Anda di halaman 1dari 2

Yang Diraikan,En.

Balakrishnan a/l Govindasamy, selaku guru yang akan bersara,


Yang berbahagia En.Lok Ah Kow , Timbalan pengurus Lembaga pengurus sekolah
Shing Chung
Yang berbahagia En.Low Lim Guan, Yang Di Pertua PIBG SMJK shing chung
Yang berusaha, Cik Lim Chiew Ngoh, Penolong Kanan pentadbiran SMJK shing
chung
Yang dihormati penolong-penolong kanan, guru guru kanan, dif dif jemputan,
guru guru, para pelajar dan semua warga shing chung.
Salam Sejahtera dan Satu Malaysia. Semoga dapat kita bersama-sama meraikan
majlis perpisahan yang sangat bermakna dan penuh erti pada hari ini.
Mat kilau pahlawan sejati,
Pejuang hebat tuntut merdeka,
Menjunjung kasih setia budi,
Budi tak dapat hendak dilupa.
Hadirin Sekalian,
Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Yang pastinya setiap perpisahan
amat menyedihkan. Apabila mengenang kembali saat-saat ketika bersama, pasti
ia akan menjadi detik kenangan paling manis yang tidak dapat dilupakan. Hari ini,
kami berasa amat sedih kerana akan kehilangan seorang guru yang amat kami
sayangi dan cintai.Pada kami, guru kami ini iaitu Cikgu Balakrisnan bukan sahaja
guru, tetapi ibarat ayah kami di sekolah. Lembut, tenang namun tetap tegas
dalam melaksanakan tanggungjawab. Itulah butir-butir kata yang dapat
digambarkan tentang Cikgu Bala.
Beliau bukan sahaja seorang guru yang penyayang, melakukan tugas dengan hati
yang tulus ikhlas, malah mementingkan kebajikan pelajar melebihi dirinya sendiri.
Beliau juga dikenali sebagai seorang yang sangat pemurah, berhati murni dan
sentiasa memberikan yang terbaik buat para pelajarnya bersesuaian dengan moto
hidupnya, memberi lebih baik daripada menerima . Beliaulah sangat mengambil
berat akan hal kami, terutamanya hal-hal yang berkaitan dengan sakit, pening dan
demam kami
Pada kesempatan ini, saya sebagai wakil pelajar kelas LS1 dan semua murid T6
Sekolah Shing Chung merakamkan setinggi- -tinggi ucapan penghargaan dan
terima kasih kepada Cikgu Bala yang tidak pernah mengenal jemu mendidik dan
mengorbankan waktu demi kami, anak muridnya . Kami berdoa, akan
melimpahkan rahmat dan peliharaan-Nya kepada Cikgu Bala serta keluarga,
dipanjangkan usia, diberikan kesihatan tubuh badan dan ditambahkan ilmu
pengetahuan bagi manfaat agama, bangsa dan negara.
Benar kata pepatah Melayu ,patahkan tumbuh, hilangkan berganti, namun yang
hilang akan tetap kekal abadi.
Sebelum saya akhiri ucapan saya, terimalah serangkap pantun sekali lagi drpd
saya sebagai tanda perpisahan.
Berdayung sampan ke Tanah Semenanjung,
Hendak membeli tikarlah rotan,
Budi dikenang bakti disanjung
Kekal subur dlm ingatan.
Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai