Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN

YANG DI-PERTUA PIBG


SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI PADAS SANDAKAN

Terima kasih saya ucapkan kepada Saudara dan Saudari Pengerusi Majlis.

Yang Berusaha,
Encik Junaidi bin Haji Iting
Guru Besar
SK Sungai Padas Sandakan

Yang Dihormati,
Puan Maruyiah binti Osman
Penolong Kanan Kurikulum
SK Sungai Padas Sandakan

Encik Jaslie bin Japar


Penolong Kanan Kokurikulum
Merangkap Pengerusi Penganjur
Majlis Anugerah Kecemerlangan SK Sungai Padas Tahun 2022

Puan Radiah Abdul Hamid


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SK Sungai Padas

Yang Dikasihi
Puan Rumaizah Mohamed
Penyelaras Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2022

Puan Martini Bunadi


Naib Yang Dipertua PIBG Sesi 2022-2024

Barisan Ketua-ketua Panitia, Guru-guru kanan Matapelajaran, Dif-dif jemputan,


para ibu bapa serta murid-murid yang saya sayangi sekalian.

Bismillah irrahman irrahim. Assalamualaikum warahmatulahi wabarakatuh.


Selamat Pagi, Salam Sejahtera dan Salam Sejati Sejiwa, SK Sungai Padas Apantos
Mengogkot.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada
semua yang hadir dalam majlis ini khususnya kepada murid-murid yang diraikan
pada hari ini yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam segenap aspek
merentasi kurikulum, kokurikulum dan ko akademik sepanjang tahun 2022.
Sesungguhnya kejayaan anak-anak semua manjadi kebanggaan kami ibubapa
dan warga sekolah amnya. Atas kejayaan yang dikecapi ini, sudah tentu ada
tulang belakang yang memainkan peranan yang melahir, mendidik dan
menginsankan murid-murid ini. Tahniah dan terima kasih kepada semua guru-
guru yang komited dan berdedikasi dalam melahirkan insan yang terdidik dari
segi akademik, sahsiah dan rohani. Guru umpama obor hemah yang menyinari
pertiwi. Guru-gurulah sumber inspirasi dan suri teladan buat anak-anak kami.
Terima kasih buat semua guru-guru dan juga kepada semua ibubapa yang hadir
pada hari ini.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Pada hari ini, peranan pendidikan telah berubah. Murid-murid bukan sahaja
datang ke sekolah untuk belajar tetapi untuk dididik sebagai pewaris negara agar
menjadi modal insan yang berilmu dan berakhlak mulia. Kita juga patut sedar,
sistem pendidikan kini memerlukan perubahan selaras dengan keperluan
semasa, untuk memenuhi tuntutan zaman. Sistem pendidikan kita mestilah
sentiasa dinamik dan progresif serta bersedia untuk melalui proses perubahan
dan pembaharuan agar seiring dengan peredaran zaman. Justeru, pada
kesempatan ini saya menyeru kepada semua warga yang hadir pada hari ini agar
sentiasa memberikan sokongan kepada program-program yang dianjurkan dan
diperkenalkan oleh sekolah dari semasa ke semasa yang bertujuan untuk
meningkatkan pencapaian anak kita baik dari segi akademik mahupun aktiviti
kokurikulum.

Hadirin sekalian,

Usaha menjadikan para murid sebagai peneroka ilmu dan bukan sekadar
pengikut atau “follower” amat penting bagi mempersiapkan generasi muda
dengan keperluan abad ke-21. Selama ini, kita beranggapan penglibatan ibu
bapa dengan pembelajaran anak-anak mereka di sekolah berlaku secara semula
jadi. Namun, dengan perubahan zaman dan cabaran semasa, usaha secara
bersepadu dan bersungguh-sungguh melalui satu kaedah perlu dilakukan oleh
semua lapisan masyarakat terutamanya golongan ibubapa supaya dapat
menyumbang kepada kejayaan anak-anak. Oleh itu, ibu bapa perlu
menitikberatkan soal pembelajaran secara berterusan bukan sahaja di sekolah
tetapi juga di rumah.
Hadirin sekalian,

Saya percaya bahawa sambutan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar pada


hari ini selari dengan matlamat memotivasikan murid agar terus berusaha untuk
mencapai kecemerlangan. Saya amat berharap agar program seumpama ini
dapat diteruskan pada masa akan datang bukan sahaja untuk murid yang
cemerlang tetapi juga yang kurang cemerlang tetapi ada peningkatan atau
kemajuan.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Saya juga ingin mewakili ibubapa untuk mengucapkan ribuan terima kasih dan
sekalung penghargaan kepada pihak sekolah khususnya guru-guru yang telah
mendidik dan melatih murid-murid SK Sungai Padas sehingga berjaya
mengharumkan nama sekolah di peringkat daerah, negeri dan persada
kebangsaan dalam pelbagai acara. Sesungguhnya usaha dan peranan guru
dalam membentuk murid amatlah kami hargai. Melihat kepada momentum
semasa, para ibubapa percaya bahawa banyak lagi kejayaan yang boleh diraih
pada masa yang akan datang insya Allah. Pepatah bahasa Inggeris ada menyebut
bahawa “Not everything is served on a silver platter. Determination,
perseverance and patience is the best combination to success” manakala kata-
kata pujangga Melayu mengatakan bahawa “Kalau tidak dipecahkan ruyung
manakan dapat sagunya”.

Justeru, sebelum mengakhiri ucapan pada kali ini, saya ingin menyeru kepada
ibubapa dan guru-guru sekali lagi bahawa kesungguhan dan dedikasi serta
kebersamaan dalam melakukan sesuatu perkara pasti akan membuahkan hasil
yang boleh dituai pada kemudian harinya. Oleh itu, adalah menjadi harapan saya
agar murid-murid di sekolah ini kita jadikan sebagai stakeholder utama dan kita
sebagai orang dewasa, menjadi contoh dihadapan untuk dijejaki oleh mereka;
berpimpin tangan, tidak terlalu cepat atau lambat supaya pada akhirnya kita
semua dapat bersama di mercu kejayaan.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh ahli
jawatankuasa pelaksana yang berpadu tenaga dan mengilhamkan dekorasi
indah seperti tuan-tuan,puan-puan dan anak-anak sekalian boleh lihat pada hari
ini. Semoga kerjasama dan hubungan silaturahim antara guru dan ibubapa
berkekalan dan menjadi aspirasi kepada anak-anak untuk berjaya dunia akhirat.
Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatulahi
wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai