Anda di halaman 1dari 1

DOA MAJLIS GOTONG ROYONG

‫َاْلَحْم ُد ِ ِهلل َر ِّب ْالَع اَلِم ْيَن َو الَّص َالُة َو الَّس َالُم َع َلى َأْش َر ِف ْاَألْنِبَياِء َو اْلُم ْر َسِلْيَن َو َع َلى َء اِلِه َو َص ْح ِبِه‬
‫َأْج َم ِع ْيَن‬.
Segala puji-pujian hanyalah bagi Allah Taala, selawat dan salam ke
atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan keluarga serta para
sahabat Baginda.
‫َالَّلُهَّم َيا َر ْح مـُن َيا َر ِح ْيُم‬
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang kami hajati dari
majlis ini. Maka anugerahkan lah kekuatan kepada kami untuk
mewujudkan budaya tolong menolong dan persekitaran yang
selamat di sekolah serta kawasan sekitar. Eratkanlah hubungan di
antara kami, sesungguhnya Engkau maha berkuasa dan maha
melimpahkan keamanan.
‫َالَّلُهَّم َيا َقَّهاُر‬
Ya Allah kami berharap Engkau terimalah usaha kami ini sebagai
usaha murni dan amal ibadah di sisi-Mu. Kurniakanlah kepada kami
lisan yang lembut dan basah untuk sentiasa mengingati dan
mensyukuri nikmat-Mu serta badan yang sihat untuk menunaikan
perintah-Mu.
‫َالَّلُهَّم اْج َع ْل َجْمَع َنا َهَذ ا َجْم ًعا َم ْر ُحْو ًم ا َو َتَفُّر َقَنا ِم ْن َبْع ِدِه َتَفُّر ًقا َم ْع ُصْو ًم ا َو َال َتْج َع ْل ِفْيَنا َو َال َم َع َنا‬
‫َش ِقًّيا َو َال َم ْطُرْو ًدا َو َال َم ْح ُرْو ًم ا‬.
Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan
yang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu
perpisahan yang diberkati dan dilindungi. Dan janganlah Engkau
jadikan pada diri kami ini, dan mereka yang bersama kami,
kebinasaan, dan menyingkirkan kami dari memperolehi rahmat.
{ ‫َو َص َّلى هللاُ َع َلى َس ِّيِد َنا ُم َحَّمٍد }َر َّبَنا َء اِتَنا ِفي الُّد ْنَيا َحَس َنًة َو ِفي ْاآلِخَرِة َح َس َنًة َو ِقَنا َع َذ اَب الَّناِر‬
‫َو َع َلى َء اِلِه َو َص ْح ِبِه َأْج َم ِع ْيَن َو اْلَحْم ُد ِ ِهلل َر ِّب اْلَع اَلِم ْيَن‬.

Anda mungkin juga menyukai