Anda di halaman 1dari 7

Skrip Pengacara Program Orientasi dan Transisi Tahun 1 2019

MASA CUE ANN


PERSEDIAAN Para hadirin yang saya hormati sekalian.

Majlis akan dimulakan sebentar lagi.

Sukacita diingatkan sekiranya para hadirin dapat


mengambil tempat masing-masing dan mode
telefon anda berada dalam keadaan mode senyap.

Terima kasih.

MASA CUE ANN


Bacaan do’a Dari Muar pergi ke Pontian,
Terus pula ke Kuala Perlis,
Harap semua berikan perhatian,
Mohon saya mulakan majlis.

Sayang kumbang mencari makan,


Terbang seiring di tepi kali;
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu Ilahi.

Assalamualaikum w.b.t,
Salam muafakat Johor

Salam sehati mendaya bangsa

saya ucapkan kepada

Yang Berbahagia,

Encik Mohd Arbain Bin Mohd Ramly,

Penolong Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah


Kota Tinggi merangkap pegawai angkat
Sekolah Kebangsaan (Felda) Bukit Waha

Yang berusaha, Cikgu Sarmin Bin Hairi,

1 Disediakan oleh
Nurhajira bt Abd Rahman 2019
Skrip Pengacara Program Orientasi dan Transisi Tahun 1 2019

Guru Besar SK Felda Bukit Waha,

Yang dihormati,

En Zam Zam Bin Samurah,

Yang Dipertua PIBG SK Felda Bukit Waha,

Cikgu Hjh Fatimah Binti Wagiman,

PK Kurikulum dan Pentadbiran,

Cikgu Hayati Binti Ibrahim,

PK Hal Ehwal Murid,

Cikgu Abdullah Bin Zakaria, PK Ko Kurikulum

Barisan guru SK Felda Bukit Waha yang


berdedikasi serta

Ibu / bapa penjaga-penjaga murid tahun 1.

Bagi menambah keberkatan majlis pada pagi ini,


marilah kita sama-sama mengaminkan doa yang
akan dipimpin oleh

Al Fadhil Al Ustaz Hj Norazlan Bin Hj Salai.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

___________________________________

*Amin amin ya rabbal alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan

2 Disediakan oleh
Nurhajira bt Abd Rahman 2019
Skrip Pengacara Program Orientasi dan Transisi Tahun 1 2019

penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Hj


Norazlan Bin Hj Salai atas bacaan doa itu tadi.

Semoga majlis kita pada hari ini berjalan lancar di


bawah lembayung rahmat Allah s.w.t.

PERGI BERHUMA DI TANJUNG ROKAN,


SEBELUM PULANG MENGAIL IKAN;
KEHADIRAN TUAN-PUAN KAMI ALUKAN,
KECIL TELAPAK TANGAN NYIRU KAMI
TADAHKAN.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah Yang Maha


Esa kerana kita diberikan kekuatan dan
kesempatan untuk berhimpun dalam Majlis
Transisi Tahun 1 SK (F)Bukit Waha bagi tahun
2019.

Pihak sekolah mengalu-alukan kedatangan para


tetamu jemputan, dan ibu bapa pada hari ini.
Untuk makluman semua, Program Orientasi dan
Transisi Murid Tahun 1 bertujuan untuk membantu
murid-murid menghadapi perubahan dari
pendidikan tidak formal di tabika atau prasekolah
ke pendidikan formal di Tahun Satu sekolah
rendah. Dengan terlaksananya program ini, murid-
murid diharap dapat menyesuaikan diri dengan
persekitaran sekolah, guru-guru, dan kawan-
kawan baharu dalam masa tiga minggu.

3 Disediakan oleh
Nurhajira bt Abd Rahman 2019
Skrip Pengacara Program Orientasi dan Transisi Tahun 1 2019

MASA CUE ANN


Ucapan Bunga selasih di tapak tangan,
Guru Besar Dipetik orang harum mewangi,
Segunung kasih kami taburkan.
Keprihatinan tuan dijunjungi tinggi

Bagi meneruskan acara, majlis mempersilakan


Yang Berusaha, CIkgu Sarmin Bin Hairi,
Guru Besar SK (F) Bukit Waha untuk mengungkap
bicara pembuka.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.


_________________________________________
Sekalung penghargaan dirakamkan kepada
Cikgu Sarmin Bin Hairi atas ucapan sebentar tadi.

MASA CUE ANN


Ucapan PERGI KE KOTA MEMBELI SELASIH,
Perasmian SAYANG SI DARA SENYUM TERTAWA,
KATA AZIMAT SIMPULAN KASIH,
SULAMKAN MESRA SATUKAN JIWA

Besar langit di tepi busut,


Besar tak muat di dalam peti;
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.

