Anda di halaman 1dari 19

TEKS PENGACARA MAJLIS PERPISAHAN EN.

MUHAMMAD HISSAM SANI

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan En. Muhammad Hissam bin Sani diiringi Tuan
Pengetua masuk ke dalam dewan.

Bismillahirrahmanirrahim ,assalamualaikum wArahmatullahi


wabarakatuh dan salam sejahtera

Yang Berusaha, En. Yew Kok Leh, Pengetua SMK Jalan Mengkibol
Yang dihormati, Barisan Penolong Kanan, Barisan Ketua Bidang,
Wakil PIBG, Encik Ramli Juri, Wakil Kestabol, Encik Nazri Zakaria,
Ketua Pembantu Tadbir Puan Habsah binti Kasmin,
Ketua Pembantu Makmal, Encik Jasni bin Sahid,
Yang diraikan, Encik Muhammad Hissam bin Sani, Barisan guru dan rakan staff
sokongan yang dirahmati ALLAH sekalian,

Selamat Datang ke : Majlis ”Perpisahan sempena Pertukaran” Encik Muhammad


Hissam bin Sani

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada petang berbahagia ini, marilah sama-
sama kita mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh En. Jasni Bin Sahid

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Terima kasih diucapkan kepada En. jasni atas bacaan doa itu tadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan


Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan

Pergi ke kota beli selasih,Sayang si dara buat halwa;Berilah kata simpulan


kasih,Sulamkan mesra satukan jiwa
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian

Tibalah kita ke majlis ucapan. Dijemput En Jasni Bin Sahid selaku ketua dan wakil
pembantu makmal untuk menuyampaikan ucapan, dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada En. Jasni atas ucapan itu tadi.
Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan Puan Habsah binti Kasmin
selaku Ketua Pembantu Tadbir untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Habsah atas ucapan yang telah disampaikan
sebentar tadi.

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berusaha Tuan Pengetua SMK Jalan
Mengkibol, Encik Yew Kok Leh untuk menyampaikan ucapan, Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada yang Tuan Pengetua Encik Yew Kok Leh atas ucapan
itu tadi.

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang
Diraikan En. Muhammad Hissam Bin Sani. Majlis dengan segala hormatnya ingin
menjemput dan mempersilakan.

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang


Diraikan En. Muhammad Hissam atas ucapan itu tadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang-


kenangan buat insan yang kita raikan iaitu Encik Muhammad Hissam Bin Sani.

Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan
Tuan Pengetua untuk mengiringi Yang Diraikan Encik Hissam untuk menerima
cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Dipersilakan Tuan Pengetua, En Yew Kok Leh untuk menyampaikan cenderamata dari
pihak sekolah
……………Terima Kasih.

Dipersilakan Puan Faridah untuk menyampaikan cenderamata dari pihak pentadbir.


…………….Terima Kasih.

Dipersilakan Encik Ramli untuk menyampaikan cenderamata dari pihak PIBG


…………….Terima Kasih.

Dipersilakan Encik Nazri untuk menyampaikan cenderamata dari pihak KESTABOL.


…………….Terima Kasih.
Dipersilakan Puan Habsah untuk menyampaikan cenderamata dari pihak pejabat.
…………….Terima Kasih.

Dipersilakan Encik Jasni Sahid untuk menyampaikan cenderamata dari pihak


Pembantu Makmal
…………….Terima Kasih.
Dipersilakan Puan Zuraidah untuk menyampaikan cenderamata dari pihak
perpustakaan
…………….Terima Kasih.

Dipersilakan Puan Faridah untuk menyampaikan cenderamata dari pihak pentadbir.


…………….Terima Kasih.

Dipersilakan …………………….. untuk menyampaikan sumbangan peribadi


…………….Terima Kasih.

Dipersilakan …………………….. untuk menyampaikan sumbangan peribadi


…………….Terima Kasih.

Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan khusus untuk Yang


Diraikan En. Muhammad Hissam Sani.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai cenderamata
sebentar tadi.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Bulan Oktober adalah bulan yang bermakna buat kita semua. Selain daripada
perpisahan kita dengan Encik Hissam, marilah sama-sama kita meraikan mereka
yang menyambut ulangtahun kelahiran pada bulan ini. Dengan ini dijemput dan
dipersilakan kelahiran-kelahiran bulan Oktober ke meja pemotongan kek.

Mereka ialah : Encik……………………………………..

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.

Kuning emas masaknya padi


Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Tuai padi antara nampak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Terima kasih diucapkan
kepada Yang diraikan Encik Hissam kerana sudi bersama kita pada petang ini dan
kami semua mendoakan agar Encik Muhammad Hissam ceria di tempat baru.

Terima Kasih juga diucapkan kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi
meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa


Rahmatullahi Wa Barakatuh.
BISSMILLAHIRRAHMANIRAHIM

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA…

YANG BERBAHAGIA PROFESOR DR. MOHD YAZID ABDUL MANAF, DEKAN


FSTM

YANG BERBAHAGIA TIMBALAN-TIMBALAN DEKAN, KETUA-KETUA JABATAN

YANG DIKASIHI, CIK SITI IMA MUNIRAH, RAKAN YANG DIRAIKAN.

YANG DIHORMATI

TUAN-TUAN DAN PUAN- PUAN YANG DIRAHMATI ALLAH SENTIASA

BAGI PIHAK JAWATANKUASA PELAKSANA MENGUCAPKAN SELAMAT


DATANG KE JAMUAN PERPISAHAN DAN PERPINDAHAN CIK SITI IMA
MUNIRAH AHMAD YANG DITUKARKAN KE PEJABAT PENDAFTAR
BERKUATKUASA PADA 22 APRIL 2013 BARU-BARU INI.

..ALHAMDULILLAH DAPAT KITA BERTEMU LAGI PADA MAJLIS YANG CUKUP


BERMAKNA.

KUNING EMAS MASAKNYA PADI


MAWAR MERAH DAHANNYA BERDURI
TERIMA KASIH DAUN KELADI
KERANA SUDI MENGHADIRKAN DIRI.

BACAAN DOA

HADIRIN YANG DIHORMATI,

MENANDAH TANGAN TANDA KERENDAHAN


LAFAZ BISMILLAH MEMPERKUKUHKAN TAUTAN
DOA DIPOHON PENUH PENGHARAPAN
AGAR MAJLIS MENDAPAT KEBERKATAN

BAGI MENAMBAH KEBERKATAN MAJLIS KITA,MARILAH SAMA-SAMA KITA


MENADAH TANGAN MENGAMINKAN BACAAN DOA YANG AKAN DILAFAZKAN
OLEH ENCIK RUZAINI TAMIN.
MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN

AMIN AMIN YA RABBAL ‘ALAMIN

MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA ENCIK RUZAINI


TAMIN ATAS BACAAN DOA ITU TADI.

UCAPAN DEKAN

BUKAN KERIS TANPA ULUNYA


BUKAN MAJLIS KALAU TANPA UCAPANNYA

SEBAGAI PEMBUKA PERSADA UCAPAN. MAJLIS DENGAN HORMATNYA


MEMPERSILAKAN YANG BERBAHAGIA PROF. DR. MOHD YAZID ABDUL
MANAF UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN.

MAJLIS DENGAN HORMATNYA MEMPERSILAKAN.

MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERBAHAGIA


PROFESOR DR. MOHD YAZID ABDUL MANAF

UCAPAN CIK IMA, (YANG DIRAIKAN)

SUDAH BIASA KITA DENGARI


PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI
NAMUN TAK SAMA DENGAN YANG INI
TAK MUNGKIN ADA GALANG GANTI.

SETERUSNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN CIK SITI IMA MUNIRAH AHMAD


UNTUK MEMBERIKAN SEPATAH DUA KATA .

MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MENJEMPUT DAN


MEMPERSILAKAN.

MAJLIS MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA


KASIH KEPADA CIK SITI IMA ATAS UCAPAN ITU TADI.

BANYAK DURI PERKARA DURI


TIDAK SAMA DURI MENGKUANG
BANYAK BUDI PERKARA BUDI
TIDAK SAMA BUDIMU SEORANG

MALAM HARI BERLAGU UNGGAS


MEMECAH KESUNYIAN DI DALAM HUTAN
WALAUPUN TERPISAH TEMPAT DAN TUGAS
BUDIMU TUAN DALAM INGATAN

PENYAMPAIAN CENDERAMATA

HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN,MAJLIS SETERUSNYA ADALAH


PENYAMPAIAN CENDERAMATA SEBAGAI TANDA KENANG-KENANGAN BUAT
INSAN YANG KITA RAIKAN PADA HARI INI.

MAJLIS MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN YANG BERBAHAGIA PROF. DR


MOHD YAZID ABDUL MANAF UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAMATA
BUAT KENANG-KENANGAN KEPADA CIK SITI IMA. DIPERSILAKAN

KAIN SONGKET CANTIK KILAUAN


DITENUN OLEH ORANG KEMAMAN
TAK TERBALAS BUDIMU TUAN
KAMI MERAKAM SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN.

BEGITULAH TADI ,UPACARA PENYAMPAIAN CENDERAMATA KENANG-


KENANGAN KHUSUS UNTUK CIK SITI IMA MUNIRAH AHMAD.

PASTINYA KAMI WARGA FSTM TIDAK AKAN LUPA DENGAN CIK IMA. BELIAU
MENINGGALKAN KITA DENGAN DAYA USAHA DAN SEMANGAT KERJA SERTA
KOMITMEN YANG CEMERLANG SEPANJANG BERADA DI SINI..

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA YANG BERBAHAGIA PROF. DR. MOHD


YAZID ATAS KESUDIAN MENYAMPAIKAN CENDERAMATA ITU TADI.

PENUTUP

TIBA WAKTUNYA UNTUK MENYUSUN JEMARI


MEMBUANG SEGALA KERIKIL BERSALUT DI HATI
MAAF ANDAI ADA SALAH SILAP TANPA DISEDARI AGAR SAAT PERPISAHAN
INI INDAH BERBUNGA MESRA DALAM JAMBANGAN INGATAN.

PADA CIK IMA YANG AKAN PERGI MENINGGALKAN KITA DI FSTM


JELINGLAH KAMI JIKA RINDU MASIH BERTAMU
SAPALAH KAMI ANDAI MESRA AKRAB BERPADU
SELAMAT BERTUGAS DI TEMPAT YANG BARU
SEMOGA ALLAH SENTIASA MEMBERKATI

MAJLIS MENGUCAPKAN TERIMA KASIH SEKALI LAGI KEPADA SEMUA


TETAMU DAN HADIRIN YANG SUDI MELUANGKAN MASA BERSAMA-SAMA
MEMERIAHKAN MAJLIS PADA PAGI INI
DARI MANA ASALNYA USAH DIUSUL
MOLEK BUDINYA MENAMBAT HATI
DUA TIGA BICARA SALAH TERSASUL
JANGAN DISIMPAM DI DALAM HATI

UBI MANIS UBI KELADI


KALAU ADA DITAMBAH LAGI
SEKIRANYA UMUR PANJANG DIRESTUI
KITA PASTI BERJUMPA LAGI

JAMUAN MAKAN

KEMBANG HARUM SIBUNGA SEROJA


BUAT HIASAN PENYAMBUT TETAMU
TERHIDANG SUDAH JAMUAN DIMEJA
DIPERSILAKAN SEMUA HADIRIN MENJAMU.

UNTUK ITU DIPERSILAKAN HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN UNTUK


MENJAMU SELERA.

SEKIAN SAHAJA ,SALAM HORMAT,


WABILLAHI TAUFIK WAHIDAYAH.WASSALAMUALAIKUM WBT…

UCAPAN PENGACARA MAJLIS SEMPENA MAJLIS MALAM JASAMU DIKENANG


SMK DEMAK BARU.

RIVERSIDE MAJESTIC HOTEL,KUCHING.


2 NOV 2012

MALAM YANG INDAH PENUH CERIA


PENGHULU HARI YANG BERBAHAGIA PENUH BERMAKNA
KAMI BAWAKAN KEPADA ANDA “MALAM JASAMU DI KENANG”

BISSMILLAHIRRAHMANIRAHIM

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA…

YANG BERUSAHA CIKGU HAJAH FATIMAH HAMID


PENGETUA SMK DEMAK BARU.
YANG BERBAHAGIA ,TETAMU KEHORMAT PN HAJAH JUITA BINTI HAJI SENAWI ,
PEGAWAI PELAJARAN DAERAH KUCHING,JUGA MANTAN PENGETUA SMK
DEMAK BARU. DARI 2003 HINGGA 2009.

YANG BERUSAHA EN RAMBLI HJ HASBI,MANTAN PENGETUA SMK DEMAK BARU


DARI 2009 HINGGA JUN 2012.

YANG BERUSAHA PN SABTUYAH ADENAN


PENGETUA SMK BATU LINTANG,
MENJALANKAN TUGAS PENGETUA DI SMK DEMAK BARU TAHUN 2002 HINGGA
2003

YANG DIKASIHI ,PN RAHMI ABDULLAH ,RAKAN YANG DIRAIKAN..


.

YANG DIHORMATI

BARISAN KEPIMPINAN PENOLONG KANAN,


BARISAN KEPIMPINAN PIBG
KETUA-KETUA BIDANG,
RAKAN-RAKAN GURU ,
KAKITANGAN SMK DEMAK BARU.
TUAN-TUAN DAN PUAN- PUAN YANG DIKASIHI SEKALIAN…

BAGI PIHAK JAWATANKUASA PELAKSANA MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KE


MALAM “JASAMU DIKENANG” SMK DEMAK BARU 2012 YANG BERTEMAKAN
HITAM PUTIH BERKILAUAN..ALHAMDULILLAH KITA BERTEMU PADA MALAM
INI ,MALAM YANG CUKUP BERMAKNA. KERANA KITA DIPERTEMUKAN
KEMBALI DENGAN MANTAN-MANTAN PENGETUA YANG BANYAK MENABUR
JASA DAN BUDI DI SMK DEMAK BARU .

KUNING EMAS MASAKNYA PADI


MAWAR MERAH DAHANNYA BERDURI
TERIMA KASIH DAUN KELADI
KERANA SUDI MENGHADIRKAN DIRI.

PASTINYA MERIAH MAJLIS MALAM INI


BERSAMA INSAN-INSAN YANG PERNAH MENABUR BUDI
SEMEMANGNYA”JASAMU DIKENANG BUDIMU TAK TERBILANG.
BACAAN DOA

HADIRIN YANG DIHORMATI,

MENANDAH TANGAN TANDA KERENDAHAN


LAFAZ BISMILLAH MEMPERKUKUHKAN TAUTAN
DOA DIPOHON PENUH PENGHARAPAN
AGAR MAJLIS MENDAPAT KEBERKATAN

BAGI MENAMBAH KEBERKATAN MAJLIS KITA DI MALAM YANG PENUH


BERMAKNA INI,MARILAH SAMA-SAMA KITA MENADAH TANGAN MENGAMINKAN
BACAAN DOA YANG AKAN DILAFAZKAN OLEH AL FADHIL USTAZ BADRUL
HISYAM BIN MAJID.

MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN

AMIN AMIN YA RABBAL ‘ALAMIN

MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA USTAZ BADRUL HISYAM


BIN MAJID ATAS BACAAN DOA ITU TADI.

UCAPAN PENGETUA

BUKAN KERIS TANPA ULUNYA


BUKAN MAJLIS KALAU TANPA UCAPANNYA

SEBAGAI PEMBUKA PERSADA UCAPAN.MAJLIS DENGAN HORMATNYA


MEMPERSILAKAN CIKGU HAJAH FATIMAH HAMID ,PENGETUA SMK DEMAK BARU
UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN.MAJLIS DENGAN HORMATNYA
MEMPERSILAKAN.
MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA CIKGU HAJAH FATIMAH

UCAPAN PUAN RAHMI ABDULLAH

SUDAH BIASA KITA DENGARI


PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI
NAMUN TAK SAMA GURU YANG INI
TAK MUNGKIN ADA GALANG GANTI.
SETERUSNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN PUAN RAHMI BINTI ABDULLAH UNTUK
MEMBERIKAN SEPATAH DUA KATA .MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA
MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN.

MAJLIS MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH


KEPADA PUAN RAHMI ABDULLAH ATAS UCAPAN ITU TADI.

BANYAK DURI PERKARA DURI


TIDAK SAMA DURI MENGKUANG
BANYAK BUDI PERKARA BUDI
TIDAK SAMA BUDIMU SEORANG

UCAPAN EN RAMBLI HJ HASBI


MALAM HARI BERLAGU UNGGAS
MEMECAH KESUNYIAN DI DALAM HUTAN
WALAUPUN TERPISAH TEMPAT DAN TUGAS
BUDIMU TUAN DALAM INGATAN
HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN,
MAJLIS DITERUSKAN LAGI DENGAN MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN EN
RAMBLI HJ HASBI ,MANTAN PENGETUA SMK DEMAK BARU. UNTUK
MENYAMPAIKAN UCAPAN MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA
MEMPERSILAKAN.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA EN RAMBLI BIN HAJI HASBI ATAS UCAPAN
SEBENTAR TADI.

KAIN SONGKET CANTIK KILAUAN


DITENUN OLEH ORANG KEMAMAN
TAK TERBALAS BUDIMU TUAN
KAMI MERAKAM SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN.

PASTINYA KAMI WARGA SMK DEMAK BARU TIDAK AKAN LUPA DENGAN EN
RAMBLI.BELIAU MENINGGALKAN KITA DENGAN DAYA USAHA
MEWUJUDKAN LOGO BARU SEKOLAH DAN LAGU SEKOLAH YANG CUKUP
BERMAKNA.

(tetamu masuk)
Mengumumkan ketibaan Yang Dirai Tuan Pengarah Pn Nor Asikin diiringi
ketua-ketua jabatan masuk ke dalam dewan.

(sambil berjalan)
Pagi yang indah penuh ceria
Hari yang berbahagia penuh bermakna
Kami bawakan kepada anda Majlis penuh gilang gemilang
Majlis Perpisahan Pn Nor Asikin binti Md shazilli pengarah KV Juasseh.

Hadirin dipersilakan duduk.


‫بسم ا الرحمن الرحيم‬
‫السلم عليكم ورحمة ا وبركاته‬
‫الحمد ل رب العالمين والصلوة السلم على اشرف النأبياء والمرسلين‬
‫وعلى أله وصحبه أجمعين‬.
‫رب اشرح لي صدري ويسر لي امري‬
‫وحلل عقدة من لسلنأي يفقح قولي‬.

Bismillah………. Alhamdulilliah.....
SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD S.A.W,
KELUARGANYA, PARA SAHABAT DAN ORANG-ORANG YANG MENGIKUTI DAN
MENERUSKAN PERJUANGANNYA HINGGA AKHIR ZAMAN.

Protokol

1. Yang di hormati Timbalan Pengarah KV Juasseh, En Sarimen Bin Sapei,

2. Yang diraikan Pengarah KV Juasseh Pn Nor Asikin Binti Md Shazilli

3. Yang berusaha Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Pn Hjh Zaidah Binti


Hj Danial

4. Yang berusaha Ketua Jaminan Kualiti KV Juasseh, Pn Hjh Rusnawati Binti Hj


Juda

5. Ketua-ketua Jabatan KV Juasseh

6. Ketua-ketua unit, ketua-ketua bengkel

7. Barisan pensyarah

8. Tuan-tuan dan Puan-puan serta

9. Anak-anak pelajar yang dikasihi sekelian


Alu-aluan Pengerusi Majlis
Daun layu ditengah gurun
Nampak jalur pohon cemara
Tradisi melayu turun temurun
Pantun ditutur pembuka bicara

Unggas berlagu di tengah rimba


Kedengaran bunyinya sehingga kuala
Yang ditunggu telahpun tiba
Molek kiranya majlis dimula

ALHAMDULILLAH, IZINKAN SAYA MEMANJATKAN SETINGGI-TINGGI


KESYUKURAN ke hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan
limpah dan izin Nya jua, dapat kita dipertemukan dan berkumpul PADA HARI
INI dalam Majlis perpisahan Pn Nor Asikin Binti Md Shazilli di dewan gemilang
yang serba indah ini.
Semoga dengan kesudian meluangkan masa pada hari ini akan
menyemarakkan lagi majlis yang gemilang ini.

Sarung ketupat berisi inti


Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri

Warga dewan yang dimuliakan,

Kayu balak dibawa arus


Arus deras begitu lama
Sebelum lidah berbicara terus
Mari bermunajat bersama-sama

Bagi memulakan dan memuliakan majlis marilah sama-sama kita menadah


tangan bermunajat, memohon keberkatan agar segala urusan mendapat
rahmat. Jesteru itu, majlis dengan penuh takzim mempersilakan Ust
Hasbullah bin Ali untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan
***********************************Bacaan
Doa*****************************************

Amin Ya rabbal alamin...Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ust


Hasbullah bin Ali atas pimpimpinan bacaan doa itu tadi
Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

Ucapan wakil pelajar

Warga dewan yang di kasihi sekelian,

Majlis diteruskan dengan arena ucapan. Untuk itu majlis mempersilakan


wakil pelajar untuk memberikan ucapan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan

*********************************Ucapan wakil pelajar


************************************
Terima kasih diucapkan kepada yang dihormati wakil pelajar....,
atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Ucapan pengerusi kelab pensyarah

Hadirin yang dihormati sekalian

Acara ucapan diteruskan lagi dengan mendengar ucapan daripada Yang


dihormati Pengerusi Kelab Pensyarah tahun 2014, En Shahrizal bin mohd
sharif juga selaku penyelaras program pada kali ini.
majlis dengan penuh takzim mempersilakan
*********************************Ucapan pengerusi kelab
pensyarah********************************

Majlis sukacita mengucapkan terima kasih atas ucapan yang telah di


sampaikan oleh Yang dihormati Pengerusi Kelab Pensyarah tahun 2014, En
Shahrizal bin mohd sharif sebentar tadi.

Ucapan Timbalan Pengarah Akademik

Arena ucapan diteruskan lagi dengan mendengar ucapan daripada Yang


berusaha Timbalan Pengarah akademik, En Sarimen Bin sapie
majlis dengan penuh takzim mempersilakan
*********************************Ucapan TPA********************************

Majlis sukacita mengucapkan terima kasih atas ucapan yang telah di


sampaikan oleh En Sarimen Bin sapie , Yang berusaha Timbalan Pengarah
akademik sebentar tadi.
Warga dewan yang dimuliakan,

Biodata Pn Nor Asikin

Pn Nor Asikin merupakan insan yang amat istimewa. Beliau amat disayangi
oleh warga KV Juasseh. Meyorot kisah keluarga beliau, Hasil perkahwinannya
bersama suami tercinta Mohd Amin Bin Mohd Suriani beliau telah dikurniakan
5 orang cahaya mata 2 lelaki dan 3 perempuan. Anak ke 6 daripada 8 adik
beradik ini telah dilahirkan pada 20 Ogos 1959. Disamping mencurahkan
ilmu kepada anak bangsa, beliau juga meminati bidang seni jahitan dan
bidang penanaman pokok bunga. Buat pengetahuan hadirin, pada tahun
2013, beliau telah menawarkan diri dalam menguruskan jahitan persediaan
langsir seluruh kelas KV Juasseh. Terima kasih diucapkan puan.

Menyelesuri sejarah pendidikan beliau, Pn Nor Asikin Binti Md Shazilli telah


mendapat pendidikan awal di SRK convent IPOH pada tahun 1966 . Pencarian
ilmu oleh insan ini diteruskan lagi di SM Raja Perempuan Kalsom Kuala
Kangsar dan seterusnya tingkatan 6 di SM Tun Fatimah Johor Bharu pada
tahun 1977. Bakat kepimpinan beliau mula dicungkil apabila beliau pernah di
amanahkan memegang jawatan ketua pengawas semasa persekolahan
beliau. Penerokaan ilmu oleh insan cemerlang ini di teruskan lagi di Universiti
Pertanian Malaysia menuntut ijazah sarjana muda sains pada tahun 1983 .
Hasil keberkatan ilmu yang diperolehi, beliau seterusnya berkhidmat di SMK
Kuala Krau Mentakab Pahang pernah memegang jawatan ketua panitia
Bahasa Inggeris 1983 , SM Abu Bakar Temerloh Pahang pernah memegang
jawatan sebagai guru pusat sumber 1989. Bakat kepimpinan beliau terserlah
apabila berkhidmat selama 16 tahun di SMT Ampangan dan pernah menjadi
jurulatih utama etems dan geometers sketchpad 2004 hingga 2006 dan juga
memegang jawatan Ketua Panitia Matematik Tambahan. Hasil prestasi
perkhidmatan yang cemerlang yang ditunjukkan, beliau seterusnya di lantik
memegang jawatan pengetua di SM Teknik Juasseh bermula pada tahun
2006 sehingga 2014.

