Anda di halaman 1dari 6

MINIT MESYUARAT

MESYUARAT PANITIA BIOLOGI BIL.1 TAHUN 2022/2023

Tarikh : 24 Mac 2022


Hari : Khamis
Masa : 02.00 petang
Tempat : Makmal Sains 3
Pengerusi : Mohd Zamri Bin Md Zin
(Ketua Panitia Biologi)
Kehadiran :

1. Wan Eliza Binti Wan Mohamed Noor (GK Sains dan Matematik)
2. Mohd Zamri Bin Md Zin (Ketua Panitia Biologi)
3. Mazlina Binti Mat Rejab

Agenda Mesyuarat

1. Ucapan aluan Pengerusi


2. Pelantikan Setiausaha
3. Post Mortem PAT 2021
4. Program Panitia 2022 dan Program Intervensi
5. Penyediaan e-RPH dan RPT (Pendekatan Bertema)
6. Penyemakan Buku Latihan dan Penetapan Bilangan Latihan
7. Pencerapan SKPMg2 Standard 4
8. Penyediaan Item Peperiksaan 2022
9. Pengurusan PBD dan PEKA
10. Pendekatan Bertema
11. Belanjawan Panitia 2022
12. Hal-hal lain

1
1.0 UCAPAN ALU-ALUAN PENGURUSI

Ketua Panitia Mohd Zamri bin Md Zin mengalu-alukan kedatangan ahli panitia ke Mesyuarat
Panitia Biologi Bil. 1 Tahun 2022/2023 dan mengucapkan terima kasih kepada semua ahli
panitia kerana sudi meluangkan masa untuk hadir ke mesyuarat pada kali ini.

Tindakan : Makluman

2.0 PERLANTIKAN SETIAUSAHA

Panitia sebulat suara bersetuju memilih Mazlina binti Mat Rejab sebagai Setiausaha Panitia
Biologi bagi sesi 2022/2023.
Tindakan : Makluman

3.0 PASCANILAI PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2021 (PAT 2021)


Mata pelajaran PJPK tidak mempunyai peperiksaan dalaman.

Tindakan : Makluman

4.0 PROGRAM PANITIA 2022 DAN PROGRAM INTERVENSI

4.1

Tindakan : Semua Guru PJPK

5.0 PENYEDIAAN e-RPH DAN RPT (PENDEKATAN BERTEMA)

Pengrekodan data di dalam sistem eRPH adalah mengikut ketetapan pihak pengurusan pihak
sekolah. Ahli panitia dikehendaki untuk menyediakan satu RPT khas untuk pendekatan
bertema dan mesti diasingkan dari RPT PJPK untuk memudahkan semakan dan pemantauan.
Satu bengkel rintis pendekatan bertema akan di adakan pada Jumaat bersamaan 25 Mac 2022
pada jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di Dewan Intelek SMK Perlis. Semua
guru adalah diwajibkan menghadiri bengkel tersebut.

Penyediaan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) adalah seperti berikut:

Bil Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) Nama Guru


1 Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) Tingkatan 1 Vajravelu A/L Maniam
2 Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) Tingkatan 2 Mohd Faiz Bin Jafar
3 Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) Tingkatan 3 Maisarah Binti Mansor
4 Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) Tingkatan 4 Rahmat Bin Omar
5 Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) Tingkatan 5 Mohamad Fandy Azwari bin Bakry

2
Tindakan : Makluman

6.0 PENYEMAKAN BUKU LATIHAN DAN PENETAPAN BILANGAN LATIHAN

Ahli pantia dimaklumkan bahawa terdapat 2 kali semakan buku latihan murid iaitu pada
bulan Mei dan bulan Ogos. Anggaran buku untuk semakan adalah tidak kurang dari 5 buah
dan tidak melebihi 15 buah buku murid untuk setiap kali semakan.

Tindakan : Makluman

7.0 PENCERAPAN SKPMg2 STANDARD 4

Pencerapan guru adalah mengikut Jadual Pencerapan Pdpc SKPMg2 Standard 4 Tahun 2022
seperti dalam cetakan Buku Pengurusan Sekolah SMK Perlis 2022. (Rujuk lampiran)

Tindakan : Makluman

8.0 PENYEDIAAN ITEM PEPERIKSAAN 2022

Mata pelajaran PJPK tidak mempunyai peperiksaan dalaman.

Tindakan : Makluman

9.0 PENGURUSAN PBD

Perlaksanaan PBD adalah tertakluk dan mengikut Takwim Pelaksanaan PBS 2022 pada
halaman 74 seperti dalam cetakan Buku Pengurusan Sekolah SMK Perlis 2022. (Rujuk
lampiran)

Tindakan : Makluman

10.0 Pendekatan Bertema

Satu bengkel rintis pendekatan bertema akan di adakan pada hari Jumaat bertarikh 25 Mac
2022 pada jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di Dewan Intelek SMK Perlis.
Semua guru adalah diwajibkan menghadiri bengkel tersebut.

Tindakan : Makluman

11.0 BELANJAWAN PANITIA 2022

Sehingga Mac 2022 Baki Bantuan Geran Per Kapita (PCG) sebanyak RM 970.14 masih
belum digunakan. Sebanyak RM 3054.58 telah diterima dan menjadikan jumlah keseluruhan
Bantuan Geran Per Kapita (PCG) RM 4024.72.

3
Bantuan Sukan Sekolah sebanyak RM 9437 boleh juga digunakan untuk membeli peralatan
dan barangan unutk kegunaan murid.

Mohamad Fandy Azwari bin Bakry mencadangkan pembelian mesin pemampat udara (Heavy
Duty Air Compressor) untuk kegunaan mengepam angin pelbagai bola, jam randik jenama
QnQ, raket badminton bersama bulu tangkis, bat pimpong bersama bola pimpong dan
beberapa biji bola sepak untuk kegunaan murid dalam aktiviti fizikal PJPK.

Panitia merancang untuk membeli beberapa item seperti berikut:

Bil Item
1 Mesin pemampat udara (Heavy Duty Air Compressor)
2 Jam randik jenama QnQ
3 Raket badminton
4 Bulu tangkis
5 Bat pimpong
6 Bola pimpong
7 Bola sepak

Tindakan : Rahmat Bin Omar Dan Mohamad Fandy Azwari bin Bakry

12.0 HAL-HAL LAIN

Norzila binti Mahmod (Guru Kanan Kemanusiaan) mengalu-alukan kehadiran semua guru ke
mesyuarat pada kali ini dan merakamkan ucapan tahniah atas kejayaan yang telah dicapai
pada tahun 2021. Keselamatan pergerakan murid ke padang atau lokasi tertentu harus
diutamakan oleh setiap guru dan bagi murid yang tidak hadir ke ke lokasi tertentu, guru mata
pelajaran perlu bertindak segera.

Panitia PJPK dinasihatkan agar merancang lebih banyak program untuk meningkatkan serta
menarik minat murid untuk menyertai apa jua acara sukan yang akan dipertandingkan nanti.

Pengurusan Bilik – Bilik Khas: Stor sukan adalah di bawah seliaan dan pengawasan Mohd
Ghaffuan Bin Ghazali dan Mohd Faiz Bin Jafar. Jika ada sebarang masalah berkenaan alatan
atau barangan PJPK, guru-guru boleh terus merujuk kepada 2 orang guru tersebut.

Tindakan : Makluman

4
13.0 PENUTUP / UCAPAN PENANGUHAN

Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli yang hadir serta kerjasama
yang diberikan sepanjang mesyuarat ini berlangsung.

Mesyuarat ditangguhkan : Jam 02.43 petang.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

……………………………. ……………………
(Muhamad Nasir Bin Ismail) (Rahmat Bin Omar)
Setiausaha Ketua Panitia PJPK
Panitia PJPK SMK Perlis
SMK Perlis 01000 Kangar
01000 Kangar Perlis
Perlis

5
REMARKS PRINT DARI BUKU PENGURUSAN SEK SMK PERLIS 2022

JADUAL PENCERAPAN PDPC SKPMG2 STANDARD 4 TAHUN 2022

TAKWIM PELAKSANAAN PBS 2022 MS 74

Anda mungkin juga menyukai