Anda di halaman 1dari 8

TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MPSM CAWANGAN PASIR GUDANG


Tarikh : 15 September 2021
Masa : 8.30 am
Platform : Youtube Channel MPSM

Perkara/ Butiran Cat


Masa ata
n
8.30am Countdown
Pembukaan majlis
- Lagu Bangsa Johor
Kata - Negaraku E
Aluan m
Bismillahirrahmannirrahim.
dan ce
Assalamualaikum wbt,
salutasi e
salam sejahtera,
salam Pasir Gudang
teguh bitara.
Pembuka kata lidah bicara,
Izinkan saya mulakan acara,
Semoga majlis lancar sempurna.
Kompang bergema pusaka bangsa
Dipalu oleh si anak muda
Hadirnya tuan memberi makna
Kami menyambut penuh gembira.

Yang Berbahagia
Cikgu Hj Kuswandi bin Tayen
Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang
Yang Berusaha
Cikgu Abdul Razak bin Abd Samad
Yang Dipertua MPSM Cawangan Pasir
Gudang
Yang Berusaha
Cikgu Hj. Rosland bin Mohd Yusof
Timbalan Yang Dipertua MPSM Cawangan
Pasir Gudang
Yang Berusaha
Ahli Jawatankuasa MPSM Cawangan Pasir
Gudang Sesi 2020/2021
Pegawai2 dari Pejabat Pendidikan Daerah Pasir
Gudang
Barisan pengetua sekolah-sekolah Menengah
Daerah Pasir Gudang
Seterusnya
Tuan2/puan2 yang saya muliakan.

Alhamdulillah, marilah kita memanjatkan rasa


syukur
ke hadrat Ilahi
kerana dengan limpah dan kurniaNya, kita
semua diberikan
waktu dan kesempatan
untuk sama-sama berkumpul
secara atas talian
di saluran Youtube MPSM Cawangan Pasir
Gudang
bagi mengikuti Majlis Perasmian Mesyuarat
Agung Tahunan MPSM Cawangan Pasir
Gudang bagi tahun 2021.
Jangan lupa tuan2 dan puan2 untuk menekan
butang LIKE, SHARE dan SUBSCRIBE
sebagai tanda sokongan kepada kami.
Sekali lagi, Selamat datang saya ucapkan
kepada tuan2 dan puan2, yang berada secara
langsung di dalam platform ini.
Bacaan Bagi memberkati majlis di pagi yang indah
Doa permai ini,
Eloklah kita mulakan dengan munajat doa,
memohon restu dari yang Esa.
Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan
Al Fadil Ustaz Mohd Azman bin Mohd Yunos,
Pengetua Madrasah Al-AttasAl-Arabiah
bagi memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.
************DOA****************
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada
Al Fadil Ustaz Mohd Azman bin Mohd Yunos
atas bacaan doa itu tadi.
Semoga majlis yang berlangsung secara atas
talian ini diberkati dan dipelihara,
menambahkan tautan kemesraan serta
perpisahan kita nanti diiringi dengan jutaan
ketenangan.
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,
Ucapan
Sebagai pembuka persada ucapan, majlis
YDP
dengan segala hormatnya mempersilakan
Yang Berusaha,
Cikgu Abdul Razak bin Abd Samad,
Yang Di Pertua MPSM Cawangan Pasir
Gudang
untuk menyampaikan ucapan alu aluan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
*************UCAPAN*****************
*
Terima kasih tuan atas ucapan itu tadi.
Pastinya segala inisiatif yang dirancang dan
dilaksanakan adalah sebagai kelangsungan
sinergi,
menyokong serta meningkatkan Pendidikan
berkualiti di Pasir Gudang.
Tayanga Tuan2 dan puan2 yang dimuliakan,
n Video
Dalam kesibukan kita mengurus sekolah dalam
situasi norma baharu, tanpa kita sedar atau
tidak ,
hari-hari yang kita lalui ini sudah pun hampir
ke penghujungnya.
Seperti yang telah dijelaskan oleh Yang Di
Pertua MPSM Cawangan Pasir Gudang
sebentar tadi, pelbagai aktiviti dan inisiatif
telah pun dilaksanakan dengan jayanya.
Tekn
Sehubungan itu, sebagai hidangan halwa mata ikal

dan telinga kita,


marilah kita saksikan satu tayangan video
yang menghimpunkan segala aktiviti yang telah
dilaksanakan oleh MPSM Cawangan Pasir
Gudang sepanjang tahun 2020/2021.
**************TAYANGAN
VIDEO*************
Begitulah tadi, imbasan coretan aktiviti dan
inisiatif yang telah dijalankan sepanjang tahun
2020/2021.
Sekalung penghargaan diucapkan kepada setiap
Biro yang terlibat.
Terima kasih juga kepada semua pengetua yang
sentiasa memberikan sokongan yang padu.
Ucapan Tuan2 dan puan2 yang dikasihi sekalian,
Tn PPD
Songket tenunan dahulu kala,
Gemersik indah tenunan mata,
Setulus hati tuan dipersila,
Berucap sepatah dua kata.
Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya
menjemput
Yang Berbahagia,
Cikgu Hj Kuswandi bin Tayen,
Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang
untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya
merasmikan
Mesyuarat Agung Tahunan MPSM Cawangan
Pasir Gudang bagi tahun 2021 serta
menyampaikan Sijil Penghargaan kepada Ahli
J/Kuasa MPSM Cawangan Pasir Gudang bagi
tahun 2020/2021 secara maya.
Dipersilakan tuan.
*************UCAPAN*************
**********Montaj
Perasmian*******************
Terima kasih diucapkan kepada
Cikgu Hj Kuswandi bin Tayen atas ucapan
yang telah disampaikan dan merasmikan majlis
kita pada pagi ini.
Penutup Kuning emas masaknya padi,
Mawar merah dalam jambangan,
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan.

Tuan2 dan puan2,


Ada pasang ada surutnya
Ada pangkal ada hujungnya
Ada hulu ada hilirnya
Ada pertemuan ada perpisahannya
Ada hilang ada gantinya
Ada awal ada akhirnya.
Terima kasih kepada semua yang dapat
meluangkan masa untuk bersama2 kami
di saluran Youtube MPSM Cawangan Pasir
Gudang pada pagi ini.
Saya mewakili Krew yang terlibat dalam
persiapan majlis ini ingin memohon maaf andai
ada salah silap sepanjang majlis ini
berlangsung.
Dengan itu, berakhirlah sudah siaran langsung
Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan
MPSM Cawangan Pasir Gudang bagi tahun
2021
bagi memberi laluan kepada Ahli MPSM
Cawangan Pasir Gudang untuk menhadiri
Mesyuarat Agung Tahunan bagi tahun 2021
secara Google Meet.
Sekian sahaja , salam hormat, wa billahit taufiq
walhidayah wassalamu alaikum
warahmatullahi wa barakatuh.

Anda mungkin juga menyukai