Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN GURU BESAR SK.

BALIK PULAU

‫الرحِ ي ِْم الحمد هلل رب العـلـمين والصالة والسالم على أشرف األنبـياء والمرسـلين و على أله وصحـبه أجـمـعين‬
َّ ‫ـن‬
ِ ‫الرحْ ـ َم‬
َّ ‫هللا‬
ِ ‫س ِم‬
ْ ‫ِب‬

Terima kasih saudara Pengacara Majlis,yang dihormati guru-guru penolong Kanan, guru-guru
Dan seterusnya ibu bapa serta para hadirin yang saya muliakan.

Pertama-tamanya izinkan saya melafaz dan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana
dengan limpah kurnia dan inayahNya maka kita dapat berkumpul dalam dewan yang indah ini bagi
melaksanakan majlis Khatam al-Quran yang diatur oleh panitia Pendidikan Islam Sk Balik Pulau.

Ucapan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa pengelola majlis ini yang tentunya telah berusaha
dengan gigih supaya majlis ini berjalan lancar dan teratur. Ucapan penghargaan dan terima kasih yang
tidak terhingga kepada seluruh warga kerja atas inisiatif dan kesungguhan yang ditunjukkan bagi
menjayakan majlis khatam al-Quran ini. Kita sedar, majlis seumpama ini amat perlu dijalankan untuk
memberi makna kepada kehidupan anak-anak yang bakal mewarisi masa depan Negara.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,


Saban tahun, pihak sekolah tidak pernah lupa mengadakan majlis Khatam al-Quran. Ini adalah kerana
memahami betapa pentingnya al-Quran dalam kehidupan kita. Al-Quran mengandungi hikmah dan
pengajaran yang sangat berguna kepada manusia. Melalui kefahaman dan penghayatan al-Quran, ia
dapat membekalkan diri kita dan anak-anak dengan bekalan ilmu terbaik. Hidup pada zaman kini yang
sentiasa diliputi pelbagai masalah dan cabaran mendatang memerlukan setiap manusia mempunyai
ketahanan mental dan fizikal yang kuat bagi mengharunginya. Tanpa petunjuk al-Quran nescaya
manusia akan hanyut dan rebah disaat diuji dengan pebagai ujian hidup. Manusia juga akan hidup tanpa
tujuan yang jelas tanpa al-Quran. Allah swt berfirman dalam Surah Al-An'aam, Ayat 162:

“Sesungguhnya solatku dan ibadahku dan hidupku dan matiku hanya untuk Allah pentadbir sekalian
alam”

Melalui perhambaan diri hanya kepada Allah swt, maka manusia tidak akan menjadi hamba kepada
makhluk. Betapa ramainya manusia yang menjadi hamba kepada wang, emas, pangkat, darjat, nama
dan sebagainya. Sehingga sanggup melanggar syariat Allah swt asalkan dapat apa yang dihajatinya.Maka
lahirlah manusia/masyarakat yang tamak, suka menindas orang lemah, berlaku zalim, suka mengambil
hak orang lain dan lain-lain lagi.

Bagi mengatasi situasi negatif tersebut, mahu tak mahu kita wajib mengikut petunjuk Al-Quran. Allah
swt menciptakan kita. Sudah pasti Dia paling mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.

Yakinlah dengan ketentuan syariatNya. Yakinlah syariatNya membawa kebaikan, keberkatan dan rahmat
untuk manusia. Semoga kita menjadi hamba Allah yang sentiasa menyucikan diri dengan amal-amal
kebajikan. Semoga hidup kita diberkati Allah swt. Amin.
Akhir kata, saya ingin berpesan kepada diri saya sendiri dan para hadirin. Sentiasalah berdamping
dengan al-Quran. Sebagaimana berdampingnya pakaian di badan. Tanpa pakaian di badan akan
terdedah kepada sejuk dan penyakit. Tanpa al-Quran jiwa akan jadi layu dan berpenyakit. Hiasilah diri
dengan akhlak mulia berpandukan al-Quran dan sunnah baginda saw.

Sekali lagi saya merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua semua warga kerja yang
bertungkus-lumus menjayakan Majlis Khatam al-Quran pada hari ini.

Anda mungkin juga menyukai