Anda di halaman 1dari 3

UCAPAN YANG DI PERTUA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)

SK SERI PERAK
YANG BERBAHAGIA EN. MOKHTAR BIN RAMLI

‫هللا َو َرحْ َم ُة َعلَ ْي ُك ْم اَل َّسالَ ُم‬


ِ ‫َو َب َر َكا ُت ُه‬
Yang berusaha;
Pn. Norzita binti Hj. Mohamad Noh, Guru besar SK Seri Perak
En. Wan Ahmad Nazri bin Wan Abdul Manaf, Penolong Kanan Pentadbiran
Pn. Rohaya binti Kadir, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Yang dihormati;
En. Mohd Othman bin Abdul Majid, Naib Yang Dipertua PIBG SK Seri Perak.
Ahli jawatankuasa PIBG SK Seri Perak, guru-guru SK Seri Perak dan Ibu bapa /penjaga murid SK
Seri Perak sekalian.

Hadirin dan hadirat sekalian.


Terlebih dahulu saya memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dapat kita bersama-
sama dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-31 pada tahun ini. Sokongan sebegini
amat diharapkan agar segala program PIBG boleh dijayakan dalam membantu pihak sekolah
untuk meraih kecemerlangan dalam bidang akademik mahupun bukan akademik. Saya juga ingin
merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada guru-guru sekolah ini yang berkorban dari segi masa
dan tenaga bagi memastikan kejayaan anak-anak kita.
Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada barisan AJK PIBG sesi 2021/2022 kerana memberi
kerjasama sepanjang saya menerajui PIBG sekolah ini. Saya berharap dana yang disumbangkan
oleh ibu bapa dan guru-guru banyak membantu pihak sekolah merealisasikan program akademik
secara berkala untuk anak-anak kita di sekolah ini. Saya berharap kerjasama seumpama ini
berterusan dan berharap semua pihak terus dapat menyumbangkan tenaga, idea serta dana bagi
membantu sekolah ini.
Selain itu, ke arah menjayakan program sekolah, kita sebagai ibu bapa amat berperanan mendidik
serta mengasuh anak-anak di rumah agar penyediaan diri yang baik dapat diterapkan. Dengan ini
akan membantu pihak sekolah mengukuhkan keperibadian anak-anak sewaktu di sekolah. Saya
percaya dan yakin bahawa disiplin diri amat penting di samping pengukuhan bidang agama untuk
anak-anak meraih kejayaan.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang tempoh tahun 2021 hingga 2022 yang terdiri daripada
lima aspek iaitu aspek pengurusan sekolah, kurikulum, hal ehwal murid, kokurikulum dan
kerohanian.
Untuk pengetahuan para hadirin, PIBG telah membantu dengan memberi sumbangan untuk
pembaikan paip yang bocor, memperbaiki siling-siling yang rosak di beberapa bilik-bilik khas dan
memperbaiki singki di kantin untuk kegunaan murid-murid.

Dari segi kurikulum, pelbagai program yang telah dijalankan melibatkan penglibatan dan
sumbangan daripada pihak PIBG, antaranya ialah Program sumbangan bubur lambuk kepada
semua warga SK Seri Perak dan Mesyuarat AJK PIBG bagi membincangkan mengenai kebajikan
murid-murid dan penglibatan serta kerjasama semua ibu bapa. Seperti yang kita semua maklum,
aktiviti bagi pengisian kerohanian anak-anak ke arah kemenjadian dari segi rohani perlu juga
dijalankan. Justeru itu, sumbangan dalam bentuk kewangan juga diberikan kepada pihak sekolah
agar dapat menjalankan program kerohanian ini. Antara program kerohanian yang telah dijalankan
adalah Program Musaadah COVID-19 Bacaan Yassin Time yang diadakan pada setiap bulan pada
hari Khamis, minggu pertama. Program anjuran Musolla Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Panitia
Agama Islam dengan kerjasama PIBG ini juga turut mendapat kutipan sumbangan dan penglibatan
daripada pihak ibu bapa dan juga warga SK Seri Perak. Program ini amat mendapat sambutan
daripada pihak ibu bapa.

Hadirin dan hadirat sekalian,


Bagi hal dan perkara yang melibatkan Hal Ehwal Murid, sumbangan dan bantuan dari segi material
dan kewangan diberikan agar dapat memenuhi keperluan untuk membantu murid yang
memerlukan. Justeru itu, program ataupun aktiviti yang bersifat kebajikan juga diadakan bagi
membantu memenuhi keperluan dan meringankan beban yang ditanggung. Gerobok rezeki
diadakan sehingga kini bagi membantu golongan yang memerlukan dari segi keperluan seperti
keperluan makanan, pakaian dan seumpamanya. Sempena program Riang Raya 2022, pakaian
raya, bakul syawal dan sumbangan duit raya diberikan kepada murid yang layak. Untuk
pengetahuan semua, kita telah mendapat sumbangan ayam mentah yang diberikan kepada murid
asnaf, guru, staff dan pekerja yang mana ini adalah salah satu daripada usaha PIBG sekolah ini.
Hadirin sekalian,
Kerjasama antara pihak sekolah dan PIBG juga turut diadakan melalui Program Ziarah Cakna.
Program ziarah cakna ini boleh diringkaskan kepada aktiviti lawatan guru ke rumah murid untuk
bertemu dengan ibu bapa penjaga bagi memberi manfaat positif kepada perkembangan
menyeluruh pelajar.  Selain itu, juga melalui lawatan yang dibuat diharapkan guru dapat
mengumpul maklumat keluarga murid memahami latar belakang murid berdasarkan tempat
mereka dibesarkan dan secara tidak langsung dapat merapatkan lagi hubungan atau ibu bapa dan
guru. Justeru, pihak sekolah dan PIBG telah mengambil inisiatif dengan membuat k unjungan
ziarah ke rumah dua orang murid pada 17 Jun baru-baru ini bagi mengatasi masalah murid
keciciran
Hadirin dan hadirat sekalian,
Sehubungan dengan segala usaha, sumbangan tenaga dan wang ringgit yang disumbangkan bagi
kepentingan prestasi sekolah dan kemenjadian anak-anak SK Seri Perak ini, saya ucapkan jutaan
terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan tidak lupa juga kerjasama yang diberikan
sepanjang saya menjadi Yang Dipertua PIBG selama ini. Saya juga memohon maaf sekiranya
selama saya menjadi yang dipertua PIBG adanya madah dan tingkah yang secara sedar atau tidak
sedar kurang disenangi atau menyinggung mana-mana pihak. Sesungguhnya kita manusia biasa
yang tak lekang daripada melakukan kesilapan sama ada sedar atau pun tidak kerana
sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah SWT dan sebaliknya datang daripada khilaf
saya sendiri. Sebagai mengakhiri ucapan saya pada hari ini, izinkan saya menyampaikan
serangkap pantun.

Burung serindit terbang melayang,


Mari hinggap di ranting mati,
Bukan ringgit dipandang orang,
Budi bahasa rangkaian hati

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai