Anda di halaman 1dari 3

SJKC SACRED HEART BALIK PULAU

MINIT MESYUARAT
PANITIA MATEMATIK KALI KEEMPAT 2022

Tarikh : 10 Februari 2023


Masa : 1:15 tengah hari
Tempat : Bilik Guru
Pengerusi : Yong Yek Sing
Yang Hadir : 5 orang
Yang Tidak Hadir : Tiada

1. Ucapan Pengerusi
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang hadir ke mesyuarat
kali ini. Beliau juga berharap mesyuarat kali ini akan dijalankan dengan lancar.

2. Pengesahan Minit Mesyuarat yang Lalu


Pencadang: Cik Choo Su Chin
Penyokong: Pn. Huicy Ooi

3. Perkara-perkara Berbangkit
3.1 Ujian Akhir Sesi Akademik 2022/2023 (UASA) telah dijalankan mengikut ketetapan, iaitu
dari 9 hingga 12 Januari 2023.
3.2 Stragegi PLC jenis Peer Coaching telah dilaksanakan bagi pengajaran Matematik Tahun 1
pada 11 November 2023 dan telah didaftar di dalam SPLKPM.
3.3 Bahan bantu belajar “Educational Clock Set sudah diterima dan disimpan di dalam kelas 1K.

4. Perkara yang Dibincangkan


4.1 Pengurusan Perekodan Dan Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah Dalam Sistem
Pengurusan Pentaksiran Bersapadu (SPPB)
4.1.1 Guru perlu membuat perekodan dan pelaporan tahap penguasaan PBD murid bagi
semua mata pelajaran melalui SPPB- https://idme.moe.gov.my/login
4.1.2 Terdapat 2 komponen PBD iaitu Pentaksiran Berterusan dan Ujian Akhir Sesi
Akademik perlu dibuat bagi murid Tahap 2.
4.1.3 Pelaporan bagi murid Tahap 1 hanya melibatkan pelaporan bagi komponen
Pentaksiran Berterusan.
4.1.4 Guru perlu mencadangkan program intervensi untuk murid yang hanya mencapai
TP1 dan TP2.
4.1.5 Jadual Kerja:
4.2 Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
4.2.1 Templat Pelaporan offline sudah siap diisi pada 10 Februari 2023.
4.2.2 Templat pelaporan offline perlu dicetak untuk simpanan fail panitia.
4.2.3 Analisis Data Tahap Penguasaan PBD pada akhir sesi akademik 2022/2023 adalah
seperti berikut:

Tahun TP1 TP2 TP3 TP4 TP5 TP6 Jumlah Jum. %TMTM
Murid TMTM
1 0 2 8 6 5 0 21 2 9.09
2 0 2 6 9 4 0 21 2 9.09
3 0 4 3 4 6 2 19 4 21.05
4 0 5 8 5 3 1 22 5 22.72
5 0 4 9 5 2 0 20 4 20
6 0 6 7 4 5 3 25 6 24

*TMTM- Tidak Menguasai Tahap Minimum, TP1 & TP2

4.2.4 Post Mortem yang dicadangkan untuk memperkasakan pembelajaran murid yang
lemah adalah seperti berikut:

Tahun Masalah Program Intervensi


1 Belum menguasai sepenuhnya fakta  Latih tubi secara lisan dan
asas yang melibatkan pembundaran bertulis
nombor, tambah dan tolak dan
rangkaian nombor
2 Belum menguasai sepenuhnya fakta  Program Hafalan Sifir
asas yang melibatkan darab dan  Latih tubi secara lisan
bahagi
3 Belum menguasai sepenuhnya  Program Fakta Asas 5 minit
kemahiran fakta asas  Latih tubi

4 Belum dapat memahami dan  Latih tubi


menentukan operasi yang betul dalam  Bimbingan untuk memahami
penyelesaian masalah dan menyelesaikan soalan
berkaitan pernyataan masalah

5  Keliru dengan perbezaan formula  Latih tubi berdasrkan Modul 3


perimeter, luas dan isipadu Aras (Mudah, sederhana dan
pepejal susah)
 Lemah dalam mentransformasi  Bimbingan untuk mencetus
ayat Matematik ke langkah pemikiran logik dalam minda
penyelesaian yang melibatkan murid
operasi asas

6 Murid tidak memahami kehendak  Program Klinik Matemtik untuk


soalan memandangkan murid kurang mencari kata kunci dalam ayat
lancar membaca Matematik.
5. Hal-hal Lain

5.1 Guru Tahap 2 sudah siap mengisi markah dan gred bagi setiap mata pelajaran ke dalam sistem
Admin Sekolah. Guru kelas juga siap mencetak laporan kemajuan murid untuk diedarkan
kepada semua murid .

5.2 Cadangan Buku Rujukan


5.2.1 Pemilihan buku kerja sudah dibuat.Antara buku kerja yang dipilih dalah seperti
berikut:

Tahap Judul Buku Penerbit


Tahap 1 Yakin Pentaksiran Bilik Darjah Pep Publications Sdn. Bhd.
(PBD)
Tahap 2 Siri All-In-One Matematik 4A, Tunas Pelangi Sdn. Bhd.
5A dan 6A

5.2.2 Berdasarkan surat daripada Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK),KPM.600-


3/2/5(32) bertarikh 25 Januari 2023, BPK telah menyediakan beberapa bahan dalam
bentuk video dan panduan untuk kegunaan guru dalam memahami kandungan
Kurikulum Matematik sekolah rendah.Bahan-bahan berkenaan boleh dicapai melalui
pautan bit.ly/BahanPemugaranSISC.

5.2.3 Bahan-bahan tersebut termasuklah:


i. Video Contoh Penyelesaian (Tajuk Terpilih)
ii. Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Tahun 1- Tahun 6
iii. Soalan Lazim
iv. Pautan kepada slot Matematik Sekolah Rendah DidikTV KPM
v. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Matematik
vi. Glosari Matematik
vii. Video Penggunaan Buku Teks dan Buku Aktiviti

6. Ucapan Penangguhan
Saudari pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2:15 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,


______________ ________________
(Cik Vivian Yap) (Pn. Yong Yek Sing)
S/U Panitia Matematik Pengerusi Panitia Matematik

Anda mungkin juga menyukai