Anda di halaman 1dari 2

KATA ALU-ALUAN

GURU BESAR SK ROMPIN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.

Sekalung tahniah saya ucapkan kepada Jawatankuasa Pengelola Majlis kerana dengan
izinnya kita dapat meraikan dan memberi pengiktirafan kepada murid-murid SK Rompin.

Saban tahun, pihak sekolah tidak pernah lupa mengadakan majlis untuk meraikan kejayaan
cemerlang murid-murid dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum. Malahan bagi saya,
majlis ini diadakan khusus untuk meraikan para ibu bapa yang sentiasa meletakkan
kecemerlangan dan kejayaan anak-anak sebagai agenda pertama dalam kehidupan mereka.
Jadi pada kesempatan ini saya bagi pihak sekolah ingin merakamkan ucapan tahniah dan
syabas bukan sahaja kepada para murid yang bakal menerima anugerah malahan ibu bapa dan
para guru yang menjadi nadi atau tulang belakang sehingga membuahkan kejayaan untuk
mereka.

Sebenarnya, kejayaan seorang murid tidak hanya terletak pada usaha dan kesungguhan yang
dimainkan oleh guru semata-mata. Kita sedar, bahawa guru-guru di peringkat sekolah rendah
perlu harus ‘Memberi’, agar para murid bersedia untuk ‘Menerima’. Selain insan yang ibarat
lilin yang membakar diri ini, ibu bapa juga perlu sentiasa memainkan peranan penting untuk
mencorakkan masa depan anak-anak mereka. Malahan tuan-tuan dan puan-puan, pada saya
yang paling utama kejayaan adalah terletak pada diri para murid itu sendiri, agar sentiasa
mempunyai komitmen dan motivasi diri yang tinggi sekiranya ingin mengecapi
kecemerlangan.

Sesungguhnya kita harus sedar bahawa dalam usaha menuju ke puncak, banyak laluan sukar
yang perlu ditempuhi. Pepatah Melayu selalu mengingatkan kita, “Di mana ada kemahuan, di
situ ada jalan”, “Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”, “Kalau tidak dipecahkan
ruyung, manakan dapat sagunya.” Oleh itu, marilah kita sama-sama berganding bahu untuk
mencipta kejayaan demi kejayaan buat anak-anak kita.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua
penerima anugerah pada hari ini. Saya sangat berharap agar kecemerlangan yang ditunjukkan
oleh para penerima akan menjadi pemangkin untuk para murid mempertingkatkan mutu
pencapaian mereka dalam bidang akademik dan bukan akademik pada masa hadapan.

Akhir kata, tahniah dan syabas diucapkan kepada Jawatankuasa Pengelola Majlis serta semua
pihak yang telah berusaha gigih bagi merealisasikan Hari Anugerah Kecemerlangan SK
Rompin 2019.

“PENDIDIKAN ADALAH KEGEMBIRAAN,KASIH SAYANG DAN SALING


HORMAT-MENHORMATI

(ZAMRI BIN YAHAYA)

Anda mungkin juga menyukai