Anda di halaman 1dari 2

Teks Ucapan Majlis Penutupan Minggu Anti Dadah 2020

- Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t,

- Yang Dihormati En. Mohd suhaimi bin abd halim dan En. Abdul azim bin abdul razak,
pegawai dari Penjara Penor Kuantan
- Yang Berusaha Pn. Rusmina bt Hassan GB SK Tanjung Medang
- En. Rosbi bin Abdullah GPK Pentadbiran
- Pn. Mariani bt Abd Mubin GPK HEM
- Pn Zaleha bt Hj. hamid GPK Kokurikulum,
guru-guru seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.

Aluan Pengerusi

Alhamdulillah setinggi ucapan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan


limpah rahmat-Nya pada pagi yang penuh barakah ini, kita diberi kesempatan untuk
sama-sama berkumpul bagi Majlis Penutupan Minggu Anti Dadah Pendidikan Pencegahan
Dadah Peringkat SKTM 2020 dengan penuh kedamaian dan keamanan.

Bacaan Doa
Anugerah dikecap si anak watan,
Mengangkat senjata bidalan suara;
Menadah tangan memohon keberkatan,
Mendapat restu hidup sejahtera.

-Bagi memberkati majlis pada pagi ini, dipersilakan al-fadzil Ustaz Ahmad Nasrun bin Abd
Rahman untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

-Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas bacaan doa sebentar
tadi. Semoga majlis kita ini diberkati.

Ucapan Aluan GB
Tuah tersenyum pada Si Teja,
Duduk bersimpuh sambil bersila;
Kain ditenun bersama Raja,
Ucapan Guru Besar dipersila,

-Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha , Pn Rusmina bt Hassan selaku
Guru Besar SK Tanjung Medang untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala
hormatnya majlis mempersilakan.
- Kalungan apresiasi buat Yang Berusaha , Pn Rusmina bt Hassan selaku Guru Besar SK
Tanjung Medang atas ucapan itu tadi.

Ceramah dan Ucapan Perasmian Penutup

Bunga mawar si bunga rampai,


Harum mekar menghiasai taman,
Wakil Penjara Penor sudahlah sampai,
Selamat datang kami ucapkan.

Untuk makluman para guru dan murid-murid sekalian, Penjara Penor yang mempunyai
keluasan 200 ekar, terletak di Lot 2142, Mukim Penor, Daerah Kuantan, Pahang. Ia mula
dibangunkan pada tahun 1982 dan pada mulanya untuk dijadikan Sekolah Henry Gurney,
Kuantan. Tetapi memandangkan ketika itu, Penjara Kuantan mengalami masalah kesesakan
serta bilangan penghuni di Sekolah Henry Gurney di seluruh Malaysia kurang, maka
cadangan asal itu telah diubah. Pada 30 hb. Julai 1990, penjara ini telah diwartakan sebagai
"Penjara Terbuka Penor".. Pada hari ini kita bertuah kerana wakil dari Penjara Penor sudi
hadir ke sekolah memberikan ceramah serta membuat pameran berkaitan bahaya dadah.
Tanpa melengahkan masa lagi, majlis dengan segala hormatnya menjemput
En……………………………………………………………………dari Penjara Penor Kuantan untuk menyampaikan
ceramah dan seterusnya merasmikan Penutup Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah
Peringkat SKTM 2020. Dengan segala hormatnya Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En. ……………………………………………………. diatas


ceramah yang penuh bermaklumat itu tadi

Gimik Perasmian Penutup

Hadirin sekalian, majlis diteruskan dengan gimik perasmian penutup. Untuk itu dijemput Pn.
Rusmina bt Hassan GB SKTM bagi mengiringi En. ………………………………………………………….. bagi
menyempurnakannya. Dipersilakan.

Ucapan terima kasih kepada En. ……………………………………………………. atas kesudian beliau


menyempurnakan gimik itu tadi. Bagi menghargai kesudian beliau, dipersilakan Pn Rusmina bt
Hassan untuk menyampaikan cenderahati kepada En. ……………………………………….. Dipersilakan…

Jamuan

Hadirin sekalian, majlis akan berhenti rehat buat seketika. Untuk itu dijemput Guru Besar
SKTM bagi mempersilakan En. ……………………………………………………. bagi menikmati jamuan yang
telah disediakan. Dipersilakan.

Anda mungkin juga menyukai