Anda di halaman 1dari 2

Teks ucapan guru besar sempena Sambutan Hari Raya peringkat sekolah di SK Datuk

Undang Abdullah.
Bismillah......
Assalamualaikum wm..wbt..,
Yang berbahagia Encik Saharudin bin Abdul jalil , Pegawai SIP+ PPD JJ
Yang dihormati En Rosmadi bin Arif , NYDP PIBG, SK. Datuk Undang Abdullah,
Yang Dihormati _______________, Imam Masjid Kg Chennah
Yang Dihormati Mak Ngah, Ibu Angkat SK DUA
Yang Dihormati ________________, ___________________
Yang berusaha En Shahrudin Mat Sah, GPK 1.
Yang berusaha En Mohd Amin Mohd Afandi, GPK HEM.
Yang berusaha Encik Sabri Saat, GPK Kokurikulum.
AJK PIBG, barisan guru yang dedikasi seterusnya murid-murid yang dikasihi
sekalian.

Syukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat kita berkumpul dan bersua
muka pada hari ini bagi merapatkan silaturrahim dan meraikan kemenangan kita melawan
hawa nafsu sepanjang sebulan Ramadhan yang telah lalu.
Majlis Jamuan Hari Raya ini sebenarnya diadakan khusus bagi meraikan para pelajar, guru,
kakitangan dan Pegawai PPD Jempol Jelebu yang banyak membantu institusi sama ada secara
langsung mahupun tidak langsung.
Justeru itu saya mewakili seluruh warga SK Datuk Undang Abdullah dan pelajar mengalualukan kehadiran para jemputan terutama kepada Pegawai SIP+ En Saharidin bin Abdul Jalil,
seterusnya para hadirin yang dihormati sekelian.
Kehadiran En Saharudin bin Abdul Jalil dan para hadirin merupakan sumbangan kepada
pembangunan sahsiah dan jatidiri pelajar di sekolah ini. Disebabkan itulah pihak sekolah
saban tahun tidak pernah lupa mengadakan majlis sebegini kerana selain daripada dapat
merapatkan ukhwah sesama kita, ianya juga merupakan suatu terapi kepada jiwa dan minda
para pelajar yang masih muda.
Atas kesedaran dan keperluan ini maka pihak sekolah mengambil langkah menyambut Hari
Raya peringkat sekolah ini bagi agama islam di sekolah ini bagi memberi impak kepada
pelajar yang lain, sama sekali tidak disisihkan bahkan ada ketika mereka mendapat perhatian
yang lebih baik daripada kanak-kanak yang kurang bernasib baik di sekolah ini.

Pihak sekolah juga akan mengadakan sambutan-sambutan Hari yang lain juga dan ianya akan
diraikan bersama seperti juga sambutan hari raya. Begitu jugalah dengan lain-lain perayaan
yang memenuhi kalender atau takwim tahunan kita seperti Hari Guru, Hari Buruh, Hari
Kebangsaan dan lain-lain.
Hasrat murni pihak sekolah bagi menjadikan institusi ini untuk pelajar merasa lebih selesa dan
semua ini mungkin tidak akan tercapai sekiranya tidak disokong dengan peruntukan yang
mencukupi. Untuk itu marilah kita memberikan tepukan gemuruh kepada Wakil PPD jempol
Jelebu kerana telah berusaha sedaya upaya bagi menyediakan dana untuk program-program
sekolah di sini.
Menjadi harapan kepada seluruh warga sekolah dan pelajar ini untuk memohon sebarang
peruntukan atau pun kelebihan yang ada di PPD Jempol Jelebu ini dapat menyediakan
peruntukan atau kemudahan yang lebih kepada sekolah agar dapat seiring dengan
perancangan program yang telah disusun dan bakal dilaksanakan. Tanpa dana yang
mencukupi apa juga idea yang baik dan bernas akan kekal di atas kertas putih, ditutup fail
berkulit keras dan tersimpan kemas dalam kabinet besi tanpa dapat dilaksanakan.
Akhir kata daripada saya, majlis kita pada hari ini tidak akan dapat dijayakan tanpa
penglibatan penuh dan bersungguh-sungguh para kakitangan. Sekalung penghargaan dan
ucapan terima kasih yang tidak terhingga di atas kerjasama dan tungkus lumus tuan puan
sekalian.
Sekian, terima kasih.
Selamat menjamu selera.
Selamat hari Raya Aidil Fitri dan Maaf Zahir batin.

Anda mungkin juga menyukai