Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN HARI LAHIR MURID DAN APRESIASI

JOBA PRASEKOLAH 2022

Tuan-tuan, Puan-puan yang dimuliakan, sila mengambil tempat masing-masing


kerana majlis akan bermula sebentar saja lagi. Kerjasama dan perhatian dari tuan-
tuan dan puan-puan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.
‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬
‫الحمد هلل رب العالمين والصالة والسالم على أشرف األنبياء والمرسلين‬
‫وعلى آله وأصحابه أجمعين‬
Assalamualaikum W.B.T

Indah berbalam si awan petang,


Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Sayang kumbang mencari makan


Terbang seiring di tepi kali
Selamat datang kami ucapkan
Moga diiringi restu IIlahi

Yang Berusaha
Mohamad Sabri bin Othman
Guru Besar SKTM

Yang Berusaha
En. Mohd Zailani bin Kassim
GPK Pentadbiran SKTM

Yang Berusaha
Pn. Sharifah Khairiah bt Syed Jaafar
GPK HEM SKTM

Yang Berusaha
En. Zariruddin bin Ab Manan
GPK Kokurikulum SKTM

Rakan-rakan guru, ibubapa penjaga murid prasekolah dan seterusnya anak-anak


prasekolah SK Tanjung Medang, yang dimuliakan Allah SWT.
BACAAN DOA
Sebagai pembuka tirai acara, majlis menjemput Al-fadhil Ustaz Bahauddin bin Abd
Ghani utk memimpin bacaan doa, dipersilakan.
(DOA)
***************bacaan doa*******************
Amin amin yarabbal alamin. Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih
kepada Al-fadhil Ustaz Bahauddin bin Abd Ghani atas pimpinan doa sebentar tadi.
UCAPAN PENGACARA MAJLIS
Hadirin yang dihormati sekalian,
Di majlis yang permai ini, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran
kehadrat illahi kerana dengan izin serta limpah rahmat-Nya kita diberikan kekuatan
dan kelapangan masa untuk kita bersama-sama Majlis Sambutan Hari Lahir dan
Apresiasi JOBA Murid Prasekolah SK Tanjung Medang.
Hadirin sekalian,
Sambutan hari lahir bukanlah bertujuan mengikut pengaruh Barat tetapi merupakan
ucapan selamat dan doa, supaya setiap anggota keluarga boleh mengambil
kesempatan ketika berkumpul bersama bagi merancang sebarang aktiviti yang boleh
mendekatkan lagi ikatan kekeluargaan. Justeru inisiatif yang diambil oleh pihak
sekolah dalam mengadakan majlis ini merupakan satu langkah keprihatinan dan
kasih sayang yang dapat ditunjukkan.
Dalam majlis ini juga diselitkan dengan Apresiasi JOBA Prasekolah. JOBA
merupakan akronim daripada perkataan JOM BANTU ANAK. Bahan bantu mengajar
ini merupakan inovasi yang telah dihasilkan di sekolah ini dan digunakan untuk
membantu murid Tahun 1 dan murid pemulihan khas pada asalnya. Namun
kesannya dilihat positif dan terdapat peningkatan, maka digunapakai juga kepada
murid Prasekolah. JOBA yang menerapkan unsur permainan dalam pembelajaran
dan penyediaan 3 buah modul mengikut tahap penguasaan murid masing-masing.
Alhamdulillah murid dilihat mampu untuk menggunakan modul yang dibekalkan
dengan jayanya dan terdapat peningkatan. Ini juga adalah berkat bantuan daripada
para ibubapa di rumah yang cakna terhadap perkembangan anak-anak.

TAYANGAN MONTAJ
Hadirin sekalian,
Bagi membuktikan keberkesanan JOBA tersebut, marilah sama-sama kita saksikan
rakaman bacaan dan tayangan montaj yang telah disediakan. Dipersilakan.
**************tayangan montaj********************
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada jawatankuasa yang menyediakan
tayangan montaj tersebut.
Bapak Bupati datang bertamu
Datang sendiri membawa arca
Jika ingin mendapat ilmu
Rajin-rajinlah dalam membaca.

Baju mewah berbahan perca


Bunga mekar harap disiram
Siapa anak yang malas membaca
Masa depannya terlihat suram.
UCAPAN GURU BESAR
Mudik di sungai mendayung sampan
Sampan di dayung ke laut dalam
Sudilah tuan beri ucapan
Kata aluan pemanis kalam

Hadirin sekalian,
Majlis diteruskan dengan menjemput dan mempersilakan Cikgu Mohamad Sabri bin
Othman, Guru Besar SK Tanjung Medang untuk menyampaikan ucapan aluan. Dan
seterusnya merasmikan Majlis Sambutan Hari Lahir dan Apresiasi JOBA Murid
Prasekolah SK Tanjung Medang.
Dipersilakan.
*************ucapan GB*****************
Majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas kesudian Cikgu Mohamad Sabri bin
Othman atas ucapan dan perasmian itu tadi.

PERSEMBAHAN PRA SEKOLAH


Pakaian dipakai cantik berseri,
Majlis keraian kita semua,
Majlis ini takkan berseri,
Tanpa persembahan murid semua.

Hadirin sekalian, majlis akan diserikan dengan persembahan daripada murid


Prasekolah SKTM. Sama-samalah kita saksikannya.

****************persembahan******************

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas persembahan itu tadi.

ACARA POTONG KEK SETIAP KELAS


Hadirin sekalian
Bunga mawar dipetik jangan,
Nanti duri tercucuk tangan,
Selamat hari lahir kami ucapkan,
Sudah bertambah usianya badan.
Seterusnya majlis diteruskan dengan acara memotong kek mengikut kelas masing-
masing. Untuk itu majlis diserahkan kepada guru kelas.Dipersilakan.
JAMUAN
Hadirin sekalian,
Tampak sepadan segak bergaya,
Bagai pasangan teruna dan dara,
Bermacam hidangan sudah tersedia,
Dijemput tuan menjamu selera
Majlis diteruskan dengan menikmati jamuan yang telah disediakan. Untuk itu
dijemput para murid-murid prasekolah yang kita raikan bersama dengan ibubapa,
juga guru-guru untuk menikmati juadah yag telah tersedia. Dipersilakan.

PERSEMBAHAN TAHUN 1 – TAHUN 6


Hadirin sekalian,
Majlis dilanjutkan lagi dengan persembahan yang akan dihidangkan oleh murid
tahun 1 hingga tahun 6.
Saya menjemput persembahan pertama iaitu…………………..dari kelas tahun 1
************jemput tahun seterusnya hingga tamat**************
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas persembhan itu tadi.

PENYAMPAIAN HADIAH
Hadiri sekalian,
Ramai tetamu bermadah puisi
Kata bertuan tanda berbahasa
Kita bertemu di majlis apresiasi
Semoga kita selamat sejahtera

Seterusnya adalah majli pnyampaian hadiah. Untuk maluman hadirin sekalian,


penyampaian hadiah kali ini dihimpunkan sekaligus dengan beberapa program yang
telah diadakan sebelum ini sebagai menghargai pelibatan murid-murid di sekolah.
Antaranya adalah Program JOBA Prasekolah, Hadiah Maulidur Rasul, hadiah HEM.
Bagi menyempurnakan majlis tersebut, dipersilakan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid Pn. Sharifah Khairiah bt Syed Jaafar untuk menjemput dan mengiringi En.
Mohamad Sabri bin Othman, Guru Besar SKTM. Dipersilakan.

*******************penyampaian hadiah***************

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada En. Mohamad Sabri bin Othman
Guru Besar SKTM kerana sudi menyampaikan hadiah.
PENUTUP

Hadirin sekalian, dengan berakhirnya upacara itu tadi, maka sempurnalah sudah
Majlis Sambutan Hari Lahir dan Apresiasi JOBA Murid Prasekolah SK Tanjung
Medang.
Songket biru tampak berseri,
Tenunan indah buat arjuna,
Tersilap bicara harap maafi,
Ketemu lagi, di lain acara

Sisir pelepah meraut lidi,


Menganyam daun atap jerami,
Yang indah, yang berseri bawalah pergi,
Yang cacat, yang keji tinggalkan buat kami.

Kalau ada jarum yang patah,


Jangan disimpan di bawah saji,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan dikutuk diumpat keji.

Pohon kuini dahannya patah


Di situ tempat bermain kenari,
Sampai di sini kata bernoktah,
Izinkan saya mengundur diri.

Sekian, saya akhiri majlis dengan lafaz suci....................................................

Anda mungkin juga menyukai