Anda di halaman 1dari 9

SEKOLAH KEBANGSAAN ST.

MARY
KUALA LUMPUR.

KERTAS KERJA

PROGRAM ORIENTASI DAN


TRANSISI
MURID TAHUN 1
SESI PERSEKOLAHAN 2022 / 2023
PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU 2.0 (PTTS 2.0)

SESI 2022 / 2023

PENDAHULUAN

Program Transisi Prasekolah ke Tahun Satu merupakan satu program yang telah dirangka
dengan tujuan untuk membantu kanak-kanak menghadapi perubahan diri dalam keadaan
transisi dari pendidikan tidak formal sama ada di rumah ataupun di prasekolah ke pendidikan
formal di Tahun Satu Sekolah Rendah. Program ini dilaksanakan dalam tempoh empat minggu.
Adalah diharapkan kanak-kanak yang datang dari latar belakang yang berbeza akan dapat
menyesuaikan diri dan bersedia meneruskan pembelajaran formal.

KONSEP DAN COGAN KATA

Program Transisi pada sesi persekolahan kali ini menggunakan satu tema, iaitu “Badan sihat,
minda cerdas dan yakin diri”

Badan Sihat, Minda Cerdas dan Yakin Diri:

Murid-murid Tahun Satu sesi 2022/2023 akan setanding yang lain walaupun berada dalam
pandemik Covid-19. Kemampuan murid Tahun Satu membina dan mengaplikasikan kemahiran
berfikir secara aktif dan penglibatan yang menyeluruh dalam aktiviti-aktiviti yang telah
dirancang. Murid Tahun Satu ini juga akan dapat merasakan satu keseronokan untuk terus
belajar bersama-sama dengan kawan-kawan, suasana, persekitaran dan guru-guru baharu.

RASIONAL

Program Transisi Tahun Satu 2.0 (PTTS 2.0) dirangka untuk menyediakan murid menghadapi
perubahan, menyesuaikan diri dan membina keyakinan diri di sekolah dari aspek sosioemosi,
kognitif dan fizikal murid.

Selain itu, program ini diharapkan dapat mengurangkan perbezaan pembelajaran supaya murid
bersedia mengikuti Program Transisi Tahun Satu pada tahap yang hampir sama.

MATLAMAT/ TUJUAN

Antara matlamat program ini dijalankan adalah:

1. Murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran guru-guru dan kawan-kawan baru
dalam masa yang singkat.
2. Dapat meningkatkan minat dan semangat murid-murid untuk hadir ke sekolah tanpa
sebarang masalah.
3. Murid – murid yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dapat menyesuaikan diri
dengan persekitaran dan alam persekolahan di sekolah rendah.
4. Murid – murid dapat berkenalan dengan guru – guru, kakitangan sekolah dan rakan –
rakan baru dengan lebih selesa.
OBJEKTIF

1. Murid-murid dapat menyesuaikan diri daripada pendidikan di rumah atau tadika kepada
pendidikan formal di tahun 1.
2. Guru-guru dapat menyelaraskan keperluan kognitif, emosi, kerohanian dan jasmani
murid-murid secara menyeluruh sebelum memulakan proses pengajaran dan
pembelajaran secara formal di Tahun 1.
3. Meningkatkan minat dan semangat murid-murid untuk datang ke sekolah dan
meneruskan pembelajaran tanpa menimbulkan banyak masalah di sekolah.
4. Murid-murid dapat mengembangkan kemahiran sosio-emosi yang baik supaya mereka
dapat menunjukkan kesedaran, penerimaan rakan-rakan yang berbeza serta
mengucapkan emosi dan perasaan mereka.
5. Murid-murid diberi peluang untuk menyelesaikan masalah, membina keyakinan diri dan
perasaan berdikari sehingga satu kelaziman.

SASARAN

Murid-murid Tahun Satu sesi persekolahan 2022/2023

TEMPAT

Kawasan sekolah ( dewan, kantin, lobi, kelas, perpustakaan, makmal komputer, tandas )

KAEDAH PELAKSANAAN

Secara keseluruhannya, program ini mengambil masa selama empat minggu bermula hari
pertama persekolahan. Oleh itu, segala aktiviti perlu dirancang dengan teliti agar matlamat dan
objektif tercapai dengan jayanya. Persediaan dan pelaksanaan program ini dibahagikan dua
fasa utama:

1. Fasa Satu: Penyesuaian

a) Fasa ini akan dilaksanakan selama dua (2) minggu mengikut peruntukan waktu sehari
yang ditetapkan.
b) Merangkumi aktiviti suai kenal, aktiviti fizikal, aktiviti rutin, aktiviti pembelajaran,
perbualan awal dan rehat.
c) Melaksanakan pelbagai kaedah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) menggunakan item
Senarai Semak Kesediaan Murid.
2. Fasa Dua: Kesediaan

a) Dilaksanakan selama dua (2) minggu mengikut jadual waktu tahun satu.
b) Melaksanakan pelbagai kaedah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dengan menggunakan
item Senarai Semak Kesediaan Murid.
c) Merancang pengajaran dan pembelajaran (PdP) terbeza berdasarkan tahap kesediaan
murid.
d) Merujuk tema seperti dalam Kit PTTS 2.0. pemilihan tema adalah mengikut minat, latar
belakang dan persekitaran murid.
e) Aktiviti yang bersesuaian boleh dirancang dengan tahap kesediaan murid dan kreativiti
guru.

KIT PROGRAM TRANSISI 2022

Kit Program Transisi telah disediakan oleh pihak BPK sebagai panduan para pihak sekolah dan

guru tahun 1. Sehubungan dengan itu, penyelaras telah merangka buku pengurusan guru bagi

merancang semua aktiviti . Untuk melancarkan lagi perjalanan aktiviti, penyelaras transisi telah

merangka modul murid yang mengandungi lembaran kerja yang akan digunakan sepanjang

PdP.
JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Pn. Halizah binti Abdul Hamid

(GPK Pentadbiran)

Naib Pengerusi 1 : Pn. Noor Sa’adah binti Mahmood

(GPK Hal Ehwal Murid)

Naib Pengerusi 2 : Pn. Norazizah binti Abdul Aziz

(GPK Kokurikulum)

Penyelaras : Cik Nur Ardini Izzati binti Abd Aziz

Setiausaha : Pn. Nurul Farihah binti Abol Hassan

AJK : Cik Nur Ardini Izzati binti Abd Aziz (Guru Kelas 1 Seroja)

Pn. Nurul Farihah binti Abol Hassan (Guru Kelas 1 Tulip)

Pn. Rohana binti Hashim (Guru Kelas 1 Mawar)

Cik Nor Isma Ezzaty binti Ismail (Guru Kelas 1 Anggerik)

Cik Amirah Nur Izzati binti Ariffin (Guru Kelas 1 Raya)

JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : Pn. Halizah binti Abdul Hamid

(GPK Pentadbiran)

Naib Pengerusi 1 : Pn. Noor Sa’adah binti Mahmood

(GPK Hal Ehwal Murid)

Naib Pengerusi 2 : Pn. Norazizah binti Abdul Aziz

(GPK Kokurikulum)

Penyelaras : Cik Nur Ardini Izzati binti Abd Aziz

Setiausaha : Pn. Nurul Farihah binti Abol Hassan

AJK : Cik Nur Ardini Izzati binti Abd Aziz (Guru Kelas 1 Seroja)

Pn. Nurul Farihah binti Abol Hassan (Guru Kelas 1 Tulip)

Pn. Rohana binti Hashim (Guru Kelas 1 Mawar)


Cik Nor Isma Ezzaty binti Ismail (Guru Kelas 1 Anggerik)

Cik Amirah Nur Izzati binti Ariffin (Guru Kelas 1 Raya)

Semua guru Tahun 1

Semua panitia subjek Tahun 1


PELAN TINDAKAN PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU 2.0

TAHUN 2022

BIL PERKARA TARIKH CATATAN


1  Menubuhkan Jawatankuasa Induk dan 8 MAC 2022
Pelaksana Program Transisi

Pengerusi : Pn. Halizah binti Abdul Hamid

Naib Pengerusi 1: Pn. Noor Sa’adah binti Mahmood

Naib Pengerusi 2: Pn. Norazizah binti Abdul Aziz

Penyelaras: Cik Nur Ardini Izzati binti Abd Aziz

Setiausaha: Pn. Nurul Farihah binti Abol Hassan

2  Perancangan Aktiviti Program Transisi oleh 10 MAC 2022 AJK


Jawatankuasa Pelaksanaan Aktiviti Minggu Program
Orientasi Transisi
3  Proses Penyediaan Fizikal Program 16 MAC 2022 Penolong
o Bilik Kelas Tahun 1 Kanan
Kurikulum /
Guru Tahun
1
4  Mesyuarat Guru Kali Pertama bagi Tahun 2022 17 MAC 2022 Semua
Guru dan
Staff
6  Pendaftaran Murid Tahun 1 18 MAC 2022 Pentadbir
Semua
Guru Kelas
Tahun 1 /
AJK
Program
Transisi
2022

7  Program Orientasi & Transisi Tahun 1 21 MAC 2022 Semua


- Guru Tahun
15 APRIL 1
2022

8  Penutup Program Transisi Tahun 1 15 APRIL Semua


2022 Guru Tahun
1
SENARAI NAMA GURU KELAS TAHUN 1

Kelas Nama Guru


1 Seroja Cik Nur Ardini Izzati binti Abd Aziz
1 Tulip Pn. Nurul Farihah binti Abol Hassan
1 Mawar Pn. Rohana binti Hashim
1 Anggerik Cik Nor Isma Ezzaty binti Ismail
1 Raya Cik Amirah Nur Izzati binti Ariffin

SENARAI NAMA GURU YANG MENGAJAR TAHUN 1

Bil. Nama Guru Mata Pelajaran


1. Pn. Naizah binti Abd Wahab Bahasa Melayu / Sains / PK
2. Pn. Rohana binti Hashim Bahasa Melayu / PSV
3. Cik Nor Isma Ezzaty binti Ismail Bahasa Melayu / PJ
4. Cik Nur Ardini Izzati binti Abd Aziz Bahasa Inggeris
5. Pn. Nurul Farihah binti Abol Hassan Bahasa Inggeris / PSV/ Moral
6. Pn. Nur Shazzuana binti Shahidan Bahasa Inggeris
7. En. Sabran Solihin bin Mohd Safian Matematik
8. Cik Amirah Nur Izzati binti Ariffin Matematik / PSV
9. Pn. Fazliza binti Mohamed Nor Sains
10. Pn. Nurul Wahida binti Mohd Rawi Pendidikan Jasmani
11. Pn. Anis Nurdinie binti Azizan Pendidikan Kesihatan
12. Cik Chia Boon Ping Pendidikan Moral
13. Pn. Wan Norsharifah binti Wan Yusoff Bahasa Arab
14. Cik Hemaneswary a/p Rethnam Bahasa Tamil
15. Pn. Lee Shye Lih Bahasa Cina
16. Pn. Nur Akmar binti Abu Kasim Pendidikan Islam
17. Pn. Maisarah binti Mohd Amin Roslan Pendidikan Islam / Arab
19. Pn. Maizatul Shima binti Mohamad Pendidikan Islam

ENROLMEN MURID TAHUN 1

Bil. Kelas Jumlah


1. 1 Seroja 31 orang
2. 1 Tulip 33 orang
3. 1 Mawar 33 orang
4. 1 Anggerik 31 orang
5. 1 Raya 31 orang
Keseluruhan 159 orang
*Jumlah murid terkini sehingga Mac 2022.
ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil. Perkara Kuantiti Harga Seunit JUMLAH (RM)


(unit) (RM)
1. Kertas A4 5 rim 12.00 60.00
2. Pen marker 5 set 15.00 75.00
3. Lanyard 160 1.00 160.00
4. Buku Transisi 180 6.50 1170.00
5. Hiasan Kelas 5 set 100.00 500.00
6. Saguhati 160 5.00 800.00
KESELURUHAN: 2765.00
Sumber kewangan: Kutipan daripada murid Tahun 1

PENUTUP

Secara keseluruhannya, diharapkan program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan
mendapat kerjasama daripada semua guru serta mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

………………… ……………………
NUR ARDINI IZZATI BINTI ABD AZIZ (PN. NOOR SA’ADAH BINTI
Penyelaras Program Transisi, MAHMOOD)
Tahun 1 2022,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Sekolah Kebangsaan St. Mary,
Sekolah Kebangsaan St. Mary,
Kuala Lumpur.
Kuala Lumpur.

Disahkan oleh:

……………………
(PN. HALIZAH BINTI ABD HAMID)
Penolong Kanan Pentadbiran,
Sekolah Kebangsaan St. Mary,
Kuala Lumpur.

Anda mungkin juga menyukai