Anda di halaman 1dari 4

MINIT MESYUARAT PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU (PTTS 2.

0)  BIL 1 / 2023

Tarikh : 13 Mac 2023 (Isnin)

Masa : 11.30-12.30 tengahari

Tempat : War room Sk Lepar

Hadir        : 
  
1. Pn. Salina bt. Abd Ghafar - PK Pentadbiran
2. Pn. Tuan Nur Syuhada                  - Penyelaras/ Setiausaha  
3. Pn. Noor Fatinah                   
4. En. Mohd Faiz
5. Pn. Nurhamizah
6. Pn. Habsah
7. Pn. Nurhidayahtul Nilam Parida

8. Pn. Nurul Amalina


9. En. Mohd Redhuan
10. Pn. Salasiah
11. Pn. Norwati@Aisyah
12. Pn. Wan Khairiyah
13. En. Husin
14. En. Mohd Rozi

1. KATA ALU-ALUAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi memulakan majlis dengan bacaan surah Al Fatihah. Beliau mengucapkan
terima kasih kepada semua guru yang terpilih mengajar tahun satu dan secara
tidak   
      langsung terlibat dengan program-program transisi dan hadir pada mesyuarat pada
hari   
      ini.

1.2 Pengerusi juga memaklumkan bahawa program Transisi ini bukanlah satu program 
yang baru tetapi telah dilaksanakan selama tiga bulan mulai tahun tahun 2001. Namun
mulai 2007, tempoh program telah disingkatkan kepada tiga minggu. Pada tahun 2021,
tempoh program ini dilaksanakan semula selama tiga bulan atas keperluan semasa dan
pada tahun 2022 dan 2023 adalah selama 4 minggu.

      1.3 Pengerusi juga berharap agar AJK pelaksana program transisi 2023 dapat menggalas  
            tugas dengan cemerlang seperti tahun-tahun sebelumnya.
Tindakan: Makluman

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS

1.  Pengerusi meminta guru-guru menyemak minit mesyuarat yang lepas dan


seterusnya mengesahkan mini mesyuarat.

Dicadangkan oleh    : Pn. Salasiah


Disokong oleh          : Pn. Nurul Amalina

3. PERKARA BERBANGKIT

3.1 Tiada.
Tindakan: Makluman
      

4. PERKARA- PERKARA YANG DIBINCANGKAN

4.1  Penggunaan buku panduan guru program transisi tahun satu (PTTS 2.0)

4.1.1 Pengerusi mengingatkan semua ajk transisi semoga sentiasa bersedia.

4.1.2 Program Transisi Tahun Satu (PTTS 2.0) dilaksanakan mulai kalendar akademik
2023/2024 bagi memastikan semua murid bersedia melangkah ke Tahun 1

4.1.3 Program Transisi Tahun Satu 2023 dipecahkan kepada dua fasa dan pentaksiran
perlulah dijalankan.

 i. Fasa Penyesuaian - (20 Mac – 31 Mac 2023)


 ii. Fasa Kesediaan -    ( 3 April  - 14 April  2023)

4.1.4 Fasa Penyesuaian murid didedahkan dengan modul orientasi dan modul yang
digunakan dalam tempoh tersebut akan diedarkan oleh penyelaras transisi 

4.1.5 Manakala dalam tempoh Fasa Kesediaan pelaksanaan Modul PDP dan RPH  
         perlulah digunakan oleh guru-guru berdasarkan tema, subtema serta tajuk
yang    
         telah disediakan oleh KPM melalui KIT PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU 2.0

4.1.6 Guru harus memilih tema yang sesuai mengikut minat,latar belakang dan 
         persekitaran murid 

4.1.7 Perancangan PdP berdasarkan tema adalah fleksibel mengikut tahap  


         pembelajaran murid yang mana guru boleh memilih tema selain daripada yang  
         dicadangkan.

Tindakan: Makluman

     

        4.2 Pendaftaran dan taklimat


 
  4.2.1 Hari pendaftaran murid tahun 1 sesi 2022/2023
TARIKH : 20 MAC 2022  
HARI     : AHAD
MASA   : 9.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN SKPKS
SASARAN : IBUBAPA / PENJAGA MURID TAHUN SATU

             4.2.2 Buku teks tahun satu akan diberikan semasa pendaftaran tersebut.

                                                                                                         
Tindakan: guru SPBT dan guru kelas

5.   HAL- HAL LAIN

1. Pengerusi berharap semua guru tahun satu dapat hadir semasa pendaftaran tahun satu.

2. Guru kelas mestilah membuat persediaan pembukaan sekolah dan memastikan kelas
dalam keadaan bersih, selamat dan dibuat label nama pada setiap meja murid .

3. Pastikan senarai nama murid ditaampal pada pintu masuk kelas .

Tindakan : Makluman
6. UCAPAN PENANGGUHAN 

1. Pengerusi berharap agar Program Transisi Tahun Satu 2.0 ini berjalan dengan
lancar dan semua guru tahun satu dapat menjalankan amanah dengan
jayaanya. 

6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.15 pagi dengan bacaan surah al-asr.
      

Disediakan oleh :
HJH MAS AYU @ NABILAH BT ISMAIL
Setiausaha Transisi Tahun Satu 
Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor Salor

                         
                                                                                                                                             

Anda mungkin juga menyukai