Anda di halaman 1dari 7

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK07/1
Rujukan Kami : SKDM.600-3/2/1 ( 1 )
Tarikh : 5 MAC 2024
Kepada :
Ahli Jawatankuasa Program Transisi Tahun Satu
SK Dumpar Muar
Tuan/Puan,
DIALOG PRESTASI PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU BIL. 1/2024-2025
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Dialog Prestasi Program Transisi Tahun Satu 2024 akan
diadakan seperti berikut :

Tarikh : 5.03.2024 (Selasa)


Masa : 11.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat, SK Dumpar
Pengerusi : Pn Hawati Binti Hasan

3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :

3.1 Ucapan alu-aluan:


- Guru Besar
- GPK 1
- GPK Hal Ehwal Murid
- Penyelaras Program Transisi Tahun Satu
3.2 Membentang dan Mengesahkan Minit Dialog Prestasi yang lalu
3.3 Perkara berbangkit
3.4 Carta Organisasi Program Transisi Tahun Satu sesi 2024-2025
3.5 Perbincangan Jadual Pelaksanaan dan Aktiviti Program Transisi Tahun Satu 2024
3.6 Modul Program Transisi Tahun Satu
3.7 Hal-hal lain

4. Sehubungan dengan itu, tuan/puan dikehendaki hadir ke mesyuarat tersebut. Kerjasama dan
keprihatinan tuan/puan amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih. Sekian terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah,

................................................................
(Pn Noor Aliffa Rasheedah Binti Nazmi)
Setiausaha Program Transisi
Sesi 2024-2025
PK07/2
Hak Cipta Terpelihara @ Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat
DIALOG PRESTASI PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU BIL.1/2024-2025

Tarikh : 5 Mac 2024 (Selasa)


Masa : 11.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat, SK Dumpar
Pengerusi : Pn Hawati Binti Hasan SEKOLAH KALI PERTAMA /2012

Bil Nama Tanda Bil Nama Tanda


tangan tangan

(Gunakan helaian tambahan jika perlu)

TURUT HADIR
Bil Nama Jawatan Catatan

Disediakan oleh

................................................................
(Pn Noor Aliffa Rasheedah Binti Nazmi)
Setiausaha Program Transisi
Sesi 2024-2025
PK07/3

Hak Cipta Terpelihara @ Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat
MINIT DIALOG PRESTASI PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU BIL. 1/2024-2025

TARIKH : 5 Mac 2024 (Selasa)


MASA : 11.00 pagi
TEMPAT : Bilik Mesyuarat, SK Dumpar
PENGERUSI : Pn Hawati Binti Hasan
KEHADIRAN : 13/13

1.0 Ucapan Alu-aluan :

1.1 Tuan Guru Besar mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran jawatankuasa Program
Transisi Tahun Satu Kali Pertama sesi 2024-2025. Beliau juga merakam ribuan terima kasih
kepada semua AJK Program Transisi yang telah melaksanakan program dengan cemerlang pada
tahun lalu.

1.2 GPK Kurikulum meminta semua AJK berbincang untuk merancang aktiviti program transisi
yang akan bermula pada Ahad iaitu 10 Mac ini. Penyusunan aktiviti mestilah berpandukan Kit
Program Transisi Tahun Satu 2.0 Edisi 2 yang dibekalkan oleh pihak KPM.

1.3 GPK HEM Beliau turut mengucapkan terima kasih di atas kerjasama semua guru semasa
taklimat Tahun Satu yang lalu. Beliau memaklumkan pelantikan penyelaras program transisi
yang baru mulai sesi ini iaitu Pn Hawati Binti Hasan menggantikan guru penyelaras yang bersara
pada tahun lalu.

1.4 Penyelaras Program Transisi Tahun Satu memaklumkan bahawa program transisi akan bermula
pada 10 Mac hingga 4 April 2024. Beliau mengharapkan segala aktiviti yang dirancang akan
dapat dilaksanakan dengan lancar.

2.0 Membentang dan Mengesahkan Minit Dialog Prestasi yang lalu

Dicadangkan untuk disahkan : Pn Nor Zatulsyima Binti Nordin


Disokong untuk pengesahan : En Mohd Nor Fazli Bin Rashid

3.0 Perkara berbangkit

3.1 Tiada perkara berbangkit.

Makluman : Semua AJK

Hak Cipta Terpelihara @ Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat
4.0 Carta Organisasi Program Transisi Tahun Satu sesi 2024-2025

4.1 Pengerusi menyatakan carta organisasi Program Transisi Tahun Satu sesi 2024-2025 seperti
berikut:

Pengerusi : En Azman Bin Abu Hassan (Guru Besar)


Timb. Pengerusi : Pn Normasati Binti Mohd Rabu (GPK 1)
Naib Pengerusi 1 : En Hazimin Bin Razali (GPK HEM)
Naib Pengerusi 2 : En Mohd Azam Bin Mansor (GPK Kokurikulum)
Penyelaras : Pn Hawati Binti Hasan
Penolong : Pn Noor Aliffa Rasheedah Binti Nazmi
Setiausaha : Pn Noor Zatulsyima Binti Nordin
Bendahari : Pn Salina Binti Ahamad
AJK : En Mohd Adib Bin Shahari
En Mohd Nor Fazli Bin Rashid
Pn Suhana Binti A. Shukor
Pn Norita Binti Abdullah
En Faizal Bin Atan (Guru Bimbingan & Kaunseling)

Makluman : Semua AJK

5.0 Perbincangan Jadual Pelaksanaan dan Aktiviti Program Transisi Tahun Satu 2024

5.1 Penyelaras memaklumkan bahawa semua aktiviti yang dirancang mesti berpandukan Kit
Program Transisi Tahun Satu 2.0 Edisi 2 yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan
Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

5.2 Beliau berharap AJK dapat berbincang aktiviti yang sesuai dilaksanakan memandangkan
sebahagian besar program transisi akan dijalankan dalam bulan Ramadan.
.
5.3 Perbincangan program transisi Tahun Satu oleh AJK program adalah seperti berikut :

5.3.1 Pelaksanaan Aktiviti Fasa Penyesuaian ialah selama 2 minggu iaitu 10 Mac – 21 Mac 2024
berpandukan peruntukan waktu :

Rutin Kelas - 30 minit


Perbualan Awal - 30 minit
Aktiviti Fizikal - 30 minit
Aktiviti Suai Kenal - 120 minit
Aktiviti Pembelajaran - 60 minit
Rehat - 30 minit

5.3.2 Guru perlu melaksanakan pelbagai kaedah Pentaksiran Bilik Darjah menggunakan item dalam
Senarai Semak Kesediaan Murid yang akan diedarkan nanti.

Hak Cipta Terpelihara @ Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat
5.3.3 Pelaksanaan Aktiviti Fasa Kesediaan ialah selama 2 minggu iaitu 24 Mac – 4 April 2024.

5.3.4 AJK perlu merancang aktiviti berdasarkan tahap perkembangan dan kesediaan murid. Pemilihan
pendekatan bertema yang sesuai dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran turut
dirancang bersama AJK.

5.4 Perancangan aktiviti sepanjang Program Transisi Tahun Satu 2024 – rujuk lampiran.

Makluman : Semua AJK

6.0 Modul Program Transisi Tahun Satu

6.1 Pihak sekolah telah menyediakan modul aktiviti minggu transisi untuk semua murid.

6.2 Guru diminta merujuk jadual pelaksanaan dan modul yang disediakan.

6.3 Guru mesti memastikan murid menyimpan modul di kelas setelah digunakan bagi memudahkan
pelaksanaan aktiviti.

Tindakan : Guru Mata Pelajaran

7.0 Hal-hal lain

7.1 GPK 1 memaklumkan majlis penutupan program transisi dijangka akan diadakan pada 4 April
2024 iaitu hari Khamis. AJK kerja bagi program ini akan dibentuk. Antara cadangan kriteria
pemilihan tokoh murid iaitu dua kategori murid lelaki dan murid perempuan, sahsiah dan
ketrampilan.

7.2 Beliau juga memaklumkan agihan kelas dan buku teks kepada murid Tahun Satu akan dijalankan
pada minggu akhir program transisi.

7.3 Penyelaras mencadangkan agar menubuhkan kumpulan telegram bagi guru-guru Tahun Satu
untuk memudahkan perbincangan dan menyalurkan maklumat terkini dalam melaksanakan
program transisi

Makluman : Semua AJK

8.0 Penutup

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengah hari.

Disediakan oleh:

Setiausaha Program Transisi Tahun Satu


Sesi 2024-2025
Hak Cipta Terpelihara @ Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat
PK07/4

REKOD EDARAN

Nama Dokumen : Dialog Prestasi Program Transisi Tahun Satu Bil.1/2024-2025

Tarikh Edaran Dibuat : 5 Mac 2024

Bil Nama Guru Tanda tangan Catatan

(Gunakan Helaian Tambahan Jika Perlu)

Disahkan oleh:

................................

Hak Cipta Terpelihara @ Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat
PK07/5

MAKLUM BALAS MINIT DIALOG PRESTASI PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU


BIL.1/2024-2025

Nama Mesyuarat : Dialog Prestasi Program Transisi Tahun Satu Bil.1/2024-2025

Tarikh : 5 Mac 2024

Tempat : Bilik Mesyuarat, SK Dumpar Muar

MUKA
PARA PERKARA TINDAKAN MAKLUM BALAS
SURAT

Disediakan oleh :
Tarikh :

Hak Cipta Terpelihara @ Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00

Anda mungkin juga menyukai