Warga dewan yang dihormati,

Pada tanggal 16 Julai 2006, insan ini telah memilih Kolej vokasional juasseh
sebagai tempat persinggahan seterusnya bagi berkongsi pengalaman dan
kepakarannya dalam bidang pendidikan. Diawal kemunculannya, insan ini
telah merangka dan menyusun pelbagai aktiviti kearah kecemerlangan
sahsiah dan akademik di seluruh warga smv juasseh. Hasil kese paka tan
Semua warga kv juasseh yang bersatu padu gigih berusaha bersama-sama
bagi menjamin perlaksanaan setiap aktiviti yang di rangka oleh insan ini,
terus mebuahkan kejayaan demi kejayaan yang membanggakan pihak
sekolah. Ini dapat dibuktikan apabila pihak sekolah memperolehi kejayaan
peningkatan 11.81 peratus pencapaian lulus spm yang bermula pada tahun
2006 hanya 82.22 peratus sehingga melonjak pada tahun 2010 iaitu 94.03
peratus. manakala nilai Gred Purata Sekolah pula bertambah baik apabila
pada tahun 2006 mencatatkan 6.33 menurun ke nilai melepasi target BPTV
iaitu 4.49. Kejayaan ini lebih dirasai oleh pihak sekolah apabila pihak BPTV
menganugerahkan beberapa anugerah khas bagi mengiktiraf kecemerlangan
di SMV Juasseh. Antaranya ialah
i) Peningkatan GPS 5 tahun berturut-turut
ii) Kejayaan sekolah melepasi target KPI BPTV (2010)
iii) Pencapaian Peningkatan GPS 2010 berbanding GPS 2009
iv) Kejayaan sekolah melaksanakan SKM

Hadirin warga dewan yang dikasihi


Minat yang begitu mendalam insan ini dalam bidang ciptaan rekacipta dan
inovasi mengakibatkan tertubuhnya kumpulan robotik sekolah. Sokongan
padu daripada insan ini sambil dibantu dengan daya kretiviti para pensyarah
yang berpengalaman telah membawa kumpulan ini menempa kejayaan demi
kejayaan.

Antara kejayaan yang telah diraih di sepanjang beliau berkhidmat di kolej


vokasional juasseh adalah

1. Pasukan futsal mendapat Naib Johan Peringkat Kebangsaan,


Kejohanan Piala Menteri Pendidikan 1Murid 1Sukan di Pulau Pinang
pada tahun 2013

2. Kelab Kebudayaan Caklempong Warikh Budaya mendapat naib


johan peringkat Negeri Sembilan tahun 2012 dan mencatat sejarah
dalam Malaysian Book Of Record apabila bermain caklempong selama
36 Jam tanpa henti di perhimpunan sejuta belia di putrajaya pada
tahun 2011.

3. Kumpulan Dikir Barat Kolej Vokasional Juasseh mendapat Johan


dalam pertandingan Karnival Asrama Vokasional dan Teknik peringkat
kebangsaan pada tahun 2012.

4. 4. Seorang pelajar Kolej juga telah dinobatkan Johan Kemahiran Gegas


dalam Pertandingan Kemahiran Peringkat Kebangsaan tahun 2013
bertempat di Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI) Pulau Pinang.

5. Pasukan robotik sering mendapat Johan peringkat dan layak menyertai


peringkat kebangsaan sejak 2008 sehingga 2012. Pasukan ini juga telah
menyertai World Robot Olympiad pada 2013 di Jakarta , Indonesia
6. 5 orang ahli pasukan bola tampar telah terpilih ke peringkat negeri dan
mendapat tempat ketiga
7. Pasukan Sepaktakraw mendapat naib johan dalam peringkat zon melaka
dan negeri sembilan dan seorang pemain terpilih mewakili negeri sembilan
ke peringkat kebangsaan
8. Koperasi kolej juga telah di beri pengiktirafan 5 bintang sempena Hari
Koperasi sekolah 2013
9. Kolej Vokasional Juasseh telah berjaya mengamalkan Persekitaran Berkualiti
5S dan telah di iiktiraf oleh Malaysia Productivity Corporation (MPC) pada
tahun 2012 dan 2013

Tayangan Multimedia

Seterusnya, sebagai ingatan dan kenangan bersama majlis sukacita ingin


mempertontonkan tayangan multimedia sempena majlis pada kali ini. Untuk
itu majlis dengan segala hormatnya dipersilakan
********************************************video***************************
**************
Demikianlah tadi persembahan video yang telah dipersembahkan sempena
majlis perpisahan Pn Nor Asikin Binti Md Shazilli. Semoga tontonan tadi
dapat dijadikan ingatan kenangan manis dalam lipatan memori kita semua

Ucapan Yang dirai Pn Nor Asikin Binti Md Shazilli

Tanpa melengahkan masa, Majlis diteruskan dengan ucapan yang di rai Pn


Nor Asikin Binti Md Shazilli Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh. Majlis
dengan segala hormatnya dipersilakan
*****************************Ucapan Pn Nor Asikin
******************************

Demikian lah tadi ucapan Pn Nor Asikin binti Md shazilli. Majlis merakamkan
jutaan terima kasih atas ucapan yang telah di sampaikan.

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan


Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selahi hayat dikandung badan

Hadirin warga yang dikasihi,

Sebagai tanda penghargaan sanjungan budi dan curahan kasih kami dari
warga kolej vokasional juasseh, Pihak majlis dengan sukacitanya ingin
memberikan sedikit cenderamata kepada yang dirai Pn Nor Asikin binti Md
Shazilli.

Sehubungan dengan itu, majlis mempersilakan Yang berusaha Timbalan


Pengarah Akademik En Sarimen Bin Sapie untuk mengiringi yang diraikan Pn
Nor Asikin binti mD Shazilli bagi menyempurnakan penerimaan cenderamata
tanda kenang-kenangan.
Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan..

..............sampai hadiah
*****************************hadiah Pn Nor Asikin
********************************
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian Pn Nor Asikin Binti Md
Shazilli atas kesudian menerima cenderamata sebentar tadi.

Tuai padi antara nampak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Memang mudah berkata-kata


Begitu juga dengan menyanyi
Walaupun berada jauh di mata
Ingat-ingatlah kami di sini.

Tanjung Katong airnya biru,


Tempat mandi si dara jelita;
Sama sekampung lagikan rindu,
Inikan lagi jauh dimata

Majlis sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih kepada kalian yang dirai
atas kesudiaan menerima cenderamata tanda kasih dari kami warga Kolej
Vokasional Juasseh sebentar tadi. Semoga ia dapat dijadikan pengubat rindu
sewaktu kalian tidak lagi bersama di sini. kami semua juga mendoakan agar
kalian Yang Diraikan bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan
seharian yang mendatang

Sang kancil dicelah jerami


Melarikan diri di balik titi
Walaupun kecil pemberian kami
Moga menjadi kenangan di hati

Majlis juga turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai
cenderamata sebentar tadi.

Hadirin yang dimuliakan,


Ada pasang ada surutnya
Ada pangkal ada hujungnya
Ada hulu ada hilirnya
Ada pertemuan ada perpisahannya
Ada hilang ada gantinya
Ada awal ada akhirnya

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan


Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi

Dengan berakhirnya penyampaian cenderamata tadi...majlis bakal


melabuhkan tirainya
Majlis sekali lagi merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada
Semua ahli jawatankuasa yang bertungkus lumus dari mula hingga ke
akhirnya. Tidak lupa juga setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua
warga kolej vokasional juasseh yang telah memberikan sumbangan masa
dan tenaga secara langsung atau tidak langsung sewaktu menjayakan majlis
ini. Apa yang kurang, maaf jua dipinta.

Harum baunya Si bunga cengkih


Dibawa orang dari ambon
Buang yang keruh ambil yang jernih
Jari disusun maaf dipohon.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Hadirin yang di kasihi sekelian

Sebelum bersurai, di ingatkan kepada semua rakan pensyarah untuk


berkumpul jam 12 tengahari di dewan gemilang bagi meraikan jamuan
terakhir bersama pengarah kolej vokasional juasseh. Para pelajar juga di
ingatkan bahawa sesi pembelajaran pada petang ini diteruskan pada jam 2
petang mengikut jadual yang ditetapkan seperti biasa.

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu


`Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.

Anda mungkin juga menyukai