Anda di halaman 1dari 3

Pengumuman diminta kepada semua hadirin dan hadirat agar dapat

mendaftarkan diri dahulu di khemah urusetia.


Mengumumkan kahadiran YBhg Dato’ Hj Khusrin b Hj Munawi, Pengarah
JAIS, Hadirin dipersilakan berdiri.

Bismillahirahmanirrahim, alhamdulillahirabbil alamin, wassolatu wassalamu ala


asrafil ambiyai walmursalin, waala alihi wasohbihi ajmain.

Marilah sama-sama kita mulakan majlis pada pagi ini dengan membaca ummul
kitab, al fatihah……

ENAK SUNGGUH BUAH BIDARA,


DI BELI TERUNA DARI PERMATANG;
AWAL BISMILLAH PEMBUKA BICARA,
PEMANIS KATA SELAMAT DATANG.

Yang Berbahagia, Dato’ Hj Khusrin b Hj Munawi, Pengarah JAIS,

_________________________________________________________
_________________________________________________________
_________________________________________________________
Yang Berusaha , Tn Hj Suhaimi b Dzajuli, Pengetua Asrama Damai Kuang, Dif-
dif kehormat,barisan ketua-ketua Kampung, para pegawai JAIS, Saudara
Mohd Asri b Shaari, Pengerusi Sekretariat Sambutan Ulang Tahun ke 20
Asrama Damai dan barisan AJK sekretariat, serta hadirin dan hadirat
sekalian.

Marilah sama-sama kita ucapkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan


limpah kurnianya dapat kita semua berkumpul pada pagi yang berbahagia ini
untuk meraikan majlis perasmian tapak pameran dan gerai sempena sambutan
ulang tahun ke 20 Asrama Damai Kuang yang bertemakan Masyarakat Prihatin
Anak Yatim Terpimpin. Pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan
puan-puan ke majlis ini, semoga dengan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan
akan menambah seri majlis pada pagi ini.

Bagi menambah keberkatan pada pagi ini, pihak majlis menjemput adik
Muhammad Qaffal b Zulkifli untuk membacakan doa, dengan segala
hormatnya dipersilakan. (bacaan doa) Amin yarabbal alamin. Terima kasih
diucapkan kepada adik Muhammad Qaffal b Zulkifli atas bacaan doa sebentar
tadi.

Seterusnya majlis menjemput Tn Hj Suhaimi b Dzajuli, pengetua Asrama


Damai Kuang, untuk menyampaikan ucapan alu-aluan, dengan segala hormatnya
dipersilakan (Ucapan) terima kasih kepada Tn Hj Suhaimi b Dzajuli atas
ucapan sebentar tadi.

Kesuma dikirai daun cempaka


Cemara ditatal di akar bersemi
Umpama tirai baru dibuka
Acara bermula mohon dirasmi.

Majlis menjemput YBhg Dato’ Hj Khusrin b Hj Munawi, Pengarah JAIS untuk


memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan pameran dan gerai sempena
sambutan ulang tahun ke 20 asrama damai kuang, dengan segala hormatnya
dipersilakan (ucapan) Terima kasih diucapkan kepada yang berbahagia Dato’
atas ucapan perasmian sebentar tadi.

Buat pengetahuan YBhg Dato’, Asrama anak-anak yatim Damai Kuang telah
diasaskan pada tahun 1989 oleh Tn Hj Suhaimi b Dzajuli dengan dibantu oleh
beberapa AJK Masjid Al Islahiah. sejak penubuhannya selama 20 tahun ini
murid-murid di asrama Damai ini telah menerima didikan dari guru-guru yang
berpengalaman dan ibu-ibu tunggal. Pihak Pengurusan Asrama Damai ingin
memberikan penghargaan kepada ibu-ibu tunggal yang telah menabur khidmat
mereka sepanjang berada di Asrama Damai.

Dengan ini majlis menjemput Tn Hj Suhaimi b Dzajuli, Pengetua Asrama


Damai Kuang untuk mengiringi YBhg Dato’ Hj Khusrin b Hj Munawi, Pengarah
JAIS, untuk menyempurnakan upacara penyampaian hadiah kepada bekas ibu-
ibu tunggal yang pernah berkhidmat dan tinggal di Asrama Damai, dengan
segala hormatnya dipersilakan.

Dimulakan dengan (baca senarai nama)

Sebagai tanda penghargaan dan kenangan abadi daripada seluruh warga


sekretariat sambutan ulangtahun ke 20 Asrama Damai Kuang, majlis
mempersilakan Tn Hj Suhaimi b Dzajuli untuk menyampaikan cenderamata
kepada YBhg. Dato’ Hj Khusrin b Hj Munawir. Dengan segala hormatnya
dipersilakan
Majlis mengucapkan terima kasih.

Tenang-tenang air di kali


Tempat mandian putera-puteri
Sempurna sudah majlis dirai
Salah dan silap harap dimaafi.

Tamatlah sudah majlis perasmian Pameran dan Gerai Sempena Sambutan


Ulang Tahun ke 20 Asrama Damai Kuang, dijemput Tn Hj Suhaimi bin Dzajuli
untuk mengiringi Ybhg Dato’ Hj Khusrin b Hj Munawi untuk menyempurnakan
simbolik perasmian sebagai tanda bermulanya Pameran dan Gerai Sempena
Sambutan Ulang Tahun ke 20 Asrama Damai Kuang. Dijemput hadirin dan
hadirat untuk sama-sama kita saksikan upacara tersebut, dengan segala
hormatnya dipersilakan.

Anda mungkin juga menyukai