Anda di halaman 1dari 15

SAMBUTAN HARI GURU

TARIKH : 18 MEI 2015 (ISNIN)


TEMPAT : DEWAN TUN ABDUL RAZAK, SKJL

Bunga siantan di tepi bendang


Di waktu pagi kembang setara
Selamat datang selamat bertandang
Salam diberi gelanggang dibuka

Bismillah …

Assalamualaikum wbt.

Yang Berusaha
Guru Besar SKJL Tuan Haji Mohd. Yuseri Bin Yaakob

Yang Berusaha Penolong Kanan Pentadbiran


Puan Wan Masriah Bt. Puteh

Yang Berusaha Penolong Kanan HEM


Encik Ysaman Bin Abdullah

Yang Berusaha Penolong Kanan Kokurikulum


En. Mohd. Noor Bin Ismail
Guru-guru dan para pekerja yang diraikan serta rakan-rakan yang dikasihi sekalian.

Assalammualaikum……dan salam sejahtera, salam ceria,...di pagi yang mulia.

Selamat datang ke Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat SKJL 2015.

Bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan
keizinan Nya dapat sama-sama kita berkumpul di dataran yang mulia ini untuk
meraikan Sambutan Hari Guru bagi tahun 2015 dengan temaGuru Membina ilmu,
menyempurnakan akhlak.

1
Tangan ditadah penuh inayah
Majlis dibuka penuh rahmat
Mohon keberkatan serta hidayah
Moga majlis mendapat berkat

Untuk maksud itu, marilah kita bersama-sama mengaminkan doa yang akan
dilafazkan oleh Ustaz Mohd. Noor Bin Ismail  Dijemput dengan hormatnya….

(bacaan doa)
Amin Ya Rabbal Alamin.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas pembacaan doa itu tadi.
Semoga yang baik kita mulai, yang baik jua kita didatangi, Insya-Allah.
______________________________________________________________

Hadirin yang dihormati sekalian,

Sebagai pemula acara, marilah sama-sama kita menyanyikan rangkaian tiga buah
lagu,Lagu Negaraku, Lagu Negeri.... dan Lagu Sekolah........ Sidang hadirim
dipersilakan berdiri.

(rakaman nyanyian)

Majlis merakamkan jutaan terima kasih.  

Sidang dewan dipersilakan duduk.

Hadirian yang dihormati sekalian,


Majlis kita pagi ini dimulakan dengan Ucapan Wakil Pelajar, dipersilakan :

Berburu ke padang datar


Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Bagai bunga kembang tak jadi

Seterusnya Bacaan Perutusan...

Dipersilakan ........... GPK Hal Ehwal Murid untuk membacakan Perutusan Ketua
Pengarah Pelajaran Malaysia. Dipersilakan...
(ucapan perutusan)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

2
Seterusnya dipersilakan Yang Berusaha Tuan Guru Besar, Tuan Haji Mohd. Yuseri
Bin Yaakob, Guru Besar, SKJL untuk membacakan Perutusan Menteri Pelajaran
Malaysia dan seterusnya merasmikan sambutan hari guru peringkat sekolah SKJL
2015. Dipersilakan.
(ucapan perutusan)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Sidang hadirin sekalian,

Majlis pada pagi ini diteruskan dengan Ucapan Wakil Pelajar, untuk itu
dipersilakan ........................selaku Ketua Pengawas untuk menyampaikan
ucapannya. Dipersilakan...
Dipersilakan Yang Berusaha GPK Hal Ehwal Murid, Encik Yasman BinAbdullah
untuk membacakan Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Dipersilakan...
(ucapan perutusan)

(ucapan)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Hadirin sekalian,

Marilah sama kita mendengar alunan merdu suara guru SKJL untuk menyanyi lagu
keramat guru Malaysia iaitu Lagu Guru Malaysia. DIpersilakan.

