Anda di halaman 1dari 18

PENDAHULUAN

Program Transisi Prasekolah ke Tahun Satu merupakan satu program yang telah dirangka dengan
tujuan untuk membantu kanak-kanak menghadapi perubahan diri dalam keadaan transisi dari
pendidikan tidak formal sama ada di rumah ataupun di prasekolah ke pendidikan formal di Tahun 1
Sekolah Rendah.
Adalah diharapkan kanak-kanak yang datang dari latar belakang yang berbeza akan dapat
menyesuaikan diri dan bersedia meneruskan pembelajaran formal. Seramai 134 orang murid tahun
1 akan mendaftar pada sesi 2023 / 2024

RASIONAL

Mengurangkan perbezaan pembelajaran supaya murid bersedia mengikuti program transisi


Tahun 1 pada tahap yang hampir sama. Pengalaman positif pendidikan di prasekolah perlu
diteruskan untuk dimanfaatkan oleh semua murid pada sesi persekolahan baharu.

MATLAMAT / TUJUAN

1. Murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran guru-guru dan kawan-kawan baru
dalam masa yang singkat.

2. Dapat meningkatkan minat dan semangat murid – murid untuk datang ke sekolah tanpa
sebarang masalah.

3. Guru-guru dapat menyelaraskan keperluan kognitif, emosi dan jasmani.

OBJEKTIF

1. Membantu murid menghadapi perubahan daripada pendidikan di rumah atau tadika


kepada pendidikan formal di tahun 1.
2. Membantu murid menyesuaikan diri dan membina keyakinan diri mereka dalam
pembelajaran seterusnya.
3. Memberi penekanan dalam aspek sosioemosi, kognitif dan jasmani yang merangkumi
pengetahuan, kemahiran dan nilai.
4. Membina hubungan antara murid, rakan sebaya dan guru.
5. Membantu murid mengurus diri sendiri.
6. Meningkatkan keyakinan murid dan membentuk sikap positif dalam interaksi sosial
serta penyediaan untuk pembelajaran seterusnya.

SASARAN

1. Murid Tahun 1

1
2. Guru Tahun 1
3. Pihak sekolah
4. Pihak Prasekolah
5. Ibu bapa
6. PIBG

PELAKSANAAN PTTS 2.0


PTTS 2.0 dilaksanakan selama empat (4) minggu. PTTS 2.0 mengandungi 2 fasa iaitu :

1) FASA PENYESUAIAN
i. Dilaksanakan selama dua (2) minggu mengikut peruntukan waktu
sehari yang ditetapkan.
ii. Merangkumi aktiviti suai kenal, aktiviti fizikal, aktiviti rutin, aktiviti
pembelajaran perbualan awal dan rehat.
iii. Melaksanakan pelbagai kaedah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
menggunakan item Senarai Semak Kesediaan Murid
( Lampiran A ).

2) FASA KESEDIAAN
i. Dilaksanakan selama dua (2) minggu mengikut jadual waktu
tahun satu.
ii. Melaksanakan pelbagai kaedah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
menggunakan item Senarai Semak Kesediaan Murid
iii. Merancang pengajaran dan pembelajaran (PdP) terbeza berdasarkan tahap
kesediaan murid.
iv. Merujuk tema seperti dalam Kit PTTS 2.0. pemilihan tema adalah mengikut
minat, latar belakang dan persekitaran murid. Aktiviti yang bersesuaian
boleh dirancang dengan tahap kesediaan murid dan kreativiti guru.

2
KIT PROGRAM TRANSISI 2022
Kit Program Transisi telah disediakan oleh pihak BPK sebagai panduan para pihak sekolah dan guru
tahun 1.

Sehubungan dengan itu, penyelaras telah menyusun 1 modul bagi merancang semua
aktiviti . Untuk melancarkan lagi perjalanan aktiviti, penyelaras transisi telah merangka modul murid
yang mengandungi lembaran kerja yang akan digunakan sepanjang PdP.

Kami telah bercadang untuk menggunakan 3 modul utama pada fasa penyesuaian dan 10
modul untuk fada kesediaan dimana murid bukan sahaja didedahkan dengan kemahiran asan tetapi
murid diberikan banyak latihan berbentuk aktiviti hands on yang mampu meningkaatkan kemahiran
motor halus murid sebagai salah persediaan awal sebelum melangkah ke dunia persekolahan sebenar
telah lama bercuti.

BELANJAWAN
Berikut merupakan kiraan belanjawan yang akan digunakan sepanjang minggu Program
Transisi Tahun Satu 2023.

PERKARA HARGA JUMLAH


Banner RM 35.00 RM 35.00

Jumlah Keseluruhan RM 35.00

3
AHLI JAWATANKUASA INDUK
PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU 2.0
( 2023 / 2024 )

PENGERUSI
KAMAL BIN ABDUL SALAM
GURU BESAR

NAIB PENGERUSI 1
AZIZON BINTI NORUDDIN
GPK PENTADBIRAN

NAIB PENGERUSI 2
NORADYANI BINTI JUSOH
GPK HAL EHWAL MURID
4
NAIB PENGERUSI 3
MUHAMAT ROSLI MAT ISA
GPK KOKURIKULUM

SETIAUSAHA
RAISAH HAJI AHAMAD

PENYELARAS TAHUN 1
WAHIDAH YAHYA

AHLI JAWATAN KUASA PELAKSANA


Guru kelas tahun 1
NORIZAM MAMAT Kelas 1AP
NORAMIZAH ZAKARIA Kelas 1BP
RAMLAH HUSAIN Kelas 1CP
NOOR AINI SALEH Kelas1DP
Semua guru subjek tahun 1

Taklimat Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT )


NURUL FAIZA MELAN

Juru Gambar
TENGKU NOOR ZARINA TENGKU HASAN

Pembahagian Buku Teks


Azlina binti Yusuf

Lampiran jadual program transisi tahun 1 disertakan.

( Rujuk Jadual Program Transisi Tahun Satu 2.0 ( 2023 / 2024) )

ENROLMEN MURID TAHUN 1 2023 / 2024

5
BILANGAN MENGIKUT
BIL KELAS JANTINA JUMLAH
LELAKI PEREMPUAN

CARTA GANT PROGRAM

CARTA GANTT

PROGRAM TRANSISI DAN GURU PENYAYANG TAHUN 1 SESI 2023 / 2024

BIL AKTIVITI JAN FEB MAC APR MEI JUN JUL OGS SEP OKT NOV DIS

1 Taklimat AJK / /

2 Minggu Suaikenal /

3 Program Transisi / /

4 Pengajaran KSSR / / / / / / / / /

5 Pentaksiran / / / / / / / / / /
Berasaskan Sekolah
(PBD)
6 Pengumpulan / / / /
Eviden Murid
7 Laporan dan Rekod / / / /
Pentaksiran

6
8 Perjumpaan dengan
Ibu bapa

PERANCANGAN PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI


SK TAMAN PALMA / TAHUN 1 2023 -2024
ISNIN – 20 / 3 / 2023

MASA PERKARA TINDAKAN TEMPAT

1.00 - 1.30 Perhimpunan Mingguan Guru Bertugas Dewan Sri Palma

1.30 – 3.20 Program KPM Guru Semasa Kelas Tahun 1


- Kad Untuk Mu
( mewarna kad dan menulis ucapan )

3.20 - 3.50 Rehat

Guru iringi murid ke kantin

7
3.50 - 4.50 Kenali Rakan Anda Guru Semasa Kelas Tahun 1

- memperkenalkan diri kepada rakan

- berkenalan dengan rakan lain.

4.40 - 5.40 Ucapan Bertatasusila Guru Semasa Kelas tahun 1

- ucapan selamat di dalam BM , BI, Bah. Arab

5.40 - 6.20 Taklimat Disiplin Guru Semasa Kelas tahun 1

- guru menerangkan disiplin / peraturan

kelas/sekolah/ kantin.

SELASA
21 / 3 / 2023

MASA PERKARA TINDAKAN TEMPAT

1.00 – 1.30 Program KPM Guru Bertugas Dewan Sri Palma


- Senamrobik

1.30 - 3.20 Sukaneka Semua Guru Dewan Sri Palma


- pijak belon

3.20 – 3.50 Rehat

Guru iringi murid ke kantin

8
3.50 - 4.50 Melawat kawasan sekolah Guru Semasa Tandas

- tandas dan tatacara penggunaan Bilik Komputer

- bilik komputer dan peraturan

4.50 - 5.50 Adab belajar Guru Semasa Kelas tahun 1

- hormati / taati guru

- hormati rakan dan hak rakan

5.50 - 6.20 Dinamika Kumpulan Guru Semasa Kelas tahun 1

- membaca doa harian

- menghafal doa secara kumpulan

KHAMIS
23 / 3 / 2022

MASA PERKARA TINDAKAN TEMPAT

1.00- Pengurusan kelas Guru Semasa Kelas Tahun 1


1.30 - membaca doa belajar
- mengambil kedatangan
- guru memperkenalkan diri kepada
murid.
- murid diminta nyatakan hobi mereka

1.30 - Dinamika Kumpulan Guru Semasa Kelas Tahun 1


2.30 - murid meniru bunyi haiwan
- murid meneka haiwan berdasarkan

9
bunyi
- murid mewarna gambar haiwan

2.30 - Mendengar cerita Guru Semasa Kelas Tahun 1


3.30 - guru perdengarkan kisah nabi
- murid diminta nyatakan pengajaran
daripada cerita tersebut

3.30 - Rehat
3.50
Guru iringi murid ke kantin

3.50 - Introducing Myself Guru Semasa Kelas Tahun 1


4.20
- My name is _________
- My mother’s name is _________
- My father’s name is _________

4.20 - Program KPM Guru Semasa Kelas tahun 1


5.20 - Mewarna Poster Ramadhan

JUMAAT
24 / 3 / 2023

MASA PERKARA TINDAKAN TEMPAT

2.30 - 3.30 Program KPM Guru Semasa PSS SKTP


- Let’s Explore The Library

3.30 - 3.50 Rehat

Guru iringi murid ke kantin

10
3.50 - 4.50 Murid dirangsang bercerita berkaitan - Guru Semasa Kelas Tahun 1
- tanggungjawab sebagai pelajar
- tanggungjawab sebagai anak
- apa perasaan anda hari ini?

4.50 - 5.00 Adab ketika makan Guru Semasa Kelas Tahun 1

- murid diajar adab ketika makan di kantin.


- murid diajar adab ketika makan di rumah atau
di sebarang tempat.

5.00 - 5.20 Banding / beza Guru Semasa Kelas Tahun 1

- banyak / sedikit
- kecil / besar
- kirakan jumlah objek.

ISNIN

MASA PERKARA TINDAKAN TEMPAT

1.30- 2.00 Pengurusan kelas Guru Semasa Kelas Tahun 1


- membaca doa belajar
- mengambil kedatangan
- murid diminta membersihkan kelas sebelum
pembelajaran bermula.

11
2.00- 2.30 Perbualan Guru Semasa Kelas Tahun 1
- murid diminta nyatakan bagaimana cara
mereka datang ke sekolah.
- Siapa yang menghantar kamu hari ini?

2.30 - 3.30 Mendengar cerita Guru Semasa Kelas Tahun 1


- guru perdengarkan kisah nabi
- murid nyatakan pengajaran daripada cerita
yang mereka dengar.

3.30 - 3.50 Rehat

Guru iringi murid ke kantin

3.50 - 4.50 Respect Others Guru Semasa Kelas Tahun 1


- How are you, Ikhwan?

- Trace and colour

4.50 -5.20 Melakukan pergerakan locomotor Guru Semasa Kelas tahun 1

- berlari setempat / berjalan cepat / berjalan


seperti ketam

27 / 3 / 2022

SELASA

28 / 3 / 2023

MASA PERKARA TINDAKAN TEMPAT

1.00- 1.30 Pengurusan kelas Guru Semasa Kelas Tahun 1

12
- membaca doa belajar
- mengambil kedatangan
- murid diminta membersihkan kelas mereka

1.30 - Listen and respond to stimulus given Guru Semasa Kelas Tahun 1
2.30 - teacher plays the animal sound
- guide pupils to identify the animal sounds
- tick the correct sound.

2.30 - 3.30 Adab semasa belajar Guru Semasa Kelas Tahun 1


- cara duduk yang betul
- cara bertanya yang baik
- bagaimana untuk meminta barang rakan.

3.30 - 3.50 Rehat

Guru iringi murid ke kantin

3.50 - 4.50 Introducing Myself Guru Semasa Kelas Tahun 1

- Where do you live ? _________


- How old are you ? _________
- What is your favourite colour ? _________

4.50 -5.20 Melakukan pergerakan locomotor Guru Semasa Kelas tahun 1

- lompat setempat / lari bebas / berjalan


laju

RABU

29 / 3 / 2023

MASA PERKARA TINDAKAN TEMPAT

13
1.00- 1.30 Pengurusan kelas Guru Semasa Kelas Tahun 1
- membaca doa belajar
- mengambil kedatangan
- murid bersama membersihkan kelas sebelum
pdp bermula

1.30 - 2.30 Dinamika Kumpulan Guru Semasa Kelas Tahun 1


- murid bercerita tentang kartun kegemaran
- murid nyatakan watak kesayangan mereka.
- mewarna gambar

2.30 - 3.30 Cerita Haiwan Guru Semasa Kelas Tahun 1


- murid diminta ceritakan kepada kelas

cerita tentang haiwan kesayangan mereka

3.30 - 3.50 Rehat

Guru iringi murid ke kantin

3.50 - 4.50 Jom Baca Guru Semasa Kelas Tahun 1


- murid diberi buku cerita tentang haiwan
yang ringkas dan bergambar dan murid
diminta membaca atau mengeja cerita
tersebut.

4.50 -5.20 Ulasan cerita Guru Semasa Kelas tahun 1


- Murid bersoal jawab bersama guru

- berkaitan cerita yang telah dibaca

KHAMIS

14
30 / 3 / 2023

MASA PERKARA TINDAKAN TEMPAT

1.00- 1.30 Pengurusan kelas Guru Semasa Kelas Tahun 1


- membaca doa belajar
- mengambil kedatangan
- murid membantu membersihkan kelas

1.30 - 2.30 Dinamika Kumpulan Guru Semasa Kelas Tahun 1


Murid diminta memberikan pendapat berkaitan :
- kenapa kita perlu membersihkan kelas ?
- bagaimana jika kelas atau rumah kita kotor ?

2.30 - 3.30 Kepercayaan Kepada Tuhan Guru Semasa Kelas Tahun 1


- murid diminta berceita tentang ciptaan
Tuhan
- Murid rujuk buku aktiviti Transisi dan
diminta bercerita tentang gambar.
- Murid menyurih perkataan dan
menwarnakan gambar

3.30 - 3.50 Rehat

Guru iringi murid ke kantin

3.50 - 4.50 Count and trace the numbers Guru Semasa Kelas Tahun 1

4.50 -5.20 Melakukan pergerakan locomotor Guru Semasa Kelas tahun 1

- berlari setempat / lompat bintang / berjalan


laju.

15
JUMAAT

31 / 3 / 2022

MASA PERKARA TINDAKAN TEMPAT

2.30 - 3.30 Pengurusan kelas Guru Semasa Kelas Tahun 1


- membaca doa belajar
- mengambil kedatangan
- murid diminta bercakap tentang cuaca semasa

3.30 - 3.50 Rehat

Guru iringi murid ke kantin

3.50 - 4.50 Keluarga Saya – murid bercerita tentang : Guru Semasa Kelas Tahun 1
- Nama ayah saya…….
- Nama ibu ……..
- Saya tinggal di……

4.50 - 5.50 Banding / beza Guru Semasa Kelas Tahun 1


- banyak / sedikit
- kecil / besar
- kirakan jumlah objek.

16
PENGHARGAAN

PENGHARGAAN

Terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung kerana
telah memberi sumbangan dan komitmen dengan penuh dedikasi dalam menjayakan Program
Transisi Tahun Satu sesi 2023/2024
ini.

Disediakan oleh,

--------------------------
.RAISAH HAJI AHAMAD
Setiausaha Transisi

Disemak oleh,

-----------------------------
NORADYANI BT JUSOH
Guru kanan Hal Ehwal Murid

Disahkan oleh,

-----------------------------
KAMAL BIN ABDUL SALAM
Guru Besar
SK Taman Palma

17
18

Anda mungkin juga menyukai