Anda di halaman 1dari 5

Terima kasih pengacara majlis.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dan salam sejahtera buat semua.

Yang Di hormati, Encik Mohammed Tomdooley bin Anwari,

Yang Dipertua PIBG SMK Taman Mount Austin.

Yang Di hormati,

Puan Siti Normala binti Jamari,

Penolong Kanan Pentadbiran SMK Taman Mount Austin.

Encik Md Halbi bin Kaab, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Cik Koay Mei Sian, Penolong Kanan Kokurikulum

Puan Teoh Ai Ling, Penolong Kanan Petang

Barisan guru kanan mata pelajaran

Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG SMK Taman Mount Austin

Guru-guru dan para ibu bapa / waris murid yang saya hormati sekalian.

Apa khabar semua? Diharapkan tuan2 dan puan2 berada dalam

keadaan yang sihat sejahtera. Alhamdulillah, saya berasa gembira pada

pagi ini kerana kita semua dapat berkumpul walaupun secara maya ke

Mesyuarat Agung PIBG SMK Taman Mount Austin kali ke-17 dan 18

bagi tahun 2020 dan 2021 ini. Sesungguhnya, saya berharap mesyuarat

ini dilakukan secara bersemuka kerana sejak saya menerajui SMK


Taman Mount Austin ini, saya belum berkesempatan untuk bersua muka

dan beramah mesra dengan kebanyakkan para waris murid sekolah ini.

Saya mewakili pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih

kepada semua ibu bapa dan waris murid SMK Taman Mount Austin

kerana dapat turut serta bersama-sama kami pada pagi ini. Pastiya,

para ibu bapa dan waris yang hadir pada pagi ini merupakan ibu bapa /

waris yang prihatin dan cemerlang. Tahniah diucapkan kepada tuan2

dan puan2 sekelian. Harapan saya agar mesyuarat agung PIBG kali ini

dapat berjalan dengan lancar. Tahniah dan syabas juga diucapkan

kepada Jawatankuasa Pelaksana serta AJK PIBG kerana telah Berjaya

menganjurkan mesyuarat agung tahunan walaupun dalam keadaan

norma baharu.

Tuan2 dan puan2 yang dikasihi, seperti yang kita maklum, dunia

telah dikejutkan dengan isu penularan pandemic Covid19 dan isu ini

telah menyebabkan cara hidup kita berubah 360 darjah dari kehidupan

kita yang lalu. Oleh yang demikian kita harus meneruskan kehidupan

dan kerja buat dalam norma baharu ini supaya kita tidak ketinggalan

dalam apa jua aspek termasuklah pendidikan.

Hadirin yang dihormati sekalian, 


Eloklah jika saya kongsikan kepada tuan2 dan puan2 perkembangan

dan perjalanan pengoperasian SMK Taman Mount Austin sepanjang

2021.

Untuk makluman semua SMK Taman Mount Austin mempunyai 98

orang guru untuk mendidik 1672 org murid.

Pembentangan SLIDE

Ibu bapa yang dihormati sekalian,

Kecemerlangan sesebuah perlulah seiring dengan komitmen ibu

bapa. Jika pihak sekolah mengambil tahu segala tindak-tanduk anak-

anak dari sekecil-kecil salah laku umpamanya datang lewat kepada

sebesar-besar masalah, umpamanya merosakkan harta benda sekolah,

itu menggambarkan kecaknaan guru-guru dan pihak sekolah terhadap

anak-anak. Pesanlah selalu kepada anak-anak tuan2 dan puan2 untuk

sentiasa menjaga dan menghargai sekolah seperti menjaga rumah

sendiri kerana sekolah adalah rumah kedua bagi murid2 dimana mereka

berada di sekolah ini sekurang2nya 7 jam. Masalah disiplin dan tingkah

laku anak-anak perlu ditangani bersama. Masalah ponteng sekolah

yakni tidak hadir ke sekolah tanpa sebab mesti diambil tindakan segera.

Jangan kita biarkan anak-anak kita tidak hadir tanpa sebab.


Sehubungan itu ingin saya memaklumkan disini berkenaan

kehadiran murid kesekolah selepas Fasa 3 dan Fasa 4. Bagi ibu

bapa/penjaga yang berasa risau akan kesihatan anak2 dan membuat

keputusan untuk tidak menghantar anak ke sekolah, saya mohon tuan2

dan puan2 membuat satu surat rasmi dan datang ke sekolah untuk sesi

perbincangan bersama saya atau Penolong2 Kana saya. Seboleh2nya

kami sangat mengharapkan anak2 tuan/puan hadir ke sekolah supay

dapat bersemuka dengan guru2 dan mengulangkaji topik2 mata

pelajaran yang sukar dipelajari semasa sesi pembelajaran PdPR.

Jangan risau tuan/puan, guru2 SMK Taman Mount Austin telah 100%

menerima vaksinasi dan begitu juga dengan murid2 sekolah ini yang

telah dan akan menerima vaksinasi. Sekali lagi saya berharap anak2

tuan/puan dapat kembali ke sekolah kerana sekolah adalah kawasan

yang selamat untuk anak2 tuan/puan.

Akhir kata, sebelum saya mengakhiri ucapan ini, saya ingin

merakamkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir

dalam majlis pada hari ini. Kehadiran para ibu bapa menggambarkan

kesungguhan dan komitmen dalam meningkatkan kecemerlangan anak-

anak pada masa hadapan. 

Sekian, wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum

warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai