Anda di halaman 1dari 3

Assalamualaikum, dan Selamat Sejahtera

Terima kasih Pengacara Majlis.

Yang Berusaha Tuan Guru Besar, En. Muhamod Suhaimi bin Sulaiman,

Yang Dihormati Pn. Zailah binti Sabran, PK PPKI SK Kopok,

En. Fabilah bin Ali, YDP Permuafakatan PIBG ,

Guru-guru,

Ibu bapa / Waris Pelajar , serta murid-murid istimewa yang disayangi sekalian,

Beras kunyit saya taburi,

Air mawar direnjis wangi.

Berkembang kasih menabur budi,

Undangan tuan amat disanjungi.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kerana sudi menjemput
saya untuk merasmikan Majlis Hari Anugerah Cemerlang serta Jamuan Akhir Tahun PPKI
SK KOPOK, bagi tahun 2019 yang julung kalinya diadakan. Saya juga ingin mengucapkan
syabas dan tahniah kepada pihak pengurusan PPKI yang berjaya mengadakan program ini
demi menghargai murid-murid PPKI. Walau apa pun nama yang diberi untuk majlis seperti
ini, yang pasti Majlis Hari Anugerah Cemerlang merupakan satu majlis khas untuk meraikan
pelajar-pelajar yang telah membuktikan kecemerlangan mereka dalam bidang akademik,
kokurikulum, dan sahsiah . Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada murid-murid PPKI yang
terlibat.

Hadirin sekalian,

Program pendidikan khas SK Kopok telah dibuka pada tahun 2017. Usianya masih muda,
dalam kiraan 3 tahun. Namun penglibatan murid-murid dalam aktiviti-aktiviti yang
dianjurkan oleh daerah dan sekolah amat cemerlang. Terima kasih kepada ibu bapa,
pentadbir, yang selalu memberi sokongan terhadap perkembanganmurid-murid PPKI ini.
Tuan/Puan,

Walaupun anak Tuan/Puan adalah anak-anak istimewa, namun Tuan/Puan kena bersedia
dengan era perubahan Sistem pendidikan masa kini. Sebagai ibu bapa kita juga perlu
melakukan refleksi kendiri atau bermuhasabah, apakah memadai atau cukup setakat
menyerahkan tanggungjawab kepada guru-guru dan pihak sekolah semata-mata. Ibu bapa
perlu memastikan usaha yang dimulakan di sekolah akan diteruskan apabila murid-murid
balik ke rumah.

Saya percaya sambutan Majlis Hari Anugerah Cemerlang pada hari ini adalah selari dengan
matlamat memberi dorongan dan memotivasikan para pelajar agar terus berusaha untuk
mencapai kecemerlangan dalam semua bidang. Diharapkan semoga program seumpama ini
dapat berterusan pada masa-masa akan datang bukan sahaja untuk pelajar yang cemerlang
tetapi juga yang kurang cemerlang tetapi ada peningkatan atau kemajuan.

Kepada para pelajar yang tidak menerima hadiah, janganlah kecewa tetapi ingatlah pesanan
saya ini. Untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang, kita harus mempunyai sikap rajin
berusaha dan tidak mudah berputus asa. Berpeganglah pada prinsip alang-alang menyeluk
pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Saya percaya para pelajar yang mendapat anugerah
pada hari ini merupakan mereka yang rajin berusaha dan konsisten dalam usaha. Mereka
yang cemerlang ini biasanya rajin pada tiap-tiap hari dan bukannya rajin menjelang
peperiksaan semata-mata atau rajin mengikut musim.. Saya percaya jika para pelajar dapat
mencontohi mereka yang menerima anugerah pada hari ini, anda juga pasti akan berada di
kerusi tersebut pada tahun akan datang.

Pemimpin dan barisan tenaga pengajar boleh bertukar ganti; boleh datang dan pergi, namun
organisasi mesti dipertahankan walau sesiapa pun yang menerajui dan memacunya. Ingatlah,
kecemerlangan yang ingin kita capai tidak boleh ditolak-ansurkan. Semua pihak termasuk
ibu bapa dan pelajar patut memberi sokongan padu kepada pihak pentadbir jika semua mimpi
indah tentang kecemerlangan ingin direalisasikan.

Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan sekali lagi mengucapkan tahniah dan syabas
kepada pihak PPKI SK KOPOK kerana berjaya menganjurkan Majlis Hari Anugerah
Cemerlang dan jJamuan Akhir Tahun buat kali pertama ini.

Sebelum saya berundur diri, saya juga ingin menarik perhatian hadirin sekalian pada
gurindam ini;
Jika murid mendengar kata

Tidak guru berkata cela

Jika ibu bapa bekerjasama

Tidaklah anak berdukacita

Jika kita seia sekata

Tiada timbul sengketa

Jika seiring kita berusaha

Pasti semua akan berjaya

Digerak oleh iltizam mencapai kecemerlangan, saya dengan lafaz Bismillahhirrahmannirahim


(Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Penyayang) MERASMIKAN, Majlis Hari
Anugerah Cemerlang, tahun 2019.qnhgm

Anda mungkin juga menyukai