Anda di halaman 1dari 10

TEKS PENGACARA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

‘GURU PEMBINA NEGARA BANGSA’


DIRASMIKAN OLEH :
TN HJ DAMAK B HJ ANGU
GURU BESAR SK BATU 15
16 MEI 2016

ACARA SKRIP
Ketibaan Perhatian.
murid Minta kerjasama warga dewan untuk memberi laluan Majlis
Sambutan Hari Guru akan berlangsung sebentar lagi.
Ketibaan Terima kasih.
para
jemputan Warga dewan diingatkan agar berdiri ketika perarakan masuk
dan ibu guru-guru ke Dewan Oya.
bapa

Perarakan Warga dewan yang dihormati,


Guru Marilah sama-sama kita memberikan tepukan yang gemuruh
kepada barisan guru Sekolah Kebangsaan Batu 15 yang dikasihi
dan diraikan.

Lagu NYANYIAN LAGU NEGARAKU


Negaraku
dan Sekolah Terima kasih diucapkan kepada semua atas nyanyian itu tadi.
Hadirin dipersilakan duduk.

Dia seorang guru pengganti ayah ibu,


Dia seorang guru pembentuk generasi baru,
Dia seorang guru pembina insan sepadu,
Dia seorang guru pewaris tamadun ilmu,
Yang terus hidup sepanjang waktu.

Bismillahirahmanirahim…
Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam Satu Malaysia
dan Salam Perjuangan Menjulang Pendidikan Sarawak.

Alhamdulillahirabbil’alamin, wassalatuwassalamu’ala ashrafil


anbiyaiwalmursalin, wa’ala alihi wasahbihi ajmain.
Yang berusaha
Tn Hj Damak B Hj Angu,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Batu 15

Yang Dihormati
En Suyong Ak Uyak,
Guru Penolong Kanan Pentadbiran

En Rosman B Mat Jidin


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

En Nordin B Hiri
Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum

Barisan pendidik yang disayangi,


Warga kerja Sekolah Kebangsaan Batu 15,
Ibu bapa –ibu bapa, barisan pengawas dan murid-murid yang
dikasihi sekalian…

Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua guru.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi, kerana pada pagi ini kita dapat
bersama-sama berkumpul bagi meraikankan insan yang amat
disanjungi dalam Majlis Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat
Sekolah Kebangsaan Batu 15 bagi tahun 2016.

“Guru Pembina Negara Bangsa” itulah tema perayaan hari guru


pada tahun ini.

Buat pertama-tamanya dan selama-lamanya, marilah kita


bersama-sama merafakkan setiinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat
Illahi kerana dengan limpah rahmat, taufiq, dan hidayahNya,
dapatlah kita bersama-sama berhimpun dalam majlis penuh
barakah ini untuk kita sama-sama raikan para guru dalam
Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2016, “Guru Pembina
Negara Bangsa”.
Menyemat butang kami siapkan,
Akhirnya tangan memecah jari,
Selamat Hari Guru kami ucapkan,
Buat guru yang kami ingati.

Tanggal 16 Mei setiap tahun merupakan hari yang istimewa yang


didedikasikan khas untuk warga pendidik di bumi Malaysia. Hari
inilah yang dipanggil Hari Guru iaitu hari yang dipilih untuk
meraikan guru-guru yang bekerja dengan seikhlas hati,
berkorban tenaga dan masa untuk memastikan kecemerlangan
jasmani, emosi, rohani, intelek, dan spiritual generasi demi
generasi pelapis anak bangsa. Maka, pada hari ini kita semua
akan meraikan guru-guru di Sekolah Kebangsaan Batu 15 yang
kita sayangi ini dengan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah.
Seterusnya, pihak jawatankuasa pengelola majlis juga
mengharapkan dan berdoa agar majlis ini berjalan dengan lancar
di bawah lindungan barakah Allah S.W.T. InsyaAllah.

Bacaan Doa Hadirin sekalian,

Panggilan guru adalah keramat,


Bersabar menabur jasa dan bakti,
Doa dibaca memohon Rahmat,
Moga majlis sentiasa diberkati.

Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari ini, marilah kita
bersama-sama menadah tangan dan mengaminkan doa yang
akan dipimpin oleh adik Akmal Syariezal b Amsani. Majlis
dengan penuh takzim mempersilakan.

BACAAN DOA

Amin. Aminyarabbalalamin. Majlis mengucapkan terima kasih


kepada adik Akmal Syariezal b Amsani atas pimpinan bacaan
doa sebentar tadi.

Ucapan Dapat banyak BUNGA? Tanda tugas guru mengharumkan dunia.


Wakil Murid Dapat banyak PEN? tanda guru bijak melakar kata.
Dapat PEMADAM? Tanda guru sentiasa membetulkan yang
dusta.
Dapat UCAPAN tanda guru sentiasa di ingatan.
Para guru dan pelajar sekalian,
seterusnya majlis menjemput adik Mohd Khairul Nizam b Hasdi
yang mewakili murid-murid Sekolah Kebangsaan Batu 15 untuk
menyampaikan ucapan khas sempena hari guru. Dipersilakan.

