Anda di halaman 1dari 10

TEKS UCAPAN PERASMI SEMPENA

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN


SMK TANJONG LUMPUR 2021

Bacaan Bismillah

Beras kunyit saya taburi,


Air mawar direnjis wangi.
Berkembang kasih menabur budi,
Undangan tuan amat disanjungi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Selamat Sejahtera dan Salam Kuantan Peneraju
Kecemerlangan Pendidikan Masa Hadapan

Salutasi Yang Berusaha,


majlis Encik Wan Zullkefli bin Wan Hasan,
Pengetua Cemerlang, SMK Tanjong Lumpur

Yang Berusaha,
Ustaz Mohd Amran bin Abd Hamid
Yang di-Pertua PIBG SMK Tanjong Lumpur

Yang dihormati

Cik Normahiza bt Nordin


GPK Pentadbiran
En Ruslan bin Osman
GPK Hal Ehwal Murid

En Mat Sot bin Saad ,AMP


GPK Kokurikulum

Puan Suzana binti Ibrahim


GPK Pendidikan Khas

Seterusnya, ketua-ketua Bidang, guru-guru,


barisan kepimpinan PIBG, ibu bapa, penjaga serta
yang diraikan para penerima hadiah
kecemerlangan pada hari ini.
Pertamanya, marilah kita ucapkan rasa syukur atas
Ucapan
limpah nikmat dan inayahNya dapat kita
Aluan
berkumpul bersama secara maya sempena Majlis
Perasmi
Anugerah Kecemerlangan SMK Tanjong Lumpur
bagi Tahun 2021.

Saya merakamkan ucapan syabas dan tahniah


kepada pihak sekolah yang berjaya mengadakan
program ini, walaupun secara atas talian dalam
suasana baru namun tetap diadakan bagi
mengiktiraf usaha dan pencapaian dalam bidang
akademik, sahsiah dan kokurikulum yang telah
dicapai sepanjang tahun 2020 lalu. Pastinya ia
membangkitkan nostalgia dan inspirasi yang paling
bermakna buat para pelajar khasnya dan para
pendidik serta ibu bapa sekalian.

Majlis ini juga bertujuan untuk menzahirkan rasa


tanggungjawab terhadap amanah Allah yang
diberikan kepada kita untuk memimpin
kecemerlangan membangunkan modal insan yang
berkualiti, berkeperibadian unggul,
berpengetahuan luas dan berkemahiran tinggi bagi
memenuhi aspirasi negara pada 2025 sesuai
dengan visi dan misi sekolah ini.

Syabas dan tahniah sekali lagi saya ucapkan.


Hadirin yang saya muliakan,

Seperti yang sedia maklum, walaupun pelajar-


pelajar terutamanya pelajar SPM 2020 yang lalu
belajar dalam keadaan norma baharu kerana
masalah pendemik Covid 19 namun kegigihan dan
kecekalan mereka telah mencipta sejarah kerana
telah berjaya mencapai GPS sekolah iaitu 4.55
meningkat sebanyak 0.43 dari tahun sebelumnya
dengan seorang pelajar memperoleh 9A dan 24
orang mendapat 5A ke atas dalam keputusan SPM
2020 lepas. Saya yakin ini adalah hasil usaha
keras semua pihak terutamanya warga sekolah dan
ibu bapa yang tidak jemu bagi memastikan SMK
Tanjong Lumpur setanding dengan sekolah-sekolah
lain.

Ini membuktikan bahawa SMK Tanjong Lumpur


mampu melahirkan para pelajar yang berkualiti
dan holistik memenuhi standard kualiti bagi
merealisasikan aspirasi dan agenda Pendidikan
Negara sesuai dengan program sekolah amanah
yang telah dilaksanakan masuk tahun ke 6 pada
tahun ini.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Pada hari ini, kita mendapati peranan pendidikan


telah berubah dengan jelas daripada fungsi
tradisionalnya. Para pelajar bukan sahaja ke
sekolah untuk belajar tetapi untuk dididik sebagai
pewaris negara agar menjadi modal insan yang
berilmu dan berakhlak mulia. Hal ini selari dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang
diterjemahkan melalui Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Dalam konteks ini, Pelan Pembangunan Pendidikan


Malaysia itu sendiri merupakan satu inovasi dasar
dan strategi yang ampuh dalam merealisasikan
hasrat untuk memantapkan kualiti pendidikan
negara. Kita perlu bersedia untuk melakukan
pembaharuan dan pembugaran dalam sistem
pendidikan melalui inovasi dan strategi yang
berterusan tambahan pula dalam situasi pendemik
ini.

Mahatma Gandhi ada menyatakan bahawa


kepuasan terletak pada usaha, bukannya
kejayaan. Maka kepimpinan institusi pendidikan
seperti sekolah perlu memacu penghasilan daya
kreativiti dan inovasi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran secara berterusan. Bagi
menghasilkan pendidikan yang bermutu, para
pengajar perlu melakukan anjakan paradigma
dalam melaksanakan pendekatan pengajaran dan
pembelajaran yang menggalakkan para pelajar
untuk berfikir secara kreatif dan inovatif
terutamanya dalam situasi Covid 19 ini.

Di mana pengajaran terpaksa dilaksanakan secara


maya dan kekangan untuk bersemuka secara
langsung dengan pelajar. Kita perlu berganjak
kepada model pengajaran dan pembelajaran yang
memberangsangkan minda, yang menguji daya
kreativiti dan inovasi, yang mencungkil keupayaan
menyelesaikan masalah dan yang mengasah
ketajaman penaakulan (reasoning) para pelajar.
Ertinya, orientasi pengajaran dan pembelajaran
mesti berganjak daripada pembelajaran
berbentuk hafalan (rote learning) kepada
pembelajaran yang memberangsangkan akal ( mind
stimulating learning).

Hadirin sekalian,

Cendekiawan  ada menyatakan tiada kejayaan


semanis madu tanpa usaha sepahit hempedu.
Oleh itu, pelbagai usaha dilakukan untuk
menjadikan para pelajar sebagai peneroka ilmu
dan bukan sekadar pengikut amat penting bagi
mempersiapkan generasi muda dengan keperluan
abad ke-21.

Selama ini, kita beranggapan penglibatan ibu bapa


dengan pembelajaran anak-anak mereka di sekolah
berlaku secara semula jadi. Namun, dengan
perubahan zaman dan cabaran semasa, usaha
secara bersepadu dan bersungguh-sungguh melalui
satu kaedah perlu dilakukan oleh semua lapisan
masyarakat supaya dapat menyumbang kepada
kejayaan anak-anak. 

Seyogianya, ibu bapa menitikberatkan soal


pembelajaran secara berterusan bukan sahaja di
sekolah tetapi juga di rumah. Sebagai ibu bapa
kita juga perlu melakukan refleksi kendiri atau
bermuhasabah, apakah memadai atau cukup
setakat menyerahkan tanggungjawab kepada guru-
guru dan pihak sekolah semata-mata.

Ibu bapa perlu memastikan usaha yang dimulakan


di sekolah akan diteruskan apabila murid-murid
berada di rumah. Contohnya seperti pelaksanaan
PDPR yang sedang dilaksanakan sekarang. Saya
tahu banyak cabaran dan pelbagai usaha semua
pihak dalam mengharung cabaran ini demi
memastikan anak-anak tidak ketinggalan.

Terima kasih dan tahniah atas komitmen anda


sekalian.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk


mengucapkan syabas dan tahniah kepada para
pelajar yang akan menerima hadiah nanti atas
pencapaian mereka dan diharapkan pencapaian
kecemerlangan tersebut tidak berakhir di sini
sahaja. Teruskanlah kecemerlangan itu sampai
bila-bila.

Segala kejayaan ini tidak seharusnya melekakan


kita. Benar kita telah mencipta banyak kejayaan,
tetapi ini tidak bermakna bahawa kita boleh
selesa berpeluk tubuh mengharapkan setiap
kejayaan yang dicipta pada masa lalu akan
berulang dengan sendirinya pada masa hadapan.
Hakikatnya, kita sedang menghadapi pelbagai
cabaran baru yang menuntut supaya kita sentiasa
meneroka ilmu terkini, melakukan inovasi dan
berusaha untuk melangkaui sempadan
kecemerlangan.

Tuan-tuan dan puan-puan yang hormati sekalian,

Ibnu Rusyd, seorang tokoh ilmuwan Islam pernah


menukilkan antara lainnya bermaksud, "Kepuasan
yang sejati lahir daripada keabadian bersama".
Dalam hal ini, semua pihak semestinya berganding
bahu dan mengatur langkah sederap berusaha
untuk merealisasikannya. Hasil gabungan
kerjasama mantap yang terjalin, iaitu ibu bapa,
guru-guru, staf sokongan malahan komuniti
setempat merupakan satu jaringan kecemerlangan
yang tinggi mampu digapai dalam bidang akademik,
sahsiah dan kokurikulum di sekolah. Kita perlu
menjadikan hubungan antara warga sekolah dan
ibu bapa dan komuniti sebagai hubungan yang
berasaskan rasa tanggungjawab bersama, saling
memerlukan dan sentiasa menyokong antara satu
sama lain, bak kata peribahasa seperti aur
dengan tebing.

Ingatlah, kecemerlangan yang ingin kita capai


tidak boleh ditolak-ansurkan. Semua pihak
termasuk  ibu bapa dan para pelajar patut
memberi sokongan padu kepada pihak pentadbir
sekolah jika semua mimpi indah tentang
kecemerlangan ingin direalisasikan.

Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan


sekali lagi mengucapkan tahniah dan syabas
kepada pihak SMK Tanjong Lumpur kerana
berjaya menganjurkan Majlis Anugerah
Kecemerlangan tahun ini.
Digerak oleh iltizam mencapai kecemerlangan,
saya dengan lafaz Bismillahhirrahmannirahim
(Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi
Penyayang) MERASMIKAN, Majlis Anugerah
Kecemerlangan SMK Tanjong Lumpur, tahun
2021.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai