Anda di halaman 1dari 1

‫بسم اهلل الرحمن الرحيم‬

. ‫ والصالة والسالم على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين‬, ‫الحمد هلل رب العالمين‬
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Sesungguhnya kami menadah tangan pada pagi ini, dalam MAJLIS SEMPENA PERSARAAN PUAN
RAMIMAH BT YAHYA , Kami merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, di atas kurniaan Mu yang
tidak ternilai. Dan memohon keampunan Mu jua, terhadap dosa-dosa yang telah kami lakukan. Justeru
kami berhimpun di sini pada pagi ini, bagi menyatakan penghargaan dan pengiktirafan kami, sebagai
mengenang jasa bakti yang telah disumbangkan oleh Pn Ramimah untuk khususnya di SEKOLAH
KEBANGSAAN BATU TIGA ini.

Allahumma Ya Mudabbiral amri


Sesungguhnya di Tangan Mu sahajalah kuasa penilai segala amalan, Kau jadikanlah apa kiranya segala
bakti yang disumbangkan, sepanjang tempoh perkhidmatannya, sebagai ibadah yang Engkau redhai.
Seperti mana lafaz yang sama-sama kita ungkapkan

‫قل ان صالتي ونسكي ومحيي ومماتي هلل رب العلمين‬


Terimalah segala usaha dan pengorbanannya yang tidak pernah mengenal erti putus asa dalam memikul
tanggungjawab dan sentiasa berusaha menyumbang tenaga, idea sebagai amal soleh yang Engkau
berkati. Limpahkanlah apakiranya segala keberkatan, keredhaan dan ganjaran rahmat Mu, dalam
kehidupan beliau serta keluarga yang tercinta. Iringilah bersama detik-detik persaraan beliau, dengan
keazaman dan komitmen, untuk terus menabur budi dan bakti, kepada agama , bangsa dan negara.

Allahumma Ya Hayyu Ya Qayyum, Ya zal jalali wal - ikram

Bagi kami yang masih yang masih berkhidmat ini, kurniakanlah kami taufiq dan hidayat, kesihatan dan
kesejahteraan yang berpanjangan dan eratkan tali persaudaraan kami, kukuhkanlah perpaduan kami,
kekalkanlah sifat mahu bekerjasama dan bantu membantu antara kami, peliharalah akhlak kami, halalkan
rezeki kami dan terimalah khidmat bakti kami ini sebagai satu ibadat yang mendapat kemajuan dan
kejayaan dari masa ke semasa.

Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah pertemuan ini sebagai pertemuan yang diberkati dan diRahmati,serta
jadikanlah perpisahan ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada segala bahaya dan
keburukan.

‫ وتفرقنا من بعده تفرقا معصوما وال تجعل اللهم فينا وال معنا وال من‬، ‫اللهم اجعل جمعنا هذا جمعا مرحوما‬
‫يتبعنا شقيا وال مطرودا وال محروما‬
‫اللهم زدنا علما نافعا وارزقنا فهمااللهم اغفرلنا ذنوبنا وإلخواننا الذين سبقونا باإليمان وال تجعل في قلوبنا‬
‫غال للذين ءامنوا إنك رءوف رحيم‬
‫ وصلى اهلل على سيدنا محمد‬.‫ربنا اتنا في الدنيا حسنة وفي األخرة حسنة وقنا عذاب النار‬
‫والحمدهلل رب العلمين‬

Anda mungkin juga menyukai