Anda di halaman 1dari 18

muinmohsein

SATURDAY, 5 SEPTEMBER 2015

CONTOH TEKS UCAPAN PERASMI MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG

DRAF
TEKS UCAPAN
Yang Berbahagia

BERSEMPENA

HARI ANUGERAH CEMERLANG KVAS 2015

PADA 27 SEPTEMBER 2015  (RABU) PUKUL 8.30 PAGI  DI DEWAN WAN


MOHD SAMAN, KVAS.
.

Selamat Sejahtera dan Salam Satu Malaysia


Terima kasih  Pengacara Majlis.

Yang Berusaha Encik Ridhwan Zalay, Pengarah KV Alor Setar


Yang Dihormati Encik Fuad  Bin Razali Yang Dipertua PIBG KVAS, Naib
YDP PIBG
Tn Hj Ahmad Bin Othman, Timbalan Pengarah Akademik  ,
Tn Haji Ahmad Zakil b Nik Hamid, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik,
Puan Hajah Che Rohana Binti Cha , Ketua Unit jaminan Kualiti . Pengarah
Kolej Vokasional Zon Kedah dan Perlis, Pengetua-pengetua SMT, Pengetua
dan Guru Besar dalam Kompleks Pendidikan, Pengetua-pengetua SMK
harian dan wakil, AJK PIBG SMVAS,  Ibu bapa / Waris Pelajar , para
pensyarah, guru-guru, para pelajar dan hadirin yang dikasihi sekalian.

Beras kunyit saya taburi,


                                      Air mawar direnjis wangi.
                             Berkembang kasih menabur budi,
                                      Undangan tuan amat disanjungi.

Terlebih  dahulu saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kerana


sudi menjemput saya untuk merasmikan Majlis Hari Anugerah
Cemerlang KV ALOR SETAR, bagi tahun 2015. Saya juga ingin
mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak kolej yang berjaya
mengadakan program ini sebagai satu program tahunan demi kepentingan
para pelajar. Walau apa pun nama yang diberi untuk majlis seperti ini, yang
pasti Majlis Hari Anugerah Cemerlang merupakan satu majlis khas untuk
meraikan pelajar-pelajar yang telah membuktikan kecemerlangan mereka
dalam bidang akademik. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada pelajar-
pelajar cemerlang kolej ini.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
Pada hari ini, kita mendapati peranan pendidikan telah berubah dengan
jelas daripada fungsi tradisionalnya. Para pelajar bukan sahaja datang ke
sini untuk belajar tetapi untuk dididik sebagai pewaris negara agar menjadi
modal insan yang berilmu dan berakhlak mulia.  Hal ini selari dengan salah
satu Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), iaitu meluaskan akses
kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Dalam konteks ini, NKRA
itu sendiri merupakan satu inovasi dasar dan strategi yang ampuh dalam
merealisasikan hasrat untuk memantapkan kualiti pendidikan negara. Kita
perlu bersedia untuk melakukan pembaharuan dan pembugaran dalam
sistem pendidikan melalui inovasi dasar dan strategi yang berterusan.

Sistem pendidikan kita mestilah sentiasa dinamik dan progresif serta


bersedia untuk melalui proses perubahan dan pembaharuan seiring dengan
peredaran zaman. Lantaran Kementerian Pendidikan telah
memperkenalkan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) sejak tiga tahun
yang lalu sebagai kayu ukur kompetensi para pelajar. Dengan kata lain, kita
perlu melahirkan para pelajar yang cemerlang dan kompeten iaitu mencapai
standard kualiti untuk merealisasikan aspirasi dan agenda negara.

Hadirin sekalian,
Cendekiawan  ada menyatakan tiada kejayaan semanis madu tanpa
usaha sepahit hempedu. Oleh itu, pelbagai usaha dilakukan untuk
menjadikan para pelajar sebagai peneroka ilmu dan bukan sekadar pengikut
amat penting bagi mempersiapkan generasi muda dengan keperluan abad
ke-21. Selama ini, kita beranggapan penglibatan ibu bapa dengan
pembelajaran anak-anak mereka di sekolah berlaku secara semula jadi.
Namun, dengan perubahan zaman dan cabaran semasa, usaha secara
bersepadu dan bersungguh-sungguh melalui satu kaedah perlu dilakukan
oleh semua lapisan masyarakat supaya dapat menyumbang kepada
kejayaan anak-anak. Seyogianya, ibu bapa menitikberatkan soal
pembelajaran secara berterusan bukan sahaja di sekolah tetapi juga di
rumah.

Sebagai ibu bapa kita juga perlu melakukan refleksi kendiri atau
bermuhasabah, apakah memadai atau cukup setakat menyerahkan
tanggungjawab kepada guru-guru dan pihak sekolah semata-mata. Ibu bapa
perlu memastikan usaha yang dimulakan di sekolah akan diteruskan apabila
murid-murid balik ke rumah. 

Tuan-tuan dan puan-puan,


Mahatma Gandhi ada menyatakan bahawa kepuasan terletak pada
usaha, bukannya kejayaan. Maka kepimpinan institusi pendidikan seperti
KVAS perlu memacu penghasilan daya kreativiti dan inovasi dalam proses
pengajaran dan pembelajaran secara berterusan. Bagi menghasilkan
pendidikan yang bermutu, para pengajar perlu melakukan anjakan
paradigma dalam melaksanakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran
yang menggalakkan para pelajar untuk berfikir secara kreatif dan inovatif
terutama para pelajar di sini yang berfokuskan kemahiran.  Kita perlu
berganjak daripada pendekatan model kilang penghasilan pendidikan
(factory model of producing education) kepada model penciptaan
pengajaran dan pembelajaran yang memberangsangkan minda, yang
menguji daya kreativiti dan inovasi, yang mencungkil keupayaan
menyelesaikan masalah dan yang mengasah ketajaman penaakulan
(reasoning) para pelajar. Ertinya, orientasi pengajaran dan pembelajaran
mesti berganjak daripada pembelajaran berbentuk hafalan (rote learning)
kepada pembelajaran yang memberangsangkan akal (mind stimulating
learning).

Imam Al-Ghazali pernh berkata bahawa ‘Beriman dan beramal


sumbernya ialah ilmu.  Ilmu diperoleh dengan belajar.  Tiada ertinya
iman kalau tiada amal dan tiada erti amal kalau tiada keikhlasan
Oleh itu, para pendidik perlu sedar orang ramai terutama ibu bapa sentiasa
mengukur pencapaian  berdasarkan standard kualiti yang telah dijanjikan.
Para pendidik jangan cepat berasa puas dengan pencapaian  pada hari ini.
Seorang pendidik mesti sentiasa berusaha meningkatkan kualiti
perkhidmatan agar perkhidmatan pendidikan akan menjadi contoh kepada
perkhidmatan yang lain. Seperti yang kita semua sedia maklum, para pelajar
merupakan tiang negara dan bakal pemimpin negara kerana  Pemuda
harapan bangsa, pemudi tiang negara. Jadi pengasuhan, bimbingan dan
dorongan dari segi semua aspek hidup dari peringkat awal lagi adalah amat
penting. Pencapaian mereka dari segi akademik sahaja tidak memadai.
Malahan pembangunan dan perkembangan yang tinggi dalam aspek
keperibadian juga adalah perlu diberi perhatian yang sama berat.

Saya percaya sambutan Majlis Hari Anugerah Cemerlang pada hari ini


adalah selari dengan matlamat memberi dorongan dan memotivasikan para
pelajar agar terus berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam semua
bidang. Diharapkan semoga program seumpama ini dapat berterusan pada
masa-masa akan datang bukan sahaja untuk pelajar yang cemerlang tetapi
juga yang kurang cemerlang tetapi ada peningkatan atau kemajuan.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan
tahniah kepada para pelajar yang akan menerima hadiah nanti atas
pencapaian mereka dan diharapkan pencapaian kecemerlangan tersebut
tidak berakhir di sini sahaja. Teruskanlah kecemerlangan itu sampai bila-
bila. Segala kejayaan ini tidak seharusnya melekakan kita. Benar kita telah
mencipta banyak kejayaan, tetapi ini tidak bermakna bahawa kita boleh
selesa berpeluk tubuh mengharapkan setiap kejayaan yang dicipta pada
masa lalu akan berulang dengan sendirinya pada masa hadapan.
Hakikatnya, kita sedang menghadapi pelbagai cabaran baru yang menuntut
supaya kita sentiasa meneroka ilmu terkini, melakukan inovasi dan
berusaha untuk melangkaui sempadan kecemerlangan.

Kepada para pelajar yang tidak menerima hadiah, janganlah kecewa tetapi


ingatlah pesanan saya ini. Untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang,
kita harus mempunyai sikap rajin berusaha dan tidak mudah berputus
asa. Berpeganglah pada prinsip alang-alang menyeluk pekasam biar
sampai ke pangkal lengan. Saya percaya para pelajar yang mendapat
anugerah pada hari ini merupakan mereka yang rajin berusaha dan
konsisten dalam usaha. Mereka yang cemerlang ini biasanya rajin pada tiap-
tiap hari dan bukannya rajin menjelang peperiksaan semata-mata atau rajin
mengikut musim.. Saya percaya jika para pelajar dapat mencontohi mereka
yang menerima anugerah pada hari ini, anda juga pasti akan berada di
kerusi tersebut pada tahun akan datang.
Tuan-tuan dan puan-puan yang hormati sekalian,
Ibnu Rusyd, seorang tokoh ilmuwan Islam pernah menukilkan antara lainnya
bermaksud, "Kepuasan yang sejati lahir daripada keabadian bersama".
Dalam hal ini, semua pihak semestinya berganding bahu dan mengatur
langkah sederap berusaha untuk merealisasikannya. Hasil gabungan
kerjasama mantap yang terjalin, satu jaringan kecemerlangan akademik
yang tinggi mampu digapai. Kita perlu menjadikan hubungan antara warga
kolej dan ibu bapa sebagai hubungan yang berasaskan rasa tanggungjawab
bersama, saling memerlukan dan sentiasa menyokong antara satu sama
lain, bak kata peribahasa seperti aur dengan tebing.
Pemimpin dan barisan tenaga pengajar kolej  ini boleh bertukar ganti; boleh
datang dan pergi, namun organisasi  mesti dipertahankan walau sesiapa
pun yang menerajui dan memacunya. Ingatlah, kecemerlangan yang ingin
kita capai tidak boleh ditolak-ansurkan. Semua pihak termasuk  ibu bapa
dan pelajar patut memberi sokongan padu kepada pihak pentadbir kolej jika
semua mimpi indah tentang kecemerlangan ingin direalisasikan.

Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan sekali lagi mengucapkan


tahniah dan syabas kepada pihak KVAS kerana berjaya
menganjurkan Majlis Hari Anugerah Cemerlang tahun ini.

Sebelum saya berundur diri, saya juga ingin menarik perhatian hadirin
sekalian pada gurindam ini;

          Jika murid mendengar kata


          Tidak guru berkata cela
          Jika ibu bapa bekerjasama
          Tidaklah anak berdukacita
          Jika kita seia sekata
          Tiada timbul sengketa

          Jika seiring kita berusaha


          Pasti semua akan berjaya

Digerak oleh iltizam mencapai kecemerlangan, saya dengan


lafaz Bismillahhirrahmannirahim (Dengan nama Allah yang Maha
pemurah lagi Penyayang) MERASMIKAN, Majlis Hari Anugerah
Cemerlang, tahun 2015.

  . 
at September 05, 2015 
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Teks Ucapan

46 comments:

1.

Cikgu Jae12 April 2017 at 19:33

Hebat penulis teks ucapan ini.Tahniah


Reply
Replies

1.

Unknown6 June 2017 at 13:48

http://teksiair.blogspot.my/

2.

Unknown19 November 2018 at 10:15

Asslam, saya juga mohon izin untuk dijadikan panduan untuk saya menyiapkan
teks hari anugerah cmrlng sek sy, terima kasih tuan
Reply

2.

HABSAH BT NAN15 November 2017 at 23:07

Assalammualaikum, izinkan saya menggunakan teks ucapan ini sebagai panduan untuk
saya menulis teks ucapan Hari Anugerah. Terima kasih.
Reply

3.

Chinta Nurani22 November 2017 at 16:30

Salam. Saya nak minta izin untuk guna sebahagian teks ucapan ini ya sebagai panduan
untuk menulis ucapan perasmian Hari Anugerah Kecemerlangan. Terima kasih.
Reply

4.

Chinta Nurani22 November 2017 at 16:31

Salam. Saya nak minta izin untuk guna sebahagian teks ucapan ini ya sebagai panduan
untuk menulis ucapan perasmian Hari Anugerah Kecemerlangan. Terima kasih.
Reply

5.

Unknown24 April 2018 at 14:44

salam...saya nk mtk izin nk guna


Reply

6.

PBS PPD LMS5 July 2018 at 22:41

Saya juga ingin minta izin guna sebahagian teka ini....teks sangat lengkap dan padu
isinya...Tahniah
Reply

7.

zanna27 July 2018 at 22:46

saya juga minta izin untuk guna teks ni sebagai panduan


Reply
8.

Unknown13 September 2018 at 21:48

salam..saya mintak izin menjadikan teks ini sebagai panduan


Reply

9.

Unknown5 October 2018 at 14:52

salam..saya mintak izin ingin guna teks ini...ayatnya padu dan sgt membantu
Reply

10.

Unknown10 October 2018 at 19:33

salam.. mohon izin guna teks untuk rujukan . terima kasih


Reply

11.

Unknown25 October 2018 at 11:19

assalamualaikum..dengan rendah diri saya mohon izin utk menjadikan panduan terima
kasih.
Reply

12.

Unknown31 October 2018 at 09:52

saya dengan rendah diri mohon untuk teks ini dijadikan panduan..terima kasih
Reply

13.

Unknown3 November 2018 at 19:47

salam...saya minta izin gunakan teks ini....terima kasih


Reply

14.

salam ...mohon izin utk saya gunakan teks ini sebangai rujukan. terima kasih
Reply
15.

Unknown12 November 2018 at 22:00

Asslamualaikum. Saya mohon izin menggunakan teks di atas sebagai contoh dan
panduan. Terima kasih
Reply

16.

rahimahj13 November 2018 at 12:45

mohon share ucapan sbg rujukan... Tqsm


Reply

17.

ummianwarafifasyraf14 November 2018 at 19:12

Mohon izin gunakan sebahagian teks ini


Reply

18.

Zsamad15 November 2018 at 22:58

Assalamualikum wbt....
sebuah teks yg sangat bagus dan menarik.....
Reply

19.

Unknown18 November 2018 at 10:57

Sy nak Minta kebenaran untUK guna sebahagian teks ni. Terima kasih
Reply

20.

PORTAL SMKA SABK SELANGOR21 November 2018 at 18:30

Assalamualaikum....teks yang amat menarik. Mohon kebenaran untuk guna sebagai


panduan.. Terima kasih.
Reply

21.
Unknown22 November 2018 at 00:52

Assalam...saya mohon izin utk guna sebahagian teks ini sebagai panduan ye..tk
Reply

22.

bismida23 November 2018 at 00:56

Assalamualaikum, saya mohon izin untuk menggunakan sebahagian teks dan sebagai
panduan.tq
Reply

23.

.28 January 2019 at 00:49

Assalamualaikum...saya mohon izin untuk menggunakan teks ini sebagai


panduan...syukran
Reply

24.

angah sam14 March 2019 at 23:14

Mohon keizinan pihak tuan/puan utk saya menggunakan teks ucapan ini sbg
panduan/rujukan & digunakan perenggan2 tertentu utk dimasukkan ke dlm teks ucapan
pihak saya. Ucapan yg sgt hebat👍🏽
Reply

25.

MARDIAH MUSA21 March 2019 at 09:02

Teks yg lengkap dengan kata-kata tokoh, pantun dan rujukan


Reply

26.

Unknown3 April 2019 at 15:01

Mohon kongsi ya tuan


Reply

27.

Unknown14 April 2019 at 08:04

Mohon kongsi ya tuan


Reply

28.

Unknown21 April 2019 at 22:59

Mohon kongsi ya ... jazakallahukhairan


Reply

29.

unknown11 June 2019 at 21:15

Tahniah. Teks yang padat dengan maklumat. Pohon keizinan menggunakan teks ini
sebagai contoh penulisan teks ucapan.
Reply

30.

Unknown9 September 2019 at 14:26

Assalamualaikum.. Tahniah kerana teks ini telah menarik


minat saya serta izinkan sy utk menjadikan teks ini sbg panduan.. Terima kasih
Reply

31.

Unknown16 October 2019 at 20:24

mohon izin gunakan teks ini.. tq


Reply

32.

Anonymous25 October 2019 at 15:36

Assalamualaikum. Tuan, teks ucapan yang amat menarik dan mantap. mohon izin untuk
gunakan teks ini sbg panduan memandangkan ini tahun pertama saya menjadi YDP PIBG.
Reply

33.

Unknown6 November 2019 at 13:09

Mantap kandungan teksnya....mohon digunakan sebagai panduan. Terima kasih :)


Reply

34.
seha samat7 November 2019 at 10:26

Mohon izin guna teks ini.. tq


Reply

35.

Unknown18 January 2020 at 10:57

Izinkan saya menggunakan idea teks ini sebagai panduan...


Reply

36.

Unknown26 August 2020 at 23:44

salam..mohon share sebagai panduan


Reply

37.

Murnisyah16 December 2020 at 20:16

Assalamuaikum, mohon izin sebagai rujukan ya, terima kasih Tuan.


Reply

38.

Sofea20 February 2021 at 15:47

Assalamualaikum tuan. Saya dengan rendah hati ingin memohon izin untuk menjadikan
teks ucapan tuan yang hebat ini sebagai rujukan, ya. Semoga Tuhan merahmati. 😊
Reply

39.

Unknown28 August 2021 at 15:04

Tahniah. teks yang sangat bermakna dan lengkap.


Reply

40.

Muhammad Firdaus23 September 2021 at 14:45

mohon izin dijadikan panduan untuk saya membuat teks bagi program saya ye tuan.
Reply
41.

Unknown3 October 2021 at 16:19

Assalamualaikum. Saya mohon izin guna teks ini utk jadi rujukan tuan. Terima kasih.
Reply

42.

Amie30 June 2022 at 18:53

Assalamualaikum. Mohon izin gunakan teks ini sebagai rujukan. Terima kasih.
Reply

43.

Salleh9 February 2023 at 14:22

Assalamualaikum. Amat menarik teks ucalan ini. Ada kaktan dgn tempat latihan bakeri utk
orang istimewa yg saya kendalikan. Mohon izin saya gunakan beberapa petikan teks ini
utk majlis penyampaian sijil pelatih saya. Semoga Tuan dirahmati oleh ALLAH SWT.
Terima kasih Tuan.
Reply

44.

aBaRd10 February 2023 at 18:26

Assalamualaikum tuan. Teks ucapan tuan amat hebat. Saya mohon izin untuk jadikan
panduan dan petik beberapa teks tuan untuk Majlis Apresiasi sekolah saya ye. Terima
kasih tuan.
Reply

Newer PostOlder PostHome


Subscribe to: Post Comments (Atom)
ABOUT ME
muinmohsein
View my complete profile
ARKIB BLOG
 ►  2020 (63)
 ►  2019 (8)
 ►  2018 (6)
 ►  2017 (28)
 ►  2016 (58)
 ▼  2015 (147)
o ►  December (3)
o ▼  September (2)
 CONTOH TEKS UCAPAN PERTANDINGAN INOVASI
 CONTOH TEKS UCAPAN PERASMI MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG
o ►  August (42)
o ►  July (5)
o ►  June (13)
o ►  May (11)
o ►  April (6)
o ►  March (14)
o ►  February (18)
o ►  January (33)
 ►  2014 (118)
 ►  2013 (187)
LABELS
 ANALISIS SOALAN SPM
 Cerpen Pahlawan Buntung
 contoh
 Fizik
 FOKUS PERCUBAAN SPM
 FOKUS PMR 2013
 FOKUS SPM 2013
 FOKUS SPM 2014
 Gambar Keluarga
 Hari Raya 2013
 Hikayat Langlang Buana
 karangan
 KERTAS 1
 kertas 2
 KIMIA
 KOMSAS
 KOMSAS SPM
 KOMSAS TINGKATAN 4
 KOMSAS TINGKATAN 5
 KOSA KATA
 Latihan
 Novel
 Novel Songket Berbenang Emas
 NOVEL : JUSTERU IMPIAN DI JARING
 Novel Azfa Hanani. KOMSAS
 NOVEL JALAN KE PUNCAK
 NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN
 Novel Kembara Amira. KOMSAS
 Novel Songket Benang Emas
 Pantun lapan Kerat
 Penanda Wacana
 Peribahasa
 PMR
 Prosa Tradisional
 PT3
 RUMUSAN
 SAINS
 Sajak
 SAJAK DIRGAHAYU BAHASAKU
 Santai
 Sejarah
 skema
 SOALAN FOKUS BI
 SOALAN FOKUS MATH
 SPM
 Spot SPM
 Spot SPM 2013
 Tatabahasa
 Teks Ucapan
 TIPS SPM 2018
 Ucapan
 UNGKAPAN
Report Abuse
RAKAN BLOG
JUMLAH PELAWAT

0 46
1 59
2 54
3 42
4 34
5 25
6 18
7 15
8 18
9 21
10 40
11 45
12 30
13 24
14 27
15 36
16 41
17 50
18 45
19 33
20 34
21 36
22 45
23 95
24 99
25 74
26 54
27 47
28 50
29 45
  3865350
SEARCH THIS BLOG
PAGES
 Home
LATIHAN TATABAHASA:
POPULAR POSTS
 KARANGAN - HUBUNGAN SERANTAU
Kebaikan menjalin hubungan baik dengan negara serantau        Kuat akar
kerana tunjang,kuat tunjang kerana akar. Justeru, semua  negara...
 GURINDAM BEBERAPA PETUA HIDUP (Za’ba)
GURINDAM BEBERAPA PETUA HIDUP (Za’ba) Fikir dan Kata Kurang
fikir, kurang siasat, Tentu dirimu kelak tersesat. Fikir dahulu se...
 CONTOH TEKS UCAPAN PERASMI MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG
DRAF TEKS UCAPAN Yang Berbahagia BERSEMPENA HARI
ANUGERAH CEMERLANG KVAS 2015 PADA 27 SEPTEMBER...
Picture Window theme. Powered by Blogger.

Anda mungkin juga menyukai