Anda di halaman 1dari 3

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3

MINIT MESYUARAT

SEKOLAH MENENGAH AGAMA AT-TANWIRIAH

MINIT MESYUARAT HAL EHWAL MURID BIL. 1/(2021)

Tarikh : 17 JANUARI 2021/AHAD

Masa : 9:30-12:30 tengah hari

Tempat : Di kediaman rumah masing-masing

Pengerusi : Ustaz Nazrudin bin Talib

Kehadiran : 31 orang (nama seperti lampiran di belakang)

1 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Tuan Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir
mesyuarat secara Google Meet dengan norma baharu.

1.2 Beliau menyatakan matlamat strategik bagi sekolah kualiti dan kemenjadian
murid terutama dalam bidang hal ehwal murid.

1.3 Selain itu, beliau juga meningatkan tentang budaya SMART agar memenuhi
aspirasi murid dan sekolah.

2 AGENDA/ FOKUS MESYUARAT

2.1 Pengesahan Jawatankuasa HEM 2021

2.2.1 GPK HEM memaparkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI), Takwim HEM dan
Jawatankuasa untuk Unit-unit bawah HEM.

2.2.2 Antara senarai nama setiausaha di bawah Unit Hem adalah seperti berikut:

i. Unit Disiplin dan Pengawas – Ustaz Muhammad Firdaus Hadi bin


Fadzilah Shahimi
ii. Unit Bimbingan dan Kaunseling – Ustazah Mazura binti Mustari
iii. Unit Kesihatan – Ustazah Azlina binti Ahmad
iv. Unit PESADAR- Ustaz Abdullah bin Hamad
v. Unit Bantuan dan Kebajikan – Ustazah Nor Halimah binti Sukarman
vi. Unit Keceriaan dan EKSA – Ustazah Siti Rafidah binti Dahuri
vii. Unit Kantin – Ustazah Siti Maimunah bt Misman
viii. Unit SPBT – Ustazah Nur Naziha binti Md Zin
ix. Unit Asrama – Ustaz Abdul Aziz bin Muhammad
x. Unit Daftar Masuk/ Keluar Murid – Pn Suryati bt Ab Razak
xi. Unit PPDa – Ustazah Nur Hidayah bt Taslim
xii. Unit Pengurusan Kelas dan PAK 21-Ustazah Norain binti Mahpof
xiii. Unit SUMUR- Ustazah Masyitah Noor binti Md Tia

1
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

xiv. Unit Bencana-Ustazah Salwa binti Zaitun

2.3 Persediaan Pembukaan Awal Tahun 2021

2.3.4 Amanat Tuan Pengetua


a) Fokus Tahun 2021
i. Penyediaan fail yang seragam bagi semua unit termasuklah unit hal
ehwal murid.
ii. Surat lantikan bagi penyelaras atau setiausaha unit akan diberi.

b) Pengurusan dan Organisasi Kelas


-pengurusan kelas akan ikut tahap kualiti yang ditetapkan. Antara kriteria-
kriteria yang perlu disediakan bagi setiap kelas:
i. Nama, tempat,guru kelas
ii. Carta organisasi, jadual tugas, jadual waktu,jadual kelas
iii. Moto,visi, dan misi kelas
iv. Vest,pas keluar,buku teks
v. Meja kerusi, lcd, tingkap, lampu, kipas,papan putih, unsur PAK21

TINDAKAN: USTAZAH NORAIN BINTI MAHPOF

c) Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)


- Berdasarkan norma baharu dan pdpr, semua guru bolehlah menggunakan
buku teks digital sementara semua murid diagihkan pinjaman buku teks.

MAKLUMAN SEMUA GURU

3.0 HAL-HAL LAIN

-Ustazah Suryati memaklumkan tentang proses dan perjalanan temuduga secara


maya serta guru-guru yang dilantik sebagai penemuduga bagi murid baharu dan
murid Tingkatan 1 Tahun 2021 berjalan dengan lancar.
-Kelas tingkatan 5 tahun 2020 iaitu diberi nama Khawarizmi akan ditempatkan di
Kelas 1 Asma dan 4 Fatimah.
-Apabila pdpc sudah bermula, semua guru bertugas perlulah mengisi laporan
harian dan mingguan di One Stop Data Center Muar.

4.0 PENUTUP

a. Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat / ahli mesyuarat dan


penetapan tarikh mesyuarat yang berikutnya pada tarikh yang akan
dimaklumkan kemudian.
b. Pihak pentadbiran akan mengumumkan jika ada perubahan/program yang
hendak dilaksanakan sepanjang tahun.
c. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1230 tengah hari.

2
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

Anda mungkin juga menyukai