UCAPAN WAKIL MURID

Terima kasih diucapkan kepada adik Mohd Khairul Nizam b


Hasdi atas ucapan sebentar tadi.
Ucapan
Aluan Tn Emas sutera penghias diri,
Guru Besar Untuk wanita bukan lelaki,
Ucapan guru besar penuh inspirasi,
Jadikan pedoman di dalam diri.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Aturcara majlis kita pada tengahari ini diteruskan lagi dengan


menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha, Tn Hj Damak B
Hj Angu, Guru Besar SK Batu 15 untuk menyampaikan ucapan.
Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.

UCAPAN OLEH GURU BESAR

Jutaaan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada


Tuan Guru Besar SKSR atas ucapan beliau sebentar tadi.
Pastinya segala nasihat dan amanat akan menjadi ingatan dan
pedoman untuk semua.

Bacaan Pakai baju warna biru


Perutusan Ke sekolah hingga pukul satu
Hari Guru Murid sentiasa hormatkan guru
Kerana guru pembekal ilmu

Sidang majlis sekalian, seterusnya dijemput pula Cikgu Buana


Mubarak B Julaihi untuk membacakan perutusan ucapan
daripada Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia.

<PERUTUSAN DARIPADA KP PENDIDIKAN MALAYSIA>


Demikianlah tadi bacaan perutusan Hari Guru daripada Ketua
Pengarah Pendidikan Malaysia.
Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Buana Mubarak.

Anak-anak didik yang disayangi,


Sesungguhnya:
Jasa guru tidak dapat dihitung dengan jari. Gurulah
menyebabkan kita mengenal huruf dan angka. Huruf yang diajar,
dikembangkan menjadi suku kata, perkataan dan seterusnya
ayat. Menerusi nombor, kita mampu mengira ribuan angka.
Semuanya kita peroleh menerusi dedikasi guru yang berterusan
mendidik tanpa mengenal penat dan lelah.

Bacaan Ikrar Beralih kita ke acara seterusnya dengan menjemput semua guru
Guru & ke pentas untuk melafaz ikrar Guru yang akan diketuai
Nyanyian oleh Cikgu Muhd Khairul Anam B Ishak.
Lagu Mohon para guru naik ke pentas.

Dan selepas itu, kita akan diperdengarkan kelunakan suara oleh


para guru dengan nyanyian lagu Kami Guru Malaysia
dan Pendidik Bumi Kenyalang.

BACAAN IKRAR GURU & NYANYIAN HARI GURU

Demikianlah tadi lafaz ikrar dan nyanyian dua buah lagu daripada
guru-guru yang kita sayangi.

Acara Sekarang kita telah sampai ke acara memotong kek oleh Tn


Pemotongan Guru Besar dan barisan Guru Penolong Kanan, mohon para guru
Kek Hari bersama-sama bagi mengiringi Tn Guru Besar untuk acara
Guru pemotongan kek.

ACARA PEMOTONGAN KEK

Majlis mengucapkan setinggi penghargaan kepada para guru


atas kerjasama yang diberikan.

Sidang hadirin sekalian,

Majlis kita pada pagi ini berhenti rehat untuk seketika.


Majlis akan diteruskan semula pada jam 10:30 pagi.

REHAT

Persembahan Warga dewan sekalian.


1 Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada pagi ini, kita tampilkan
satu persembahan oleh murid-murid Tahap 1, sebagai
kenangan di halwa telinga khususnya untuk guru-guru yang
diraikan pada hari ini. Sama-samalah kita saksikan
persembahan Tarian Hula-hula.

PERSEMBAHAN TARIAN

Untuk makluman hadirin sekalian, persembahan itu tadi di


bawah pimpinan Pn Evelyn Bantin.

Sekalung penghargaan diucapkan.

Persembahan Seterusnya pula marilah kita sama-sama saksikan


2 persembahan koir oleh Kumpula Koir SK Batu 15 di bawah
pimpinan ____________________ dengan dua buah lagu iaitu
Terima Kasih Cikgu dan Guruku Tersayang. Dipersilakan.

PERSEMBAHAN KOIR

Begitulah santapan mata yang dihadiahkan oleh pelajar buat


guru-guru yang tersayang.. Sekalung penghargaan terma kasih
atas persembahan istmewa itu tadi..

Pertandingan Barisan pendidik yang diraikan dan warga dewan sekalian,


Karaoke
Kini tibalah masa yang dinanti-nantikan Pertandingan Karaoke.
Sebelum kita disajikan dengan persembahan mereka, eloklah
saya memperkenalkan para juri yang adil lagi bijaksana untuk
mengadili pertandingan ini.

Yang pertama, En Raymond Galan


Selaku Ketua Juri.
Juri yang kedua ialah Pn Raudhah Bt Suhaili.
Dan Juri yang ketiga ialah Pn Evelyn Ak Bantin.

Dimaklumkan bahawa, keputusan juri adalah muktamad dan


sebarang bantahan tidak dibenarkan.

Baiklah, tanpa melengahkan masa, dijemput peserta pertama


iaitu adik Ahmad Abdul Rahmuni B Abdul Rahim yang akan
mempersembahkan sebuah lagu yang bertajuk Berakhirlah
Sudah. Dipersilakan

Terima kasih atas persembahan tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan oleh adik Mohamad


Ikmal Bin Hail Amir dengan lagunya yang bertajuk Oh Ibu.
Dipersilakan.

Terima kasih atas persembahan tadi.

Ikut senarai peserta....

Demikianlah tadi persembahan terakhir Pertandingan Karaoke


sempena Sambutan Hari Guru 2016.

Penyampaian Guru…
Cenderahati Mencurahkan ilmu dengan motivasi
& Sijil Mengajar dengan penuh dedikasi
Penghargaan Bersabar menabur jasa dan bakti
Mengisi minda yang masih kosong ini
Pengorbananmu ku sanjungi
Menjadi penggerak jati diri
Terimalah sedikit cenderahati
Sebagai tanda kenangan budi..

Sidang hadirin sekalian,


Sementara kita memberi laluan kepada para juri untuk mengira
markah, kita teruskan acara pagi ini dengan penyampaian
cenderahati kepada semua Staf Sekolah Kebangsaan Batu 15.

Bagi menyempurnakan majlis, majlis menjemput ____________


___________________ untuk menyempurnakan acara.
Rujuk Senarai Staf

Kita teruskan dengan penyampaian Sijil Penghargaan kepada


guru-guru Tahun 6 serta barisan guru yang terlibat Program
Mentor Mentee Bagi Tahun 2015.

Kita mulakan dengan Penyampaian Sijil Penghargaan Kepada


Guru Tahun 6 2015.

Dijemput ....

Penyampaian Warga dewan yang dihormati,


Hadiah
Tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu penyampaian hadiah
kepada pemenang pertandingan karaoke sempena Sambutan
Hari Guru 2016.

Kita mulakan penyampaian hadiah saguhati kepada peserta


pertandingan Karaoke.

Penerima saguhati adalah.......

Debaran peserta bakal bertemu titik noktah. Diumumkan


pemenang ketiga jatuh kepada
_________________________________________________
Dipersilakan ke pentas untuk menerima hadiah.

Pemenang kedua jatuh kepada


________________________________________
Dipersilakan.

Johan pertandingan karaoke sempena Sambutan Hari Guru


2016 disandang oleh
_______________________________________________

Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan tahniah juga


kepada peserta-peserta lain yang telah berusaha gigih dan
memberi saingan. Jadikan pengalaman ini sebagai satu
kenangan manis yang pernah kalian lalui.
Penyampaian Warga dewan sekalian,
Cenderahati Tanpa para juri yang bijaksana, sesuatu pertandingan tidak
Juri akan dapat dijalankan. Sebagai menghargai kesudian mereka
meluangkan masa, pihak penganjur menyediakan cenderahati
yang tidak seberapa.

Dijemput Ketua Hakim, En Raymond Galan untuk menerima


cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan.

Seterusnya dijemput Pn Raudhah Bt Suhaili. Dan Dijemput Pn


Evelyn Ak Bantin.

Terima kasih diucapkan kepada Tn Hj Damak B Hj Angu atas


penyampaian hadiah itu tadi.

Lagu Ibu Para guru dan anak didik yang budiman.


Pertiwiku
Kalau memanjat, sudah sampai ke puncak,
Kalau menurun, sudah sampai ke lembah.

Kalau terjun, sudah sampai ke tanah,


Kalau berenang, sudah sampai ke pantai.

Kalau belayar sudah sampai ke pulau,


Kalau berjalan sudah sampai ke batas.

Kalau mudik, sudah sampai ke hulu,


Kalau hanyut sudah sampai ke kuala.

Kita semakin hampir ke penghujung majlis, sebelum kita


bersurai marilah sama-sama kita berdiri dan menyanyikan lagu
Ibu Pertiwiku.

NYANYIAN LAGU IBU PERTIWIKU

Terima kasih kepada semua atas nyanyian itu tadi.

Penutup Kami minta ampun,


Kami minta maaf ...
Kalau wajah ada yang tersalah pandang,
Kalau nama ada yang tersalah sebut,
Kalau gelar ada yang tersalah ucap,
Kalau duduk ada yang di salah tempat.

Akhir kata tamatlah sudah majlis kita pada pagi ini. Sekali lagi
syabas dan tahniah kepada warga Sekolah Kebangsaan Batu
15 kerana dapat bersama-sama dalam Sambutan Hari Guru
bagi tahun ini.

Semoga Yang Maha Esa menganugerahkan ilham kepada


semua guru untuk menjadi pendidik yang gemilang. Semoga
benih-benih keikhlasan berjaya ditanam dalam setiap batas hati
para guru, kerana dengan keikhlasan, akan terpancar
kejernihan dan kejayaaan anak didik yang mutlak. Mudah-
mudahan…amin.

Terima kasih daun keladi


Panjang umur kita sambut lagi
Buat guru, kami sudahi
Selamat Hari Guru buatmu dikasihi
Jasa guru terpahat dihati

Sekian. Salam sejahtera. Wabillahi taufik wahidayah.


wassalamualaikum wbt…

Anda mungkin juga menyukai