Sidang hadirin yang dimuliakan,

Ketulusan guru memikul amanah

Keihlasan guru melunas tanggungjawab

Sudah tersimpai janji

Sudah terpasak ikrar

Sebati dalam diri setiap guru berhati waja

Guru membina ilmu, menyempurnakan akhlak

3
Untuk itu, dijemput semua guru ..........tampil ke hadapan pentas bagi acara
melafazkan ikrar diketuai oleh Yang Berusaha GPKokurikulum Encik Mohd. Noor
Bin Ismail. Dipersilakan....

Majlis merakamkan jutaan terima kasih.

Sidang dataran sekalian,

Sebagai hiburan dan tatapan hadirin sekalian, marilah sama-sama kita saksikan
persembahan nyanyian oleh barisan guru-guru kita...

Saksikanlah persembahan nyanyian Lagu Guru Malaysia dan nyanyian Lagu Tema
Hari Guru oleh barisan pentadbir dan guru-guru. Dipersilakan....
 Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas persembahan itu tadi.

Sungguh indah padi di bendang,

Padi dituai hari nak malam

Tamatlah sudah majlis dirancang

Semoga tercapai matlamat diidam

Tersilap tersalah harap diampun

Terkasar bahasa maaf dipohon

Akhir kata

Assalamualaikum wbt dan

Salam 1 Malaysia

SELAMAT HARI GURU


GURU MEMBINA ILMU
MENYEMPURNAKAN AKHLAKREHAT TAHAP 1 – 10.00
REHAT TAHAP 2 – 10.15

SUKANEKA

4
5
Sidang hadirin sekalian,

Seterusnya majlis penyampaian hadiah dari PIBG ………….. kepada guru-


guru.

Untuk itu bagi menyempurnakannya, majlis mempersilakan..........menjemput dan


mengiringi ............................, Yang Di Pertua PIBG untuk menyampaikan hadiah
kepada barisan guru-guru. Dipersilakan.....
(penyampaian hadiah)

Sidang dataran sekalian ;

Maju Bangsa Kerana Bahasa,


Adap Menghiasi Jambangan Jiwa;
Ingatan Diberi Tidak Seberapa,
Penghargaan Tanda Pernah Bersua.

Untuk maksud itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan ........


untuk menyampaikan cenderahati sebagai tanda terima kasih kepada Yang
Berbahagia ............., dipersilakan....... dan seterusnya kepada Yang
Berbahagia......................, dipersilakan........Majlis merakamkan jutaan terima
kasih.

Sidang dewan yang dimuliakan,

6
Andai berkayuh dah sampai ke seberang
Andai memanjat dah sampai ke pucuk
Andai mendaki dah sampai ke puncak
Setiap yang bermula pasti akan berakhir
Begitu juga dengan majlis kita pada hari ini

sebagai penutup bicara,

Sisir pelepah meraut lidi,


Menganyam daun atap jerami,
Yang indah, yang berseri bawalah pergi
Yang cacat yang keji tinggalkan buat kami.

Dagang singgah membeli kajang,


Tambat perahu di muara Deli.
Kalau ada umur yang panjang,
InsyaAllah, boleh kita berjumpa lagi.

Segala yang baik, yang indah dan yang sempurna itu datangnya daripada
Allah SWT jua dan sama-samalah kita mensyukurinya dan segala kekurangan dan
kepincangan majlis ini adalah kelemahan daripada pihak kami dan kemaafan jua
yang kami pinta.

Wabillahhitaufik walhidayah, wassalamualaikum warrahmatullah hiwabarakatuh


dan terima kasih.”SELAMAT HARI GURU”

7
SKRIP PENGACARA MAJLIS -HARI GURU

HARI GURU SMKPNZ 2010


[1]
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Yang Berbahagia, Tn.Hj Mhd Ramli bin Che Mat, Pengetua SMK Permaisuri Nur Zahirah

En. Abdul Rahim b Abdullah, Penolong kanan Pentadbiran,

En. Amran bin Ibrahim, Penolong kanan Hal Ehwal Murid,

En. Wan Pauzi bin Wan Mohd, Penolong kanan Kokurikulum

Guru-guru Kanan, Guru Cemerlang, kaunselor sekolah, rakan-rakan guru-guru, staf-staf


sokongan dan para pelajar yang dikasihi sekalian.

[2]

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan
limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu dan kesempatan untuk kita sama-sama
berkumpul di Dewan Gemilang ini bagi meraikan Sambutan hari Guru peringkat sekolah bagi

8
tahun 2010.

Selasih mekar di tengah desa


Mencelah sama kembang melati
Guru Pembina Negara Bangsa
Menabur ilmu berkhidmat bakti

Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian,

Sambutan Hari Guru merupakan satu pengiktirafan buat kita yang bergelar ’cikgu’..Semoga
dengan pengiktirafan ini dapat menyemarakkan lagi iltizam dan tekad serta ikhtiar dalam usaha
kita menjana dan mengangkat martabat profesion keguruan sebagai profesion yang dipandang
tinggi semurni tugas seorang guru.

[3] PERSEMBAHAN GURU

{1}
Memulakan acara, majlis dengan penuh sukacitanya menjemput dan mempersilakan semua guru
untuk naik ke pentas bagi menyampaikan Lagu Kami Guru Malaysia.
Dipersilakan.
...........

Sama-samalah kita dengarkanlah alunan suara cikgu-cikgu kita mendendangkan lagu GURU
MALAYSIA.
......
{2}
Sebelum guru-guru mengambil tempat duduk..dijemput Yang berbahagia Tuan Pengetua untuk
memotong kek Hari Guru yang disumbangkan oleh Badan Pengawas SMKPNZ. Dipersilakan.
.........................
Terima kasih kepada Tuan Pengetua.

Terima kasih diucapkan kepada semua guru TERIMA KASIH CIKGU.


{3}
Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Bagai bunga kembang tak jadi.

Seterusnya, dijemput rakan seperjuangan, Pn Che Faridah bt Che Isa untuk bergandingan
mendeklamasikan sajak bersama saya untuk semua guru di SMKPNZ

.........................
Terima kasih diucapkan kepada Pn. Che Faridah.

[4] PERSEMBAHAN PELAJAR:

9
{1}
Seterusnya kita perdengarkan pula palutan kata ’berdikirlah pulok’ persembahan dikir barat yang
akan dipersembahkan oleh pelajar-pelajar kita, ... dipersilakan.
......
Terima kasih diucapkan kepada kumpulan dikir itu tadi.

{2}

Persembahan seterusnya,pendeklamasian sajak bersambungan dengan Irama Nasyid dari


kumpulan Kelas Pendidikan Khas dengan lagu ____________
Dipersilakan.

.................
Demikian tadi berakhirnya persembahan . Terima kasih sekalung budi diucapkan kepada semua
yang menjayakan persembahan itu tadi.

[5] PENYAMPAIAN HADIAH

Guru-guru dan para pelajar yang dikasihi sekalian,

Seterusnya, majlis penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang bagi acara pertandingan


memasak, permainan dan sukaneka hari guru,dan hadiah cabutan bertuah

{1}
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia En Wan Pauzi bin Wan
Mohd, GPK Kokurikulum untuk mengiringi yang berbahagia, En. Amran bin Ibrahim, GPK
HEM untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Dipersilakan.

....
Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia GPK KO dan
GPK HEM.

SUPRISE:

Seterusnya, satu kejutan..suprise untuk seorang guru....antara yang bertuah di kalangan yang
bertuah...satu hadiah dari seorang suami tersayang untuk seorang isteri tercinta....ucapan selamat
Hari Guru..bersama sejambangan bunga tanda ingatan romantis si suami buat si isteri...majlis

10
mempersilakan..............................................dari suami tercinta.

........ tahniah kepada.........................

{2}
Seterusnya, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang berbahagia En Abdul Rahim
bin Abdullah, GPK Tadbir untuk mengiringi Yang Berbahagia, Tn.Hj Mhd Ramli bin Che Mat,
Pengetua SMK Permaisuri Nur Zahirah untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Majlis mempersilakan.

[ LAMPIRAN]

{v} Seterusnya penyampaian anugerah guru.


majlis mempersilakan Ahmad NorSyazwan bin Mustafa, selaku Ketua Pengawas untuk
membaca keputusan. Dipersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia, Tn.Hj Mhd
Ramli bin Che Mat dan Yang Berbahagia En. Abdul Rahim b Abdullah.

[6]

Demikian tadi persembahan guru, pelajar dan juga acara penyampaian hadiah. Majlis yang
melibatkan pelajar berakhir di sini. Para pelajar boleh bersurai dalam keadaan tertib dan pulang
terus ke rumah.

............................................................................................................................................................
...............

[7]

Sebelum majlis kita diteruskan dengan pengisian kerohanian untuk semua guru dan staf
SMKPNZ, majlis mengalu-alukan kehadiran Penceramah jemputan Al-Fadzil Ustaz Abdul Aziz
bin Yahya.

Tanpa melengahkan masa, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Al-fadzil Ustaz
Abdul Aziz bin Yahya untuk menyampaikan ceramah beliau yang bertajuk ” Suburnya amanah
di dunia, Bunganya bahagia di akhirat”
Majlis mempersilakan al-fadzil Ustaz.

..................................

Demikian tadi ceramah penuh makna pada sambutan Hari Guru ini. Majlis merakamkan

11
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Al-Fadzil Ustaz Abdul Aziz bin Yahya.

[8]
Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

Majlis kita sampai ke penghujungnya. Pihak majlis mohon mengambil kesempatan waktu di
penghujung ini untuk mengucapkan ribuan kalungan bunga terima kasih kepada semua pihak
yang terlibat dalam memastikan majlis sambutan Hari Guru peringkat sekolah ini dapat
dilangsung dengan jayanya.

Sekali lagi, TERIMA KASIH CIKGU..... SELAMAT HARI GURU!

Tetamu jemputan, Semua guru dan staf sokongan dijemput ke kantin untuk menikmati juadah
jamuan yang telah disediakan.

Sekian, Wassalamualakum wbt.

TEKS PENGACARA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH BAGI TAHUN


2013
Pengumuman …Assalamualikum wbt..selamat sejahtera..
Tuan2 dan puan2..
Disini ada beberapa makluman yang ingin kami sampaikan…
1. Mohon kerjasama semua warga dewan untuk mematikan telefon bimbit atau menukar kepada
mode senyap sebaik sahaja majlis bermula.
2. Hadirin juga dimohon untuk tidak meninggalkan majlis sehingga tetamu kehormat kita
meninggalkan dewan.. kerjasama semua sangat2 diharapkan dan diucapkan ribuan terima kasih.

Ketibaan Yang Berhormat Tn Hj Md Jais b Hj Hj Sarday Exco Pendidikan, Pembangunan


Usahawan dan Koperasi Negeri Johor

Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Tn Hj Md Jais b Hj Sarday Ahli Dewan Undangan


Negeri Mahkota merangkap Exco Pendidikan, Penerangan ,Pembangunan Usahawan dan
Koperasi Negeri Johor Warga dewan diminta berdiri . Nyanyian Lagu/Persembahan Koir -
12
Bangsa Johor - Semarak Para hadirin dipersilakan duduk PAPARAN DILAYAR KOIR GURU
SMK SULTAN ABDUL JALIL Demikianlah rangkaian lagu medley 1. Terima Kasih Cikgu 2.
Kami Anak Merdeka dan 3. Guru Anak Kampung yang dipersembahkan oleh Kumpulan Koir
dari SMK Sultan Abdul Jalil. Kumpulan Koir ini diketuai oleh Pn Khalisah bt Zulkifli dibawah
pimpinan En Mohd Ridzuan b Lebai Ariffin Majlis merakamkan jutaan terima kasih . Solutasi

Assalamualaikum wbth…Selamat Sejahtera, Salam 1 Malaysia

Yang Berhormat Tn Hj Md Jais b Hj Sarday Exco Pendidikan, Penerangan, Pembangunan


Usahawan dan Koperasi Negeri Johor Yang Berusaha Tn Hj A. Manaf b Muslimin Pegawai
Pendidikan Daerah Kluang Yang Berusaha En Kalamullah b Ali Redza Pegawai Pendidikan
Agama Daerah Kluang Yang Berusaha En Ibrahim b Omar Pengetua SMK LKTP Kahang Timur
merangkap Pengerusi JK Pengelola Yang Berusaha En Mohd Noah b Mohd Yusuff Pengetua
SMS Sembrong Merangkap tuan rumah sambutan hari guru peringkat daerah ketua-ketua
jabatan, dif-dif kehormat, tuan-tuan pengetua, para guru besar, guru-guru yang dihormati
seterusnya tuan-tuan dan puan-puan yang dimuliakan

Istana kota sebelas tingkat


Tempat baharu nakhoda pecan
Sama kata sama sepakat
Hari guru kita raikan.

Bersyukur kita ke hadrat ilahi,kerana pada pagi ini kita dapat bersama-sama berkumpul bagi
meraikan Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kluang bagi tahun 2013 yang bertemakan
‘Guru Malaysia 1 Aspirasi 1 Agenda’
Tuan2 dan Puan2 Majlis mengalu-alukan kehadiran YB Tn Hj Md Jais b Hj Sarday Exco
Pendidikan, Penerangan ,Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor bersama dif-dif
kehormat ke majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kluang bagi tahun 2013.

Tuan2 dan puan2 yang dihormati sekalian -Hari Guru disambut pada tarikh 16 Mei saban tahun
bagi mengenang jasa dan pengorbanan guru-guru di Malaysia dalam mendidik anak bangsa. -
Dengan pengorbanan yang tidak berbelah bagi, maka lahirlah warga negara yang berjaya dalam
hidup dan seterusnya mampu membangunkan negara Malaysia yang berjaya.

Bacaan Doa

Bunga mawar cantik tersemat,


Dipetik gadis di tepi titi;
Doa dibaca memohon Rahmat,
Moga Majlis sentiasa diberkati.

-Bagi memberkati majlis pada pagi ini, majlis dengan sukacitanya menjemput Ustaz Mohd
Fahmi b Uzali untuk memimpin bacaan doa.

Dipersilakan PAPARAN LAYAR DOA DIPIMPIN OLEH : USTAZ MOHD FAHMI B UZALI
SMK LKTP KAHANG TIMUR Amin Amin Ya Rabbal `Alamin -Majlis merakamkan setinggi-

13
tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Mohd Fahmi b Uzali dari SMK LKTP
Kahang Timur atas bacaan doa sebentar tadi. Ucapan Yang Berusaha Pegawai Pendidikan
Daerah Kluang Tuan2 dan puan2 para hadirin yang dimuliakan -Majlis diteruskan lagi dengan
menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha Tn Hj A. Manaf b Muslimin Pegawai Pendidikan
Daerah Kluang bagi menyampaikan ucapan alu-aluan sempena Sambutan Hari Guru Peringkat
Daerah Kluang bagi tahun 2013. Dipersilakan tuan. Majlis merakamkan jutaan terima kasih
kepada Yang Berusaha Tn Hj A. Manaf b Muslimin Pegawai Pendidikan Daerah Kluang di atas
ucapan sebentar tadi. Ucapan Perasmi Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian Majlis
diteruskan dengan menjemput dan mempersilakan Yang Berhormat Tn Hj Md Jais b Hj Sarday
Ahli Dewan Undangan Negeri Mahkota merangkap Exco Pendidikan,
Penerangan ,Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor Untuk menyampaikan ucapan
seterusnya merasmikan Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kluang bagi tahun 2013. Dengan
segala hormatnya dipersilakan tuan. Terbang melayang si anak kedidi, terima kasih di ucapkan
kepada Yang Berhormat di atas ucapan itu tadi. Pemotongan Kek Seterusnya adalah majlis
pemotongan kek sempena sambutan hari guru peringkat daerah kluang. Dengan itu majlis
mempersilakan Yang Berusaha Tn Hj A Manaf b Muslimin, En Kalamullah b Ali Redza, En
Ibrahim b Omar dan En Md Noh b Mohd Yusuf naik ke atas pentas untuk mengiringi Yang
Berhormat Tn Hj Md Jais b Hj Sarday bagi menyempurnakan acara pemotongan kek.
Dipersilakan tuan. Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat kerana sudi
menyempurnakan acara pemotongan kek sebentar tadi dan untuk makluman semua kek tersebut
adalah sumbangan Bank Rakyat sebagai menghargai jasa guru di daerah Kluang ini. Terima
kasih diucapkan. Bacaan Ikrar Tuan-tuan dan puan-puan Beralih kita ke acara seterusnya dengan
menjemput En Parmin b Radi Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Dato Hj Hassan Yunus
untuk memimpin lafaz ikrar Guru Malaysia…Para hadirin diminta berdiri. PAPARAN LAYAR
IKRAR GURU MALAYSIA DIKETUAI OLEH : EN PARMIN B RADI PEGAWAI TADBIR
KRS DAERAH KLUANG HADIRIN DIMINTA BERDIRI Lafaz ikrar itu tadi dipimpin oleh
En Parmin b Radi , beliau juga merupakan pegawai Tadbir KRS Daerah Kluang. Majlis
merakamkan jutaan terima kasih. Penyampaian Anugerah PAPARAN LAYAR
PENYAMPAIAN ANUGERAH GURU INNOVATIF Tuan-tuan dan puan2 Para hadirin yang
dihormati sekalian Acara diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah kepada guru-guru.
Dengan itu majlis mempersilakan En Ibrahim b Omar Pengetua SMK LKTP Kahang Timur
Merangkap Pengerusi Jk Pengelola Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kluang Untuk
menjemput dan mengiringi Tn Hj A Manaf b Muslimin Pegawai Pendidikan Daerah Kluang naik
ke atas pentas bagi menyempurnakan majlis. Dipersilakan. Penerima Sijil Penyertaan Sempena
Pertandingan guru Inovatif 2013 dipersilakan Senarai Penerima Sijil Penyertaan 1. Mohd Noor
bin Asari SMK Seri Lalang ( 631220-01-5759 ) 2. En. Zulkifli bin Hj Md Pungot SMK Simpang
Renggam ( 68072-01-5185 ) 3. En. Zulkifli bin Hussien SMK Paloh ( 690131-01-5757 ) 4. Pn.
Hjh. Noor Faridahwati binti Asmuje SMK Simpang Renggam ( 791025-10-5778 ) 5. Pn. Oo
Hwee Leng SJKC Chong Eng ( 801123-01-6118 ) 6 Pn. Lee Shiow Yuan SJKC Chong Eng
( 670515-10-5294) 7. Pn. LeeYit Ching SJKC Chong Eng ( 790729-01-5060 ) 1. Johan
Kumpulan SK Bandar T6 Pn. Azizah binti Othman ( 710729-01-5060 ) Pn. Sarjana binti Dolah
( 720713-04-5248 ) 2. Johan Individu Prasekolah Pn. Zainom binti Bahman ( 710421-01-6120 )
SK Kampung Melayu 3. Johan Individu Sekolah Rendah Pn. Wong Ka Mei (770530-01-6204 )
SK Bandar T6. 4. Johan Individu Sekolah Menengah En. Mahzan bin Md. Hassan ( 730727-01-
7079 ) SMK Dato Abdul Rahman Andak Berikut ialah penerima Anugerah Guru Ikon Bagi
kategori Guru Ikon Sukan Dipersilakan Ikon Sukan 1. En Ganesan A/L Nallaiah Ikon

