Anda di halaman 1dari 7

TEKS PENGACARA MAJLIS HARI ANUGERAH CEMERLANG

(AKADEMIK)

Imanshah nak berkongsi teks pengacaraan beberapa majlis yang


pernah diacarakan oleh Imanshah. Sebagai permulaan Imanshah nak
kongsikan teks pengacaraan Hari Anugerah Cemerlang 2011 yang
mana Imanshah akan menjadi MC pada 23 April 2011. Kepada rakan-
rakan dan pengunjung, Imanshah izinkan untuk teks ini menjadi
rujukan dan panduan kepada majlis apapun. TQ.

Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat Yang Berbahagia Puan Ashah binti


Samah, Pengarah Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah
Kecemerlangan diiringi oleh dif-dif kehormat.

Majlis dimulakan dengannyanyian lagu Negaraku dan lagu sekolah. Hadirin


diminta berdiri.

Melayang serindit di atas permatang


Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Yang Berbahagia Puan Ashah binti Samah


Pengarah Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan

Yang Berbahagia, Dato Mohd Nasir bin Ahmad


Presiden Staroba
Yang Berusaha Encik Ahmad Hamdan bin Abdul Hamid,
Yang Dipertua PIBG, STAR

Yang Berusaha Tuan Haji Abdul Hashim bin Abdul Karim,


Pengetua Cemerlang STAR

Dif-dif kehormat, AJK STAROBA, AJK PIBG, pegawai-pegawai kementerian,


para ibu bapa, guru-guru seterusnya anak-anak pelajar yang dikasihi sekalian.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan lizin kasih-NYA, kita dapat
berkumpul di dewan sekolah yang bersejarah ini bagi menjayakan Majlis
Anugerah Cemerlang STAR kali ke 51 bagi tahun 2011. Majlis merakamkan
setingggi-tinggi ucapan terima kasih kepada tetamu kehormat kita pada hari ini
Yang Berbahagia Puan Ashah binti Samah, Pengarah Bahagian Sekolah
Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan kerana sudi hadir dalam majlis
Hari Anugerah Cemerlang STAR pada tahun ini. Selamat datang juga diucapkan
kepada semua tetamu, ibu bapa serta hadirin-hadirat sekalian. Semoga dengan
kehadiran semua, maka majlis ini lebih bermakna dan berseri.

Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan
bermunajat, memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu,
majlis mempersilakan Al Fadhil Ustaz Imran bin Jemain untuk meminpin
bacaan doa.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Al Fadil Ustaz Imran bin Jemain
atas bacaan doa sebentar tadi.

Pakaian dipakai cantik berseri,


Majlis keraian kita semua,
Majlis kita takkan berseri,
Tanpa persembahan multimedia
Hadirin yang dihormati, Marilah sama-sama kita saksikan persembahana
multimedia.

Untuk makluman semua, persembahan multimedia sebentar tadi, merupakan


ilham kreatif pasukan Briged Bestari STAR dibawah bimbingan Encik Abdul
Rahman bin Rashid.

Tak molek, jika ada alu tida lesungnya


Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara

Tirai ucapan pada pagi ini, dimulakan dengan ucapan dan laporan Pengetua
Cemerlang STAR. Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
Yang Berusaha Tuan Haji Abdul Hashim bin Abdul Karim, untuk menyampaikan
ucapan. Dipersilakan.

Majlis merakamkan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Haji
Abdul Hashim bin Abdul Karim, atas kesudian menyampaikan ucapan sebentar
tadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Kini tibalah kita kepada acara yang dinantikan iaitu ucapan daripada tetamu
kehormat. Bertonggak adat, “yang datang disambut, yang pergi diringi”, maka
majlis dengan penuh takzim mempersilakan Yang Berbahagia Puan Ashah binti
Samah, Pengarah Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah
Kecemerlangan untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Hari
Anugerah Cemerlang STAR kali ke-51 bagi tahun 2011. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Puan Ashah
binti Samah, Pengarah Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah
Kecemerlangan atas ucapan serta perasmian majlis Hari Anugerah Cemerlang
sebentar tadi.

Setrusnya majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan tetamu kehormat kita


diiringi oleh tuan pengetua untuk memukul gong sebagai simbolik perasmian
Hari Anugerah Cemerlang 2011. Dipersilakan.

Kini, tibalah kita ke acara penyampaian anugerah kepada para pelajar dan guru-
guru yang telahpun menyumbang kepada kecemerlangan bidang akademik
Sekolah Tuanku Abdul Rahman. Bagi menyempurnakan upacara ini, majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Encik Ahmad Hamdan
bin Abdul Hamid, Yang Dipertua PIBG STAR diiringi oleh Penolong Kanan HEM
untuk menyampaikan anugerah kepada pelajar-pelajar dan guru-guru Majlis
merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Encik Ahmad Hamdan
bin Abdul Hamid atas kesudian menyampaikan anugerah sebentar tadi.

Penyampaian anugerah diteruskan lagi dengan sesi yang ke dua. Untuk itu majlis
memepersilakan Yang Berbahagia Dato Mohd Nassir bin Ahmad, Presiden
STAROBA diiringi oleh Dr Mior Hamdan bin Haji Ghazali, Penolong Kanan
STAR untuk menyempurnakan upacara penyampaian anugerah. Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato’
Mohd Nassir bin Ahmad atas kesudian menyempurnakan upacara oenyampaian
anugerah sebentar tadi.

Adat tuan adat berserah


Mari datang membawa puan
Adat bersirih adat sejarah
Untuk tuan kami sembahkan
Majlis penyampaian anugerah berhenti rehat seketika bagi member laluan
kepada persembahan pelajar. Persembahan pertama merupakan persembahan
Choral Speaking para pelajar Tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Mankala
persembahan kedua merupakan nyanyian lagu memeperoleh tempat ke dua
dalam pertandingan lagu Perancis sempena Hari Kebudayaan Bahasa Perancis
SBP. Beliau juga telah diberi penghormatan untuk menyanyikan lagu Perancis di
hadapan duta Perancis baru-baru ini. Hadirin sekalian, sama-sama kita saksikan
persembahan dari para pelajar sekolah Tuanku Abdul Rahman.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada kumpulan choral speaking dan
nyanyian solo lagu perancis sebentar tadi. Untuk makluman semua,
persembahan –persembahan tadi dibimbing oleh Puan Faizah Ismail, Cik
Norhasliza Abdul Hamid dan Cik Norhidayah Abdullah.

Majlis pada pagi ini diteruskan dengan upacara penyampaian anugerah bagi sesi
ke tiga. Untuk itu, majlis dengan penuh takzimnya, mempersilakan Yang
Berusaha Puan Ashah binti Samah, Pengarah Bahagian SBP dan Sekolah
Kecemerlangan diiringi oleh Tuan Pengetua, Tn Haji Abdul Hashim bin Abdul
Karim untuk menyampaikan anugerah. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Seterusnya, majlis mempersilakan Pengetua Cemerlang STAR, Tuan Haji Abdul


Hashim bin Abdul Karim untuk menyampaikan cenderamata daripada pihak
sekolah kepada Yang Berusaha Puan Ashah binti Samah.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha


Puan Ashah binti Samah atas kesudian menyampaikan anugerah sebentar tadi.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pelajar-pelajar dan panitia yang


menerima anugerah pada hari ini. Semoga kejayaan ini menjadi pendorong
untuk anda terus cemerlang dalam bidang masing-masing.

Hadirin sekalian, kita telah pun berada di penghujung acara


Gugur menguning buah kuini,
Menghijau pohon subur dibaja,
Majlis kita berakhir di sini,
Salah dan silap lupakan saja
Sebarang kelemahan harap dimaafi
Segala kerjasama sangat dihargai
Terima kasih sekalung budi
Kenangan nan indah simpanlah di hati
Semoga kita berjumpa lagi.

Kami bagi pihak ahli jawatankuasa Hari Anugerah Cemerlang kali ke-51
merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan
kerjasama dalam menjayakan majlis pada hari ini.

Mengumumkan Tetamu Kehormat meninggalkan majlis untuk Majlis Perasmian


Rumah Tetamu STAR.

Sekian, wabillahitaufik, walhidayah.


Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh
TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA
KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU
KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Anda mungkin juga menyukai