Anda di halaman 1dari 4

SPSK PK 07/03

SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU TUBA


07000 LANGKAWI, KEDAH.

MINIT MESYUARAT REKA BENTUK TEKNOLOGI


BIL 01 / TAHUN 2022

Tarikh : 24 MAC 2022


Masa : 1..00 PM
Tempat : Tok Bagus Center

KEHADIRAN
1. Pn Jismani Bt Mustafa PK Kurikulum (Pengerusi)
2. En Akmal Rabbani Bin Azmi Ketua Panitia Reka Bentuk Teknologi
3. Ahmad Asmar Bin Ali Guru RBT
4. En Mohd Nadhir Shahir Bin Mohd Guru RBT
Zaini

AGENDA

1. UCAPAN ALUAN PENGERUSI


1.1 Ucapan salam sejahtera dan terima kasih atas kehadiran. Mesyuarat
dimulakan dengan bacaan surah al-Fatihah.

1.2 Tuan pengerusi meminta agar guru – guru dapat berbincang serta
memberikan idea untuk menaiktarafkan peningkatan subjek ini.

1.3 Tuan pengerusi juga berharap agar semua guru mengikut dasar kurikulum
yang telah ditetapkan dalam mesyuarat supaya memudahkan guru
melaksanakan P&P sekaligus memberi keberkesanan terhadap pelajaran.
Makluman

2. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT BIL 1/2021


Setiausaha membentangkan minit mesyurat yang lalu.
Cadangan : Ahmad Asmar Bin Ali
Sokongan: En Mohd Nadhir Shahir Bin Mohd Zaini

3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
Tiada

1
SPSK PK 07/03
4. PERKARA BAHARU

4.1 Jawatan kuasa Panitia Reka Bentuk Teknologi 2022


4.1.1 Ketua panitia memaklumkan 3 orang guru akan mengajar subjek RBT
pada tahun ini.
KELAS BERLIAN
TAHUN 4 En Akmal
TAHUN 5 En Asmar
TAHUN 6 En Nadhir

4.1.2 Senarai penggubal soalan peperiksaan jika terdapatnya pentaksiran


pada tahun 2022 adalah seperti berikut;
PEPERIKSAAN PEPERIKSAAN
KELAS
PERTENGAHAN TAHUN AKHIR TAHUN
TAHUN 4 En Akmal En Akmal
TAHUN 5 En Asmar En Asmar
TAHUN 6 En Nadhir En Nadhir

4.1.3 Agihan penyediaan Rancangan Pengajaran Tahun (RPT) 2022;


Tahun 4 : En Akmal Rabbani Bin Azmi
Tahun 5 : Ahmad Asmar Bin Ali
Tahun 6 : En Mohd Nadhir Shahir Bin Mohd Shahir

Makluman

4.2 KPI Panitia tahun 2022

4.2.1 Sasaran peningkatan akademik bagi subjek RBT tahun 2022 adalah
seperti berikut; Jumlah murid mendapat A adalah 35.42 % manakala
jumlah murid mencapai Tahap Penguasaan 5 dan 6 meningkat
42.32%. Penentuan sasaran ini seiring dengan Pelan Strategik
Operasi (PSO) panitia Reka Bentuk Teknologi.

4.2.2 Murid juga wajib 100% lulus di dalam pentaksiran subjek ini. Markah
murid akan dibantu dengan projek amali dan markah sahsiah.

Tindakan: Guru subjek RBT

2
SPSK PK 07/03

4.3 Dasar Baharu 2022

4.3.1 Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8 tahun 2016. Pelaksanaan


KSSR (semakan 2017), kurikulum baharu subjek RBT akan dijalankan
sepenuhnya pada tahun ini. Ini bermakna, murid tahun 4,5 dan 6 akan
menggunakan buku teks baharu.

4.3.2 Subjek Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) akan digabungjalin


dalam subjek RBT. Tiada lagi waktu khas diperuntukkan bagi subjek
TMK.

4.3.3 Guru juga perlu menggunakan DSKP sebagai panduan asas bagi
menyusun takwim, RPT dan RPH sepanjang tahun ini.

4.3.4 Catch Up Plan 3.0 akan mula diperkenalkan awal tahun ini. Fokus
kumpulan sasaran murid yang tak mencapai Tahap Penguasaan 1
hingga 3.
Tindakan: Guru subjek RBT

4.4 Perancangan panitia tahun 2022

4.4.1 Bagi tahun ini, sebanyak 8 aktiviti menarik bakal dilaksanakan seperti
termaktub dalam Pelan Startegik Operasi (PSO) RBT. Antaranya;
(i) Idea baik (PLC) bersama guru-guru RBT
(ii) Bengkelku Selamat
(iii) Hentian Informasi Modul RBT
(iv) Celik Minda
(v) Tempur Meletop
(vi) Bulan Aktif Panitia
(vii) Projek Inovasi ( Tanaman Sayur-sayuran )

4.4.2 Sempena bulan aktif panitia RBT tahun 2022, beberapa aktiviti juga
bakal berlangsung. Antaranya;
(i) Quizizz (terbuka kepada murid tahun 4, 5 dan 6)
(ii) Food Decorations, Bekas penselku dan MY Awesome Box
bagi murid tahun 4.
(iii) Tamanku Sayang
(iv) Bagi murid tahun 6, aktiviti masih dalam peringkat
perbincangan dan akan diputuskan dalam mesyuarat panitia
kali kedua tahun ini.

4.4.3 Setiap murid yang melibatkan diri dalam bulan aktif panitia akan
diberikan sijil penyertaan sebagai tanda penghargaan.
Makluman

3
SPSK PK 07/03

5. HAL-HAL LAIN

5.1 Ketua panitia bercadang untuk menjalankan satu program Intevensi murid
tahun 6 yang mendapat PBD TP 3 pada tahun lalu. Langkah ini bagi
memastikan peningkatan tahap penguasaan berlaku kepada murid tahun 6
yang bakal menamatkan persekolahan mereka hujung tahun nanti.

5.2 Video Gimik Pelancaran dan penutup bulan aktif panitia akan dibincangkan
dalam mesyuarat panitia kali kedua.
Makluman

6. Pengerusi menangguhkan mesyuarat pada jam 1.30 PM.

Disediakan oleh : Ahmad Asmar Bin Ali


Guru Akademik Reka Bentuk Dan Teknologi

Bertarikh: 5 April 2022


AAA/mesyuarat panitia RBT 2022

Anda mungkin juga menyukai