Tanpa melengahkan masa, majlis mempersilakan


Yang Berbahagia, En Mohd Arbain Bin Mohd Ramly
Penolong Pegawai Pejabat Pendidikan
Daerah Kota Tinggi, untuk tampil ke persada majlis
bagi menyampaikan ucapan.
Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.
Majlis mengalungkan penghargaan kepada
En Mohd Arbain Bin Mohd Ramly atas ucapan
4 Disediakan oleh
Nurhajira bt Abd Rahman 2019
Skrip Pengacara Program Orientasi dan Transisi Tahun 1 2019

sebentar tadi.

Sebagai tanda penghargaan, majlis mempersilakan


Cikgu Sarmin Bin Hairi, Guru Besar SK (F) Bukit
Waha menyampaikan cenderamata kepada Encik
Mohd Arba’in Bin Mohd Ramly atas kesudian hadir
dan meluangkan masa pada majlis kita pada pagi ini.

Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Sarmin atas


kesudian menyempurnakan penyampaian
cenderamata sebentar tadi.

MASA CUE ANN


Taklimat Sidang dewan budiman sekalian,
Agenda Majlis diteruskan lagi dengan mendengar
taklimat Program Transisi Tahun 1. Untuk itu Majlis
mempersilakan Cikgu. Sarinah Binti Ahmad Safuan
selaku penyelaras program untuk menyampaikan
taklimat. Majlis mempersilakan
…………………………………………………………..
Ucapan penghargaan dirakamkan atas taklimat
program orientasi dan transisi itu tadi.
____________________________________________
Sidang dewan budiman sekalian,
Agenda Majlis diteruskan lagi dengan mendengar
taklimat APDM, Borang Maklumat Murid, dan Bantuan
Sekolah. Untuk itu Majlis mempersilakan Cikgu Hayati
Binti Ibrahim selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SK (F) Bukit Waha untuk menyampaikan taklimat.
Majlis mempersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Hayati Binti
Ibrahim atas taklimat yang disampaikan sebentar tadi.

5 Disediakan oleh
Nurhajira bt Abd Rahman 2019
Skrip Pengacara Program Orientasi dan Transisi Tahun 1 2019

Sidang dewan budiman sekalian,


Agenda Majlis diteruskan lagi dengan mendengar
taklimat Peraturan Sekolah dan Disiplin Murid dan
serta taklimat JQAF. Untuk itu, majlis mempersilakan
Ustaz Nor Azlan Bin Haji Salai selaku Guru Disiplin
dan Ketua Panitia Agama Islam untuk menyampaikan
taklimat. Majlis mempersilakan
…………………………………………………………..
Ucapan penghargaan dirakamkan atas taklimat
peraturan, disiplin dan J-QAF sebentar tadi.

Tuan-tuan dan puan-puan, majlis diteruskan lagi


dengan mendengar taklimat 1MURID 1SUKAN. Untuk
itu Majlis mempersilakan Cikgu Noor Farhanah Binti
Ramlee selaku Setiausaha Sukan Sekolah untuk
menyampaikan taklimat. Majlis mempersilakan.
…………………………………………………………..
Ucapan terima kasih dirakamkan kepada Cikgu Noor
Farhanah atas taklimat 1Murid 1Sukan itu tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan mendengar taklimat Skim


Pinjaman Buku Teks (SPBT). Untuk itu Majlis
mempersilakan Cikgu Roslee Bin Nasbon selaku
penyelaras SPBT untuk menyampaikan taklimat SPBT.
Majlis mempersilakan.
…………………………………………………………..
Sekalung penghargaan dirakamkan buat Cikgu Roslee
Bin Nasbon atas taklimat SPBT itu tadi.

Tuan-tuan dan puan-puan, sebentar lagi akan dibuka


kaunter pembayaran bagi bayaran buku dan
sumbangan PIBG di kantin. Seterusnya para ibu bapa
6 Disediakan oleh
Nurhajira bt Abd Rahman 2019
Skrip Pengacara Program Orientasi dan Transisi Tahun 1 2019

akan bergerak ke dewan bagi urusan pengambilan


buku dan alat tulis. Dan di stesyen ketiga, para ibu
bapa diminta bergerak ke Bilik Pemulihan Khas bagi
pengambilan buku teks.

KERJASAMA TUAN PUAN SANGAT DIHARGAI,


TERIMA KASIH SEKALUNG BUDI,
KENANGAN NAN INDAH SIMPANLAH DI HATI,
SEMOGA KITA BERJUMPA LAGI.

Tiada kata seindah madah,


Dicipta lagu tersentuh rasa,
Jika terdapat silap dan salah,
Maaf dipinta setiap masa.

Kami bagi pihak ahli jawatankuasa merakamkan


ucapan terima kasih kepada semua pihak yang
memberikan kerjasama dalam menjayakan majlis pada
hari ini.

Sekian, wabillahitaufiq, walhidayah.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.

7 Disediakan oleh
Nurhajira bt Abd Rahman 2019

Anda mungkin juga menyukai