Anda di halaman 1dari 5

TEKS UCAPAN YDP PIBG

MESYUARAT PIBG SMK ORKID DESA


SABTU, 13 MEI 2023

BISMILLAHHIRUAHMANIRUAHIM

Yang berusaha, En. Rossaidi bin Ngah, Pengetua SMK Orkid Desa,

Yang berbahagia, Pn. Melissa Tay Siew Ling, Naib Yang Dipertua

PIBG SMK Orkid Desa,

Yang dihormati Pn. R.K Shanti Latha a/p R. Krishnasamy, Penolong

Kanan Pentadbiran Smk Orkid Desa,

Yang dihormati, Pn. Salehah binti Ali, Penolong Kanan Hal Ehwal

Murid,

Yang dihormati En.Mohamad Sepian bin Osman, Penolong Kanan

Kokurikulum,

Yang dihormati Pn. Noorhayati bt Mustaffa, Penolong Kanan

Pendidikan Khas,

Barisan guru kanan mata pelajaran, Guru bimbingan dan kaunseling,

guru-guru, Ajk PIBG, ibu bapa dan penjaga yang dikasihi sekalian.

Marilah kita menzahirkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan


izin dan

1
rahmatNya maka kita dapat bersama-sama berkumpul di
Dewan Terbuka Wawasan
SMK Pernu pada pagi ini untuk bersama-sama dalam Mesyuarat
Agung PIBG SMK
Pernu Kali Ke-6 Tahun 2016.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan
dan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Wira Latiff bin
Datuk Hj. Tamby Chik,
Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Telok Mas yang sudi hadir
untuk merasmikan
majlis kita pada pagi ini.
Marilah kita menzahirkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan
izin dan
rahmatNya maka kita dapat bersama-sama berkumpul di
Dewan Terbuka Wawasan
SMK Pernu pada pagi ini untuk bersama-sama dalam Mesyuarat
Agung PIBG SMK
Pernu Kali Ke-6 Tahun 2016.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan
dan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Wira Latiff bin
Datuk Hj. Tamby Chik,
Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Telok Mas yang sudi hadir
untuk merasmikan
majlis kita pada pagi ini.

Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana kita dapat berkumpul sekali lagi

bagi menjayakan mesyuarat Agung PIBG kali ke – 10 pada tahun ini.

Saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua ibu bapa

yang telah dapat meluangkan masa untuk hadir pada hari ini.

2
Pertama sekali, saya ingin mengambil kesempatan untuk

mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua AJK

PIBG kerana sekali lagi telah berjaya menganjurkan mesyuarat

Agung PIBG pada tahun ini. Mesyuarat Agung PIBG merupakan

platform terbaik untuk semua ibu bapa bertemu muka bagi berkongsi

idea dan pendapat yang bernas untuk melonjakkan lagi

kecemerlangan sekolah sama ada dalam akademik mahupun

kokurikulum.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Saya, selaku Yang Dipertua PIBG, bersama barisan AJK telah sedaya

upaya berusaha untuk menjalankan tugas yang telah diamanahkan

dengan sebaik mungkin. Dalam segala tindakan yang dilakukan, kami

sentiasa memikirkan kebajikan anak-anak kita di sekolah dan ingin

sentiasa memberikan yang terbaik walaupun kadang kala berdepan

dengan masalah kekangan kewangan. Sumbangan PIBG yang

diberikan oleh tuan puan, telah digunakan dengan sebaik-baiknya

untuk membantu membiayai program-program sekolah bagi

3
meningkatkan pencapaian pendidikan dan sahsiah anak-anak kita di

sekolah.

Oleh itu saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa

yang telah memberi sumbangan PIBG. Hal ini memudahkan pelbagai

program sekolah dapat dilaksanakan demi pembelajaran anak-anak

kita.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Pihak PIBG sentiasa peka dan prihatin dengan setiap sumbangan

daripada ibu bapa. Sumbangan bukan hanya dari segi wang ringgit

sahaja, malah sumbangan tenaga, idea dan kemahiran daripada ibu

bapa amatlah kami hargai. Sokongan dan dorongan daripada ibu bapa

selama ini terhadap setiap aktiviti dan program anjuran PIBG kami

ucapkan terima kasih. Suka di sini saya menyeru marilah kita

bersama-sama berganding bahu, memberi idea, meluangkan sedikit

masa demi kebaikan anak-anak dan turut serta membantu para guru,

4
meringakan beban mereka dalam menjalankan tugas sebagai guru

yang mengajar dan mendidik anak-anak kita.

Di kesempatan ini saya mengambil peluang mengucapkan jutaan

terima kasih kepada pentadbir sekolah, para guru yang sentiasa

menjadi tunjang utama dalam setiap program yang kita lakukan.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa yang sentiasa

prihatin serta cakna dan sering memberi buah fikiran, input membina

kepada pihak PIBG. Saya berharap jalinan kerjasama semua ibu bapa

bersama PIBg dapat diteruskan.

Sekian, wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum

warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai