagi member laluan kepada persembahan pelajar. Persembahan pertama merupakan persembahan Choral Speaking para pelajar Tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Mankala persembahan kedua merupakan nyanyian lagu memeperoleh tempat ke dua dalam pertandingan lagu Perancis sempena Hari Kebudayaan Bahasa Perancis SBP. Beliau juga telah diberi penghormatan untuk menyanyikan lagu Perancis di hadapan duta Perancis baru-baru ini. Hadirin sekalian, sama-sama kita saksikan persembahan dari para pelajar sekolah Tuanku Abdul Rahman. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada kumpulan choral speaking dan nyanyian solo lagu perancis sebentar tadi. Untuk makluman semua, persembahan persembahan tadi dibimbing oleh Puan Faizah Ismail, Cik Norhasliza Abdul Hamid dan Cik Norhidayah Abdullah. Majlis pada pagi ini diteruskan dengan upacara penyampaian anugerah bagi sesi ke tiga. Untuk itu, majlis dengan penuh takzimnya, mempersilakan Yang Berusaha Puan Ashah binti Samah, Pengarah Bahagian SBP dan Sekolah Kecemerlangan diiringi oleh Tuan Pengetua, Tn Haji Abdul Hashim bin Abdul Karim untuk menyampaikan anugerah. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Seterusnya, majlis mempersilakan Pengetua Cemerlang STAR, Tuan Haji Abdul Hashim bin Abdul Karim untuk menyampaikan cenderamata daripada pihak sekolah kepada Yang Berusaha Puan Ashah binti Samah. Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan Ashah binti Samah atas kesudian menyampaikan anugerah sebentar tadi.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pelajar-pelajar dan panitia yang menerima anugerah pada hari ini. Semoga kejayaan ini menjadi pendorong untuk anda terus cemerlang dalam bidang masing-masing. Hadirin sekalian, kita telah pun berada di penghujung acara Gugur menguning buah kuini, Menghijau pohon subur dibaja, Majlis kita berakhir di sini, Salah dan silap lupakan saja Sebarang kelemahan harap dimaafi Segala kerjasama sangat dihargai Terima kasih sekalung budi Kenangan nan indah simpanlah di hati Semoga kita berjumpa lagi. Kami bagi pihak ahli jawatankuasa Hari Anugerah Cemerlang kali ke-51 merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dalam menjayakan majlis pada hari ini. Mengumumkan Tetamu Kehormat meninggalkan majlis untuk Majlis Perasmian Rumah Tetamu STAR. Sekian
SELOKA BUAT PENDIDIK SEMENDA Gaya berjalan ayu parasnya, Kembara merah selalu dipandunya Wajah serius bertambah garangnya Namun Puan Normah tetap ku puja. Berkaca mata segak gayanya, Berwaja hitam tampak garang, En. Baharin Sulaiman itulah orangnya, Guru cemerlang disandang sekarang. Orangnya garang kurang senyuman, Bila berucap gigi terkatup, Puan Zuraidah guru sanjungan, Pelajar menghadap semua gugup. Bermotosikal jimat belanja, Bersikap selamba,dan juga kelakar, Bila berucap ada saja lawaknya,

Encik Alias penghibur pelajar. Myvi hitam kereta barunya, Sayang sekali kemek pintunya, Haji Mohamad petah berbahasa, Tiada seorang mampu menandinginya. Dari jauh nampak garangnya, Bila berbicara tak kering gusi, Ketika mengajar ada saja formulanya, Puan Azizah penghibur hati. Maths subjek selalu diajarnya, Bila salah ada sahaja ideanya, Cik Hjh Roslina cantik orangnya, Setiap ilmunya lekat diminda. Sebut sejarah, ada aje komennya, Berkancil biru, serius wajahnya, Bila mengajar ada aje nak dikacaunya, Encik Taib selalu buat pelajar ketawa. Berjanggut kemas berkumis rapi, Suka mengacau itulah hobinya, Ustaz Syukur lalu, semua ke tepi, Al -Quran as- Sunnah paling digemarinya.

Dahulu Naza, sekarang Estima, Masalah pelajar semua diketengahkannya, Nak katakan kaunselor bukanlah dia, Puan Hjh Zuraini ada saja yang tak kena. Perodua kembara hitam warnanya, Nak jadi polis itu citanya, Subjek B.M penting baginya, Itulah Puan Aslina lagi tegas orangnya. Ke bilik guru terdengar lagu, Kusangkakan radio, rupanya penyanyi, Lagu yang dinyanyi sungguhlah merdu, Ustazah Lela penghibur dikala sunyi.

Gaya jalannya umpama datin, Bila berselisih senyuman diberinya, Puan Zarina masih lagi maintain, Walaupun pelbagai cabaran ditempuhnya. Pandai berbahasa, kusangka Melayu, Kulitnya putih rupanya Cina, Encik Chong memang begitu, Bila mengajar bergegar kelasnya. Dia seorang yang ganjil disekolah, Kebolehannya sangat tidak ku jangka, Berhati hati pelajar bermasalah, Awas Puan Punitha berdisiplin orangnya. Orangnya segak lagi bergaya, Keretanya semua keluaran perodua, Mukanya garang baik hatinya, Encik Johari sangat penyayang orangnya. Kecil molek berkaca mata, Perihal IMTIYAZ semua diuruskannya, Puan Siti Asiah manis senyumannya. Tapi awas kalau tak siapkan kerjanya, Anaknya ramai tidak terkira. Dididik dengan penuh berwibawa,. Subjek geografi amat diminatinya, Puan Jaliah Nor, amat penyayang orangnya.

Berwaja emas laju dipandunya Dari seremban hingga Astana Raja, Puan Norlin pemurah orangnya, Agar pelajarnya terus bejaya. Setiausaha peperiksaan sudah dipikulnya, Maria dan Maulana peneman hidupnya, Beravanza hitam, B.I subjeknya,

Puan Faridah Yusuf manis orangnya. Sekejap ada sekejap tak ada, Wajahnya serius garang orangnya, Budak bola semua dijaganya, En. Zubir memang bertanggungjawab orangnya. Berwajah serius guru disiplinlah dia, Pelajar bermasalah pasti menghadapannya, Orangnya segak lagi bergaya, Itulah En. Sahak berdedikasi orangnya. Berkaca mata bersaga kelabu, Pelajar asrama semua sayangnya, Setiap malam pelajar akan menunggu, Tibanya En. Sadiman mencurah ilmunya. Di blok K.H duduk bersorangan, Menunggu pelajar tak kira jemu, Puan Noraini penuh kenangan, Tidak pernah bosan menyumbang ilmu. Nak katakan rasaksa bukanlah dia, Pantang berjumpa, lepuk diberinya, Bila ditanya, bergurau jawabnya, En. Zahari sangat bijak orangnya. Badannya kurus berkacamata, Bila mengajar murid gembira, Bila ditanya ada saja ideanya, En Ali Kasturi pelawak orangnya.

Bila berjalan, perhatikan tangannya, Hidungnya mancung bukan kepalang, Bermain petanque itulah hobinya,

Encik Nasir memang seorang pemenang. Wajahnya manis ayu sekali, Tak memilih pelajar mencurahkan bakti, Niat Cik Faizah sungguhlah murni, Senyumannya terus memikat hati. Gaya jalannya sangat ku geruni, Tapi hatinya sangat memahami, Masalah pelajar Puan Suriani ketahui, Nasihat dan teguran sentiasa diamati. Berkancil merah Siliau kampungnya, Nak pinjam buku teks jumpalah dia, Subjek P.A.I pasti diajarnya, Ustazah Syarifah ceria orangnya. Bercitra putih molek orangnya, Sungguh pun kecil cili padi pedasnya, Puan Rashidah memang baik orangnya, Memberi nasihat tatkala berjumpa. BerGen2 oren laju dipandunya, Senyumnya manis lagi bergaya, Tmn Sri Rembau tempat tinggalnya, Puan Noraishah tetap lincah orangnya. Ibarat Datin gaya jalannya, Subjek B.M baginya penting, Hendak berdebat berguru dengannya, Puan Zaharah tetap guru yang sporting Honda City selalu dipandunya, Perihal biasiswa jumpalah dia, Ahli perniagaan kerjaya sambilannya, Puan Zabidah tetap cekal orangnya.

Ke Linggi Poultry Farm pulanglah dia, Wajahnya ayu umpama bulan, Persatuan Pengakap penting baginya, Puan Zainiyah memang penyayang orangnya. Mengajar S.R.T amat diminatinya, Sungguhpun slumber baik orangnya, Puan Rozidah kecoh orangnya, Kalau bertengkar nak menang sahaja. Sungguhpun pendiam rajin orangnya, Mempunyai anak meminati kereta, Bersaga baru, elok dijaganya, Nasihat Puan Rozita sentiasa kupuja. Berwira hitam kemas dijaganya, Sungguh cantik dan bergaya orangnya, Senyuman kurang manisnya ada, Itulah Puan Farah serius orangnya. Mengajar Matematik mestilah peka, Jikalau bermain denda diberinya, Ilmu Puan Jamilah sungguh berguna, Buat tatapan pelajar semua. Prinsip perakaunan amat diminatinya, Kalau tak faham jumpalah dia, Puan Rogayah berkaca mata orangnya, Dalam senyumnya ada garangnya. Gelaran Mak Mek dan Mohd diberinya, Sentiasa ketawa menceriakan kelas, Puan Norliza, fizik diajarnya, Pelajar tak faham dia mula mengganas. Avanza merah Legung duduknya, Sentiasa bergaya mendidik pelajar, Puan Hazwanita manis senyumannnya, Pelajar dapat apa yang diajar. Bila bercakap tak lekang loghatnya, Sentiasa segak ke mana sahaja,

Selain guru pensyarah kerjayanya, Encik Mohd Razi guru bergaya.

Sentiasa serius ke sana ke mari, Pelajar bersalah semua dilindungi, Segala nasihat ,teguran diamati, Puan Zaleha tetap kekal di hati. Ke hulu ke hilir ke sana ke sini,, Merancang program tak pernah sepi, Jalankan tugas penuh dedikasi, Senyuman Puan Mariani sentiasa dipipi. Namanya sentiasa dalam kenangan, Takkan ku lupa walau seketika, Puan Abesah dalam ingatan, Mencurah bakti tak kira ketika. Kejap ada kejap tak ada, Menyembunyi diri di makmal computer, Encik Mazlan memang bergaya, Dirinya mahir dalam bidang computer. Dua tiga si kucing berlari, Mana nak saya si kucing belang, Dua tiga boleh ku cari, Mana nak sama guru yang penyayang. Kalau ada jarum yang patah, Jangan disimpan di atas peti, Kalau ada silap dan salah, Jangan disimpan di dalam hati. Kalau ada sumur di ladang, Bolehlah saya menumpang mandi, Kalau ada idea yang panjang, Bolehlah saya berseloka lagi. Sekian Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai