Anda di halaman 1dari 5

teks ucapan

teks majlis penutupan bulan kemerdekaan


Teks ucapan Majlis Penutupan Bulan Patriotisme
Peringkat Sekolah

Sambut merdeka sekali setahun


Keringat tercurah pejuang berjasa
Malaysiaku merdeka 58 tahun
Itulah sejarah perjuangan bangsa

Melati kuntum tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon cemara;
Assalamualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara

Bismilllah........................
Assalamualaikum .......................salam sejahtera dan salam sehati sejiwa
Yg Berusaha Tn Hj Murtaza Bin Hj Abu Bakar, Pengetua SMK Dato’ Mohd Taha,
Yang Dihormati Tn Hj Mohd Isa B. Abd Wahab, Guru Penolong Kanan Akademik
Yg Dihormati En  Muzafar Noor   B. Muris,  GPK HEM.
Yg Dihormati En Kew Cee Kim, GPK KoKurikulum
Yg Dihormati Ketua-ketua Bidang, Guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah ...
Marilah terlebih dahulu sama-sama kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dgn limpah
kurnia, taufik dan keizinannya, dapat sama-sama kita menjayakan Majlis Penutupan  Bulan
Patriotisme  peringkat sekolah bagi tahun 2015 pada pagi ini.
Hadirin dan hadirat sekalian, sesungguhnya kita bangsa bertuah kerana dilahirkan dalam negara yang
merdeka. Justeru marilah kita bersama-sama terus memelihara kemerdekaan ini dengan menunjukkan
semangat kemerdekaan melalui sambutan bulan Patriotisme pada tahun ini..

Tetak buluh kajang sepuluh,


Laksana dititing kias ibarat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon agar selamat
Dijemput dengan segala hormat, Ustaz Mohd Zamsul Bin Abd Latif untuk memimpin bacaan doa.
Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Mohd Zamsul bin Abd Latif yg telah sudi memimpin bacaan
doa.

Disana-sini tembakan berbunyi,


Capai merdeka penuh berliku,
Marilah bersama kita menyanyi,
Lagu pertiwi lagu negaraku.

Pohon kerjasama kepada semua hadirin , berdiri, mendengar dan sama-sama menyanyikan lagu
negaraku.
Terima Kasih, dipersilakan, hadirin dan hadirat duduk.
ACARA PENYAMPAIAN HADIAH
Hadirin dan hadirat sekalian, kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu acara penyampaian hadiah
kepada para pemenang bagi setiap pertandingan yang telah dilaksanakan sepanjang sambutan Bulan
Patriotisma.
Bagi tujuan itu, majlis dengan sukacitanya mempersilakan  Yang Berusaha Tn Hj Murtaza Bin Abu
Bakar, Pengetua SMK Dato Mohd Taha untuk menyampaikan hadiah. Dipersilakan.
BACA SENARAI NAMA PEMENANG.
Pihak majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Tn Hj Murtaza Bin Abu Bakar
atas kesudiaan menyampaikan hadiah kepada para penerima.

Dini hari mengail ikan,


Dapat seekor ikan haruan,
Tuan pengetua  kita persilakan,
Sudilah kiranya memberi ucapan.

Dijemput Yang  Berusaha Tuan Hj Murtaza Bin Hj Abu Bakar,  Pengetua  SMK Dato Mohd Taha
untuk menyampaikan ucapan  dan seterusnya menutup rasmi Majlis Sambutan Bulan Patriotisme
Peringkat Sekolah tahun 2015.  Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Pihak majlis merakamkan penghargaan terima kasih kepada Yang  Berusaha Tuan Hj  Murtaza  Bin
Hj Abu Bakar atas kesudian menyampaikan ucapan dan menutup rasmi Majlis Sambutan Bulan
Patriotisme Peringkat Sekolah 

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian.


Kini tibalah masanya kita untuk bersama-sama menyanyikan  lagu-lagu patriotik. Diminta semua
guru dan pelajar berdiri dan bersedia untuk menyanyi bersama-sama.
LAGU “KERANAMU MALAYSIA”
LAGU “BERJAYA”

 Terima kasih diucapkan kepada semua.


Sambutan Kemerdekaan terlaksana sudah,

Semoga tercapai matlamat dicita. Sekian terima kasih.

Comments

Popular posts from this blog


teks ucapan majlis perasmian bulan bahasa
September 03, 2017
Teks ucapan Majlis Perasmian Bulan Bahasa Peringkat Sekolah  
Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara;
Assalamualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara

Bismilllah........................ Assalamualaikum .......................salam sejahtera dan salam 1


Malaysia. Yg Berusaha Pn Siti Hawa Binti Abd Majid, GPK Akademik. Yg Dihormati Tn Hj
Wahab Bin Jantan, GPK Kokurikulum.  Yg Dihormati Tn Hj Norhizam Bin Ahmad, GPK
Akademik Tingkatan 6. Yg Dihormati Ketua-ketua Bidang, rakan-rakan guru dan murid-
murid yang dikasihi sekalian. 
Alhamdulillah ... Marilah terlebih dahulu sama-sama kita memanjatkan kesyukuran ke
hadrat Ilahi kerana dgn limpah kurnia, taufik dan keizinannya, dapat sama-sama kita
menjayakan Majlis Perasmian  Bulan Bahasa  peringkat sekolah bagi tahun 2017  pd pg ini.
Hadirin sekalian, Program Bulan Bahasa merupakan salah satu program tahunan yang
disambut bertujuan menyemai semangat sayang akan kepelbagaian bahasa yang dimiliki
rakyat  Malaysia. Sesun…
READ MORE
teks ucapan majlis tilawah al-quran ( MTAQ )
September 03, 2017
Bismillah ……. Assalamualaikum w.b…… Selamat tengah hari dan selamat sejahtera 
--Yang Berhormat Dato’ Ir.Jamlus bin Haji Aziz Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Belia
dan Sukan Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Gemas. --Yang Berbahagia
Tn.Hj.Zainuddin bin Mohd Yusof mewakili Pegawai Pelajaran Daerah, Pejabat Pelajaran
Daerah Tampin dan Rembau. --Yang Berusaha Tn.Hj.Mohd bin Md.Isa, Pengetua SMK
Dato’ Mohd Taha, merangkap Pengerusi Pengelola, Majlis Tilawah Al-Quran, Peringkat
Daerah Tampin tahun 1427 Hijrah bersamaan dengan tahun 2006 masihi. -- Yang
Berusaha Ustaz Suhaimi bin Mohd Isa, Penolong Pengarah JQAF Jabatan Pelajaran
Negeri Sembilan Darul Khusus -- Yang dihormati Pengetua-pengetua -- Yang dihormati
Guru - Guru Besar -- Yang dihormati wakil-wakil Pengetua, wakil-wakil Guru Besar -- Yang
dihormati Guru-guru Pengiring, para peserta Majlis Tilawah Al-Quran, tuan-tuan, puan-
puan, hadirin dan hadirat yang dikasihi. 
* Alhamdulillah, marilah sama-sama kita melahirkan rasa kesyukuran yang …
READ MORE
teks ucapan kejohanan merentas desa
September 03, 2017
MAJLIS KEJOHANAN MERENTAS DESA 
-Bismillahirahmannirahim, dengan nama Allah yang maha pemurah, lagi maha
mengahasihani. -Assalamu’alaikum w.b.k, salam sejahtera,  dan salam sehati sejiwa. 
Pohon meranti tumbuh di lurah,                                                             Terbang terkukur ke
tengah bendang,                                                 Merentas desa  berakhir sudah,
Penutup majlis tetamu diundang,       
                                                Anak raja pergi berdagang,
Pengikut sekeliling berdiri teguh,                                                 Sukan umpama satu
gelanggang,                                                             Tempat bertarung mencari jaguh. 
Yang Berbahagia, En Mazlan Bin Yusof, Yang DiPertua PIBG SMK Dato’ Mohd Taha 
Yang Berusaha Tuan Haji Murtaza Bin Hj Abu Bakar, Pengetua, SMK Dato’Mohd Taha. 
Yang Dihormati, AJK PIB…
READ MORE

 Powered by Blogger
Theme images by Michael Elkan

IDA MARHIDA
VISIT PROFILE

Archive
Report Abuse
teks ucapan

Anda mungkin juga menyukai