Anda di halaman 1dari 1

DOA SEMINAR INTEGRITI


Ya Allah Ya Tuhan kami,
Sesungguhnya kami menadah tangan pada petang ini, ingin merafakkan kesyukuran dan penghargaan
terhadap Mu, di atas kurniaan Mu yang tidak ternilai. Dan dengan izin Mu jua, kami dapat melaksanakan
tugas kami pada hari ini, bermuhasabah dan menilai hasil kerja kami yang telah kami papari.

Ya Allah Ya Tuhan kami,
Kami sedar Ya Allah, bahawa bagi mencapai pendidikan yang berkualiti dan berintegriti bukanlah
sesuatu yang mudah. Tanpa taufiq dan hidayah Mu, dan tanpa redha dan restu Mu, maka sukar bagi
kami mencapai hasil kerja yang bermutu.
Justeru, ilhamkanlah dalam fikiran kami Ya Allah, idea-idea yang kreatif, positif, proaktif dan inovatif.
Semarakkanlah dalam jiwa dan minda kami, keazaman dan komitmen yang tinggi. Kurniakanlah apa
kiranya kepada kami kesihatan serta kekuatan fizikal dan minda, semangat dan daya juang. Padukanlah
tenaga dan pemikiran kami. Eratkanlah silaturrahim di kalangan kami, semoga dengannya kami dapat
menyempurnakan tugas ini, bagi menghasilkan pendidikan yang cemerlang, dicontohi dan diteladani,
serta mampu menuju ke mercu gemilang
Allahumma Ya Zal jalaali Wal Ikram,
Berkatilah perhimpunan dan usaha kami pada hari ini, dan hari-hari yang bakal kami lalui.
Rahmatilah jua perpisahan dan dapatan kami selepas ini, dan hari-hari yang bakal kami tempuhi.
Kurniakanlah apakiranya kepada kami Ya Allah, Rezeki yang halal dan berpanjangan, zuriat dan generasi
yang beriman, serta segala kebaikan di dunia, dan di akhirat.

Anda mungkin juga menyukai