Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH KEBANGSAAN TEMOH

35350 TEMOH,PERAK. TEL :05 4690253


FAX:05 4690263
______________________________________________________________________________

Tuan,

Mesyuarat Panitia Reka Bentuk dan Teknologi Kali Ketiga Tahun 2017

Adalah saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas. Mesyuarat ini
akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 25 September 2017


Hari : Isnin
Masa : 1.30 PM
Tempat: Bilik Guru

2. Agenda yang akan dibincangkan adalah seperti berikut:

1.0 Ucapan pengerusi


2.0 Ucapan GB/ GPK1
3.0 Perkara Berbangkit
4.0 Keputusan Ujian Akhir Tahun
5.0 Post-mortem
6.0 Hal-hal lain

3. Kerjasama anda untuk menjayakan aktiviti Panitia Reka Bentuk dan Teknologi
diucapkan terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah, Disahkan oleh,

…………………… ……………………
(HO PEI PEI)
Ketua Panitia Reka Bentuk dan Teknologi
SK Sungai Sampo
MINIT MESYUARAT PANITIA REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
KALI KETIGA (SESI 2014)
SK SUNGAI SAMPO

Tarikh : 5 November 2014


Hari : Rabu
Masa : 1.30 PM
Tempat: Bilik Guru
Kehadiran : 1. En. Suhaimi B Itam (Guru Besar)
2. Cik Ho Pei Pei

AGENDA 1.0 UCAPAN PENGERUSI PANITIA


1.1 Ucapan terima kasih atas kehadiran ke mesyuarat panitia kali
ketiga ini .
1.2 Berharap mesyuarat ini dapat berjalan dengan lancar.

2.0 UCAPAN GURU BESAR


2.1 Harap kid model yang dibeli untuk subjek ini boleh digunakan
dengan baik.
2.2 Segala sumber, bahan dan alatan bagi subjek ini perlu
berkongsi dengan guru Kemahiran Hidup.

TINDAKAN : GURU REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

3.0 PERKARA BERBANGKIT


3.1 Untuk ujian akhir tahun, subjek RBT dan subjek TMK
diasingkan.
3.2 Hanya projek jahitan dapat dilakukan untuk tahun ini.

TINDAKAN : MAKLUMAN

4.0 KEPUTUSAN UJIAN AKHIR TAHUN


4.1 Untuk ujian akhir tahun, markah RBT diperoleh dengan
menggabungkan kedua-dua markah hasil projek (20%) dan
ujian (80%).
4.2 Keputusan ujian adalah seperti berikut:
Bilangan murid: 34, Tidak Hadir: 2, Bil A=5, Bil B=16, Bil
C=5, Bil D=3, Bil E=3, % Lulus=81.25 % Gagal=18.75%

TINDAKAN : MAKLUMAN
5.0 POST-MORTEM
5.1 Kertas ujian yang dikeluarkan oleh Majlis Guru Besar (MGB)
yang dianggap tidak bersesuaian dengan tahap murid tidak
digunakan.
5.2 Murid tidak mengulang kaji pelajaran sebelum ujian
dijalankan.
5.3 Hanya 12 orang murid sahaja yang menghantar hasil projek
jahitan dengan alasan tidak siap atau kit model yang diberi
hilang.

TINDAKAN : MAKLUMAN

6.0 HAL-HAL LAIN


6.1 Cikgu Ho menyatakan tiada alatan tangan untuk membuat
projek.
6.2 Guru Besar menyatakan peruntukan subjek KH telah habis
dibelanjakan untuk membeli kit model RBT, jadi alatan tangan
yang diperlukan akan dibeli pada tahun depan secara beransur.
6.3 Guru Besar menyatakan terdapat sedikit alatan tangan yang
disimpan dalam biliknya, guru RBT boleh menggunakannya
semasa perlu.

TINDAKAN : GURU REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

7.0 PENUTUP
9.1 Semoga apa yang dirancang dapat dijalankan dengan baik.

Mesyuarat ditangguhkan pada 1.55 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………. ………………….
(HO PEI PEI)
Ketua Panitia Reka Bentuk dan Teknologi
SK Sungai Sampo

Anda mungkin juga menyukai