Anda di halaman 1dari 14

KAEDAH PASTU UNTUK MENGATASI MASALAH MURID TAHUN 2

MEMBATANGKAN SUKUKATA PERKATAAN DI


EMPAT BUAH SEKOLAH DAERAH PEKAN

MOHD SOBRI BIN YUSUF

FAKULTI PENDIDIKAN & PEMBANGUNAN MANUSIA

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

2018
RINGKASAN EKSEKUTIF KAJIAN TINJAUAN

KAEDAH PASTU UNTUK MENGATASI MASALAH MURID TAHUN 2


MEMBATANGKAN SUKUKATA PERKATAAN DI
EMPAT BUAH SEKOLAH DAERAH PEKAN

MOHD SOBRI BIN YUSUF

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

TANJUNG MALIM, PERAK

ABSTRAK

Kemahiran membaca dan menulis merupakan kemahiran asas Bahasa Melayu untuk
murid-murid sekolah rendah. Hal ini amat penting untuk mereka mencapai kejayaan yang
cemerlang pada masa hadapan. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti
masalah membaca dan menulis suku kata KVKK Literasi Bahasa Melayu dalam kalangan murid
Tahun Dua di empat buag sekolah daerah Pekan Pahang. Kajian ini merangkumi faktor faktor
yang membawa kegagalan murid Tahun Dua menguasai kemahiran membaca dan menulis
perkataan KVKK, kebolehan guru untuk mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang
bersesuaian, mewujudkan suasana pembelajaran kondusif, dan kesediaan serta keupayaan guru
memanipulasikan bahan dan menggunakan pendekatan pengajaran yang sesuai dalam memastikan
sesuatu kemahiran yang diajar dapat dikuasai oleh murid dengan lebih berkesan. Kejayaan dan
keupayaan guru mengatasi masalah ini akan membuka lembaran baru bagi murid-murid ini menuju
kecemerlangan dalam penulisan Bahasa Melayu pada masa hadapan.

PENGENALAN

Kegagalan menguasai kemahiran asas membaca dan menulis pada peringkat awal terutama
Tahun Dua, telah mengakibatkan berlakunya defisit akademik dalam kalangan murid sekolah
rendah dan berterusan hingga ke sekolah menengah . Pelaksanaan Pemulihan dalam Kelas
KBSR kurang berupaya menangani masalah penguasaan membaca dan menulis dengan berkesan
. Selain itu kenaikan kelas secara automatik juga merupakan elemen penyumbang kepada Deficit
Accumulation dalam kalangan murid Tahun Dua . Justeru Literasi dan Numerasi ( Progam
LINUS) merupakan alternatif ke arah penyelesaian masalah penguasaan kemahiran membaca ,
menulis dan mengira . Matlamat program ini adalah untuk memastikan semua murid yang
mengikuti Program LINUS berkeupayaan untuk menguasai literasi dalam bahasa Melayu dan
numerasi dalam Matematik.
Penyumbang utama kepada masalah ini adalah murid itu sendiri .Murid tersebut
tidak fasih dalam berbahasa Melayu. Bahasa pertuturan yang digunakan di rumah adalah Bahasa
Kemboja. Masalah yang dihadapi oleh sebahagian besar murid-murid ini juga ialah tidak boleh
membaca dan menulis suku kata KVKK dengan betul contohnya perkataan burung , ditulis
dengan burun .Manakala parang dibaca dengan par ang. Masalah ini dikenalpasti semasa
sesi pengajaran dan pembelajaran . Walaupun telah dibetulkan berulang kali tetapi mereka masih
lagi mengulangi kesilapan yang sama . Selain daripada itu juga murid yang berbangsa Khmer ini
tidak mengenal objek yang disebut oleh guru seperti terung, rebung dan sebagainya sekiranya
tidak ditunjukkan gambar. Berbanding pula dengan murid-murid yang berbangsa Melayu yang
sememangnya sudah sinonim dengan objek tersebut di dalam pertuturan harian.

Murid-murid ini juga tidak dapat menjawab dengan betul semasa ujian pra dijalankan .
Dapatan ujian pra telah menunjukkan bahawa terdapat 58 orang murid linus tegar yang
menduduki ujian tersebut di empat buah sekolah daerah Pekan tidak boleh membaca dan menulis
perkataan yang mengandungi suku kata KVKK dengan tepat .

Hal ini dapat dibuktikan apabila murid tidak dapat membaca dan menulis suku kata yang
diberikan oleh guru semasa di dalam kelas seperti perkataan bank , zink,
kambing,pinggang dan kerinting kerana murid tidak menguasai KVKK pada asasnya.
Selain daripada itu murid murid ini juga di dapati kurang berminat untuk melibatkan diri di dalam
aktiviti yang dirancang semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Mereka lebih suka
mendiamkan diri dan berada di dalam kelompok mereka sahaja. Masalah ini berlarutan dan
memberi impak kepada mereka kerana tidak ada tumpuan semasa berada di dalam kelas . Oleh itu
usaha baik pulih telah dijalankan seperti, mengumpulkan empat buah sekolah dan melibatkan 10
orang murid bagi setiap sekolah yang mempunyai tahap pencapaian sama agar mereka dapat
belajar di antara satu sama lain dan mahu melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan .

Masalah ini boleh diselesaikan melalui kaedah PASTU yang merupakan singkatan
daripada kaedah PANDANG, SEBUT, TULIS. Di dalam kaedah ini diterapkan dengan
penggunaan bahan bantu belajar seperti papan pintar dan bahan interaktif. Kajian ini akan
membantu murid-murid mahir dalam mengeja, membaca dan menulis perkataan yang mempunyai
sukukata KVKK dengan betul berdasarkan gambar yang dipaparkan.

FOKUS KAJIAN

Kajian ini dijalankan di empat buah sekolah daerah Pekan, Pahang. Fokus kajian ini
dijalankan adalah untuk mengenal pasti masalah-masalah ketidakupayaan murid menguasai aspek
bacaan dan penulisan perkataan yang mengandungi suku kata KVKK. Justeru murid tidak dapat
membaca dan menulis perkataan yang mengandungi KVKK akan dapat diatasi. Bilangan
responden yang terlibat ialah seramai 40 orang. Murid-murid tersebut adalah terdiri daripada murid
yang berbangsa Khmer dari Kemboja. Kajian ini menggunakan instrumen seperti borang
pemerhatian, temubual ,ujian pra dan ujian pos.Kegagalan murid menguasai aspek penulisan suku
kata,perkataan ataupun ayat akan menyebabkan murid tidak dapat menguasai subjek Penulisan
dalam Bahasa Melayu. Seperti yang kita sedia maklum murid yang boleh membaca tidak
semestinya boleh menulis. .Dengan cara ini guru dapat menjalankan program-program yang
bersesuaian untuk mengatasi kelemahan murid. Suasana pembelajaran yang kondusif, teknik
pengajaran yang berkesan ,penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dalam sesi pengajaran
dapat membantu murid melalui proses pembelajaran dengan lebih berkesan. Oleh itu keupayaan
guru memanipulasikan bahan dan menggunakan pendekatan pengajaran yang sesuai adalah
penting untuk memastikan sesuatu kemahiran yang diajar dapat dikuasai oleh murid dengan lebih
berkesan.
OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Kajian
Kajian ini adalah bertujuan untuk ;
i. Mengatasi masalah melibatkan kemahiran asas bacaan dan tulisan khususnya menulis
perkataan yang mengandungi suku kata KVKK dengan betul.
ii. Murid dapat mencerakinkan sukukata KVKVKK, KVKKVKK, KVKKKVKK dengan
betul mengikut grid warna.
iii. Murid dapat menyebut dan menulis perkataan yang mengandungi sukukata KVKK dengan
betul berdasarkan gambar.

Soalan Kajian
Kajian ini dijalankan untuk menjawab soalan berikut:
i. Adakah kaedah PASTU dapat mengatasi masalah kemahiran asas bacaan dan tulisan
perkataan yang mengandungi suku kata KVKK dengan betul?
ii. Adakah kaedah PASTU dapat membantu murid mencerakinkan sukukata KVKVKK,
KVKKVKK, KVKKKVKK dengan betul?
iii. Adakah kaedah PASTU dapat membantu murid untuk menyebut dan menulis perkataan
yang mengandungi sukukata KVKK dengan betul?

PERANCANGAN TINDAKAN
Gelung Kajian Tindakan Berpandukan Model Kemmis & Mc Taggart (1988)

A) Pelaksanaan Tindakan
Penyelidikan kajian saya bermula dengan pemerhatian. Saya telah memerhatikan
persediaan responden sebelum memulakan pembelajaran. Ianya terdiri daripada tingkahlaku
seperti cara memegang pensel, cara duduk dan peralatan menulis. Seterusnya tinjauan awal saya
memerhati bacaan dan menulis perkataan bersukukata KVKK yang dijalankan oleh murid ketika
menjalankan ujian Pra. Disamping itu saya juga membuat temubual dengan murid tentang
kesukaran mereka menguasai sukukata KVKK.Seterusnya saya mengenalpasti masalah bacaan
dan tulisan mengikut kemahiran dan punca masalah tersebut berlaku. Seterusnya saya merancang
pelan tindakan untuk memulihkan masalah berkenaan dengan menggunakan kaedah PASTU.
Perancangan berkenaan dilaksanakan dan menentukan hasil yang diperolehi selepas memberi
tindakan atau intervensi. Beberapa cara pengumpulan data digunakan untuk menentukan hasil
tindakan yang dilaksanakan. Penyelidik memerhati dan mendengar pembacaan murid di dalam
kelas dan memerhatikan ejaan tulisan yang ditulis oleh murid semasa proses pengajaran berlaku.
Penyelidik juga menjalankan temubual bersama dengan responden untuk mendapatkan
keberkesanan kaedah yang diajalankan memebri kesan atau sebaliknya. Selain itu, penyelidik juga
mengumpul maklumat hasil daripada ujian pra dan ujian pos yang dijalankan. Selepas tindakan
mengenalpasti dapatan, refleksi akan dibuat untuk menentukan sama ada tindakan yang
dilaksanakan menunjukkan hasil yang baik atau tidak. Jika hasilnya mempunyai sebarang
kegagalan maka gelung kedua akan dijalankan.

Berikut adalah pelan tindakan yang telah saya laksanakan :


Langkah 1 : Tinjauan awal
Membuat pemerhatian terhadap bacaan dan menulis sukukata KVKK yang dijalankan oleh
murid semasa proses pembelajaran dalam kelas.
Membuat temubual dengan respinden secara berstruktur
Meneliti hasil kerja murid terhadap kemahiran yang akan dikaji.
Langkah 2 : Merancang Penyelidikan
Mengadakan ujian pra kepada responden
Menjalankan ujian pos kepada responden
Langkah 3 : Tindakan
Mempraktikkan kaedah yang dipilih untuk menangani masalah murid.
Berdasarkan masalah ini, saya akan menggunakan kaedah PASTU iaitu Pandang, Sebut
dan Tulis yang menggunakan Papan Pintar dan bahan interaktif berdasarkan gambar yang
ditunjukkan untuk mengatasi masalah penguasaan perkataan bersukukata KVKK.
Selain daripada itu juga kaedah grid warna akan digunakan untuk mencerakinkan
perkataan yang mengandungi sukukata KVKK seperti kambing, pinggang dan
teropong .
Guru mempelbagaikan sumber pembelajaran dengan menggunakan bahan multimedia
seperti komputer riba dan LCD
Langkah 4 : Memerhati
Pemerhatian
Temubual
Ujian pra dan pos
Langkah 5 : Refleksi
Menilai kekuatan dan kelemahan kajian
B) Mengumpul Data

Data-data yang diperolehi daripada instrumen akan dianalisis untuk mendapatkan gambaran
dan tahap pencapaian sebenar murid. Data ini diproses secara manual kerana jumlah item yang
dikemukakan tidak terlalu banyak . Penyelidik akan mengumpulkan data-data yang diperolehi
melalui ujian pra dan ujian pos yang dijalankan. Pengiraan yang dijalankan adalah secara
manual kerana bilangan murid yang sedikit dan skima pemarkahan untuk ujian ini tidak
menggunakan komputer.

Pemerhatian Tahap kesediaan responden sebelum pembelajaran.

Pemerhatian Cara Duduk Cara Menulis Alatan tulis

R1 Menengak Menggunakan lengkap


tangan kiri

R2 Mengangkang kaki Menggunakan Tidak cukup


tangan kanan

R3 Meletakkan kepala Menggunakan Selalu meminjam


di meja tangan kanan

Jadual di atas menunjukkan pemerhatian yang telah dilakukan oleh penyelidik tentang kesediaan
responden setiap kali sebelum memulakan pembelajaran. Didapati bahawa responden 3 selalu
meminjam peralatan dari kawannya setiap kali hendak menulis seperti pensel. Responden ini juga
seringkali berasa mengantuk di dalam kelas.

Temubual
Item Tema Kod
_____________________________________________________________________
1 Berminat untuk menggunakan kaedah PASTU Sk
2 Grid warna membantu ejaan perkataan Bn
3 Faham penggunaan kaedah PASTU Fh
4 Bahan interaktif mudah dikendalikan Bl
5 Boleh menulis perkataan bersukukata KVKK
tanpa grid warna Bl

Panduan: Sk Suka
Bn Bantu
Fh Faham
Bl Boleh
Berdasarkan sesi temubual yang telah dijalankan, penyelidik mendapati bahawa ketiga-tiga
responden berminat untuk menggunakan Kaedah PASTU semasa belajar menguasai perkataan
mempunyai sukukata KVKK. Antara contoh dialog antara penyelidik dan responden ialah:

TRANSKRIP TEMUBUAL SELEPAS UJIAN PRA


Responden :R1, R2, R3,
Tarikh :12 Februari 2015
Item Soalan Temubual Responden

Adakah soalan ini senang atau R1-Susah jugakla cikgu...


susah?
1 R2-Hmm..susah..

R3-Em..Susah.

Kenapa awak cakap macam tu? R1-Saya tak tahu eja..

2 R2-Tak tahu nak wat macam mana...

R3-Susahla cikgu..

Adakah awak dapat menulis R1-Menggeleng-gelengkan kepala...


perkataan yang dikehendaki?
3 R2-Entah...

R3-Saya hentam saja...

Adakah awak tahu gambar yang R1-Saya tahu tapi tak tahu sebut...
ditunjukkan?
4 R2-Saya tak tahu sebut dalam Bahasa Melayu...

R3-Saya tahu sebut dalam Bahasa Kemboja...

TRANSKRIP TEMUBUAL SELEPAS UJIAN POS


Responden :R1, R2, R3,
Tarikh :3 Mac 2015
Item Soalan Temubual Responden

Apakah yang awak rasa apabila R1-Saya x sabar nak jawab...


melihat soalan ini sekali lagi?
1 R2-Saya rasa dah boleh buat..

R3-Saya perlu bantuan cikgu..

Adakah awak suka menggunakan R1-Saya seronok...


kaedah yang diajarkan untuk
2 R2-Ya sebab lebih mudah faham ...
menjawab soalan ?
R3-Susahla cikgu..

Adakah kaedah ini membantu awak R1-Sangat membantu...


untuk menjawab soalan
3 R2-Ya...
yang cikgu berikan?
R3-Haah...

Adakah sekarang awak boleh R1-Insyaallah boleh...


mengeja dan menulis perkataan
4 berdasarkan gambar ditunjukkan? R2-Saya tak pasti tapi saya cuba...

R3-Rasanya boleh...

Bolehkah awak tulis perkataan R1-Boleh sebab saya guna kaedah cikgu...
yang cikgu sebutkan tanpa melihat
5 gambar? R2-Insyaallah...

R3-Boleh kot...

Keputusan Ujian Pra


Responden Markah Ujian Pra% % Responden

R1 10 33.3

R2 20 33.3
R3 20 33.3

Setelah dianalisis didapati bahawa bilangan responden yang mendapat 10 markah adalah
33.3% iaitu seramai 1 orang. Manakala bilangan responden yang mendapat 20 markah ialah
seramai 2 orang dengan peratusan sebanyak 66.6%. Dapatan ini menunjukkan bahawa responden
ini masih lemah dalam menguasai kemahiran mengeja,membaca dan menulis suku kata KVKK
dengan betul . Oleh itu satu usaha atau program yang sesuai perlu dijalankan untuk mengatasi
masalah ini. Setelah mendapat keputusan ini guru telah menjalankan beberapa program yang
sesuai dengan menjalankan aktiviti ,pendekatan , teknik serta kaedah penyampaian guru juga
disesuaikan dengan murid ini bertujuan untuk menimbulkan situasi yang menyeronokkan semasa
sesi pengajaran dan pembelajaran.

Keputusan Ujian Pos


Responden Markah Ujian Pos% % Responden

R1 80 33.3

R2 90 33.3

R3 90 33.3

Ujian Pos diberikan kepada 3 orang responden selepas menjalankan beberapa program
pemulihan untuk meningkatkan penguasaan mereka dalam kemahiran menulis suku kata KVKK.
Proses rawatan yang dijalankan adalah berdasarkan kepada bidang kelemahan dan ketidakupayaan
murid mengusai sesuatu kemahiran khususnya KVKK. Dapatan daripada analisis ini jelas
menunjukkan wujudnya peningkatan mendadak secara keseluruhan. Berdasarkan jadual di atas
markah bilangan responden yang mendapat 80 markah adalah seorang iaitu 33.3% manakala
responden yang memperolehi 90 markah adalah 2 orang iaitu 66.7%. ini menunjukkan peningkatan
yang sangat baik berbanding pada peringkat Ujian Pra sebelumnya. Secara tidak langsung
penggunaan kaedah PASTU dapat membuktikan bahawa responden faham dan dapat
mengaplikasikannya.

C) Menganalisis & Interpretasi Data

Perbandingan pencapaian responden dalam ujian pra dan ujian pos


Responden Ujian Pra% Ujian Pos%

R1 10 80

R2 20 90

R3 20 90

Jadual 7.9 Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos


Jadual diatas menunjukkan perbandingan peratusan markah yang diperolehi oleh responden
dalam ujian Pra dan ujian Pos. Berdasarkan kepada jadual ini, peratusan markah dalam ujian pos
menunjukkan peningkatan walaupun tidak secara keseluruhan. Ini membuktikan bahawa kaedah
yang dijalankan oleh guru untuk membantu responden menguasai kemahiran KVKK dapat
meningkatkan penguasaan kemahiran mengenal dan menulis perkataan yang mengandungi suku
kata KVKK dengan baik.
Merujuk kepada jadual, responden yang mendapat 10 markah pada ujian pra kini telah
menunjukkan peningkatan sehingga mendapat 80 markah dalam ujian pos. Ini menunjukkan suatu
peningkatan yang sangat baik dengan menggunakan kaedah PASTU. Manakala bagi responden
yang sebelumnya hanya mendapat 20 markah pada ujian pra, kini berubah kepada 90 markah
dalam ujian pos.

PERBANDINGAN UJIAN PRA DAN UJIAN


POS
90 90
100 80

PERATUS 50 20 20 UJIAN PRA


10
UJIAN POS
0
R1 R2 R3
MARKAH

Perbandingan Ujian Pra Dan Ujian Pos

Responden 1
90
80
70
60
50
Ujian Pra
40
Ujian Pos
30
20
10
0
Ujian Pra Ujian Pos

Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pos Responden 1


Responden 1 memperolehi 10 markah sahaja pada peringkat ujian pra manakala sebanyak 80
markah dalam ujian pos. Ini menunjukkan responden 1 dapat meningkatkan penguasaan
kemahiran KVKK ke tahap yang lebih baik setelah menggunakan kaedah PASTU.

Responden 2
100
90
80
70
60
50 Ujian Pra
40 Ujian Pos
30
20
10
0
Ujian Pra Ujian Pos

Rajah Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pos Responden 2

Responden 2 memperoleh 20 markah dalam ujian pra manakala 90 markah dari 100 markah
keseluruhan dalam ujian pos. Ini menunjukkan responden 2 dapat meningkatkan penguasaan
kemahiran KVKK ke tahap yang lebih baik setelah menggunakan kaedah PASTU.

Responden 3
100

90

80

70

60

50 Ujian Pra
Ujian Pos
40

30

20

10

0
Ujian Pra Ujian Pos

Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca Responden 3


Responden 3 memperoleh 20 markah dalam ujian pra manakala 90 markah dari 100 markah
keseluruhan dalam ujian pos. Ini menunjukkan responden 3 dapat meningkatkan penguasaan
kemahiran KVKK ke tahap yang lebih baik setelah menggunakan kaedah PASTU. Responden 2
dan 3 menunjukkan peningkatan yang sama.

D) Dapatan

Hasil dapatan kajian ini akan dijadikan sebagai pengukur tahap pencapaian murid dalam
kemahiran menulis dan membaca suku kata KVKK dalam perkataan. Berdasarkan data dan
analisis yang diperolehi diharapkan guru dapat menjalankan program-program yang sesuai dan
dapat membantu murid memperbaiki kelemahan mereka. Berdasarkan kepada persepsi responden
pendekatan dan teknik pengajaran guru perlu diubah agar dapat mencapai matlamat meningkatkan
penguasaan murid dalam kemahiran KVKK. Selain daripada itu juga, murid-murid dapat
menggunakan kaedah PASTU yang telah dijalankan ini untuk menguasai sebarang kemahiran lain
dalam Bahasa Melayu. Suasana pembelajaran perlu kondusif dan dapat mewujudkan persekitaran
yang membantu murid dalam meningkatkan kefahaman mereka untuk menguasai sesuatu
kemahiran.Selain itu pihak pentadbir juga boleh menggunakan dapatan dari kajian untuk
menjalankan program-program yang bersesuaian dan dapat membantu dalam mengurangkan kadar
buta huruf di Sekolah Kebangsaan Tanjung Medang.

KESIMPULAN & REFLEKSI ( KAJIAN SUSULAN )

Kajian ini merupakan kajian yang hanya terbatas kepada sebuah sekolah sahaja dan responden
yang tertentu sahaja. Diharapkan penyelidik yang akan datang dapat membuat kajian dengan lebih
terperinci lagi mengenai aspek-aspek yang lain daripada kajian ini. Antaranya dicadangkan satu
kajian yang lebih menyeluruh yang melibatkan semua murid di sesebuah sekolah dapat dijalankan
pada masa akan datang agar masalah melibatkan penguasaan Bahasa Melayu dapat diatasi. Kajian
ini hanyalah tentang masalah penguasaan murid dalam perkataan yang mempunyai sukukata
KVKK. Diharapkan para penyelidik akan datang dapat mengkaji cara-cara untuk meningkatkan
penguasaan murid literasi Bahasa Melayu dalam kemahiran diftong dan digraf. Sekiranya murid
dapat menguasai kemahiran diftong dan digraf maka mereka sudah layak dikategorikan sebagai
murid yang bebas dari masalah Linus dan akan menjalankan pembelajaran di kelas arus perdana
seperti rakan-rakan lain. Ini merupakan kemahiran digraf dan diftong adalah kemahiran terakhir
dalam Sukatan Pelajaran Pemulihan Khas dan Linus. Akhir sekali cadangan kepada penyelidik
seterusnya agar menjalankan kajian tentang masalah penguasaan Bahasa Melayu kepada murid
asing yang tidak boleh berbahasa Melayu sepenuhnya.
Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada guru. Sesuai
dengan pepatah orang Melayu iaitu belakang parang lagikan tajam kalau diasah. Ini
menunjukkan walau selemah mana murid-murid itu, jika guru menggunakan kaedah yang betul,
menarik, dan mengikut kebolehan murid sewaktu pengajaran dan pembelajaran akan
menghasilkan murid yang dapat berjaya dalam bidang akademik kelak.
RUJUKAN

Abu Bakar Nordin (1989), Peningkatan Pencapaian Dalam Penjanaan Bakat, Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Atan long (1984). Psikologi Pendidikan Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.(2008). Buku Manual


KajianTindakan Edisi Ketiga. Putrajaya : Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bahagian Pendidikan Guru. (2001). Garis Panduan Pelaksanaan Kursus


Penyelidikan Tindakan Maktab Perguruan. Kuala Lumpur: Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Farrah Wahilda (2006). Perisian Pengajaran Berbantukan Komputer (PBK) Untuk


Pelajar Pra-Sekolah Di Bawah Tajuk Mengenal Haiwan. Kertas Projek Sarjana
yang tidak diterbitkan. Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bharu.

Kamus Dewan. 2005. Edisi. ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Mohd Nor Izwan (2009). Amalan Pedagogi Pengajaran Perkembangan Bahasa Di


Kalangan Guru-Guru Permulaan Pra-Sekolah. Sarawak: Maktab Perguruan Rajang
Bintangor, Sarawak. Dimuat turun pada 20 Mac 2011 daripada http://www.scribd.com /
doc /3 5 141054/Teori-Kognitif-dan-Konstraktivism

Nani Menon &Rohani Abdullah (2004). Panduan Kognitif Kanak-Kanak


Prasekolah.Kuala Lumpur: Pts Publications & Distributor Sdn Bhd.

Nur Amirah (2008). Rekabentuk Sistem Pembelajaran Konsep Nombor Berasaskan


Pendekatan Permainan Yang Menerapkan Teori Perkembangan Kognitif
Kanak-Kanak. Dimuat turun pada 19 Mac 2011 daripada http://psasir.upm.edu.my/8208/

Rizam, H.H (1994). Pengajaran Guru Harus Kreatif. Pentas Dunia. Kuala
Lumpur.20 Nov 1994.

Yeo, K.J (1986). Amalan Penggunaan Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Di Kalangan Guru Sekolah Menengah. Tesis S. Sains
(TeknologiPendidikan) Universiti Teknologi Malaysia
Isahak Haron, (2004). Awal Membaca Bahasa Melayu: Keberkesanan Kaedah Gabungan Bunyi
Kata untuk Prasekolah dan untuk Pemulihan, Tanjong Malim: Penerbitan Universiti
Pendidikan Sultan Idris.

Anda mungkin juga menyukai