14
Kokurikulum 1. En Megat Mohd Nizar b A. Rahman Ikon Akademik 1.Pn Hjh Rahmah bt Sayuti
ANUGERAH GURU PAKAR IT 1. En Mohd Mazlan b Husin Majlis merakamkan jutaan terima
kasih kepada Tuan PPD kerana sudi menyempurnakan majlis dan tahniah diucapkan kepada
penerima anugerah Persembahan Khas 1 Malaysia PAPARAN LAYAR PERSEMBAHAN
KHAS 1 MALAYSIA Terus masuk sajak Persembahan sajak 1 Malaysia telah dijayakan oleh 1.
Pn Nur Faiza bt Borhan SK Sri Lalang 2. Pn Yap Yen Hua SJK ( C ) Chong Hwa 1 3. En
Kumarasan A/L Manipal Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas persembahan itu tadi.
Penganugerahan Tokoh Guru 2013 Tuan-tuan dan puan2 ( Video Biodata Tokoh Kepimpinan
dipaparkan ) Untuk menyampaikan anugerah Tokoh Guru Kepimpinan, majlis dengan
sukacitanya menjemput Yang Berusaha Tn Hj A Manaf b Muslimin Pegawai Pendidikan Daerah
Kluang Untuk mengiringi Yang Berhormat Tn Hj Md Jais b Hj Sarday Exco Pendidikan,
Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor. Naik ke pentas bagi menyempurnakan
acara penganugerahan Tokoh Guru 2013.. Anugerah Tokoh Kepimpinan 2013 diberi kepada TN
HJ HAMZAH B RAMLI MANTAN PENGETUA SEK MEN AGAMA KERAJAAN JOHOR
Tokoh Kepimpinan akan menerima Wang Tunai RM1000 beserta hadiah iringan ( Video Biodata
Tokoh Guru dipaparkan ) Anugerah Tokoh Guru 2013 diberi kepada TN HJ SHUKOR B
PANEK MANTAN GURU BESAR SK SIMPANG RENGAM Tokoh Guru 2013 akan
menerima Wang Tunai RM1000 beserta hadiah iringan Majlis merakamkan jutaan terima kasih
kepada YB kerana sudi menyempurnakan majlis dan tahniah diucapkan kepada penerima
anugerah. Penyampaian cenderamata Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berusaha Tn Hj A.
Manaf b Muslimin Pegawai Pendidikan Daerah Kluang menyampaikan cenderamata kenang-
kenangan kepada Yang Berhormat Tn Hj Md Jais b Hj Sarday. ADUN Mahkota Merangkap
Exco Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor
Dipersilakan. Diminta semua penerima anugerah,Tuan PPAD, Tuan Pengetua SMK LKTP
Kahang Timur, Tuan Pengetua Sains Sembrong untuk sama-sama berada diatas pentas bagi sesi
bergambar. Lagu Negaraku /Penutup Dengan berakhirnya penyampaian anugerah Tokoh Guru
dan cenderamata itu tadi maka majlis pada pagi ini telah sampai ke penghujungnya. Syabas dan
tahniah kepada warga pendidik daerah kluang kerana dapat bersama-sama dalam sambutan hari
guru peringkat daerah bagi tahun ini. Bersenjatakan pena keramat Berbekalkan ilmu di dada
penuh sarat Melangkah sang guru penuh semangat Ke gelanggang Pendidikan untuk berkhidmat
Dengan satu misi dan matlamat Semoga jasa guru mendapat rahmat Demikian sifat guru
berkualiti Kerana sememangnya Guru Malaysia 1 Aspirasi 1 Agenda Sebelum majlis menutup
tirainya Terima kasih daun keladi Panjang umur kita sambut lagi Buat guru kami sudahi Selamat
hari guru buatmu dikasihi Jasa guru terpahat dihati Majlis diakhiri dengan nyanyian Lagu
Negaraku Jamuan Majlis menjemput dif-dif kehormat untuk menikmati jamuan di kawasan lobi
di hadapan dewan ini. Manakala kepada guru-guru yang lain makanan adalah berbentuk ‘take
away’ Sekian …Wabilahitaufik walhidayahwassalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh dan
terima kasih. Posted by UNIT

15

Anda mungkin juga menyukai