Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA MAJLIS apresiasi TAHUN 6

KATA
ALU-ALUAN
-Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum dan Salam Satu
PENGERUSI Malaysia
MAJLIS
Yang Berusaha, Pn Noor Aini binti Othman, Guru Besar SK Datuk
Tambichik Karim,
Encik – YDP PIBG
Puan Ramlah bt Yahya, Guru Penolong Kanan 1,
Puan Ilyani bt Abd Hamid, Guru Penolong kanan HEM,
Puan Wan zaitun binti wan sa’ie, Guru penolong kanan Kokurikulum,
guru-guru, dan murid-murid Tahun 6 yang diraikan.

- Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi


di atas limpah kurnia dan izinNya dapat kita bersama-sama meraikan
murid-murid tahun 6 di Majlis Apresiasi Tahun 6 pada hari ini.

Bacaan doa
Bunga mawar cantik tersemat,
Dipetik gadis di tepi titi;
Doa dibaca memohon Rahmat,
Moga Majlis sentiasa diberkati.

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh


bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan
mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh: Ustaz Mohd
Nawawi bin Abdullah. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepadaUstaz Mohd Nawawi bin Abdullah atas bacaan doa itu tadi

Ucapan
Pengerusi
Majlis seterusnya menjemput Pn Nor Afeeza Bt Abu, Pengerusi
Jawatankuas
Jawatankuasa Kecemerlangan Ibu Bapa, untuk menyampaikan
a
ucapan beliau. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Kecemerlang
an Ibu Bapa

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Nor Afeeza atas ucapan itu tadi.
Ucapan Guru
Besar dan
perasmian Hadirin sekalian,
Majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan Pn Noor Aini binti
othman untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan
Majlis apresiasi Tahun 6
Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan.

Terima Kasih diucapkan kepada Puan Noor Aini Bt othman di atas


kesudian merasmikan Majlis Apresiasi Tahun 6.

Penyampaia
n sijil Hadirin yang dihormati,

Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha gigih dan


berterusan. Usaha yang tidak mengenal erti jemu pasti membuahkan
kejayaan dan kecemerlangan. Oleh itu, murid-murid yang berjaya
sepatutnya diberi penghargaan. Semoga ini akan menjadi pencetus
semangat untuk terus berjaya dalam mengejar ilmu dan cita-cita.

-Hadirin sekalian
- Majlis mempersilakan ______________________selaku
________________________ mengiringi _____________________,
naik ke pentas untuk menyempurnakan penyampaian sijil Tamat
Sekolah Tahun 6. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

Dijemput adik……

- Terima kasih diucapkan kepada ___________________ di atas


kesudian menyempurnakan majlis.
-Sekalung tahniah diucapkan kepada murid-murid Tahun 6.
Diharapkan murid-murid Tahun 6 meneruskan usaha untuk mencapai
kecemerlangan dimasa hadapan.

Persembaha
n tahun 6
Hadirin yang dihormati sekalian..
Majlis diteruskan lagi dengan persembahan Tahun 6. majlis
menjemput murid Thun 6 dengan persembahan meraka
_______________. majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada murid tahun 6 atas persembahan itu


tadi.

Akhir acara
Dengan berakhirnya persembahan tadi, maka tibalah masanya untuk
kami selaku pengendali majlis untuk mengundurkan diri. Pihak majlis
juga menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada
terlanjur kata, terlampau cara sepanjang kami mengendalikan majlis
ini.
Dengan ini tamatlah sudah Majlis Apresiasi Tahun 6 .

Majlis menjemput semua hadirin menjamu selera di majlis jamuan


sebelum bersurai.

Saya akhiri majlis ini dengan lafaz yang mulia,


Wabillahi Taufik Walhidayah.
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai