Anda di halaman 1dari 5

DOA HARI ISNIN

َ‫ص ِل ْح لَنَا شَأْنَنَا ُكلَّهُ ال‬


ْ َ‫عي ٍْن َوأ‬ َ ‫اللَّ ُه َّم َر ْح َمتَ َك ن َْر ُجو فَالَ تَ ِك ْلنَا ِإلَى أَ ْنفُ ِسنَا‬
َ َ‫ط ْرفَة‬
‫ت‬َ ‫ِإلَهَ ِإالَّ أَ ْن‬

Ya Allah, kami menadah tangan dengan penuh pengharapan dan rendah diri
agar kami dikurniakan inayah dan riayah, taufik dan Hidayah, kesihatan dan
keselamatan, tekad dan azam yang tinggi untuk berjaya serta dapat
menjalankan tugas dengan penuh integriti, amanah dan bertanggungjawab.

Ya Allah, jadikanlah perkhidmatan dan pekerjaan kami termasuk dalam budaya


cemerlang, memenuhi ciri-ciri ubudiyyah, mas’uliyyah dan itqan sebagai
amalan yang soleh yang mendapat keberkatan dan keredhaanMu.

Ya Allah, jadikanlah kami petugas yang berintegriti, jauhkanlah kami daripada


sebarang perbuatan menyeleweng sama ada penyelewengan masa, material
dan tenaga. Sebaliknya jadikanlah kami sebagai orang yang memberi tumpuan
kepada kerja dan tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan kepada kami
kerana sesungguhnya kami amat takut kepada peringatan-Mu nanti terhadap
orang-orang yang mengabaikan tanggungjawab.

Ya Allah, Berkatilah Kumpulan. Berkatilah seluruh petugas dan pengurusannya.


Jadikanlah kami hambamu yang bersyukur.
DOA HARI SELASA

Ya Allah, Tuhan yang Maha Berkuasa,

Anugerahkanlah kami taufiq dah hidayahMu, bagi kekuatan dan keupayaan


untuk memelihara kehendak-kehendak agama, memelihara hak keistimewaan
umatnya, menegakkan keadilan dalam undang-undang dan berpegang kepada
keindahan Islam.

Ya Allah, Janganlah engkau biarkan dosa-dosa kami kecuali engkau ampunkan,


tidak ada keaiban pada kami melainkan engkau sembunyikan, tidak ada
kekusutan melainkan engkau rungkaikan. Engkau hidupkanlah hati-hati kami
dengan keimanan dan ketaqwaan. Ya Allah kurniakan kami hati yang tenang,
fikiran yang jernih dan kuatkanlah kami dengan hati yang sabar.

Ya Allah, Berkatilah Kumpulan Berkatilah seluruh petugas dan pengurusannya.


Jadikanlah kami hambamu yang bersyukur.
DOA HARI RABU

َ‫ان َوال‬
ِ ‫اإل ْي َم‬ َ ‫اللَّ ُه َّم ا ْغ ِف ْرلَنَا ذُنُ ْوبَنَا َو ِإل ْخ َوانِنَا الَّ ِذ ْي َن‬
ِ ‫سبَقُ ْونَا ِب‬
‫ف َر ِح ْي ٌم‬ ٌ ‫ت َ ْجعَ ْل فِ ْي قـُلُ ْو ِبنَا ِغالًّ ِللَّ ِذ ْي َن َءا َمنُ ْوا َربَّنَاإنَّكَ َر ُء ْو‬
Ya Allah Ya Tuhan kami,

Kami memohon kepadamu Ya Allah kurniakan kami kelebihan di sebalik


kekurangan, kekuatan disebalik kelemahan, berita gembira disebalik nestapa
dan kurniakan kami harapan disebalik keraguan. Ya Allah bimbinglah kami
dalam menjaga hati kami, bantulah kami dalam menjaga akhlak kami,
pimpinlah kami dalam menjaga lisan dan perbuatan kami dan peliharalah diri
kami daripada membenci dan dibenci.

Ya Allah engkau tanamkanlah dalam diri kami sifat amanah, bertanggungjawab


dan keimanan yang mantap. Pimpinlah kami di atas jalan yang selamat,
jauhkanlah kami dari segala keburukan yang terang dan yang tersembunyi.
Engkau tunjukkanlah kami kebaikan itu sebagai kebaikan dan lorongkanlah
kami menurutinya serta tunjukkanlah kami keburukan sebagai keburukan dan
lorongkanlah kami supaya menjauhinya.

Ya Allah, Berkatilah Kumpulan Berkatilah seluruh petugas dan pengurusannya.


Jadikanlah kami hambamu yang bersyukur.
DOA HARI KHAMIS

ُ ‫صو ِل ْح َلنَوا دُ ْن َيانَوا الَّتِو ْه فِ ْي َهوا َر َا‬


َ‫شونَا‬ ْ َ ‫ْو َمةُ أ َ ْر ِرنَواَ َوأ‬
ْ ‫ِي ُه َوو ِع‬ ْ ‫ص ِل ْح لَنَا ِد ْينَنَا الَّذ‬
ْ َ ‫اللَّ ُه َّم أ‬
‫اج َول‬ْ ‫اج َل ال َح َياة َ ِز َيوادَة لَنَوا فِو ْه ُكو َِل َخي ٍْورَ َو‬ ْ ‫آخ َرتَنَا الَّتِ ْه ِإلَ ْي َها َر َادُنَاَ َو‬ ِ ‫ص ِل ْح لَنَا‬ْ َ ‫َوأ‬
‫ت َرا َحة لَنَا ِر ْن ُك َِل ش ٍ ََر‬ َ ‫ال َم ْو‬
Ya Allah, Berilah kekuatan kepada kami untuk memulakan pekerjaan kami pada
hari ini. Terapkanlah dalam hati kami motivasi dan keazaman yang tinggi,
rezekikan kami keikhlasan, mudah-mudahan dengan keikhlasan tersebut
menjadikan pekerjaan kami lebih mudah, sempurna dan diberkati.

Ya Allah, untuk isteri, suami dan anak-anak yang kami tinggalkan, kami
sandarkan kepadamu ya Allah agar mereka sentiasa berada di dalam
pemeliharaan dan rahmatmu. Semoga sepanjang peninggalan kami untuk
mencari rezeki ini, engkau permudahkanlah urusan mereka dan dijauhkanlah
daripada segala musibah dan jadikanlah mereka isteri, suami dan anak-anak
yang soleh Solehah.

Ya Allah, Berkatilah Kumpulan Berkatilah seluruh petugas dan pengurusannya.


Jadikanlah kami hambamu yang bersyukur.
DOA HARI JUMAAT

َ‫ست َ ْرتَهُ َوال‬َ َّ‫ع ْيبًا ِإال‬


َ َ‫غفَ ْرتَهُ َوالَ َه ًّما ِإالَّ فَ َّر ْجتَهُ َوال‬
َ َّ‫ع لَنَا َذ ْنبًا ِإال‬ ْ ‫اللَّ ُه َّم الَ تَ َد‬
َ َ‫صالَ ٌح ِإالَّ ق‬
‫ض ْيت َ َها‬ َ ‫ضا َولَنَا ِف ْي َها‬َ ‫َحا َجةً ِم ْن َح َوا ِئجِ ال ُّد ْن َيا َواأل َ ِخ َر ِة لَ َك ِف ْي َها ِر‬
‫ب ْال َعالَ ِميْن‬َّ ‫س ْرتَ َها َيا َر‬ َّ ‫َو َي‬
Ya Allah, Di pagi yang mulia lagi barakah ini kami berdoa memohon
kehadratMu Ya Allah satukanlah dan perteguhkanlah hati-hati kami di bawah
keredhaanmu, lahirkanlah perasaan persaudaraan, kasih sayang, kemesraan
dan permuafakatan di antara hati-hati kami, tanamkanlah di dalam jiwa kami
sifat sabar, tekun dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan serta
dipermudahkan segala urusan kami.

Ya Allah jika hari ini ada diantara kami yang sedang sakit, kami mohon
sembuhkan penyakitnya Ya Allah kerana Engkaulah yang Maha Penyembuh. Ya
Allah jika hari ini ada diantara kami yang kesulitan rezeki, kami mohon bukalah
jalan rezekinya Ya Allah kerana Engkau yang Maha Pemberi Rezeki. Ya Allah
jika hari ini ada di antara kami yang ada benih-benih sakit hati dalam hatinya,
mohon bersihkan dan sucikanlah hatinya Ya Allah.

Ya Allah, Engkau jadikanlah perkhidmatan kami ini sebagai perkhidmatan yang


berkualiti dan cemerlang. Organisasi kami organisasi yang cemerlang lagi
diberkati. Ya Allah, Berkatilah Kumpulan Berkatilah seluruh petugas dan
pengurusannya. Jadikanlah kami hambamu yang bersyukur.

Anda mungkin juga menyukai