Anda di halaman 1dari 1

‫ِبْس ِم ِهللا الَّر َمْحِن الَّر ِح ِمْي‬

‫ َو الَّص َالةُ َو الَّس َالُم َعىَل َس ِّي ِد اَن ُم َح َّم ٍد َو َعىَل آِهِل َو َأَحْص اِبِه َأَمْج ِع َنْي‬, ‫َاْلَح ْم ُد ِهَّلِل َر ِّب اْلَع اَلِم َنْي‬
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Sesungguhnya kami berhimpun pada hari ini, bagi menyatakan kesyukuran di atas kurniaanMu
yang tidak ternilai.Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur samada nikmat
yang sedikit lebih-lebih lagi nikmat yang melimpah ruah kepada kami .
Ya Zal Jala li Wal Ikram
Ya Allah, Tanamkanlah dalam diri kami niat yang baik, menzahirkan kebenaran dalam segala
ucapan, Ikhlas dan telus dalam amalan dan tindakan,serta semaikanlah semangat bersatu
hati,hormat menghormati,bekerjasama dan keharmonian di antara kami dan jauhkanlah kami
sekalian dari sifat-sifat dan kelakuan yang keji dan tercela.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kami memohon dengan kudrat-Mu dan Iradat-Mu. Berikanlah kekuatan dan ketabahan
menghadapi perjuangan kami untuk memulihkan kami dari Najis dadah, anugerahkanlah
kejayaan dan kecemerlangan kepada kami dalam semua perkara yang kami lakukan.
Ya Allah , Ya Tuhan Kami,
Engkau kurniakanlah juga kepada kami kesabaran dan iltizam yang tinggi semasa kami
menjalani sesi pemulihan di sini, Engkau bukakanlah pintu hati kami untuk menerima hidayah-
Mu, mudah-mudahan kami menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
Ya Allah , Ya Tuhan Kami,
Engkau jadikanlah perhimpunan kami pada hari ini satu perhimpunan yang dirahmati dan
perpisahan kami selepas ini adalah satu perpisahan yang terpelihara daripada sebarang
keburukan dan kekejian.

‫ِ َر َّبَنا َء اِتَنا يِف اُّدل ْنَيا َح َس َنةً َو يِف األِخ َر ِة َح َس َنةً َو ِق َنا َعَذ اَب الَّنار‬
‫ َو اْلَح ْم ُد ِهَّلِل َر ِّب الَع اَلِم َنْي‬، ‫َو َص ىَّل ُهللا َعىَل ُم َح َّم ٍد َو َعىَل َء اِهِل َو ْحَص ِب ِه َوَس َمَّل‬

Anda mungkin juga menyukai